You are on page 1of 2

Sekolah Kebangsaan Desa Jaya mengadakan sambutan

hari kemerdekaan pada awal bulan Ogos iaitu sebelum 31


Ogos. Sambutan ini telah berlangsung di Dewan Budiman
sekolah. Suasana sekolah dan cantik dan meriah pada hari
sambutan.
Murid-murid mengambil bahagian dalam pelbagai
aktiviti yang diadakan pada hari sambutan itu. Contohnya,
murid-murid tahap satu telah menyertai pertandingan
melukis poster, mewarna, membuat kuiz. Manakala, murid-
murid tahap dua pula mengambil bahagian dalam
pertandingan menyanyi lagu patriotik, teka silang kata dan
membaca sajak kemerdekaan.
Selepas itu, Sekolah Kebangsaan Desa Jaya telah
mengadakan acara kawad kaki oleh murid-murid dari
persatuan dan kelab. Mereka berarak di padang sekolah.
Perarakan mereka sungguh menarik hati para guru-guru
dan tetamu .
Sambutan Hari Merdeka diakhiri dengan acara
nyanyian lagu patriotik oleh warga Sekolah Kebangsaan
Desa jaya. Kemudian, acara penyampaian hadiah diadakan
untuk semua pemenang. Majlis ini berakhir dengan ucapan
penutup oleh guru besar.

You might also like