You are on page 1of 7

ARAHAN TAMBAHAN

1. Tugasan bertulis ini mengandungi tiga (3) soalan.

2. Semua soalan yang diberikan adalah dalam bentuk pernyataan.

3. Anda dibenarkan untuk merujuk pelbagai sumber rujukan yang sah dan sila
tuliskan rujukkan yang anda gunakan pada akhir jawapan anda.

4. Skrip jawapan hendaklah disiapkan pelajar sendiri dan tidak melibatkan


perbincangan dengan rakan-rakan lain

FORMAT SKRIP JAWAPAN

1. Penulisan jawapan dalam bentuk point adalah digalakkan.

2. Bilangan muka surat bukanlah menjadi faktor utama tetapi ketepatan memberi
jawapan mengikut kehendak soalan yang diambil kira.

3. Penggunaan Bahasa : Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sahaja.

PENGHANTARAN

1. Skrip jawapan hendaklah di mengikut masa yang telah ditetapkan,

Tarikh pemberian tugasan : 27 Januari 2021 (9.00pagi)


Tarikh penghantaran tugasan : 29 Januari 2021 ( Sebelum 11.00pm)

2. Penghantaran skrip jawapan hendaklah di hantar melalui tapak Myguru yang akan
disediakan.

4. Pelajar hendaklah bertanggungjawab penuh ke atas tugasan yang telah dihasilkan


dan penghantaran mengikut masa dan hari yang telah ditetapkan.
Lampiran 1

PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 2 SESI 2019/2020

Kod Kursus / Code : QKU3133


Nama Kursus / Course : PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF
SEKSUAL
Kumpulan / Group : KUMPULAN A
Nama Pensyarah / : PM DR. AZALI BIN RAHMAT
Lecturer’s Name

Nama Pelajar / Student’s Name : MUHAMAD IZZARUL AIZEK BIN MOHD ZULKIFLI
No. Matrik / Matric No. : D20172081148
Semester Semasa / Current Semester: SEMESTER 6
Fakulti / Faculty : FAKULTI SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN
Arahan: Jawab semua soalan

Soalan 1 (15 markah)

Arahan: Senaraikan perubahan fizikal yang dialami oleh remaja lelaki dan perempuan
mengikut kretria yang diberikan. Senaraikan sekurang-kurangnya LIMA (5) perubahan yang
berlaku pada kriteria berikut.

1. Kepada lelaki sahaja.

1) Otot badan di bahagian lengan membesar


2) Alat sulit lelaki semakin membesar iaitu zakar dan buah zakar
3) Pertumbuhan bulu di bahagian tertentu seperti dada, di bahagian dagu dan misai
4) Bahagian bahu dan dada semakin lebar
5) Suara berubah serak dan kasar serta menjadi lebih matang

2. Kepada perempuan sahaja.

1) Bentuk badan mula berubah


2) Punggung menjadi lebar
3) Keluarnya haid
4) Suara mula berubah kearah kematangan
5) Pertumbuhan bulu dibahagian alat sulit dan di Kawasan ketiak

3. Kepada lelaki dan perempuan.

1) Pertumbuhan jerawat di bahagian muka


2) Ketinggian badan mula meningkat
3) Berat badan semakin bertambah
4) Bahagian kepala pada rambut mula menampakkan kelemumur dan kulit muka
berminyak
5) Kekuatan otot dan stamina meningkat
Soalan 2

Soalan 2 (15 markah)

Arahan: Senaraikan perubahan tingkahlaku keupayaan intelek remaja mengikut tiga peringkat usia
berkenaan. Senaraikan sekurang-kurangnya LIMA (5) perubahan tingkahlaku keupayaan intelek
pada setiap peringkat keremajaan berkenaan.

A. Keremajaan Awal.

- Kumpulan awal remaja perempuan yang berumur 8 tahun hingga 12 tahun dan awal
remaja lelaki yang berumur 10 tahun hingga 14 tahun.

Pada peringkat awal remaja perempuan yang berumur 8 tahun hingga 12 tahun akan mengalami
perubahan dari segi tingkahlaku dan juga keupayaan intelek. Pada usia ini, remaja perempuan akan
mengalami perubahan seperti berikut:

1) Mempunyai pemikiran untuk berdikari.


2) Memulakan perhubungan yang akan menjadi rapat Bersama rakan sebaya.
3) Berfikir secara kurang rasional dan mempunyai masalah dari segi keyakinan terhadap
diri dalam melakukan atau membuat sesuatu perkara.
4) Tingkahlaku seksual Bersama berlainan jantina semakin kuat dan ingin cuba melakukan
sesuatu seperti bercinta antara pasangan yang berlainan jantina.
5) Menunjukkan sifat-sifat yang berlawanan dalam menentukan hidup sendiri apabila
Bersama keluarga iaitu memberontak.

B. Keremajaan Pertengahan.

- Kumpulan awal remaja perempuan yang berumur 13 tahun hingga 16 tahun dan awal
remaja lelaki yang berumur antara 14 tahun hingga 17 tahun.

Pada peringkat pertengahan keremajaan, remaja lelaki mahupun remaja perempuan akan
mengalami perubahan seperti berikut:

1) Pembentukan identiti atau jatidiri yang berlainan dalam keluarga yang rapat.
2) Berfikiran abstrak secara terus dan meningkat
3) Mempunyai keinginan dalam bercinta antara satu sama lain yang lebih mendalam
4) Mempunyai pemikiran yang kurang mementingkan diri ‘
5) Berminat dalam hal-hal perhubungan seperti seks
C. Keremajaan Akhir.

- Kumpulan remaja perempuan yang berumur 16 tahun keatas dan remaja lelaki yang
berumur antara 17 tahun keatas.

Pada peringkat akhir keremajaan, remaja perempuan dan lelaki akan mengalami perubahan berikut:

1) Ingin merasakan kebebasan


2) Percintaan semakin mendalam dan menunjukkan sifat semakin setia serta memberikan
komitmen kepada pasangan
3) Pembentukan imej tubuh badan yang semakin baik
4) Berupaya dalam menetapkan matlamat hidup dan mampu berfikir secara abstrak
5) Perkembangan sifat dari segi etika, moral dan nilai menjadi semakin konsisten

Secara kesimpulanya, peringkat remaja akan menunjukkan perubahan yang ketara dalam ciri-ciri
perkembangan fizikal dan mental untuk lelaki dan perempuan. Perubahan kepada remaja dari segi
pemikiran mereka menunjukkan ciri-ciri yang mampu mereka berfikir secara kritis dan rasional
berbanding sebelum mengalami zaman remaja.
Soalan 3 (10 Markah)

Arahan: Senaraikan 10 pernyataan peringkat persenyawaan manusia mengikut urutan yang


betul dari awal Sperma berada di dalam faraj sehingga mesoderm terbentuk untuk menjadi
tisu, tulang, darah dan salur darah.

1. Persenyawaan berlaku apabila proses persetubuhan apabila sperma yang dipunyai


oleh lelaki masuk ke dalam faraj
2. Sperma yang memasuki faraj perempuan akan bergerak pada kadar yang cepat ke
uterus dan tiub falopio
3. Persenyawaan akan berlaku mengikut proses penembusan pada membrane ovum
oleh sperma
4. Penyatuan berlaku apabila kandungan kepala sperma memasuki ovum
5. Ovum juga akan bertindak blasa terhadap sperma yang lain daripada memasukinya
6. Paduan anatara nucleus sperma dan ovum akan berlaku
7. Zigot yang terbentuk di tiub falopi akan bergerak dari tiub falopio ke uterus
8. Semasa zigot sedang bergerak,satu siri perubahan akan berlaku dan zigot mula
megalami pembahagian sel. Zigoy akan membahagi kepada dua sel, empat, lapan,
enam belas dan seterusnya tiga hingga lima hai selepas persenyawaan, zigot
sampai di uterus
9. Zigot akan melekat dalam uterus dan kemudian zigut akan membahagi kepada
ectoderm iaitu permukaan luar tubah badan dan entoderm merupakan lapisan
permukaan dalaman tubuh badan.
10. Sel ectoderm yang berdekatan kulit endoderm membahagi lagi untuk membentuk
kulit dan system saraf.ektoderm yang lain menjadi amnion iaitu membrane yang
meyelaputi embrio dan kemudiannya mesoderm terbentuk untuk menjadi tisu
penghubung,tulang otot, darah dan salur darah.

You might also like