You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN BELURAN,

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH,


PETI SURAT 08,
90107 BELURAN, No Tel : 089-511235
SABAH. No Faks : 089-511235
Email : sekolah-7755@moe-dll.edu.my

Rujukan Kami : SKPB. 600-3/2/9


Tarikh : 18/3/2024

Kepada,
Encik Kamsa Hj Tassim,
YDP PIBG,
SK Pekan Beluran.

Melalui,
Sh Syafawe Bin Sh Yunus,
Guru Besar,
SK Pekan Beluran.

Tuan,

PERMOHONAN SUMBANGAN PROGRAM KONGSI REZEKI BUBUR LAMBUK

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

02. Sukacita dimaklumkan pihak Panitia Pendidikan Islam SK Pekan Beluran akan mengadakan
Program Kongsi Rezeki Bubur Lambuk sempena Program Ihya Ramadan peringkat sekolah.
Sehubungan itu, pihak kami ingin memohon sumbangan daripada pihak PIBG SKPB sebanyak
RM600 untuk menampung sebahagian kos mengadakan program ini.

03. Program ini diadakan untuk merapatkan lagi hubungan antara ibu bapa dan warga sekolah
disamping bersama-sama menghidupkan suasana Ramadan. Bersama – sama ini disertakan
lampiran dengan butiran pelaksanaan program dan kos anggaran perbelanjaan.

04. Segala kerjasama dan sumbangan daripada pihak tuan adalah amat dihargai dan didahului
dengan ucapan jutaan terima kasih

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

..........................................................
MUHAMMAD FAHMI BIN MUSTAPHA
Ketua Panitia Pendidikan Islam
Sekolah Kebangsaan Pekan Beluran,
Beluran

Sk : Fail

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ULASAN YDP PIBG SK PEKAN BELURAN:

PERMOHONAN DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN

TANDATANGAN YDP PIBG, TARIKH: ________________


SK PEKAN BELURAN.
LAMPIRAN 1

BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM:

TARIKH : 26/3/2024 (Selasa)

TEMPAT : Dewan Sekolah Kebangsaan Pekan Beluran

AKTIVITI : Program Kongsi Rezeki Bubur Lambuk

TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI

11.30-12.00 Petang Semua berkumpul dan mengikut agihan bidang tugas

12.00 – 5.00 Petang Persediaan bahan masakan dan memasak bubur lambuk

5.00 – 5.30 Petang Pembungkusan bubur lambuk

5.30 – 6.00 Petang Agihan bubur lambuk dan majlis bersurai

LAMPIRAN 2
ANGGARAN PERBELANJAAN
Berikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan untuk program ini:

Perihal Barang
Bil Kuantiti Harga/ Unit (RM) Anggaran (RM)
(Barang basah dan kering)
1. Beras 50 KG 28 140
2. Daging 20 KG 20 400
3. Santan 10 PCS 10 100
4. Bawang merah 2 KG 20 40
5. Bawang putih 2 KG 20 40
6. Ikan bilis 4 KG 20 80
7. Halia 2 KG 20 40
8. Lada hitam 1 KG 10 10
9. Lada putih 1 KG 10 10
10. Serai 3 IKAT 10 30
11. Daun bawang 1 KG 10 10
12. Daun – Daun (pucuk midin) 1 KG 10 10
13. Garam 5 PCS 1.50 7.50
14. Gula 3 KG 2.90 8.70
15. Bahan perasa 1 KG 21 21
16. Minyak 5 PCS 2.50 12.50
17. Bawang goreng 2 KG 20 40
18. Rempah ratus 15 PCS 2 30
JUMLAH 1,029.70

Perihal Barang
Bil Kuantiti Harga/ Unit (RM) Anggaran (RM)
(Barang plastik)
1. Bekas pembungkusan 3 Paket Rm 10 Rm 30
2. Getah pengikat 3 Paket Rm 10 Rm 30
JUMLAH Rm 60

Peruntukan dikenakan : RM 1,089.70

You might also like