You are on page 1of 4

5

A. PENGENALAN PERNIAGAAN

Burger merupakan antara makanan popular di Malaysia. Oleh itu, pada 1 Mac 2021,
dengan bermodalkan RM12 000.00, saya Nur Farihah Ijlah binti Rozaini telah memulakan
perniagaan Nyam Nyam Burger dengan menjual burger dengan resepi masakan tersendiri dan
menyediakan perkhidmatan membekal burger untuk tempahan khas. Kios saya terletak di No.67
Ladang Holyrood, 34100 Kubu Gajah Selama, Perak.

Perniagaan saya dibantu oleh dua orang pembantu kios yang dibayar upah RM5 sejam
dan saya sebagai pemilik perniagaan turut menerima upah bulanan sebanyak RM1 500.

Saya memilih untuk menubuhkan Nyam Nyam Burger kerana ingin mencari duit lebih
bagi menampung perbelanjaan seharian. Selain itu, permintaaan yang tinggi apabila saya
menjual burger. Hal ini dikatakan demikian kerana, kebanyakan rakyat Malaysia menggemari
burger yang dijual di tepi jalan berbanding burger yang dijual di restoran makanan segera seperti
McDonalds, Kentucky Fried Chicken (KFC) dan Marrybrown.

Antara kelebihan berkaitan perniagaan burger ialah kos yang murah. Hal ini dikatakan
demikian kerana, modal permulaan untuk bisnes burger ini adalah sangat rendah. Apa yang
diperlukan hanyalah sedikit kemahiran membuat burger yang sedap. Selain itu, bisnes ini tidak
memerlukan pekerja yang ramai. Kebiasaannya, dua orang pekerja sudah memadai untuk
memulakan perniagaan burger di tepi jalan. Seorang tukang masak dan seorang lagi tukang
bungkus. Kesimpulannya, semakin sedikit pekerja, semakin banyak untung bersih.

Antara risiko perniagaan burger ialah jumlah pelanggan yang tidak menentu. Hal ini
dikatakan demikian kerana, tidak semestinya saya akan mendapat puluhan pelanggan setiap hari
kerana bergantung kepada banyak faktor. Kesannya, akan mengganggu proses untuk saya
membuat anggaran untung dan belanja pada tempoh akan datang. Selain itu, dari aspek
keselamatan. Hal ini dikatakan demikian kerana, apabila seorang wanita berniaga di tepi jalan,
banyak perkara yang boleh berlaku. Antaranya, kes kecurian wang jualan dan penculikan.
Maklumat Akaun Belum Terima

Koperasi Kubu Gajah Kelab Futsal Star Wars

Jalan Kubu Gajah, Jalan Ramah,

34100 Selama, Perak. 34100 Selama, Perak.

Maklumat Akaun Belum Bayar

Pembekal BURGER rahmat Pembekal Telur Berjaya

Jalan Rahmat, Jalan Berjaya,

34100 Selama, Perak. 34100 Selama, Perak.

Maklumat Pembekal Belian Tunai

Pasaraya A-Wang Kedai Runcit makJemah

Jalan Selama, Jalan Selama,

34100 Selama, Perak. 34100 Selama, Perak.

Keah Seng Pengedar Peralatan Dapur LC Press

24, Jalan Sungai, A 15 Arked Mara Pusat Bandar 34300,

34200 Parit Buntar, Perak. 34300 Bagan Serai, Perak.

Zulalim Design (FUBE)

34000, 6614, Jalan Kamunting Lama,

34000 Kamunting, Perak.


Senarai Harga Bahan Mentah Bagi Akaun Belum Bayar

Bil. Butir Kuantiti Harga Seunit (RM)

1 Roti burger (40 biji/peket) 1 peket 16.00


2 Roti oblong (10 biji/peket) 1 peket 10.00
3 Burger ayam (6 keping/peket) 1 peket 6.00
4 Burger kambing oblong (5 keping/peket) 1 peket 15.00
5 Sos cili (3 kg/botol) 1 botol 13.00
6 Mayones (3 kg/peket) 1 peket 16.00
7 Telur (30 biji/papan) 1 papan 9.00

Senarai Harga Jualan Burger

Burger Jenis Kuantiti Harga Seunit (RM)

Ayam Biasa 1 unit 4.00


Spesial 1 unit 5.00
Benjo Biasa 1 unit 2.00
Spesial 1 unit 3.00
Oblong Biasa 1 unit 8.00
Spesial 1 unit 10.00

Senarai Harga Barang Basah

Bil Perkara Kuantiti Harga (RM)

1 Bawang 1 kg 3.00
2 Tomato 1 kg 6.00
3 Timun 1 kg 5.00
4 Kubis 1 kg 6.00
M/S Tarikh Butir Baki Awal Wang Wang Baki
(RM) Masuk Keluar Akhir
(RM) (RM) (RM)
6 1 Mac Modal 0 12 000.00 0 12 000.00
7 1 Mac Sewa & deposit 0 1 500.00
8 1 Mac Lesen perniagaan 0 240.00
9 2 Mac Beli kotak 0 740.00
9 2 Mac Beli sayur 0 233.00
10 3 Mac Beli logo berpelekat 0 150.00
11 7 Mac Jualan Tunai 2 430.00 0
11 8 Mac Beli sayur 0 228.00
13 9 Mac TUNAI DI BANK (Mesin Deposit Tunai) 0 1 215.00
14 11 Mac Isian gas 0 60.00
15 13 Mac Tempahan Kain Rentang 0 300.00
16 14 Mac Jualan Tunai 3 700.00 0
17 15 Mac Upah pekerja 0 980.00
19 15 Mac Beli kotak dan beg plastik 0 360.00
20 16 Mac TUNAI DI BANK (Slip Wang Masuk) 0 1 850.00

JUALAN TUNAI 2-7 MAC 2021: RM2 430.00 1 215.00

JUALAN TUNAI 8-14 MAC 2021: RM3 700.00 1 850.00

JUALAN TUNAI 15-21 MAC 2021: RM3 935.00 1 985.00

JUALAN TUNAI 22-28 MAC 2021: RM2 745.00 1 390.00

2 430.00

3 700.00

3 935.00

2 745.00

2 870.00

You might also like