You are on page 1of 3

CATCH UP PLAN BAHASA INGGERIS

TAHUN 1 ARIF

TAHUN : 1 ARIF

SUBJEK : BAHASA INGGERIS

DSKP : Semua Kandungan Asas Kurikulum (KAK) telah selesai dijalankan.

MODEL/STARTEGI : Strategi Mampatan, Pecutan & Pengayaan (M2P) dalam Pelaksanaan


Kurikulum

Objektif pelaksanaan Strategi M2P adalah seperti yang berikut:

i. Menyediakan pendekatan PdP yang bersesuaian supaya potensi dan keupayaan


murid dalam pembelajaran dapat dioptimumkan.
ii. Menjimatkan masa pembelajaran murid yang telah menguasai sesuatu
kandungan kurikulum.
iii. Memenuhi keperluan pembelajaran murid yang berbeza agar elemen ekuiti dapat
dicapai.
iv. Menjadikan pembelajaran mencabar, menyeronokkan dan bermakna.
v. Meningkatkan amalan inklusif guru dalam pelaksanaan PdP.
vi. Menggalakkan amalan refleksi guru dalam meningkatkan kualiti PdP.

Konsep Strategi M2P:

Konsep Strategi M2P terdiri daripada empat elemen bermula dengan proses mampatan, pecutan,
pengayaan dan pedagogi terbeza (Rajah 1). Proses pecutan akan terhasil apabila mampatan
kurikulum berlaku. Secara tidak langsung, elemen pecutan akan mewujudkan pengayaan dan
pedagogi terbeza dilakukan oleh guru. Semua elemen ini berlaku secara proses sulaman
serentak atau bersepadu mengikut keperluan kognitif murid yang berbeza serta kreativiti guru
dalam menyediakan aktiviti PdP.

Proses Pelaksanaan Strategi M2P


Langkah-langkah dalam proses pelaksanaan Strategi M2P:

1. Mengenalpasti Standard Kandungan (SK) /Standard Pembelajaran (SP) atau Scheme of Work
(SOW).

- Semua Kandungan Asas Kurikulum (KAK) telah selesai dijalankan.

2. Merancang proses PdP:

i. menetapkan objektif
ii. menyediakan praujian
iii. Menyediakan bahan dan aktiviti untuk tiga kumpulan
iv. Menyediakan rubrik untuk pentaksiran (sekiranya perlu)
v. menyediakan pasca ujian

3. Menjalankan set induksi dan pra ujian.

4. Membahagikan murid kepada kumpulan (Kukuh I ,Kukuh II dan Pengayaan) berdasarkan praujian.

KUKUH I
- Nur Zaaqrul
- Nur Farah Syakiera
- Ammar Farish
KUKUH II
- Muhammad Nabila
- Aishah Humairah
- Rayyan Anaqi
- Qalesya Safiyya
- Harith Hamzah
Pengayaan
- Ahmad Syuhaieb
- Muhammad Aqil

5. Menjalankan bimbingan dan memudah cara PdP. Guru bergerak dari satu kumpulan ke satu
kumpulan mengikut keperluan murid yang telah dikenal pasti. Pentaksiran boleh berlaku secara
langsung dan tidak langsung.

6. Menjalankan pasca ujian.

7. Merancang dan melaksanakan intervensi yang berterusan mengikut keperluan murid.

8. Impak atau Refleksi perlu dicatat selepas sesi PdP.


• Impak- merujuk kepada kesan yang ketara terhadap murid selepas sesi PdP.
• Refleksi - merujuk kepada penilaian terhadap aktiviti dan proses PdP serta tindakan atau
reaksi dan perasaan terhadap sesi PdP. Perancangan atau tindakan yang wajar boleh dicatat
sebagai penyelesaian atau reaksi yang sesuai terhadap sesuatu peristiwa semasa proses PdP.

You might also like