You are on page 1of 4

Berdasarkan video, huraikan proses etika penyelidikan yang perlu dilaksanakan dalam

kajian anda. Nyatakan langkah-langkah etika penyelidikan yang perlu diambil bagi
menjayakan kajian anda.

Proses Etika Penyelidikan


1. Penyertaan sukarela
Sampel yang diambil bahagian dalam kajian secara sukarela tanpa paksaan. Paksaan
atau beri insentif kepada sampel kajian untuk mendapat kebenaran tidak boleh
dilakukan.Jika sampel kajian enggan bekerjasama, pengkaji boleh beritahu mereka
tentang kepentingan kajian & memujuk subjek. Jika sampel tidak bersetuju, pengkaji
gunakan sampel lain dalam senarai subjek tambahan.Pengkaji boleh sediakan borang
jaminan kajian & surat persetujuan menjadi responden kajian. Dalam borang tersebut
pengkaji memberitahu segala maklumat kajian. Pengkaji perlu bekalkan maklumat yg
mencukupi kepada sampel kajian.

2. Tidak “Mencederakan” Partisipan


Sampel kajian secara sukarela untuk ambil bahagian dalam kajian pengkaji. Pengkaji
tidak boleh sekali-kali mencederakan sampel kajian. Contohnya, termasuk
mendedahkan maklumat yang boleh memalukan atau membahayakan sampel kajian.
Pengkaji juga perlu lihat kepada bahaya yang kurang nampak dan cuba melindunginya.
Jika sampel kajian tidak bersetuju terdapat sesetangah maklumat yang didedahkan,
pengkaji perlu melindungi sampel kajian untuk menjaga maruah dan keselamatan
mereka.
Hampir setiap projek penyelidikan mempunyai risiko ‘mencederakan’ orang lain,
pengkaji perlu mempastikan semua kemungkinan yang boleh mencederakan.
Sesetangah reka bentuk penyelidikan menyebabkan kecederaan yang lebih daripada
yang lain-lain.

3. Keizinan Termaklum
Formalisasi penglibatan sukarela dan tidak ‘mencederakan’ pastisipan. Penglibatan
sukarela sampel dalam penyelidik berasaskan pemahaman yang penuh tentang
kemungkinan risiko yang terlibat. Sampel kajian perlu menandatangani pernyataan
yang menandakan kesedaran tentang keputusan untuk terlibat
4. Perlindungan dan Kerahsiaan
Mengandungi 2 teknik untuk melindungi identiti subjek, iaitu:
i. Perlindungan
Pengkaji tidak boleh mendedahkan tindakbalas dengan identiti subjek.
Contohnya, dalam soal selidik secara pos, tiada nombor kad pengenalan
diletakkan pada soal selidik. Pengaji perlu pastikan perlindungan boleh
meningkatkan kemungkinan tindak balas.
Setiap perkara berkaitan dengan penyelidikan yang dikelaskan sebagai rahsia perlu
disimpan dengan berhati-hati dan sebarang bentuk penyebaran maklumat rahsia
mestilah dielakkan sama sekali. Pengkaji perlu menjaga rahsia peribadi responden.
Rahsia peribadi terbahagi kepada 3 jenis:
i. Kepekaan maklumat yg diberi
- Kepekaan maklumat: potensi ancaman atau ugutan terhadap responden setelah
suatu maklumat didedahkan kepada umum.
- Contoh ancaman: agama, pendapatan, prasangka bangsa san ciri-ciri peribadi.

ii. Keadaan persekitaran diri responden


- Merujuk kepada persekitaran khas responden seperti tempat tinggal,
kenderaan, tempat bekerja & tempat yang sering dilawati.

iii. Keupayaan penyebaran maklumat


- Ada maklumat yang mudah dan pantas disebar kerana mempunyai nilai-nilai
tertentu bagi pihak-pihak tertentu.
- Cth: status perkahwinan pelakon, ahli politik dan orang-orang terkenal
- Semakin tinggi keupayaan penyebaran maklumat, semakin tinggi tahap
kerahsiaan maklumat tersebut.

5. Kejujuran atau ketidakjujuran


Pengkaji perlu jujur dalam merekod, melapor dan menganalisis data. Sekalipun data
yang diperoleh melalui simulasi atau pengiraan tidak mengikut data yang diperoleh
melalui eksperimen, data tersebut tidak boleh diubah atau dimanipulasi untuk membaiki
keputusan.

6. Analisis dan Pelaporan


Pengkaji mempunyai tanggungjawab etika kepada rakan sekerja dalam komuniti
saintifik. Pengkaji perlu prihatin terhadap analisis data dan cara keputusan dilaporkan.
Selain itu, pengkaji juga berasa tanggungjawab untuk mendedahkan batasan atau
kekurangan kajian dan patuh kepada dapatan yang dilaporkan.
7. Lembaga Penilai Institusi
Panel fakulti akan menilai semua proposal kajian yang melibatkan subjek manusia bagi
menjamin hak dan kepentingan subjek dilindungi, ini dapat memastikan risiko yang
dihadapi oleh subjek adalah minimal.

8. Kod Etika dan Profesional


Terdapat kod perlakuan formal yang diterbitkan yang menjelaskan apa yang dikira
sebagai perlakuan dan tidak boleh diterima. Oleh sebab itu, banyak persatuan
profesional mempunyai kod etika profesional sendiri. Contohnya, guru mempunyai kod
etika supaya guru dapat melaksanakan profesionalisme keguruan dengan baik.

Langkah-langkah etika penyelidikan:


Tahap 1: Etika semasa proses perancangan atau sebelum pelaksanaan
penyelidikan
Pengkaji dapatkan kelulusan atau kebenaran bertulis daripada semua pihak yang bakal
terlibat dalam penyelidikan yang terbabit dalam tempoh masa yang praktikal iaitu dalam
lingkungan 1-3 bulan. Kebenaran boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu kebenaran
dariapda organisasi di mana penyelidikan akan dijalankan dan kebenaran peribadi
daripada responden yang terlibat secara langsung atau tidal secara langsung dalam
penyelidikan yang hendak dijalankan.

Tahap 2: Etika semasa penyelidikan sedang dijalankan


Etika sewaktu proses penyelidikan dilaksanakan berkait rapat dengan instrumen dan
juga prosedur yang digunakan. Penyelidik bertanggungjawab menghormati dan
mematuhi prinsip-prinsip etika, dimana responden tidak dipergunakan sesuka hati
semata-mata untuk mendapatkan data yang dihajati. Hal ini penting bagi memastikan
keselamatan responden dan menjamin ketelusan data yang dikumpulkan serta bebas
daripada sebarang pengaruh.
Tahap 3: Etika setelah penyelidikan dilaksanakan(kejujuran dalam laporan data
dan interpretasi
Melalui penyelidikan kualitatif, melibatkan pengumpulan data melalui temu bual dan
pencerapan, penyelidik harus bertanggungjawab dalam pengolahan dan
penginterpretasian secara objektif dan sebagaimana yang diperkatakan responden.
Elakkan sebarang manipulasi atau maklumat yang digunakan untuk kepentingan
penyelidik kerana ia merupakan perbuatan yang tidak beretika dan secara langsung
mengurangkan kredibiliti penyelidikan dijalankan (Robson, 2002). Selain daripada
kejujuran dalam laporan data dan maklumat yang diperoleh, penyelidik
bertanggungjawab berkongsi dapatan penyelidikan dengan individu-individu yang telah
mengambil bahagian dalam penyelidikan tersebut.

You might also like