You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PELANGI JOHOR BAHRU

MINIT MESYUARAT PANITIA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK)


BIL. 04 / 2020

Tarikh : 14 Disember 2020, Khamis

Masa : 12.00 – 1.00 Tengahari

Tempat : Dewan Sri Pelangi, SKTP

Pengerusi : Puan Hafsah binti Md.Onn

Kehadiran(Bilangan) : 2/2

Turut Hadir (Jika Ada): -

1 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasi di atas kehadiran guru yang hadir
pada Mesyuarat Panitia TMK Bil 4/2020.

1.2 Pengerusi mengedarkan dan membacakan agenda-agenda yang akan


dibincangkan pada mesyuarat kali ini. Sebelum menyerahkan perjalanan mesyuarat
kepada Ketua Panitia TMK, Encik Mohd Hafidz Bin Habbibollah.

2 FOKUS MESYUARAT

2.1 Penetapan RPT

2.1.1 Ketua Panitia telah menyatakan bahawa semua guru panitia TMK perlu
membuat rombakan RPT mengikut takwim persekolahan yang di tetapkan
oleh kementerian pelajaran Malaysia. RPT perlu mula dari minggu 1.
Makluman

2.2 Penyelarasan pelaksanaan Pdpc

2.2.1 PdPc secara dalam talian di laksanakan sepanjang tempoh perintah


kawalan pergerakan pemulihan mengikut jadual sedia ada. Murid-murid diberi
latihan secara kuiz dalam talian dan lembaran kerja. Edaran lembaran kerja
adalah berdasarkan jadual yang disediakan oleh pihak sekolah.

Makluman
2.3 Jadual waktu

2.3.1 Ketua Panitia mengingatkan guru agar menjalankan PdPc secara dalam
talian sehingga sekolah di buka semula. Pemantauan oleh pentadbir akan di
jalankan sepanjang tempoh ini.

Makluman

1
2.4 Pemantauan PdPc

2.4.1 Cik. Rahimah mengingatkan semua guru agar menjalankan PdPc secara
dalam talian sehingga sekolah di buka semula. Pemantauan oleh pentadbir
akan di jalankan sepanjang tempoh ini.

Tindakan: Semua guru TMK

2.5 Takwim / Program Panitia

2.5.1 Terdapat beberapa perubahan perjalanan program panitia yang telah di


rancang.
Berikut adalah hasil keputusan perbincangan panitia :
- Sudut TMK di dalam kelas – di teruskan
- PAK 21 – di tangguhkan
- PLC – di teruskan

Tindakan: Semua Guru TMK

2.6 Pengurusan pentaksiran / PBD

2.6.1 ketua Panitia mengingatkan semua guru agar menyiapkan PBD


berdasarkan hasil kerja murid secara dalam talian dan bertulis. Bagi murid
yang tidak memberi maklum balas sepanjang tempoh PdPc secara dalam
talian ini, maka pentaksiran akan di jalankan apabila sekolah di buka.

Makluman

2.7 Anggaran belanja mengurus

2.7.1 ketua Panitia telah berbincangkan tentang PCG dengan kerani kewangan
sekolah.

Tindakan: Ahli Panitia

3 HAL-HAL LAIN

3.1 Ketua panitia mengingatkan guru-guru agar sentiasa mengikut SOP


sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan pemulihan ini.

3.2 Ketua panitia juga menyatakan bahawa aktiviti membaik pulih learning walk
akan di jalankan pada suatu tarikh yang akan di tetapkan.

Tindakan: Ahli Panitia

2
PENUTUP

Pengerusi berharap agar semua guru dapat bekerjasama dalam menjayakan segala yang telah
dirancang bagi mempertingkatkan lagi prestasi murid-murid.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.30 Tengahari.

Disediakan oleh,

(CIK.ROGINI RAJOO)

Setiausaha Panitia Teknologi Maklumat dan Komunikasi


SK Taman Pelangi
Johor Bahru Tarikh : 16 Disember 2020

You might also like