You are on page 1of 5

12/13/21, 11:19 AM * : ADAT RESAM KAUM INDIA

Home
PAKAIAN TRADISIONAL KAUM INDIA
PERAYAAN THAIPUSAM
MAKANAN TRADISIONAL KAUM INDIA

ADAT RESAM KAUM INDIA

Sunday, 18 September 2016 About Me

Durgadevi
ADAT RESAM KAUM INDIA
View my complete profile
                                                                
Blog Archive

▼ 
2016
(5)
▼ 

▼ 
September
(5)
▼ 

KEBUDAYAAN KAUM
INDIA.
PAKAIAN TRADISIONAL
KAUM INDIA

PERAYAAN KAUM
INDIA
MAKANAN
TRADISIONAL KAUM
INDIA
THAALI
merupakan lambang suci perkahwinan yang
ADAT RESAM KAUM
dikalung pada leher pengantin
perempuan. INDIA
Sebelum
Perkahwinan
Akan diadakan upacara Ikat Janji Atau
Niccayam
Wakil lelaki akan datang ke rumah pihak
perempuan dalam jumlah bilangan yang
ganjil dengan membawa beberapa barangan
seperti kelapa, sirih pinang, bunga-
bungaan, buah-buahan, cendana dan kumkum
untuk diberikan kepada wakil
perempuan.
Bakal pengantin lelaki seterusnya akan
melafazkan ikat janji bagi menyatakan
persetujuan untuk mengahwini bakal pengantin
perempuan.
Seterusnya perkahwinan tersebut akan
diumumkan kepada orang ramai.
Sebagai tanda ikatan, kedua-dua pengantin
akan menukar sirih pinang yang
dinamakan taambuulan maatruthal.
                               

kebudayaankaumindia.blogspot.com/2016/09/adat-resam-kaum-india.html 1/5
12/13/21, 11:19 AM * : ADAT RESAM KAUM INDIA

               

                                                

Semasa Perkahwinan
Pengantin lelaki akan dijemput dahulu ke
dewan perkahwinan dengan meniris 'panir'
(air mawar). Kemudian pengantin
perempun diiringi oleh adik perempuan pengantin
lelaki ke pelamin untuk
menjalankan upacara perkahwinan. Pengantin perempuan  
memakai sari    pertunangan   pada hari perkahwinan.
Sami meminta persetujuan ikhlas daripada
kedua-dua pihak pengantin untuk
meneruskan upacara perkahwinan.

kebudayaankaumindia.blogspot.com/2016/09/adat-resam-kaum-india.html 2/5
12/13/21, 11:19 AM * : ADAT RESAM KAUM INDIA

Pengantin lelaki mengikat 'thali' pada leher


pengantin perempuan dan seterusnya
pengantin lelaki meletakkan 'pothu' pada
dahi pengantin perempuan.
Kedua-dua ibu bapa merestui pasangan  pengantin yang baru kahwin.
Selepas itu, pengantin lelaki  memakai cincin pada jari kaki pengantin perempuan
manakala bagi pengantin lelekai, adik lelaki pengantin perempuan pula memakai
cincin pada jari kaki pengantin lelaki.

Sami menyediakan sebuah periuk yang berisi


susu dan memasukkan sebentuk cincin
emas kedalamnya dan meminta pasangan
pengantin supaya berebut-rebut secara
serta-merta untuk mendapatkannya. Pengantin
yang berjaya mendapat cincin emas,
akan  menyarungkan
pada jari tangan suami atau isterinya.

Selepas Perkahwinan
Terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh
masyarakat India selepas
berlangsungnya sesuatu perkahwinan.
Antara adat tersebut ialah pengantin
perempuan dikehendaki pergi ke rumah
pengantin lelaki sebagai menghormati suami
selepas mereka disahkan sebagai
pasangan suami isteri. Mereka akan dihidangkan
dengan secawan susu dan juga
buah banana.
 Kemudian pengantin lelaki pula dikehendaki
pergi ke rumah pengantin perempuan
selama tiga hari.
Pada masa itu ibu bapa mertua akan
menghormati kedua-dua pengantin dengan
mengadakan jamuan.
Akhirnya, pengantin perempuan dihantar ke
rumah pengantin lelaki untuk
meneruskan kehidupan baru yang bahagia.

KEMATIAN

kebudayaankaumindia.blogspot.com/2016/09/adat-resam-kaum-india.html 3/5
12/13/21, 11:19 AM * : ADAT RESAM KAUM INDIA
Bagi masyarakat India,mereka mempercayai
konsep kelahiran semula,iaitu kematian
adalah ibarat tidur dan mereka akan
bangun selepas tidur.
Sarjana India juga menyatakan kematian
adalah perpisahan roh dan jasad, dimana
jasad akan hancur, tetapi kembali ke
alam barzakh.
Dalam masyarakat India,mayat akan dibakar
atau di kebumikan.Untuk melaksanakan
upacara ini pelbagai adat di tentukan.
Setelah dimandi dan dihias cantik ,mayat
akan dimasukkan ke dalam keranda.Pada
masa yang sama lagu-lagu suci dimainkan.
Saudara mara akan memberi penghormatan yang
terakhir kepada si mati dan
mendoakan agar roh si mati akan tenang.
Ketika itu juga, ucapan tennadudaiya
shivanea pottrhi disebut beberapa kali sebagai
menandakan upacara tersebut
telah direstui oleh Tuhan.
Ahli-ahli keluarga akan mengelilingi mayat
mengikut lawan jam sebanyak tiga kali
sebagai tanda penghormatan.
Kollic
catti.
Kollic catti bermaksud periuk tanah liat
yang mengadungi api.
Periuk tersebut di angkat dengan
menggunakan pelepah kelapa yang dibelah tiga di
bahagian hujung dan diikat pada
periuk.
Kollic catti dibawa oleh ahli keluarga si
mati samada anak ataupun bapa.Anak sulung
melakukan untuk bapa yang telah
meninggal dunia dan anak bongsu untuk ibu yang
meninggal.
Seseorang yang membawa kollic catti akan
mengiringi mayat.
 Sebelum itu pembawa kollic catti dikehendaki
mencukur rambut.Ini menunjukkan
bahawa mereka akan hidup lebih bahagia seperti
rambut yang baru tumbuh.
                                

UPACARA
VALAIKAAPPU
Adat Valaikaappu  dilakukan ketika kandungan sulung wanita
hamil menjangkau usia
tujuh hingga sembilan bulan.
Wanita hamil tersebut akan dipakaikan
sebentuk gelang tangan baru yang dikenali
sebagai Suulkaappu. Suul bermaksud
`kandungan ibu” dan Kaappu pula bermaksud
‘perlindungan’. Gelang ini dipakai
bertujuan untuk melindungi bayi di dalam
kandungan daripada kesukaran semasa
bersalin.
Gelang tangan yang dipakaikan dalam upacara
ini terdiri daripada beberapa jenis iaitu
gelang kaca, pancalogam dan emas
mengikut kemampuan masing-masing.
Setelah anak dilahirkan, gelang tangan emas
tersebut akan dileburkan untuk dibuat
perhiasan bagi bayi tersebut dan akan
dipakaikan pada hari pemberian nama.
Pada hari upacara dilakukan, hadiah kepada
wanita hamil tersebut yang dikenali
sebagai ciir diatur ke dalam dulang yang
mempunyai bilangan ganjil.

Hadiah ini termasuk barang kemas, sari,


gelang tangan, serbuk kumkum, kunyit,
buah-buahan, sirih pinang, sikat dan
cermin serta pelbagai manisan. Hadiah di dalam

kebudayaankaumindia.blogspot.com/2016/09/adat-resam-kaum-india.html 4/5
12/13/21, 11:19 AM * : ADAT RESAM KAUM INDIA
dulang ini akan diletak di ruang
tamu.
Berbagai makanan juga disediakan khas bagi
wanita hamil tersebut seperti pelbagai
jenis nasi, kuih muih, dan buah-buahan.
Wanita hamil tersebut dipakaikan dengan
sari perkahwinan dan didudukkan di ruang
tamu.
Seterusnya lampu minyak kuttu vilakku
dihidupkan sebagai memohon restu Tuhan
dan sebagai memulakan upacara.

Para tetamu akan menyapu kunyit pada tangan


dan pipi Ibu mengelilingkan beras di
atas kepala sebanyak tiga kali. Akhirnya suami
menyuapkan manisan ke dalam mulut
isteri

Posted by
Durgadevi
at
07:18

4 comments:

srichitra 28 September 2016 at 10:35


The information is too benefit for everyone.Good job guys.

Reply

Unknown 28 September 2016 at 12:07

Informations in ur blog are very useful for me...tq guyz

Reply

Unknown 28 September 2016 at 12:20

This comment has been removed by the author.

Reply

Unknown 28 September 2016 at 22:12

Good info. Thanksss ��


Reply

Enter your comment...

Comment as:
ganesan@umm Sign out

Publish Preview
Notify me

kebudayaankaumindia.blogspot.com/2016/09/adat-resam-kaum-india.html 5/5

You might also like