You are on page 1of 1

Sampel kajian ini terdiri daripada pelajar sekolah pada peringkat menengah yang aktif

bersukan dalam semua sukan. Seramai (30) orang atlet sekolah menengah telah dipilih untuk
menjawab soal selidik secara atas talian. Responden ini dikategorikan mengikut kaum iaitu
melayu, cina dan india. Setiap kategori untuk kajian ini dibezakan mengikut jantina, umur
dan tingkatan. Untuk kategori tingkatan tiga berjumlah (8) orang dan tingkatan empat
berjumlah (9) orang manakala tingkatan lima pula berjumlah (13) orang. Kategori jantina
untuk lelaki seramai (19) orang manakala perempuan pula adalah (11) orang. Kategori kaum
melayu berjumlah 15 orang manakal cina berjumlah (7) orang. Kaum india mencatatkan (5)
orang dan lain-lain kaum sebanyak (3) orang. Sampel kajian ini menetapkan penglibatan atlet
sekolah terhadap sistem e-dimerit card.

Target responden kajian ini ialah pelajar sekolah yang berupaya serta aktif dalam bidang
sukan yang diceburi di sekolah. Individu yang minat bersukan diwajibkan untuk memasukan
maklumat peribadi di dalam sistem e-dimerit card untuk memudahkan rekod yang berkaitan
dengan salah laku direkodkan secara auto. Sistem e-dimerit card hanya digunakan oleh
pelajar yang aktif bersukan manakala pelajar biasa tidak perlu menggunakan sistem e-dimerit
card dan menggunakan system merit dimerit yang sedia ada di sekolah.

Memandangkan kajian ini hanya memberi fokus kepada atlet sekolah, maka terdapat
pengubahsuaian di dalam sistem e-dimerit card supaya berbeza dengan sistem merit dimerit
yang digunakan di sekolah. Di antaranya ialah:

a. Rekod kesalahan yang dilakukan oleh pelajar direkodkan secara auto.


b. Inovasi ini dalam bentuk mesra teknologi kerana guru dapat mengakses sistem ini
menggunakan telefon pintar sahaja.
c. Fail rekod pelajar dapat disimpan dengan selamat dan mudah untuk guru mencari
rekod di dalam sistem kerana akan sentiasa back up.

You might also like