You are on page 1of 3

SUNGAI BULOH, 22 OKTOBER 2016 - Sekolah

Kebangsaan Bukit Rahman Putra mengadakan Program


Kempen Keselamatan Jalan Raya secara besar-besaran.
Program ini dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Melayu
bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di
kawasan sekolah Bukit Rahman Putra. Kempen
Keselamatan Jalan Raya dihadiri oleh sekira-kira 200
orang murid tahap 2 iaitu tahun 4, 5 dan 6 berserta 20
orang guru. Penglibatan murid dan guru bagai aur
dengan tebing dapat menjayakan program ini dan
berjalan lancar sekali.
Ketua polis daerah Sungai Buloh, superintendan
Shafa’aton Abu Bakar telah memberi ceramah
keselamatan jalan raya kepada murid-murid. Beliau
berkata bahawa murid-murid wajiblah mematuhi
peraturan jalan raya seperti berjalan di lintasan belang,
menunggang basikal di lorong basikal dan menggunakan
jejantas. Beliau juga menunjukkan statistik kes
kemalangan meningkat setiap tahun di negara ini.

Murid-murid tahun 4 dan 5 menyertai


pertandingan melukis poster keselamatan jalan raya
manakala murid-murid tahun 6 menyertai pertandingan
menulis karangan. Di belakang dewan sekolah juga
diadakan pameran tentang peraturan jalan raya,
undang-undang serta hukuman jalan raya dan langkah-
langkah keselamatan jalan raya. Murid-murid dihiburkan
dengan tayangan filem yang menarik oleh guru disiplin,
Cikgu Zulhairy.

Selesai majlis penyampaian hadiah kepada para


pemenang, guru besar Sekolah Kebangsaan Bukit
Rahman Putra, Puan Aminah menyampaikan cenderahati
kepada ketua polis daerah. Selepas itu, semua murid,
guru dan tetamu khas dijemput ke kantin sekolah untuk
menikmati jamuan yang disediakan.

You might also like