You are on page 1of 6

CADANGAN PELAKSANAAN PROGRAM / AKTIVITI

PERJUMPAAN SUKAN DAN KOKURIKULUM


SECARA DALAM TALIAN NORMA BAHARU
TAHUN 2021

Unit Pembangunan Bakat Murid


Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Johor
Jalan Tun Abdul Razak
80604 Johor Bahru
Johor Darul Ta’zim
Tel : 07-2311480 Fax : 07-2380742
1. Rasional Pelaksanaan
1.1 Aktiviti kokurikulum di sekolah adalah wajib mengikut Akta Pendidikan
1996, dan akta ini tidak terbatal walaupun berlaku penularan jangkitan
Covid-19.
1.2 Peranannya sebagai penyumbang dan pelengkap kepada pengajaran dan
pembelajaran murid.
1.3 Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) tetap
dilaksanakan.
1.4 Melaksanakan aktiviti kokurikulum secara dalam talian atau luar talian dan
diambil kira sebagai kehadiran bagi menggantikan kehadiran
bersemuka.
1.5 Murid mendapat pengetahuan dan pengalaman seimbang antara
akademik dan kokurikulum.
1.6 Mendapat bimbingan guru penasihat untuk menyertai pertandingan bagi
memastikan markah dalam penyertaan dan pencapaian kokurikulum.

2. Tujuan
2.1 Secara prinsipnya pelaksanaan semua program kokurikulum dan sukan
semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan
Pergerakan Pemulihan (PKPP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
(PKPB) samada melibatkan program latihan dan pertandingan tempatan
hendaklah sentiasa mematuhi peraturan-peraturan yang sedang
berkuatkuasa.

2.2 Surat KPM Penangguhan Program / Aktiviti Sukan, Kokurikulum,


Seminar, Bengkel Serta Aktiviti Lain Selain Pengajaran dan
Pembelajaran Secara Bersemuka bertarikh 21 Oktober 2020 telah
menyatakan bahawa semua aktiviti sukan dan kokurikulum di sekolah
secara bersemuka hendaklah ditangguhkan.

2.3 Walau bagaimanapun, KPM menggalakkan program / aktiviti


dijalankan secara dalam talian dengan menggunakan kemajuan
teknologi serta kemudahan platform yang bersesuaian bagi
membolehkan interaksi dua hala bersemuka dan berlaku secara dalam
talian.

2.4 Cadangan yang dihasilkan ialah merupakan usaha Jabatan Pendidikan


Negeri Johor (JPNJ) untuk menyokong dan membimbing pihak
sekolah bagi menggalakkan pelaksanaan aktiviti sukan dan
kokurikulum secara dalam talian.
3. Peranan Pentadbir
3.1 Memastikan tiada pertindanan masa antara PdPR 2.0 dan aktiviti 2
kokurikulum serta lambakan tugasan / latihan / projek kokurikulum
kepada murid.
3.2 Memastikan tiada sebarang pelaksanaan aktiviti kokurikulum secara
dalam talian / luar talian pada hujung minggu.
3.3 Memastikan jadual aktiviti kokurikulum disusun selepas tamat sesi PdPR
2.0. Hanya 1 jam sahaja ditetapkan bagi setiap aktiviti.
3.4 Memantau pelaksanaan dan merekod data penglibatan murid dalam
aktiviti kokurikulum yang dijalankan serta memberikan sokongan yang
bersesuaian kepada guru-guru.

4. Peranan guru
4.1 Memilih aktiviti kokurikulum yang sesuai berdasarkan Rancangan
Tahunan Aktiviti Kokurikulum sekolah.
4.2 Menentukan kaedah penyampaian yang bersesuaian mengikut situasi
semasa dengan mengambil kira sumber yang ada pada murid.
4.3 Menyediakan bahan yang mudah didapati, diakses dan bersesuaian
dengan kaedah yang digunakan.
4.4 Memastikan murid mendapat tugasan yang dirancang.
4.5 Menggunakan pelbagai bentuk tugasan seperti soalan, kuiz, projek atau
kerja kursus.
4.6 Merekodkan kehadiran murid menggunakan format yang sesuai.

5. Pelaksanaan Aktiviti
5.1 Pelaksanaan Aktiviti Yang Tidak Melibatkan Pergerakan Fizikal atau
Amali
5.1.1 Perjumpaan Kokurikulum bagi komponen Badan Beruniform,
Persatuan Koakademik dan Kelab Sukan dan Permainan
amatlah digalakkan dilaksanakan secara dalam talian sehingga
aktiviti secara bersemuka dibenarkan.

5.1.2 Penglibatan peserta diberi keutamaan kepada semua murid tahun


empat hingga tahun enam bagi sekolah rendah dan murid tingkatan
satu hingga enam bagi sekolah menengah.

5.1.3 Pelaksanaan boleh berpandukan kepada Takwim Pengurusan


Kokurikulum Sekolah.

5.1.4 Guru Penasihat hendaklah menyediakan modul yang sesuai yang


boleh diguna sama dengan setiap komponen kokurikulum secara
umum.

5.1.5 Cadangan modul bagi Kelab Sukan dan Permainan adalah


sebagaimana berikut;

5.1.5.1 Struktur dan Peranan Organisasi dan Pasukan


5.1.5.2 Kecergasan Dalam Sukan
5.1.5.3 Pemakanan dan Nutrisi Dalam Sukan
5.1.5.4 Kecederaan Dalam Sukan
5.1.5.5 Pengurusan dan Format Pertandingan 3
5.1.5.6 Peranan Jawatankuasa Pengelola
5.1.5.7 Undang-Undang Permainan
5.1.5.8 Kelengkapan dan Peralatan Sukan
5.1.5.9 Kepegawaian dan Kepengadilan
5.1.5.10 Penggunaan Dadah Dalam Sukan
5.1.5.11 Psikologi Sukan dan Kesediaan Mental
5.1.5.12 Amalan Gaya Hidup Sihat

5.1.6 Cadangan modul bagi Badan Beruniform pula sebagaimana


berikut;
5.1.6.1 Pengenalan Pasukan Badan Beruniform
5.1.6.2 Kawad Kaki
5.1.6.3 Asas Perkhemahan
5.1.6.4 Pandu Arah
5.1.6.5 Bantu Mula
5.1.6.6 Ikhtiar Hidup
5.1.6.7 Keusahawanan / Reka Cipta
5.1.6.8 Keselamatan (Teori Penerangan)
5.1.6.9 Khidmat Masyarakat dan Alam Sekitar
5.1.6.10 Akhlak, Moral dan Kerohanian
5.1.6.11 Kebudayaan
5.1.6.12 Patriotik dan Kenegaraan

5.1.7 Cadangan modul bagi Kelab dan Persatuan Koakademik adalah


sebagaimana berikut;

5.1.7.1 Permainan Bahasa – Teka Silang Kata / Crossword Puzzle


5.1.7.2 Bijak Sifir Pantas
5.1.7.3 Permainan Bahasa – Sahibba / Scrabble
5.1.7.4 Tayangan Multimedia - Keselamatan Jalan Raya
5.1.7.5 Cara Ikatan Sampin
5.1.7.6 Mengarang Tanjak / Tengkolok
5.1.7.7 Reka Cipta Bahan Terpakai – Sumber Kain
5.1.7.8 Permainan Bahasa Isyarat – Simpulan Bahasa
5.1.7.9 Bijak Sifir – Siapa Paling Cepat
5.1.7.10 Permainan Bahasa – Ejaan / Spelling Bee
5.1.7.11 Kuiz Keselamatan Jalan Raya
5.1.7.12 Reka Cipta Bahan Terpakai – Botol
5.1.7.13 Bacaan Berita / News Reading
5.1.7.14 Bercerita / Story Telling / Bercerita Sains
5.1.7.15 Wartawan Laporan Khas
5.1.7.16 Congak Pantas
5.1.7.17 Puisi dan Lagu
5.1.7.18 Cipta Iklan dan Slogan PKJR
5.1.7.19 Gaya Hidup Sihat
4
5.1.8 Aktiviti pertandingan secara terus dalam talian atau yang
tidak melibatkan ramai peserta dalam satu masa bagi ketiga-tiga
komponen kokurikulum ini juga boleh dilaksanakan berdasarkan
kepada peraturan teknikal yang telah ditetapkan.

5.1.9 Bagi pertandingan seperti sukan elektronik (e-sport), pihak sekolah


hendaklah memastikan jenis permainan e-sport yang bersesuaian
dan tidak mengandungi unsur negatif dalam pembentukan sahsiah
murid.

5.1.10 Pelaksanaan program seperti webinar / forum juga boleh


dilaksanakan di peringkat sekolah berdasarkan tajuk dan topik yang
bersesuaian dalam membantu murid membina dan mengukuhkan
aspirasi murid. Kehadiran murid hendaklah direkodkan bagi
keperluan markah kokurikulum.

5.1.11 Pelaksanaan aktiviti secara dalam talian dengan menggunakan


kemajuan teknologi serta kemudahan platform seperti WhatsApp,
Instagram, Facebook, Telegram / aplikasi lain seperti Google
Classroom, Google Meet yang membolehkan interaksi dua hala
berlaku dan bersemuka secara dalam talian (maya).

5.2 Pelaksanaan Aktiviti Yang Melibatkan Pergerakan Fizikal atau Amali


5.2.1 Aktiviti yang dimaksudkan ini adalah berkaitan penglibatan peserta
yang dikehendaki melaksanakan pergerakan fizikal atau amali
secara individu berdasarkan peraturan dan arahan yang disediakan.

5.2.2 Peserta dibenarkan melaksanakan pergerakan fizikal atau amali ini


di tempat atau lokasi masing-masing sama ada di rumah, asrama
atau tempat yang sesuai berdasarkan SOP yang dibenarkan.

5.2.3 Aktiviti yang sesuai adalah aktiviti yang tidak melibatkan ramai
peserta secara bersemuka. Peserta boleh melaksanakan
pergerakan fizikal atau amali secara kendiri dan hanya boleh
melibatkan maksimum seramai empat orang sahaja sama ada di
kalangan rakan atau ahli keluarga.

5.2.4 Aktiviti yang sesuai dijalankan adalah dalam bentuk pertandingan


kemahiran seperti menimbang bola, pertandingan kecergasan dan
sebagainya.

5.2.5 Pihak pengelola sama ada badan beruniform, persatuan dan kelab
sukan sekolah hendaklah menyediakan peraturan yang jelas, adil
dan mengambil kira faktor keselamatan.

5.2.6 Setiap Kelab Sukan dan Permainan di sekolah digalakkan


melaksanakan sekurang-kurangnya tiga siri pertandingan
secara dalam talian.
5.2.7 Penyertaan murid dalam aktiviti ini hendaklah diambilkira 5
sebagai markah kokurikulum penglibatan dan pencapaian
peringkat sekolah.

5.2.8 Pelaksanaan aktiviti boleh dilakukan dengan rakaman video


mengikut kemajuan teknologi serta kemudahan platform seperti
Youtube, WhatsApp, Instagram, Facebook, Telegram atau aplikasi
lain yang membolehkan elemen pengujian atau penilaian secara
dalam talian (maya).

6. Strategi Pelaksanaan
6.1 Dilaksanakan dalam talian dan / atau luar talian.
6.2 Penyertaan aktiviti perjumpaan sukan / kokurikulum secara dalam talian
ini diambil kira sebagai jumlah kehadiran kokurikulum murid.
6.3 Dilaksanakan semasa PKP/PKPB/PKPP yang dikuatkuasakan sehingga
dibenarkan bersemuka.
6.4 Penjadualan setiap bidang disusun dengan terancang mengikut
pengurusan sekolah mulai sesi persekolahan dibuka 2021.
6.5 Perlu merangkumi bahan rangsangan (pengetahuan) dan tugasan.
6.6 Tidak mengganggu waktu PdPR 2.0 guru dan murid.
6.7 Boleh dilakukan secara kendiri atau dengan bimbingan guru penasihat.
6.8 Aktiviti kokurikulum perlu dirancang mengikut keupayaan murid dan
kesediaan sumber yang ada.

7. Penutup
Semoga Panduan Pelaksanaan Perjumpaan Aktiviti Sukan dan Kokurikulum
Secara Dalam Talian Norma Baharu bagi sekolah-sekolah negeri Johor dapat
dijadikan sebagai rujukan yang lebih jelas untuk memastikan sekolah-sekolah
yang akan melaksanakan aktiviti sukan dan kokurikulum ini dapat mematuhi
SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sekian, terima kasih.

Unit Pembangunan Bakat Murid


Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Johor

You might also like