You are on page 1of 5

KOMPONEN ALAM SEKITAR DAN SUMBER ALAM

Alam sekitar fizikal terdiri daripada empat komponen penting iaitu


biosfera,litosfera,hidrosfera, dan atmosfera. Keempat-empat komponen alam ini berfungsi
sebagai sumber alam yang amat berguna kepada manusia. Manusia amat bergantung kepada
komponen alam sekitar daripada sumber-sumber tersebut bagi menjamin kelansungan hidup.

Komponen biosfera atau system ekologi dihuni oleh hidupan termasuklah manusia,
tumbuh-tumbuhan, dan haiwan. Contohnya tumbuh-tumbuhan sebagai pengeluar makanan
bagi haiwan dan manusia seperti kangkung, bayam, sawi, ulam-ulaman dan pelbagai
tumbuhan hijau yang lain. Tumbuhan yang terdapat dalam komponen ini juga membekalkan
pelbagai sumber hutan kepada manusia khususnya dalam sektor pembalakan. Antara pokok
kayu keras yang terdapat dalam sistem ekologi ini ialah cengal, jati, meranti, balau, merbau,
dan sebagainya. Di Negara Malaysia contohnya, aktiviti pembalakan giat dijalankan bagi
tujuan mengeksport sumber kayu atau hasil barangan perabot seperti meja, almari dan
sebagai nya ke Negara-negara jiran seperti Taiwan, China, Thailand, dan Jepun.

Selain itu,tumbuh-tumbuhan yang terdapat di dalam sistem ekologi ini juga penting bagi
membekalkan gas oksigen yang amat penting untuk semua hidupan meneruskan kelansungan
hidup. Tumbuh-timbuhan membuat makanan sendiri melalui proses fotosintesis. Semasa
proses fotosintesis dijalankan, tumbuh-tumbuhan akan membebaskan gas oksigen ke udara
dan menyerap gas karbon dioksida dalam udara. Melalui proses ini, kandungan gas karbon
dioksida salam udara dapat dikurangkan di samping menyerdahanakan suhu bumi agar bumi
tidak berada dalam keadaan panas melampau.

Haiwan-haiwan yang terdapat di system ekologi ini pula terdiri daripada haiwan pemangsa
seperti harimau,singa, helang, dan ular; serta haiwan yang menjadi mangsa kepada haiwan
pemangsa seperti tikus, belalang, arnab, kancil, rusa, dan sebagainya. Haiwan-haiwan yang
terdapat dalam sistem ekologi ini juga penting dalam membekalkan makanan kepada
manusia khisusnya sumber protein, iaitu daging. Antara haiwan yang banyak membekalkan
protein kepada manusia ialah lembu, kerbau, unta, rusa, kijang dan sebagainya. Sumber
protein ini penting kepada manusia terutamanya dalam proses tumbesaran.

Selain penting sebagai penyedia makanan, komponen biosfera ini juga penting dalam
menyediakan habitat kepada seluruh hidupan.Komponen sistem ekologi atau biosfera
biasanya dipecahkan kepada ekosistem-ekosistem yang berantai antara satu sama lain seperti
ekosistem muara, ekosistem akuatik, ekosistem hutan, dan sebagainya. Selain itu, komponen
biosfera ini juga banyak membekalkan sumber ubat-ubatan terutamanya ubatan tradisional
atau herba seperti tongkat ali, kacip Fatimah, hempedu bumi, jarum mas dan sebagainya.
Ubatan-ubatan tradisional yang terdapat dalam sistem ekologi ini penting bagi menjamin
kesihatan manusia. Di samping itu juga,sumber ubatan ini juga turut dikomersialkan melalui
kajian dan penciptaan ubat-ubatan yang lebih mudah digunakan. Selain itu juga,ubat-ubat
yang dihasilkan ini dapat meningkatkan sumber pendapatan Negara melalui aktiviti
mengeksport hasil keluaran ubatan tradisional ke Negara-negara luar seperti Taiwan,
Indonesia, Thailand dan Negara-negara yang lain.

Disamping itu juga, komponen biosfera ini juga penting sebagai tempat simpanan air atau
kawasan tadahan. Hal ini kerana dalam sistem ekologi.ini terdapat pelbagai jenis hutan yang
membekalkan pelbagai jenis tumbuhan yang berfungsi sebagai pencengkam tanah. Di
kawasan hutan khatuistiwa seperti Malaysia contohnya,tumbuhan yang terdapat di hutan
Negara ini amat penting dalam menyediakan kawasan tadahan air.hujan yang turun tidak
akan terus ke permukaan bumi sebaliknya akan dihalang oleh tumbuh-tumbuhan yang
terdapat di permukaan bumi. Air hujan ini akan jatuh ke permukan daun lalu terus melalui
aliran batang sebelum sampai ke permukaan bumi. Sebahagian air hujan ini akan melalui
aliran aiar permukaan dan sebahagian lagi akan diserap ke permukaan bumi. Air yang telah
diserap dan yang melalui larian permukaan akan mengalir ke badan-badan air seperti sungai,
tasik, kolam, dan laut. Di kawasan hutan, tumbuhan bertindak sebagai penyerap air yang
bertindak seperti ‘span’. Ini menyebabkan kawasan hutan sesuai untuk dijadikan kawasan
tadahan hujan dan pembinaan empangan. Antara empangan yang terdapat di Negara ini ialah
empangan Kenyir di Perak.

Komponen litosfera atau sitem geomorfologi pula merujuk kepada lapisan luar bumi yang
sangat pejal dan membentuk kawasan daratan iaitu benua dan pulau serta dasar lautan.
Kawasan daratan meliputi 29.2% daripada keseluruhan permukaan bumi, manakala
selebihnya adalah dasar lautan. Ketebalan litosfera berbeza iaitu kurang daripada 5km di
bahagian dasar laut dan lebih daripada 50km di bahagian daratan.

Komposisi utama litosfera ialah batuan dan mineral atau galian. Batuan tardiri daripada
pekbagai jenis seperti batuan ignias, enapan, dan metamorfosis. Batuan ini menjadi sumber
kepada sektor perlombongan dan pembinaan. Terdapat pelbagai jenis batuan yang berguna
dalam sektor pembinaan. Antaranya ialah granit, batu kapur, batu pasir, marmar,dan slat
yang boleh digunakan sebagai bahan binaan. Granit digunakan untuk membina jalan raya,
membuat batu penggiling, dan batu asah. Batu kapur pula digunakan sebagai baja, untuk
membina jalan raya, membuat gelas dan simen. Batu kapur, pasir, lumpur, kaopur, dan
tanah liat yang terdapat dalam system geomorfologi juga penting sebagai bahan mentah
untuk membuat simen. Pasir pula digunakan di dalam relau bagas untuk membuat gelas
manakala tanah liat digunakan untuk membuat periuk belanga.
Selain itu batuan yang terdapat dalam system litosfera juga banyak membekalkan pelbagai
jenis garam yang penting dalamkegiatan perindustrian. Garam ini biasanya terdapat dalam
timbunan yang banyak. Contihnya pemendapan fosfat yang banyak di Maghribi dan Tunisia.
Kalium karbonat atau potash terdapat di Sttassfort dan nitrat di Gurun Atakama. Garam juga
terdapat di Tasik Garam Besar di Amerika Syarikat dan di pantai Laut Mati. Batuan juga
kaya dengan kandungan logam. Logam terutamanya bijih timah penting kepada manusia
terutamanya dalam sektor perlombongan. Perlombongan bijih timah dijalankan di kawasan
yang mempunyai logam yang banyak, mudah didapati dfan murah. Contohnya di Afrika
selatan, Perisai Kanada dan daerah Katanga di Congo. Selain itu, dalam system
geomorfologi juga penting kepada manusia dfalam penghasilan batu permata. Antara jenis-
jenis batu permata ialah intan, garnet, delima, nilam dan zircon yang digunakan untuk
menghasilkan barang kemas dan perhiasan.

Selain itu, litosfera juga mempunyai sumber tanih yang subur untuk menjalankan aktiviti
pertanian. Misalnya tanah laterit, yang sesuai untuk tanaman getah dan kelapa sawit seperti
di kawasan segi tiga jengka di Pahang,tanih alluvium untuk tanamn padi sawah seperti di
Delta Kedah,Kelantan dan Perlis, tanah gambut untuk tanaman nanas seperti di Johor dan
tanah chernozem untuk tanaman gandum. Jenis-jenis tanih ini memiliki zat-zat mineral yang
berbeza dan ditanam dengan tanaman yang berbeza.

Komponen yang ketiga ialah komponen hidrosfera. Komponen hidrosfera atau sistem
hidrologi meliputi tasik, laut, paya, kolam, dan sungai. Kira-kira 70.8% daripada keseluruhan
muka bumi terdiri daripada komponen hidrosfera. Manakala selebihnya adalah permukaan
daratan muka bumi. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 97.2% merupakan air masin atau
lautan manakala 2.8% lagi adalah air tawar.

Lautan merupakan komponen terpenting dalam system hidrologi. Terdapat lima lautan utama
dunia iaitu Lautan Pasifik, Lautan Atlantik, Lautan Hindi, Lautan Antartik, dan Lautan Artik.
Antara lautan tersebut, Lautan Pasifik adalah lautan yang terbesar. Lautan amat penting
kepada hidupan. Antaranya adalah sebagai sumber air hujan, menyederhanakan suhu sekitar,
membekalkan sumber protein, dan sumber mineral. Antara sumber protein yang dibekalkan
ialah ikan, udang, ketam dan sebagainya. Air laut juga kaya dengan beberapa jenis sumber
mineral. Antaranya ialah natrium, magnesium, kalsium, dan lain-lain. Mineral-mineral ini
menyebabkan air laut menjadi masin serta sesuai dengan hidupan air masin seperti ikan
bawal, sotong, ikan cencaru dan sebagainya. Mineral-mineral ini juga membekalkan sumber
garam untik kegunaan manusia. Antara garam-garam yang menjadi kegunaan manusia ialah
klorin (55%),natrium (30.6%), dan magnesium (3.7%).
Komponen air tawar pula membentuk 2% daripada seluruh hidrosfera. Komponen ini terdiri
daripada air sungai, tasik, kolam, paya dan sebagainya. Walaupun peratus komponennya
sedikit namun air tawar penting untuk hidupan meneruskan kelansungan hidup. Air juga
penting kepada manusia untuk kegunaan domestik atau keperluan harian penduduk dan isi
rumah seperti memasak, membasuh, mandi, dan sebagainya. Kegunaan ini diuruskan oleh
jabatan bekalan air (JBA) di negeri masing-masing. Sesetengah negeri telah menswastakan
pengurusan dan bekalan airnya seperti PUAS di Selangor dan Air Kelantan Sdn. Bhd. Di
Kelantan.

Selain itu juga air penting dalam kehidupan manusia untuk kegiatan pertanian. Empangan
dibina untuk membekalkan air dan mengawal input-ouput air kepada kawasan pertanian
khususnya padi sawah. Ini membolehkan Negara seperti Malaysia mengeluarkan hasil
tanaman seperti beras dalam kuantiti yang tinggi. Aktiviti penanaman padi juga boleh
dijalankan sepamjang tahun tanpa mengambil kira faktor musim seperti kemarau kerana
dapat dibekalkan sepanjang tahun. Antara empangan yang dibina ialah empangan MUDA di
Kedah dan empangan KEMUBU di Kelantan.
Air juga penting kepada manusia untuk membekalkan kuasa hidroelektrik. Tenaga
hidroelektrik digunakan oleh manusia untuk keperluan industri dan penduduk. Sumber ini
juga merupakan sumber alternatif yang penting kerana sumber kuasa ini murah, bersih, dan
berterusan. Tenaga ini juga boleh diperbaharui. Kebiasaannya kawasan sungai yang dibina
empangan untuk janakuasa hidro ialah kawasan hulu sungai. Antara empangan yang terdapat
di Negara ini ialah stesen janakuasa di empangan Kenyir Terengganu, empangan Cenderoh
di Perak, empangan Bakun di Sarawak dan empangan Pergau di Kelantan.

Komponen atmosfera atau system atmosfera pula merupakan lapisan udara yang terdapat di
sekeliling bumi. Ketebalan atmosfera di anggarkan melebihi 1000km. sumber utama dalam
atmosfera ialah udara atau lebih tepet lagui sebagai gas. Terdapat beberapa jenis gas dalam
atmosfera dan 75% daripadanya terletak di lapisan paling bawah atmosfera, iaitu antara
16km hingga 20km dari permukaan bumi. Selain daripada gas, udara juga terdiri daripada
wap air, asap, dan partikel terampai seperti debu, habuk, jelaga, dan lain-lain. Komposisi gas
yang terdapat di atmosfera ialah gas nitrogen (78%), oksigen (20.95%), argon (0.93%),
karbon dioksida (0.03%), dan selebihnya adalah gas-gas seperti neon, helium, krypton,
dan xenon.

Atmosfera terdiri daripada beberapa lapisan iaitu troposfera, stratosfera, mesosfera,


termosfera, ionosfera, dan eksosfera. Lapisan-lapisan ini mempunyai kepentingannya yang
tersendiri. Misalnya lapisan troposfera penting untuk menampung kehidupan manusia,
haiwan, dan tumbuh-tumbuhan. Lapisan ini menjadi ruang kepada peredaran gas-gas di
udara khususnya gas oksigen dan karbon dioksida. Lapisan ini turut menjadi tempat
berlansungnya pelbagai fenomena iklim serta cuaca, contohnya hujan. Lapisan ini juga
bertindak sebagai penebat kepada bahangan matahari dan bahangan bumi. Lapisan ini
menyerap bahangan daripada permukaan bumi dan matahari untuk membolehkan suhu bumi
sentiasa stabil dan menghalang kehilangan haba dari permukaan bumi.

Lapisan strastosfera atau ozonsfera pula menganjur kira-kira 50 km dari permukaan bumi.
Lapisan ini tidak berawan, kering, dan lebih stabil. Lapisan ini terdiri daripada gas ozon yang
berfungsi menyerap sinaran lembayung matahari. Penyerapan ini membolehkan manusia,
tumbuh-tumbuhan, dan haiwan bebas daripada radiasi berlebihan sinaran tersebut yang boleh
mendatangkan pelbagai kesan negatif seperti kanser kulit. Stratosfera juga menjadi ruang
laluan kapal terbang supersonic.

You might also like