You are on page 1of 14

Accelerat ing t he world's research.

jsme 2012 6 003


Kavithaa Sengalrayan

Related papers Download a PDF Pack of t he best relat ed papers 

KAJIAN ILMIAH KESEDIAAN GURU DALAM PENDIDIKAN INT EGRASI SCIENCE


Nor Azlina Ahmad

Kesediaan guru melaksanakan elemen T MK Full 20190715 111866 1f0oxfk


muhd sayut y

BUKU PROSIDING FINAL(28.07.2016).pdf


Joe Macho
Journal of Science and Mathematics Education, volume 6 June 2012, Pages 26-38/ISSN:2231-7368

KESEDIAAN GURU MATEMATIK TAHUN SATU DALAM


PELAKSANAAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH
RENDAH (KSSR) DI DAERAH KLUANG

Sanitah Binti Mohd Yusof 1 & Norsiwati Binti Ibrahim 2


Fakulti Pendidikan, UniversitiTeknologi Malaysia, 81310 Johor, Malaysia1

Abstrak: Kajian tinjauan ini dijalankan bertujuan mengenalpasti apakah tahap kesediaan guru
daripada aspek minat, sikap dan penguasaan pengetahuan dan kemahiran dalam melaksanakan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti adakah
terdapatnya hubungan kesediaan guru Matematik Tahun Satu daripada segi sikap, minat, penguasaan
pengetahuan dengan pengalaman mengajar. Seramai 50 orang guru telah terlibat dalam kajian ini.
Dapatan kajian diperolehi melalui soal selidik yang dibina oleh pengkaji. Data dianalisis
menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) version 17.0 dan ditunjukkan dalam
frekuensi , peratus dan min. Melalui korelasi pearson menunjukkan bahawa terdapat hubungan antara
minat dan sikap terhadap pengalaman mengajar Matematik Tahun Satu. Akhirnya penyelidik
mengemukakan beberapa cadangan kajian lanjutan untuk dijalankan oleh penyelidik yang akan
datang.

Katakunci: Kesediaaan Guru, Matematik, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

Abtract: This survey is carried out to identify that aspects of teachers’ readiness, interest, attitude
and mastery of knowledge and skills in implementing the Primary School Curriculum Standard
(KSSR). This study is also aimed to identify whether there is relationship readiness among the
mathematics Year One teachers in terms of the attitudes, interests, share knowledge and skills with
teaching experience. This study was conducted in the Kluang District. A total of 50 teachers were
involved in this study. The findings were obtained through a questionnaire developed by researchers.
The data was analyzed using the Statistical Package for Social Science (SPSS) version 17.0 and
shown in the frequency, percentage and mean. Through the Pearson Correlation shows that there is
relationship between interest and attitudes towards mathematics teaching experience for Year One.
Finally, the researchers made several recommendations for further studies which can be carried out
by researchers in the future

Keywords: Teachers’ Readiness, Mathemathics, Primary School Curriculum Standard (KSSR)

1.0 PENGENALAN

Proses pembangunan dan pengembangan kurikulum sentiasa berlaku dari masa ke semasa. Ia
melibatkan aktiviti seperti semakan semula, penstrukturan semula, penambahbaikan sehinggalah
kepada perubahan dan penukaran kurikulumnya. Proses ini biasanya lebih tertumpu kepada tiga
komponen asas kurikulum iaitu isi kandungan, aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan bentuk
penilaian. Antara bentuk perkembangan yang berlaku dalam sistem pendidikan negara adalah
semakan semula sukatan pelajarannya, penetapan kaedah dan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran serta program penilaian berasaskan struktur dan bentuk baru. Ini dapat dilihat
Sanitah Mohd Yusof & Norsiwati Ibrahim / Journal of Science and Mathematics Education (2012)

dalam sistem pendidikan negara yang sentiasa mengalami perubahan dari semasa ke semasa.
Pada tahun 1983 Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR ) diperkenalkan dan sepuluh tahun
kemudian iaitu pada tahun 1993 pula Kurikulum Baru telah ditukar kepada Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah yang memperlihatkan kesepaduan dari segi mata pelajaran dengan
matapelajaran. Seterusnya pada tahun 2003 satu semakan terhadap Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah telah dilakukan. Dalam semakan ini telah diperkenalkan pengajaran dan
pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ( PPSMI ) .
Susulan daripada itu, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Pusat
Perkembangan Kurikulum akan membuat penyemakan dan perubahan kurikulum bersesuaian
dengan keperluan dan keadaan semasa. Ini termasuklah kurikulum Matematik dalam
perlaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pada awal tahun 2011. Perubahan
kurikulum ini dijalankan serentak di seluruh negara di semua sekolah rendah pada sesi
pembelajaran Januari 2011.
Pada dasarnya, matlamat perubahan dan penyemakan semula kurikulum Matematik ini
adalah satu usaha untuk memperkasakan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan. Ini
kerana pada tahun 2003 pelajar –pelajar sekolah rendah telah mula belajar matematik dalam
Bahasa Inggeris melalui PPSMI. Namun demikian perubahan yang dilakukan adalah bertepatan
dan bersesuaian dengan kehendak masyarakat dan keperluan negara. Selain itu perubahan
sukatan ini berlandaskan kepada keperluan dan hasrat Fasafah Pendidikan Negara bagi
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, jasmani dan rohani.
Mengapakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) ini dipilih bagi menggantikan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Kurikulum baru ini dipanggil standard
berdasarkan kepada beberapa kriteria yang telah ditetapkan. Antaranya ialah untuk memastikan
semua murid melepasi standard yang ditetapkan. Begitu juga dengan penetapan ilmu, kemahiran
dan nilai yang perlu diukur dengan jelas menerusi penilaian yang dijalankan secara berterusan.
Kemudaian guru-guru akan mengenal pasti strategi penambahbaikan bagi membantu murid
memahami isi kandungan pelajaran. Kurikulum ini juga bertujuan untuk mengatasi masalah
murid keciciran dalam pembelajaran melalui sistem penilaian yang berkesan. Murid dibimbing
dengan lebih efektif oleh guru. Akhirnya ialah pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah.
Melalui sistem pentaksiran ini, murid dinilai mengikut tahap kemampuannya.
Berasaskan kepada perubahan inilah, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) lebih
memfokuskan kepada bentuk bahan, organisasi, bentuk kandungan, peruntukan masa, pedagogi,
pentaksiran dan pengurusan kurikulum. Ini semua bertujuan bagi melahirkan insan seimbang
yang selaras dengan Falsafah Pendidikan negara serta mempunyai pemikiran yang kritis, kreatif
dan inovatif.

2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Sebelum 2003, semua matapelajaran dan kursus ( kecuali Bahasa Inggeris, dan bahasa Ibunda
seperti Mandarin, Tamil, Iban dan Kadazandusun) dalam sistem pendidikan Malaysia diajar
dalam Bahasa Melayu iaitu Bahasa Kebangsaan bagi negara kita. Rata-rata semua guru dan
pelajar telah mahir dan selesa mengajar dan belajar semua mata pelajaran dalam Bahasa
Kebangsaan, terutama di peringkat rendah dan menengah. Ini adalah dasar pendidikan negara
sejak 1957, bertujuan untuk mendemokrasikan peluang pendidikan dan memupuk pembinaan
indentiti negara bangsa dan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Beberapa kajian

27
Sanitah Mohd Yusof & Norsiwati Ibrahim / Journal of Science and Mathematics Education (2012)

telah dibuat menghuraikan kejayaan pelaksanaan Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan dan
bahasa pengantar pendidikan, termasuk bagi mata pelajaran Matematik dan Sains seperti
dinyatakan oleh Hassan (2005) .
Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan pada murid tahun satu, sudah pastilah
guru-guru tahun satu harus menyediakan diri dengan bentuk perubahan yang berlaku secara
drastik ini. Perubahan dalam KSSR ini bukan sahaja meliputi 3M malah menambah satu lagi
pendekatan iaitu menaakul. Dalam KSSR ini guru-guru tahun satu hendaklah menjadikan
manusia lebih berfikiran kritis, kreatif dan inovatif. Perubahan –perubahan juga berlaku dari segi
isi kandungan, peruntukan masa pengajaran, pentaksiran, pedagogi , organisasi, bahan dan
pengurusan kurikulum. Kesediaan guru-guru tahun satu ini menerima perubahan akan
menentukan kejayaan dan kegagalan kurikulum tersebut. Guru adalah penggerak kepada
kesinambungan kurikulum ini.
Guru-guru juga didedahkan dengan transformasi yang hendak dilakukan dalam KSSR,
maka sudah tentulah kesediaan guru menerima perubahan dan memahaminya dengan berkesan.
Dalam KSSR ini mahukan murid-murid menggabungjalinkan kemahiran lisan dan tidak lisan
dalam interaksi semasa berkomunikasi. Murid-murid juga hendaklah menguasai dunia sains dan
teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, ketrampilan diri, kemanusiaan, kerohanian, sikap
dan nilai.

3.0 PERNYATAAN MASALAH

Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris menimbulkan masalah kepada
pelajar-pelajar melayu yang kurang menguasai Bahasa Inggeris. Ini kerana sebelum ini beberapa
kajian telah dijalankan melalui peperiksaan awam. Hasil dari keputusan peperiksaan awam
seperti UPSR, PMR dan SPM, menunjukkan bahawa pelajar Melayu rata-rata adalah lemah
bukan saja dalam Matematik dan Sains, tetapi juga dalam Bahasa Inggeris, bermula dari
peringkat pendidikan rendah lagi (UPSR), dan secara kumulatif kelemahan itu membawa kepada
peringkat PMR, SPM, STPM dan universiti (Isahak, 2001).
Dalam hal ini guru adalah individu terpenting yang akan menjalankan visi dan
menyampaikan ilmu dan kemahiran ini. Oleh itu bagi memastikan matlamat dan objektif
pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah ini tercapai, pengajaran guru amat memainkan
peranan. Oleh itu guru-guru ini telah dihantar mengikut kursus dan bengkel bagi mendapatkan
tatacara menjalankan pembelajaran mengikut standard. Menurut Kamus Dewan (Edisi Ketiga,
1996), maksud keberkesanan ialah menimbulkan hasil (kesudahan dan sebagainya) yang
diharapkan membawa kepada sesuatu perubahan (perkembangan), efektif atau mendatangkan
sesuatu pengaruh kepada pemikiran (sikap, watak dan sebagainya) seseorang atau sesuatu
golongan dan lain-lain (seperti mengubah sikap, membangkitkan sesuatu kecenderungan atau
perasaan dan sebagainya). Dengan kata lain, keberkesanan pengajaran diukur berdasarkan sejauh
manakah hasil objektif pelajar telah dicapai melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang
dirancang dan dilaksanakan. Keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran memerlukan
kesediaan dari semua pihak dalam melaksanakan visi dan misi pendidikan negara. Oleh itu
jelaslah bahawa keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Matematik Tahun Satu dalam
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) amat bergantung kepada kesediaan guru
Matematik tahun Satu di sekolah rendah dalam melaksanakannya.

28
Sanitah Mohd Yusof & Norsiwati Ibrahim / Journal of Science and Mathematics Education (2012)

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

Berdasarkan kepada masalah, pengkaji merumuskan objektif kajian yang hendak dicapai ialah :

1. Mengenalpasti kesediaan guru-guru Matematik Tahun 1 daripada segi sikap terhadap


pengajaran Matematik dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
2. Mengenal pasti tahap kesediaan guru-guru Matematik Tahun 1 daripada segi minat
terhadap pengajaran Matematik dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
3. Mengenalpasti tahap kesediaan guru-guru Matematik Tahun 1 daripada segi penguasaan
kemahiran dalam sukatan pelajaran baru yang diperkenalkan dalam Kurikulum Standard
Sekolah Rendah ( KSSR)
4. Mengenalpasti samada terdapat hubungan yang signifikan kesediaan guru Matematik
Tahun 1 dari aspek sikap, minat dan penguasaan kemahiran dengan pengalaman
mengajar dalam melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah.

5.0 PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini adalah untuk mengkaji tentang kesediaan guru Matematik Tahun 1 dari segi sikap,
minat, penguasaan pengetahuan dan kemahiran dalam sukatan pelajaran Matematik Tahun Satu
mengikut sistem Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Secara spesifiknya kajian ini cuba untuk
mencari jawapan kepada beberapa persoalan berikut:

1. Apakah kesediaan guru daripada aspek minat, sikap, pengetahuan dan kemahiran guru
Matematik Tahun satu dalam perlaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah.

2. Adakah terdapatnya hubungan kesediaan guru Matematik tahun 1 daripada segi sikap,
minat dan penguasaan kemahiran dengan pengalaman mengajar matematik tahun 1 dalam
perlaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah.

6.0 SOROTAN KAJIAN

6.1 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) adalah satu kurikulum yang mendukung cita-cita
murni dan unggul dengan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan
Kebangsaan bertujuan untuk melahirkan murid yang seimbang. Pelajar yang dilahirkan itu
berkembang secara menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta menyediakan
mereka untuk menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berterusan berasaskan pengetahuan
pada abad ke -21. Matlamat Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaran
Matematik adalah untuk membina pemahaman murid tentang konsep nombor, kemahiran asas
dalam pengiraan, memahami idea matematik yang mudah dan berktrampilan mengaplikasikan
pengetahuan serta kemahiran matematik secara berkesan dan bertanggungjawab dalam
kehidupan seharian.

29
Sanitah Mohd Yusof & Norsiwati Ibrahim / Journal of Science and Mathematics Education (2012)

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) merupakan satu transformasi kurikulum


pendidikan berdasarkan kepada lapan bidang iaitu bentuk, organisasi, kandungan, peruntukan
masa, pedagogi, pentaksiran, pengurusan kurikulum dan bahan. Lapan bidang ini amat
diharapkan dapat dicapai agar kurikulum pendidikan dapat direalisasikan bersesuaian dengan
aspirasi negara. Kelapan-lapan bidang ini merangkumi bidang pedagogi yang menitik beratkan
kepada cara-cara pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Penguasaan ilmu pedagogi guru
akan dapat membantu guru menyampaikan ilmu dengan berkesan. Disamping itu penggunaan
bahan dalam pengajaran dan pembelajaran dapat merangsang dan menarik minat murid
mempelajari displin ilmu. Seterusnya pengurusan kurikulum yang berkesan akan membantu guru
menjalankan tanggungjawab mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan. Pengurusan
kurikulum yang berkesan dapat membantu pelaksanaan KSSR dengan berkesan.
Konsep Kurikulum Standard Sekolah Rendah adalah berteraskan kepada Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Oleh itu kurikulum menjadikan
pendekatan secara bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, peluang kualiti pendidikan
yang sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. Ini adalah konsep yang ingin
diterapkan dalam kurikulum baru yang diperkenalkan.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) ini adalah bertujuan untuk meningkatkan
pendidikan rendah agar lebih relevan dengan cabaran masa kini dan abad ke – 21. Bagi
mejayakannya, guru memainkan peranan yang penting bagi mengupayakan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan dan kejayaan transformasi kurikulum ini memerlukan komitmen
menyeluruh daripada semua pihak termasuk penggubal dasar, pengurus kurikulum, ibu bapa
serta pihak-pihak yang berkepentingan.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah ini merupakan satu bentuk kurikulum tranformasi.
Di dalam kurikulum baru ini menggariskan enam tranformasi yang ingin dijana iaitu komunikasi,
kerohanian, sikap dan nilai, sains dan teknologi, perkembangan estetika dan fizikal, ketrampilan
diri serta kemanusiaan. Semua elemen ini akan membentuk insan seimbang dan mempunyai
daya pemikiran yang inovatif, kreatif dan kritis. Ini selaras dengan kehendak dan matlamat
pendidikan negara yang mahukan rakyatnya dapat menghayati nilai-nilau murni disamping
mecapai kejayaan. Falsafah Pendidikan Negara dijadikan tunjang dan garis panduan dalam
merealisasikan harapan dan matlamat ini. Sesungguhnya ketrampilan dan budaya hidup murni
dapat dizahirkan sekiranya guru dan pelajar dapat menghayati matlamat dan harapan KSSR
dengan berkesan.

6.2 Peranan Guru dalam Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

Guru adalah orang terpenting dan perantara dalam bidang pendidikan untuk menyampaikan
semua ilmu pengetahuan kepada pelajar. Guru sebaik mungkin akan menyampaikan ilmu dengan
sempurna agar murid-muridnya memahami apakah tujuan pembelajaran tersebut. Ini bagi
memastikan bahawa murid dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari di sekolah untuk
direalisasikan di persekitaran dan dunia yang semakin mencabar ini. Maka adakah peranan guru
akan dapat melaksanakan pembaharuan kurikulum ini dapat dijalankan. Ini dapat dilihat dengan
kajian-kajian yang telah dilakukan kepada keupayaan guru memahami pembaharuan kurikulum
untuk disampaikan kepada murid secara lebih berkesan.
Kejayaan dan pencapaian objektif kepada sesuatu pembaharuan kurikulum yang
dilaksanakan amat bergantung kepada guru, penggubal kurikulum dan pihak-pihak yang
berkaitan dengan penggubalannya. Ini bermula dengan pihak yang menggubal kurikulum itu
sendiri dan guru adalah golongan yang amat penting bagi menentukan kejayaan atau kegagalan

30
Sanitah Mohd Yusof & Norsiwati Ibrahim / Journal of Science and Mathematics Education (2012)

kurikulum baru yang diperkenalkan. Ini kerana guru yang akan melaksanakannya kurikulum dan
menyampaikannya di sekolah. Guru adalah pihak yang sewajarnya menerima sesuatu
pembaharuan kurikulum dengan penuh kesediaan dan tanggungjawab. Ini bagi memastikan isi
kurikulum itu dapat difahami dengan berkesan. Kesediaan guru menerima perubahan kurikulum
ini akan dapat menentukan hasil dari perubahan kurikulum tersebut iaitu Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR). Ini bagi menentukan bahawa hasrat dan matlamat kerajaan dalam
pembaharuan ini dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna.
Kajian yang telah dikaji oleh pengkaji lepas telah menyatakan tentang tiga keperluan
yang penting bagi kejayaan sesuatu pembaharuan kurikulum itu ialah dengan mendapat
sokongan dari pelbagai pihak. Kenyataan ini sememangnya diakui kerana apa jua pembaharuan
yang hendak dibuat, sekiranya tidak mendapat sokongan pasti akan menemui kegagalan. Pihak
Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) telah bertanggungjawab untuk menggubal dasar yang
telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Setelah penggubalan di buat
sudah pastilah mahu melihat hasilnya. Maka kerjasama yang padu dari semua pihak akan
mendatangkan hasil.

7.0 METOD

7.1 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini berbentuk tinjauan yang akan mengkaji tentang tahap kesediaan guru matematik tahun
satu dalam melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR ). Rekabentuk kajian ini
ialah kuantitatif. Kesediaan guru itu dilihat dari aspek perlengkapan guru berdasarkan
pengetahuan serta kemahiran, sikap dan minat guru matematik tahun satu dalam melaksanakan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

7.2 Tempat Kajian

Kajian ini akan dijalankan di daerah Kluang iaitu sekolah-sekolah yang terletak berhampiran
dengan Bandar Kluang. Pengkaji menghadkan jumlah sampel yang dipilih seramai 50 orang
maka lebih daripada 15 buah sekolah rendah di daerah Kluang akan terlibat dengan kajian ini.
Sekolah-sekolah yang dipilih dalam kajian ini ialah 15 buah sekolah rendah yang terletak lebih
kurang 30 km daripada Bandar kluang. Oleh itu kebanyakkan sekolah yang terlibat adalah
sekolah Gred A dan Gred B yang terletak di kawasan Bandar Kluang. Jumlah sampel pula adalah
bergantung kepada guru matematik tahun 1 yang mengajar di sekolah berkenaan.

7.3 Sampel Kajian

Dalam kajian ini pengkaji memilih guru Matematik Tahun Satu sebagai sampel. Sampel kajian
adalah semua populasi. Di daerah Kluang terdapat 50 buah sekolah kebangsaan. Dalam kajian ini
pengkaji menetapkan hanya guru matematik yang mengajar tahun satu di setiap sekolah sahaja
yang akan menjadi sampel kajian. Guru-guru ini dipilih kerana pengkaji ingin melihat tahap
kesediaan guru matematik tahun satu dalam menerima perubahan sukatan pelajaran dalam
kurikulum standard sekolah rendah seiring dengan melaksanakan kurikulum baru ini. Jumlah
responden yang akan terlibat adalah seramai 50 orang.

31
Sanitah Mohd Yusof & Norsiwati Ibrahim / Journal of Science and Mathematics Education (2012)

7.4 Instrumen Kajian

Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dengan mengupul maklumat data daripada soal selidik
serta mencari taburan kekerapan dan peratusan min. Soalan - soalan soal selidik adalah dibentuk
berdasarkan pengubahsuaian daripada soalan-soalan yang terdapat dalam kajian - kajian lepas.
Bahagian A dalam borang soal selidik mengandungi 10 item yang menyentuh tentang
sekolah dan maklumat diri guru. Bahagian B pula mengandungi 12 item soalan bagi
mengenalpasti kesediaan guru dari segi minat dalam mengajar Matematik Tahun Satu. Dalam
aspek ini item yang dikaji ialah tentang minat guru dalam kesediaanya menerima perubahan
sukatan pelajaran. Seterusnya dalam bahagian C pula adalah untuk mengenalpasti sikap guru
dalam kesediaannya menerima perubahan sukatan pelajaran dalam KSSR. Dalam aspek ini pula
pengkaji ingin melihat tentang sikap guru tahun satu itu mendalami perubahan sukatan yang
telah disebarkan. Seterusnya bahagian D pula adalah untuk mengenalpasti kesediaan guru dari
aspek pengetahuan dan kemahiran. Ketiga-tiga aspek ini adalah untuk melihat bahawa minat,
sikap , pengetahuan dan kemahiran itu akan menunjukkan tentang kesediaan guru tersebut
menerima perubahan dalam sukatan pelajaran Matematik Tahun Satu dalam Kurikulum Standard
Sekolah Rendah. Tinjauan menggunakan soal selidik ini akan ditadbir oleh pengkaji dengan
bantuan ketua panitia matematik di sekolah-sekolah yang terlibat dengan kajian.
Manakala soal selidik bahagian B, C dan D pula akan mengandungi 41 item untuk
melihat keseluruhan tahap kesediaan guru menerima perubahan kurikulum dalam KSSR bagi
subjek Matematik tahun satu. 12 item adalah bahagian A bagi melihat tahap minat guru dalam
kesediaannya menerima perubahan sukatan pelajaran. Bahagian C juga mengandungi 12 item
yang mengandungi soalan bagi mengenalpasti tahap sikap guru dalam kesediaannya menerima
perubahan sukatan dan bahagian D juga mengandungi 17 item bagi mengenalpasti tahap
pengetahuan dan kemahiran guru dalam kesediaannya menerima perubahan sukatan pelajaran
dalam kurikulum standard sekolah rendah.
Di dalam soal selidik bahagian B , C dan D terdapat 41 item, penyelidik telah
menggunakan skala 5 likert untuk soal selidik ini. Skala 5 likert yang diberikan ialah (1), (2), (3),
(4) dan (5). Skala ini menerangkan skala dari negatif kepada positif iaitu :

1 Sangat tidak setuju


2 Tidak setuju
3 Tidak pasti
4 Setuju
5 Sangat setuju

Soalan bahagian B ini di bina berdasarkan kepada soal selidik ‘ the technology in my life
survey’ yang telah dikaji oleh McKenzie pada tahun 1999. Soalan dalam soal selidik ini diubah
oleh pengkaji untuk disesuaikan dengan kajian yang dijalankan.

8.0 ANALISIS DATA

8.1 Taburan responden mengikut pengalaman mengajar Matematik Tahun Satu

Jadual 1 Taburan responden mengikut pengalaman mengajar Matematik Tahun Satu

32
Sanitah Mohd Yusof & Norsiwati Ibrahim / Journal of Science and Mathematics Education (2012)

Tahun Kekerapan Peratus


0 hingga 5 tahun 23 46.0
6 hingga 10 tahun 9 18.0
11 hingga 15 tahun 12 24.0
15 tahun 6 12.0
Jumlah 50 100.0

Selain dari berpengalaman menjadi pendidik, kajian ini lebih terarah untuk melihat hubungan
pengalaman pengajaran guru di tahun satu. Maka analisis data ini menunjukkan terdapat 23
orang guru telah terlibat secara langsung mengajar Matematik dan mempunyai pengalaman
selama 0 hingga 5 tahun iaitu mewakili 46%. Selebihnya ialah 9 orang guru ( 18%) mempunyai
pengalaman mengajar Tahun Satu selama 6 hingga 10 tahun, 11 hingga 15 tahun seramai 12
orang ( 24%) dan 15 tahun ke atas ialah seramai 6 orang ( 12%). Analisis ini menunjukkan
pengalaman langsung guru-guru dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik Tahun Satu.

8.2 Dapatan Kajian Persoalan 1 :

Apakah kesediaan guru daripada aspek minat, sikap, pengetahuan dan kemahiran guru
Matematik Tahun satu dalam perlaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah.
Dalam persoalan ini, Bahagian B di analisis untuk melihat apakah kesediaan minat guru
Matematik Tahun Satu dalam pelaksanaan KSSR. Tahap minat itu dikategorikan kepada sangat
tidak setuju. Tidak setuju, tidak pasti, setuju dan sangat setuju. Elemen minat ini adalah dari
soalan 1 hingga soalan 12 bahagian B .

Jadual 2 Kesediaan Minat Guru Tahun Satu Dalam Pelaksanaan KSSR.


BIL ITEM-ITEM STS TS TP S SS Min
SP
1 Saya sangat berminat untuk mengajar subjek - 1 4 25 20 4.28
Matematik. - 2% 8% 50% 40% .701
2 Saya sangat berminat mengajar matematik tahun 1 - 1 3 27 19 4.28
kerana ini merupakan satu cabaran bagi memenuhi - 2% 6% 54% 38% .671
kehendak matlamat KSSR.
3 Saya menawarkan diri mengajar matematik tahun 1 1 7 17 17 8 4.48
kerana minat yang mendalam terhadap matematik. 2% 14% 34% 34% 16% 7.354
4 Saya berminat mengajar subjek matematik kerana - 2 10 26 12 3.96
pengalaman yang ada pada saya. - 4% 20% 52% 24% .781
5 Saya berpuashati semasa mengajar matematik murid- 1 1 2 36 10 4.06
murid tahun 1. 2% 2% 4% 72% 20% .712
6 Saya dapat menyebarkan kurikulum baru dengan - 3 4 29 14 4.08
mudah kerana memahami isi kandungan. - 6% 8% 58% 28% .778
7 Saya berminat mengajar matematik tahun 1 ini 2 2 3 30 13 4.00
apabila berlaku perubahan bahasa pengantar dari 4% 4% 6% 60% 26% .926
bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu
8 Saya berminat mengajar matematik tahun 1 kerana 10 15 1 12 12 3.02
ini merupakan opsyen saya ketika belajar di maktab 20% 30% 2% 24% 24% 1.532
perguruan.
9 Saya amat berminat mengajar matematik kerana saya 6 16 1 17 10 3.18
telah mengikuti kursus perguruan asas atau kursus 16% 32% 2% 34% 20% 1.395
pendidikan lepasan ijazah.

33
Sanitah Mohd Yusof & Norsiwati Ibrahim / Journal of Science and Mathematics Education (2012)

10 Saya berminat mengajar matematik tahun 1 kerana 1 4 14 19 12 3.74


ini merupakan subjek utama pilihan saya. 4% 8% 28% 38% 24% .986
11 Saya berminat mengajar matematik tahun 1 kerana - 1 2 36 11 4.14
dapat menggunakan pelbagai bentuk strategi - 2% 4% 72% 22% .572
pengajaran dan pembelajaran.
12 Saya berminat mengajar matematik tahun 1 kerana - 2 2 31 15 4.18
pengalaman yang ada pada saya. 4% 4% 62% 30% .691
Min keseluruhan item 1 hingga 12 ialah 3.95

Dalam kajian yang dijalankan ini, penyelidik dapat mengumpulkan data dan maklumat
dari 50 guru yang mengajar Matematik Tahun Satu. Merujuk kepada jadual di atas, min yang
paling tinggi iaitu seramai seorang responden ( 2%) sangat tidak setuju dengan item penawaran
mengajar subjek ini di sekolah. Manakala terdapat tujuh orang responden (14%) tidak bersetuju,
tidak pasti seramai 17 orang responden ( 34 %) , setuju pula seramai 17 orang responden (34%)
dan 8 orang responden sangat bersetuju dengan item ini iaitu ( 16%).
Seterusnya analisis data bagi item 8 dan item 9 adalah berkenaan dengan opsyen guru.
Skor min bagi item 8 ini adalah rendah iaitu 3.020 dimana terdapat 10 orang responden ( 20%)
sangat tidak bersetuju, 15 orang responden (30%) tidak bersetuju, 1 orang responden (2%) tidak
pasti, 12 orang responden (24%) bersetuju dan 12 orang responden juga (24%) bersetuju dengan
item ini. Seterusnya bagi item 9 juga didapati bahawa skor minnya ialah 3.18. Bagi item ini
seramai 10 orang respenden (20%) sangat bersetuju, 17 orang responden (34%) bersetuju, 1
orang responden (2%) tidak pasti, 16 orang responden ( tidak setuju) dan 6 orang responden
(112%) sangat tidak setuju. Item ini mengkaji tentang kursus yang telah diikuti ketika mengikuti
kursus perguruan.

Jadual 3 Kesediaan Sikap Guru Matematik Tahun Satu Dalam Pelaksanaan


Kurikulum Standard Sekolah Rendah.
BIL ITEM-ITEM STS TS TP S SS MIN
SP
13 Saya berasa selesa mengajar Matematik dengan 1 2 1 26 20 4.24
perubahan sukatan pelajaran yang baru. 2% 4% 2% 52% 40% .847
14 Saya lebih yakin mengajar matematik dalam kelas 1 - 1 23 25 4.42
dengan perubahan bahasa pengantar dalam kurikulum 2% - 2% 46% 50% .731
baru.
15 Saya membuat persediaan rapi sebelum mengajar bagi - - 1 21 28 4.54
memastikan pengajaran berjalan dengan lancar dan - - 2% 42% 56% .542
berkesan.
16 Saya membuat persediaan rapi dalam penyediaan bahan - 1 22 27 4.50
bantu mengajar agar pembelajaran lebih berkesan - 2% 44% 54% .614
17 Saya merujuk kepada sukatan pelajaran bagi - - - 19 31 4.62
memastikan pemahaman dalam penyampaian ilmu - - - 38% 62% .490
pengajaran mengikut kehendak kurikulum.

18 Saya sentiasa membuat inovasi dalam pengajaran dan - 1 - 36 13 4.22


pembelajaran Matematik selaras dengan sukatan - 2% - 72% 26% .545
pelajaran terbaru.

34
Sanitah Mohd Yusof & Norsiwati Ibrahim / Journal of Science and Mathematics Education (2012)

19 Saya membuat kajian tindakan mengenai kebolehan - 2 1 33 14 4.18


murid bagi memastikan penilaian terhadap murid - 4% 2% 66% 28% .661
berkesan bersesuaian dengan kehendak KSSR.

20 Saya bersedia untuk mengikuti kursus pemantapan - - 1 26 23 4.44


pengajaran dan pembelajaran bagi memantapkan lagi - - 2% 52% 46% .541
pengetahuan saya.
21 Saya bersedia mengikuti kursus berkaitan matematik - - - 23 27 4.54
demi meningkatkan kemahiran saya - - - 46% 54% .503
22 Saya berbincang dengan rakan sealiran bagi membuat - - - 28 22 4.44
refleksi isi kandungan pengajaran dan pembelajaran - - - 56% 44% .501
Matematik tahun 1 dalam KSSR.

23 Saya kerap terlibat dalam mesyuarat , taklimat dan - 1 - 28 21 4.38


aktiviti-aktiviti matematik di sekolah. - 2% - 56% 42% .602
24 Saya selalu menganalisis pencapaian Matematik murid - - - 30 20 4.40
untuk tindakan susulan. - - - 60% 40% .495
Min keseluruhan item 13 hingga 24 ialah 4.41

Analisis 13 hingga 24 menggambarkan tahap kesediaan sikap guru Matematik Tahun 1


dalam pelaksanaan KSSR. Skor min bagi keseluruhan item 13 hingga 24 ialah 4.41 dan sisihan
piawainya 0.5894. Data yang menyeluruh tentang tahap kesediaan sikap guru guru Matematik
Tahun Satu dalam pelaksanaaan KSSR dapat dilihat melalui analisis item bahagian C soalan 13
hingga 24.
Merujuk kepada jadual di atas, item yang mempunyai min yang paling tinggi
merekodkan seramai 19 orang responden (38%) dan 31 orang responden sangat bersetuju dengan
item ini iaitu (62%). Item ini menyatakan bahawa ‘Saya merujuk kepada sukatan pelajaran bagi
memastikan pemahaman dalam penyampaian ilmu pengajaran mengikut kehendak kurikulum’.
Seterusnya analisis data bagi min yang paling rendah adalah berkaitan dengan membuat
kajian tindakan mengenai kebolehan murid bagi memastikan penilaian terhadap murid berkesan
bersesuaian dengan kehendak KSSR. Skor min bagi item 19 ini adalah rendah iaitu 4.18 dimana
terdapat dua orang responden (4%) tidak bersetuju, seorang responden (2%) tidak pasti, 33 orang
responden (66%) bersetuju dan 14 orang responden (28%) sangat bersetuju dengan item ini.

Jadual 4 Kesediaan Penguasaan kemahiran Dan Pengetahuan Guru Matematik Tahun Satu
Dalam Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah.
BIL ITEM-ITEM STS TS TP S SS MIN
SP
25 Saya mempunyai pengetahuan bagi mengajar Matematik - - 1 35 14 4.26
Tahun 1. - - 2% 70% 28 .487
26 Saya mempunyai kemahiran bagi mengajar subjek - - 3 38 9 4.12
Matematik Tahun 1. - - 6% 76% 18% .479
27 Saya berkelayakan untuk mengajar Matematik tahun 1 - - 3 40 7 4.08
dengan berkesan. - - 6% 80% 14% .444
28 Saya mempunyai kefahaman yang jelas setiap topik dan - - 3 42 5 4.04
item. - - 6% 84% 10% .402
29 Saya mempunyai pengetahuan untuk memotivasikan - 1 2 39 8 4.08
murid tahun 1 belajar Matematik. - 2% 4% 78% 16% .528

35
Sanitah Mohd Yusof & Norsiwati Ibrahim / Journal of Science and Mathematics Education (2012)

30 Saya mempunyai kemahiran untuk memotivasikan murid - - 2 22 26 4.48


tahun 1 seronok belajar Matematik. - - 4% 44% 52% .579
31 Saya mempunyai pengetahuan untuk meningkatkan - 1 - 22 27 4.50
penguasaan murid dalam Matematik. - 2% - 44% 54% .614
32 Saya mempunyai kemahiran mengajar subjek Matematik - - 2 24 24 4.44
dengan menggunakan teknik mudah. - - 4% 48% 48% .577
33 Saya mempunyai pengetahuan dalam menggunakan - - 2 21 27 4.50
pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi - - 4% 42% 54% .580
menarik minat murid.
34 Saya mempunyai kemahiran dalam mengaplikasikan - - 1 28 21 4.40
strategi pembelajaran dalam bilik darjah. - - 2% 56% 42% .534
35 Saya sentiasa bersedia untuk berkongsi pengetahuan dan - - - 25 25 4.50
kemahiran dengan guru-guru lain tentang sukatan - - - 50% 50% .505
pelajaran Matematik Tahun 1 KSSR ini.
36 Saya mempunyai pengetahuan dalam menyampaikan - - 1 24 25 4.48
ilmu matematik kepada murid tahun 1. - - 2% 48% 50% .543
37 Saya mempunyai kemahiran dalam mengendalikan - 2 - 19 29 4.50
penggunaan bahan bantu mengajar bagi melancarkan - 4% - 38% 58% .707
pengajaran dan pembelajaran.
38 Saya mempunyai kemahiran penggunaan komputer - - 2 20 28 4.52
dalam proses pengajaran dan pembelajaran . - - 24% 40% 56% .579
39 Saya mempunyai pengetahuan untuk mengendalikan - 1 - 21 28 4.54
ujian - ujian penilaian murid. - 2% - 42% 56% .54
40 Saya boleh mengendalikan ujian-ujian mengikut band - - - 18 32 4.64
yang telah ditetapkan dalam KSSR . - - - 36% 64% .484
41 Saya berkemahiran membuat analisis pencapaian murid - - - 18 31 4.64
mengikut band yang telah ditetapkan dalam KSSR - - - 36% 64% .484
Min keseluruhan item 25 hingga 41 ialah 4.39

Analisis 25 hingga 41 menggambarkan tahap kesediaan pengetahuan dan kemahiran guru


Matematik Tahun 1 dalam pelaksanaan KSSR. Skor min bagi keseluruhan ialah 4.39 dan sisihan
piawainya 0.16. Data yang menyeluruh tentang tahap kesediaan sikap guru guru Matematik
Tahun Satu dalam pelaksanaaan KSSR dapat dilihat melalui analisis item bahagian D soalan 25
hingga 41.
Merujuk kepada jadual di atas, terdapat dua item yang mempunyai min yang paling
tinggi. Item ini menerangkan tentang pengetahuan dan kemahiran guru dalam mengendalikan
penilaian mengikut band dalam KSSR. Dalam item 40 dan 41 ini mencatatkan rekod yang sama
iaitu seramai 18 (36%)setuju dan seramai 32 orang responden (64%) sangat bersetuju dengan
item. Seterusnya analisis data bagi item 28 berkaitan dengan kemahiran dalam topik pengajaran
matematik. Skor min bagi item 28 ini adalah rendah iaitu 4.04 dimana terdapat, tiga orang
responden (6%) tidak pasti, 40 orang responden (80%) bersetuju dan 7 orang responden (14%)
sangat bersetuju dengan item ini.

36
Sanitah Mohd Yusof & Norsiwati Ibrahim / Journal of Science and Mathematics Education (2012)

8.3 Dapatan Kajian Persoalan 2

Jadual 5 Hubungan kesediaan guru Matematik Tahun 1 daripada segi minat, sikap , pengetahuan
dan kemahiran dalam pelaksanaan KSSR dengan pengalaman mengajar Matematik Tahun 1
dalam pelaksanaan KSSR.
Tahap Tahap sikap Tahap Pengalaman
minat pengetahuan Mengajar
dan Matematik
Kemahiran Tahun 1
Tahap minat guru Matematik Pearson Correlation 1 .385** .a .187
Tahun 1 dalam pelaksanaan Sig. .
KSSR (2 tailed) .006 .193
tahap sikap guru matematik Pearson Correlation .385** 1 .a -.053
tahun 1 dalam pelaksanaan kssr Sig. .
(2 tailed) .006 .717
tahap pengetahuan dan Pearson Correlation .a .a .a .a
kemahiran guru matematik tahun Sig. . . . .
1 dalam pelaksanaan KSSR (2 tailed)
PengalamanTahun1 Pearson Correlation .187 -.053 .a 1
Sig. .
(2 tailed) .193 .717

Berdasarkan analisis di atas didapati terdapat perkaitan di antara tahap minat dan sikap guru
matematik tahun satu dalam pelaksanaan KSSR dengan pengalaman mengajar matematik tahun
satu. Mengikut analisis nilai korelasi bagi melihat hubungan antara sikap dan minat dengan
pengalaman mengajar Matematik Tahun Satu menunjukkan bahawa p Sig ( 2 tailed ) dalam
pelaksanaan KSSR ialah r=0.385 dan p = 0.006. Ini menunjukkan terdapat hubungan yang
signifikan antara minat dan sikap dengan pengalaman mengajar Mateamatik Tahun Satu kerana
di atas nilai signifikan .001. Ini jelasa menunjukkan bahawa minat dan sikap amat berkait rapat
bersesuaian dengan pendapat Atan Long (1991) yang menyatakan bahawa kesediaan merupakan
perkara utama dalam pembinaan sikap yang baik.
Dari segi kekuatan hubungan kita dapati bahawa tahap minat adalah lebih tinggi iaitu
r=.187 berbanding tahap sikap iaitu r=-.053. Menurut peringkat skala 5 Likert menujukkan
bahawa tahap minat guru matematik masih di tahap rendah iaitu di antara tahap 1.00 hingga
tahap 2.00. Ini menunjukkan bahawa semakin lama seseorang guru mengajar tahun satu maka
akan menimbulkan minat yang mendalam untuk menyampaikan ilmu. Ini jelas menunjukkan
bahawa kesediaan minat dan sikap yang positif guru – guru yang mengajar Matematik Tahun
Satu akan memberikan impak yang berkesan dalam pelaksanaan KSSR. Guru-guru ini mudah
memahami kehendak sukatan pelajaran dan dapat menyampaikan ilmu kepada murid-murid
dengan lebih efektif. Guru- guru yang berpengalaman mengajar Tahun Satu lebih mendekati
murid dan memahami kehendak murid yang baru mengenali alam persekolahan.
Manakala kekuatan perkaitan tahap sikap guru matematik dengan pengalaman mengajar
matematik tahun satu adalah sederhana kuat. Perkaitan yang songsang iaitu r =- .53 ini
bermaksud bahawa sikap seseorang guru itu memainkan peranan dalam melaksanakan KSSR.
Keadaan ini menunjukkan bahawa guru yang baru mempunyai pengalaman mengajar matematik
tahun satu akan menunjukkan sikap yang lebih positif terhadap tugas mereka berbanding dengan
guru yang mempunyai pengalaman yang lama dalam mengajar matematik tahun satu. Manakala
tiada perkaitan antara pengetahuan dan kemahiran dengan pengalaman mengajar matematik
tahun satu.

37
Sanitah Mohd Yusof & Norsiwati Ibrahim / Journal of Science and Mathematics Education (2012)

9.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhan kajian yang dijalankan ini dapat memberikan maklumat yang berguna dan
berfaedah kepada guru-guru dan pihak-pihak yang terlibat dalam KSSR. Walaupun guru-guru
sentiasa bersedia menerima perubahan dan bersikap positif dengan langkah kerajaan untuk
melaksanakan KSSR di sekolah rendah pada awal persekolahan 2011, namun keputusan mendadak
kerajaan akan memberi impak kepada penyesuaian diri guru untuk menyampaikan ilmu tersebut.
Oleh itu satu usaha untuk memantapkan lagi pengisian kursus dalam KSSR akan dapat membantu
para guru mendalami dan memahami hasrat dan matlamat pendidikan Negara.

REFERENCES

Hassan Ahmad (2005) Memertabatkan Penggunaan Bahasa Melayu: Dasar, Pelaksanaan dan
Pencapaian, kertas kerja Kongres Pendidikan Melayu ke-2, anjuran Persekutuan Badan
Pendidikan dan Pembangunan Melayu (PBPPM), di Berjaya Times Square Hotel &
Convention Centre, Kuala Lumpur, 26-27 Mac, 2005.
Isahak Haron, (2001). Prestasi Pelajar Melayu/Bumiputera di Peringkat Rendah (UPSR),
Menengah (PMR, SPM dan STPM) dan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT), dalam
Laporan Kongres Pendidikan Melayu, 1 - 2 September, 2001, di Pusat Dagangan Dunia
Putera, Kuala Lumpur.
Kamus Dewan (1996). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

38

You might also like