You are on page 1of 1

Pn.

XXXXSMK XXXXX
Pt 00 Jalan xxxx
84xxx, xxxx, 
Johor 

Pengarah
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 3 & 4 Blok E12
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya 01 Julai 2010

Tuan,

RAYUAN PERTUKARAN SEKOLAH MENGIKUT SUAMI

2.  Merujuk perkara di atas, saya seperti nama tersebut ingin membuat rayuan pertukaran
sekolah dengan segera. Pihak saya ingin memohon bertukar ke sekolah di daerah xxxxx,
Kedah Darul Aman.

3.  Sehubungan itu, saya memohon pertukaran saya dipercepatkan berikutan tiada saudara
mara yang boleh menemani saya di sini bagi menjamin keselamatan diri saya
memandangkan pelbagai kes jenayah yang kerap berlaku kebelakangan ini. Selain itu, kos
kewangan bagi menampung perbelanjaan perjalanan ulang-alik saya ketempat suami pada
setiap minggu juga adalah tinggi.

4.  Bersama-sama dengan ini saya lampirkan surat arahan pertukaran suami ke xxxxx untuk
rujukan pihak tuan.

5. Kerjasama dan jasa baik pihak tuan amat diperlukan dan dihargai. Sekian terima kasih.

Yang Benar

,…………………………….
(NAMA PEMOHON)

You might also like