You are on page 1of 1

3.

4 Kaedah pengujian

Seramai tiga puluh (30) orang responden pelajar sekolah telah dipilih untuk menjawab soal
selidik berkaitan sistem e-dimerit card. Soalan-soalan yang diberikan kepada pelajar sekolah
adalah konteks yang berkaitan sistem e-dimerit card dipilih dan digunakan dalam soal selidik.
Borang soal selidik terbahagi kepada dua(2) bahagian (rujuk lampiran C):

1. Bahagian A- Latar belakang Responden


2. Bahagian B (i) – keberkesanan E-Dimerit Card mudah difahami
(ii) - Keberkesanan E–Dimerit Card berdasarkan faktor Reka Bentuk
(iii)- Keberkesanan E–Dimerit Card berdasarkan faktor Kandungan

Arahan yang dinyatakan dalam soal selidik atas talian ini adalah bertujuan memudahkan
responden untuk faham dan menjawab dengan masa yang pantas dam kurang mengambil
masa yang lama. Soalan yang dinyatakan dalam soal selidik bahagian B mengandungi soalan-
soalan positif dan negative. Selepas responden menjawab soal selidik atas talian,data yang
direkodkan akan disimpan secara auto dan penguji hanya perlu membuka simpanan data
responden untuk melihat setiap jawapan yang diberikan dalam soal selidik atas talian.

Dalam kajian penyelidikan telah memilih untuk menggunakan kaedah pemungutan secara
skala jawapan likert 3 mata sebagai skala jawapan responden terhadap semua penyataan yang
digunakan dalam instrumen kajian ini. Sakala likert sangat sesuai digunakan untuk mengukur
pandangan yang diberikan oleh responden dalam ruangan tertentu secara berterusan tentang
suatu amalan persepsi dan sikap(Cohen et. al, 2000). Dalam instrument kajian ini, responden
diminta memilih jawapan mereka untuk menandakan salah satu daripada nombir dari 1
hingga 3 iaitu tidak setuju (1), tidak pasti (2) dan setuju (3).

You might also like