You are on page 1of 2

PLAY THE REAL U.S.

POWERBALL

$320 MILLION GET TICKETS


06:14:34
UNTIL PLAY CLOSES

ANYAMAN
Alatan Pewarnaan Corak Anyaman Tikar
     
Langkah Anyaman Tikar Contoh Kelarai Anyaman Bakul
     
Definisi Anyaman

Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu
rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan-bahan tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan,
akar, buluh, pandan, mengkuang, jut dan sebagainya. Bahan ini biasanya mudah dikeringkan dan lembut.

Sejarah dan Perkembangan

Anyaman merupakan seni tradisi yang tidak mempunyai pengaruh dari luar. Perkembangan Sejarah
anyaman adalah sama dengan perkembangan seni tembikar. Jenis seni anyaman pada masa Neolitik
kebanyakan adalah menghasilkan tali, rumah dan keperluan kehidupan. Bahan daripada akar dan rotan
adalah bahan asas yang awal digunakan untuk menghasilkan anyaman. Menurut Siti Zainun dalam buku
Reka bentuk kraftangan Melayu tradisi menyatakan pada zaman pemerintahan Long Yunus (1756-94) di
negeri Kelantan, penggunaan anyaman digunakan oleh raja. Anyaman tersebut dipanggil ‘Tikar Raja’ yang
diperbuat daripada pohon bemban.

Sehingga kini beberapa negeri masih terus aktif menjalankan kegiatan anyaman di peringkat kampung.
   Antaranya di daerah Rusila, Dungun, Kampung Ru Renggoh, Kampung Kijing, Cendering dan Kuala Ibai di    
negeri Terengganu. Negeri-negeri lain yang masih terdapat aktiviti anyaman ialah negeri Perlis, Kedah,
Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka, Sarawak dan Sabah.

Jenis-jenis Anyaman

 
Jenis Anyaman Bahan Hasil anyaman
Anyaman Daun mengkuang Tikar, tudung salji, bekas pakaian dan lain-lain
Mengkuang
Anyaman pandan Daun pandan duri Tikar sembahyang, hiasan dinding,
Anyaman Buluh Jenis-jenis buluh Bakul, bekas pakaian, nyiru, beg dan lain-lain
yang sesuai
Anyaman Rotan Rotan yang telah Bakul, bekas pakaian, tempat buaian anak dan lain-lain
diproses
Anyaman Lidi Lidi kelapa Lekar, bekas buah, bekas telor.
Anyaman ribu-ribu Paku pakis ribu- Tempat tembakau, bekas sirih terbus, bakul, bekas seba guna
ribu. dan lain-lain.
 

Tokoh Anyaman Pandan dan Mengkuang

Puan Aminah dilahirkan pada tahun 1944. Berasal dari Rusila Terengganu Darul Iman, iaitu tempat
penghasilan kraftangan anyaman yang terkenal. Puan Aminah merupakan tokoh kraf anyaman yang telah
   dipilih oleh Lembaga Kraftangan Malaysia. Pada tahun 1982 beliau memenangi tempat pertama dalam    
pertandingan Pertukangan tangan sezaman anjuran muzium Negara. Hingga kini beliau masih aktif
sebagai seorang ahli kraftangan anyaman.

 
   Lain-lain tokoh yang telah mencipta motif anyaman:    
   1. Cik Siah bt Jumaat berasal dari negeri Terengganu mencipta kelarai Sambas    
   2. Hajah Asiah bt. Salleh dari negeri Terengganu mencipta kelarai Tapak harimau    
   3. Hajah Semek dari negeri Terengganu mencipta kelarai Mak Mek    
   4. Esah bt Said dari negeri Kelantan mencipta kerai Sisik Kelah    
   5. Dayang Aisah bt. Awang Husin dari negeri Sabah mencipta kelarai bunga    
      
        
Copyright Reserved © 2008 Property By Nurhanim
        
        

PLAY THE REAL U.S. POWERBALL


TEST
$320 MILLION G
06:14:35
UNTIL PLAY CLOSES

You might also like