You are on page 1of 43

PERATURAN-PERATURAN TATATERTIB PELAJAR

UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA


SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH 2018
BAHAGIAN I
PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM

1. Nama, pemakaian dan permulaan kuatkuasa


2. Tafsiran
3. Kuasa untuk menguatkuasa
BAHAGIAN II
TATATERTIB AM
4. Larangan-larangan am
5. Menghadiri kuliah
6. Kehadiran bagi peperiksaan
7. Sekatan mengenai penggunaan teks kuliah, dsb.
8. Menganjurkan perhimpunan
9. Pembesar suara
10. Sepanduk
11. Bahan bercetak, elektronik dan multimedia
12. Kegiatan pelajar di luar Kampus
13. Pernyataan awam
14. Had bantahan pelajar
15. Judi
16. Meminum minuman keras dan berkelakuan tidak senonoh
17. Bahan lucah
18. Dadah, racun dsb.
19. Tatu, mewarna rambut dan kuku
20. Kebersihan di dalam Kampus
21. Membuat bising yang menggusarkan atau mengganggu
22. Tempat tinggal atau tempat tidur di kampus
23. Memasuki bahagian atau bangunan yang dilarang
24. Kesalahan jenayah syariah dan sivil
25. Sukan atau riadah atau aktiviti pelajar
26. Pelajar luar Kolej Kediaman
27. Keingkaran
28. Kuasa Lembaga Pengelola Universiti

BAHAGIAN III
TATATERTIB KOLEJ KEDIAMAN

29. Memasuki atau berada di dalam bilik/tempat penghuni Kolej Kediaman


30. Menghalang, dsb., orang yang diberi kuasa dsb., daripada masuk dan menjalankan tugas
3
31. Berada di luar Kolej Kediaman pada waktu malam
32. Berada di dalam premis Kolej Kediaman selepas tengah malam
33. Menggunakan premis Kolej Kediaman dengan cermat dan larangan kacau ganggu
34. Bertukar bilik tanpa kebenaran
35. Berpindah tempat tinggal
36. Kebenaran tidak menetap di Kolej Kediaman
37. Peraturan Kolej Kediaman
38. Kuasa Pengetua untuk memberikan perintah, dsb., berkenaan dengan ketenteraman dan tatatertib
39. Keingkaran
BAHAGIAN IV
TATATERTIB LALU LINTAS

40. Kebenaran bertulis menggunakan kenderaan di dalam kampus


41. Daftar kenderaan pelajar
42. Had laju
43. Kenderaan hendaklah dipandu atas jalan/jalan raya
44. Meletak kenderaan secara menghalang
45. Menggunakan ruang letak kenderaan yang diuntukkan
46. Membonceng dan menumpang kenderaan
47. Mematuhi arahan dan isyarat lalu lintas
48. Pengemukaan lesen memandu dan kad pelajar
49. Memandu kenderaan secara merbahaya
50. Halangan kepada aliran lalu lintas
51. Perbuatan di dalam kampus yang merupakan kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta
333] sebagai kesalahan tatatertib.
52. Hukuman Tatatertib Terus

BAHAGIAN V
TATACARA TATATERTIB

53. Jawatankuasa Prosiding Tatatertib


54. Hukuman Tatatertib
55. Kehadiran di hadapan Pihak Berkuasa tatatertib
56. Akibat tidak hadir di hadapan Pihak Berkuasa Tatatertib
57. Penjelasan fakta dan pengambilan rayuan
58. Pengakuan bersalah dan tatacara berikutnya
59. Tatacara apabila pelajar tidak mengaku salah
60. Keterangan pelajar
61. Memanggil semula saksi
4
62. Pengumuman keputusan
63. Pengenaan hukuman
64. Jagaan dan pelupusan barang kes
65. Nota bertulis mengenai Prosiding Tatatertib
66. Kerahsiaan Nota
67. Daftar prosiding tatatertib
68. Laporan prosiding
69. Bayaran denda
70. Tidak membayar denda
71. Perintah pampasan
72. Orang yang boleh hadir dalam prosiding tatatertib

BAHAGIAN VI
RAYUAN

73. Tatacara rayuan


74. Rayuan tidak berkuat kuasa sebagai penggantungan pelaksanaan hukuman

BAHAGIAN VII
AM

75. Tanggungan tatatertib pemegang jawatan, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar
76. Anggapan
77. Peraturan-peraturan ini tidak mengurangkan tanggungan jenayah
78. Garis panduan tatacara berpakaian dan penampilan pelajar

BAHAGIAN VIII
PERUNTUKAN PERALIHAN

79. Pemansuhan Tatatertib Pelajar 2010 (Pindaan 2012)

Garis Panduan Tatacara Berpakaian dan Penampilan Pelajar


Kod etika penampilan pelajar Universiti Islam Antrabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
Lampiran
1. Garis Panduan Tatacara Berpakaian Pelajar Lelaki (Lampiran “A”)
2. Garis Panduan Tatacara Berpakaian Pelajar Perempuan Islam (Lampiran “B”)
3. Garis Panduan Tatacara Berpakaian Pelajar Perempuan Bukan Islam (Lampiran “C”)
4. Kod etika pakaian mengikut aktiviti/program (Lampiran “D”)

Jadual
1. Kesalahan Dan Denda Am (Jadual I)
2. Kesalahan Dan Denda Di Kolej Kediaman (Jadual II)
3. Kesalahan Dan Denda Berkaitan Etika Berpakaian (Jadual III)
5
PADA MENJALANKAN kuasa yang diberi oleh Seksyen 46 Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 [Akta
555] dan Seksyen 6(1)(o) Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
dengan ini membuat Peraturan-Peraturan seperti berikut:

BAHAGIAN I
PERUNTUKKAN-PERUNTUKKAN AM

Nama, pemakaian dan permulaan kuat kuasa

1. (1) Peraturan-Peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Tatatertib Pelajar Universiti Islam
Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah 2018.

(2) Peraturan-Peraturan ini mula berkuatkuasa mulai tarikh kelulusan oleh Lembaga Pengelola Universiti atau
ke tarikh lain jika ditetapkan sebaliknya.

(3) Peraturan-Peraturan ini adalah tertakluk kepada Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Sultan
Abdul Halim Mu’adzam Shah, Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta 1996 [Akta 555] dan lain-lain akta yang
berkuat kuasa.

Tafsiran

2. Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya mengkehendaki makna yang lain–

“arahan lalu lintas” ertinya apa-apa perintah, arahan atau petunjuk yang diberi oleh seseorang yang diberi
kuasa kepada mana-mana orang yang menggunakan jalan atau kenderaan di dalam kampus;

“Bendahari” ertinya Bendahari Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah;

“Bilik tatatertib” ertinya sesuatu bilik yang diuntukkan bagi maksud menjalankan prosiding tatatertib
amnya atau bagi maksud prosiding tatatertib yang tertentu;

“Dadah” ertinya apa-apa dadah atau bahan yang pada masa ini disenaraikan dalam Jadual Pertama kepada
Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234];

“Isyarat lalu lintas” termasuklah isyarat, tiang isyarat amaran, tiang arahan, tanda atau alat yang didirikan
atau disediakan oleh pihak berkuasa pada atau berhampiran dengan jalan untuk pengetahuan, panduan atau
penunjuk orang-orang yang menggunakan jalan;

“Judi” ertinya bermain apa-apa jenis permainan yang berbentuk beradu nasib dalam apa-apa bentuk sekali
pun bagi mendapatkan wang atau nilai wang, dan termasuklah apa-apa pertaganan, pertaruhan atau loteri;

“Kampus” ertinya Kampus Universiti termasuklah semua bangunan, institusi, Kolej Kediaman dan
kawasan di bawah pentadbiran Universiti;

“Kakitangan” ertinya mana-mana orang yang menyandang sesuatu jawatan di Universiti atau dalam suatu
badan yang mana adalah suatu pihak berkuasa Universiti, sama ada jawatan itu sukarela atau untuk mendapat
saraan atau selainnya;

“Kakitangan akademik” ertinya mana-mana orang yang dilantik oleh Universiti untuk menjalankan
aktiviti pengajaran bagi kursus-kursus berdaftar Universiti;

6
“Kakitangan pentadbiran” ertinya mana-mana orang yang dilantik oleh Universiti melakukan apa-apa
tugas pentadbiran;

“Kakitangan keselamatan” ertinya mana-mana orang atau syarikat yang dilantik oleh Universiti untuk
menyediakan perkhidmatan kawalan keselamatan Universiti;

“Kenderaan” ertinya tiap-tiap perihalan kenderaan yang digerakkan oleh jentera mekanisma yang
terkandung di dalam badan kenderaan itu dan dibina atau disesuaikan supaya boleh digunakan di atas jalan, dan
termasuklah apa-apa kenderaan yang ditarik oleh sesuatu kenderaan motor; sama ada atau tidak bahagian dari
kenderaan yang ditarik itu menindih atas kenderaan motor yang menariknya dan suatu struktur yang boleh
bergerak atau digerakkan atau digunakan bagi membawa mana-mana orang atau benda dan yang bersentuhan
dengan permukaan bumi apabila bergerak;

“Kesalahan tatatertib” ertinya suatu kesalahan atau pelanggaran atau peninggalan di bawah Peraturan-
Peraturan ini atau apa-apa yang dibuat di bawahnya;

“Kolej Kediaman” ertinya apa-apa tempat kediaman yang disediakan oleh Universiti dengan apa-apa jua
nama yang dipanggil;

“Kuliah” ertinya sesi pembelajaran atau latihan/praktikum yang formal di mana-mana tempat yang
ditentukan oleh kakitangan akademik;

“Lembaga Pengelola Universiti” ertinya Lembaga Pengelola Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul
Halim Mu’adzam Shah atau apa-apa nama lain yang merujuk kepadanya;

“Luar” ertinya mana-mana kawasan selain daripada Kampus Universiti;

“Majlis rasmi” ertinya apa-apa acara yang mengandungi tatacara-tatacara tertentu dan protokol yang perlu
dipatuhi;

“Meletak kenderaan” ertinya meletakkan kenderaan dalam keadaan yang tidak bergerak dan
menyebabkan kenderaan itu menunggu bagi apa-apa maksud selain mengambil atau menurunkan dengan serta-
merta orang, barang-barang atau bagasi;

“Menipu” ertinya sebarang pernyataan, perlakuan ataupun aktiviti yang bercanggahan dengan fakta
sebenar;

“Minuman keras” ertinya apa-apa minuman atau benda yang mempunyai kandungan alkohol atau yang
memabukkan atau mengkhayalkan;

“mutatis mutandis” ertinya terpakai secara serentak mengikut perubahan;

“Orang yang diberi kuasa” ertinya mana-mana orang atau kumpulan yang diberi kuasa dengan
sewajarnya untuk bertindak bagi pihak Universiti;

“Penguatkuasa Disiplin” ertinya mana-mana orang yang dilantik dan diberi kuasa oleh Rektor
untuk menjalankan penguatkuasaan displin dan tatatertib Pelajar di bawah Peraturan-Peraturan ini atau apa-apa
yang dibuat di bawahnya;

“Pelajar pemegang biasiswa” ertinya mana-mana pelajar yang sedang belajar dan mendapat biasiswa,
dermasiswa, pinjaman, tajaan, cuti bergaji atau tanpa gaji, atau atas pemberian atau apa-apa kemudahan lain,
daripada mana-mana kerajaan, institusi, badan berkanun, organisasi perniagaan atau lain-lain;

7
“Penghuni Kolej Kediaman” ertinya seseorang pelajar yang menetap di dalam Kolej Kediaman
Universiti;

“Pelajar” ertinya mana-mana orang yang mendaftar untuk belajar di Universiti pada mana-mana peringkat
pengajian yang belum berhenti atau bergraduat;

“Pengetua” ertinya kakitangan yang dilantik mengetuai pentadbiran Kolej Kediaman di Universiti;

“Peperiksaan” ertinya apa-apa cara atau peraturan proses penilaian yang menyebabkan markah atau gred
diberikan bagi sesuatu kursus atau sebahagian daripada kursus tertentu;

“Pihak Berkuasa Tatatertib” ertinya Rektor Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim
Mu’adzam Shah atau jika berkenaan, mana-mana orang atau lembaga yang diberi kuasa olehnya dengan tugas,
kuasa atau kewajipan di bawah Peraturan-Peraturan ini atau apa-apa yang dibuat di bawahnya;

“Prosiding tatatertib” ertinya suatu prosiding perbicaraan tatatertib di bawah Peraturan-Peraturan ini atau
apa-apa yang dibuat dibawahnya;

“Racun” ertinya apa-apa bahan yang dinyatakan melalui nama dalam ruang pertama Senarai Racun kepada
Akta Racun 1952 [Akta 366] dan termasuklah apa-apa sediaan, larutan, sebatian, campuran atau bahan semulajadi
yang mengandungi bahan itu;

“Rektor” ertinya Rektor Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah;

“Urusan tidak rasmi” ertinya apa-apa aktiviti atau urusan selain urusan rasmi, kuliah, majlis rasmi atau
peperiksaan;

“Urusan rasmi” ertinya apa-apa urusan yang dilakukan di Perpustakaan atau di mana-mana pejabat
Kulliyyah, Kolej Kediaman, Jabatan, Pusat, Unit di dalam Universiti pada waktu pejabat;

“Universiti” ertinya Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Kedah atau
singkatannya dirujuk sebagai “UniSHAMS”.

Kuasa untuk Menguatkuasa

3. (1) Rektor hendaklah mempunyai kuasa menguatkuasa Peraturan-Peraturan Tatatertib Pelajar Universiti Islam
Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah 2018 dan apa-apa yang dibuat di bawahnya.

(2) Rektor boleh memberi kuasa kepada mana-mana kakitangan atau orang atau lembaga yang diberi kuasa
bagi tujuan menguatkuasa Peraturan-Peraturan ini dan apa-apa yang dibuat di bawahnya.

BAHAGIAN II
TATATERTIB AM
Larangan- larangan am

4. (1) Seseorang pelajar tidak boleh:

(a) berkelakuan, sama ada di dalam atau di luar Kampus, dengan apa-apa cara yang boleh merosakkan atau
mendatangkan mudarat kepada kepentingan, kesejahteraan, kesentosaan atau nama baik Universiti, mana-
mana kakitangan atau pelajar Universiti;

8
(b) melanggar mana-mana peruntukan mana-mana undang-undang bertulis, sama ada di dalam atau di luar
Kampus;

(c) melakukan apa-apa perkara yang termasuk dalam takrifan kecurangan akademik di bawah Peraturan-
Peraturan Akademik Universiti;

(d) menggangu atau dengan apa-apa cara campur tangan dalam atau menyebabkan terganggunya atau dengan
apa-apa cara campur tangan dalam, apa-apa pengajaran, pengajian, penyelidikan, kerja pentadbiran, atau
apa-apa kegiatan yang dijalankan oleh atau di bawah arahan atau dengan kebenaran Universiti;

(e) menahan, menghalang atau mengganggu, atau menyebabkan ditahan, dihalang, diganggu, mana-mana
kakitangan Universiti atau mana-mana orang yang bertindak di bawah arahan atau kebenaran kakitangan
itu, daripada menjalankan kerja, kewajipan atau tugasnya, atau melakukan sesuatu perbuatan yang boleh
menyebabkan penahanan, penghalangan atau penggangguan itu;

(f) menahan atau menghalang, atau menyebabkan ditahan atau dihalang, mana-mana pelajar daripada
menghadiri sesuatu kuliah, tutorial atau kelas atau daripada mengambil bahagian dalam sesuatu aktiviti
yang sah, atau melakukan sesuatu perbuatan yang boleh menyebabkan penahanan atau penghalangan itu;

(g) menganjur, menghasut atau menyertai pemboikotan sesuatu peperiksaan, kuliah, tutorial, kelas atau lain-
lain aktiviti yang sah dijalankan oleh atau di bawah arahan atau dengan kebenaran Universiti;

(h) merosakkan, mengubah atau mengusik atau tanpa kebenaran yang sah mengalih atau dengan apa-apa cara
mengendalikan apa-apa bahan, objek, artikel atau harta dalam Universiti;

(i) meminda, memalsu, mengalih, mengubah, memusnah, menipu, mencuri, memanipulasi, mengguna atau
menyebar tanpa izin apa-apa dokumen atau maklumat yang berkaitan dengan Universiti;

(j) menghasut, memfitnah, mengugut, mengeluarkan penyataan kesat, menyebarkan fitnah atau dengan apa-
apa cara menyebabkan hasutan, fitnah atau sebaran fitnah melalui saluran apa jua pun ke atas Universiti,
kakitangan dan pelajar;

(k) melakukan apa-apa perbuatan atau menyebabkan apa-apa perbuatan dilakukan di dalam Kampus, bagi
menyebabkan atau menyebabkan kemungkinannya berlaku apa-apa galangan, kesulitan, kegusaran,
kehilangan, kerugian atau kerosakan kepada mana-mana orang di dalam Universiti;

(l) melakukan apa-apa perbuatan yang boleh ditafsirkan sebagai membuli atau bersubahat dalam perbuatan
membuli;

(m) melanggar atau tidak mematuhi apa-apa arahan atau kehendak Pustakawan Universiti atau kakitangan
perpustakaan berkenaan dengan penggunaan perpustakaan, buku-buku perpustakaan dan lain-lain
kemudahan di dalam perpustakaan; dan

(n) melanggar atau tidak mematuhi apa-apa arahan atau kehendak orang yang diberi kuasa berkenaan dengan
penggunaan mana-mana makmal, peralatan makmal, perkakas atau bahan, dan kemudahan lain di dalam
makmal.

Menghadiri Kuliah

5. Jika seseorang pelajar dikehendaki menghadiri sesuatu kuliah, tutorial, kelas atau lain-lain pengajaran
berhubung dengan kursus pengajiannya, ia mestilah menghadirinya melainkan jika ia mendapat kebenaran terlebih
dahulu daripada Dekan Kulliyyah, Ketua Jabatan, atau Ketua Pusat, mengikut mana yang berkenaan, dan
melainkan jika hal keadaan tidak mengizinkan dia untuk mendapatkan kebenaran itu dan ada sebab atau alasan
9
yang munasabah kerana tidak hadir itu, dan dalam hal yang demikian pelajar mestilah, dengan seberapa segera
yang boleh kemudiannya, memberitahu kepada Dekan atau Ketua itu, mengikut mana yang berkenaan, sebab-
sebab yang memuaskan mengapa tidak hadir itu dan mestilah mendapat kelulusan berkenaan dengannya.

Kehadiran bagi peperiksaan

6. (1) Jika kursus pengajian seseorang pelajar memerlukan dia masuk sesuatu peperiksaan dan ianya tidak
tersekat daripada masuk peperiksaan itu, maka dia mestilah masuk peperiksaan itu melainkan jika dia mendapat
kebenaran terlebih dahulu daripada Dekan Kulliyyah atau Ketua Jabatan atau Ketua Pusat, mengikut mana yang
berkenaan, dan melainkan jika hal keadaan tidak mengizinkan dia untuk mendapatkan kebenaran itu dan ada sebab
atau alasan yang munasabah kerana tidak masuk peperiksaan itu, dan dalam hal yang demikian pelajar itu mestilah,
dengan seberapa segera yang boleh kemudiannya, memberitahu kepada Dekan atau Ketua itu, mengikut mana yang
berkenaan, sebab-sebab yang memuaskan mengapa dia tidak masuk peperiksaan itu dan mestilah mendapat
kelulusan berkenaan dengannya.

(2) Seseorang pelajar tidak boleh:

(a) melakukan apa-apa perkara yang termasuk dalam takrifan kecurangan akademik di bawah Peraturan-
Peraturan Akademik Universiti;

(b) membawa apa-apa buku, kertas, dokumen, atau gambar atau apa-apa barang, kecuali yang
dibenarkan oleh pemeriksa, ke dalam atau ke luar dari sesuatu bilik peperiksaan, atau menerima apa-
apa buku, kertas, dokumen atau gambar atau apa-apa barang daripada mana-mana orang lain semasa
di dalam bilik peperiksaan, kecuali seseorang pelajar boleh, semasa dia berada dalam bilik
peperiksaan itu, menerima daripada pengawas peperiksaan apa-apa buku, kertas, dokumen, gambar
atau apa-apa barang yang dibenarkan oleh Rektor atas syor pemeriksa-pemeriksa atau Lembaga
Pemeriksa Universiti; dan

(c) berhubung dengan mana-mana pelajar lain dalam masa peperiksaan dengan apa-apa cara jua pun.

Sekatan mengenai penggunaan teks kuliah, dsb

7. (1) Tertakluk kepada subperaturan (2), seorang pelajar tidak boleh menggunakan teks bagi sesuatu kuliah atau
pengajaran yang disampaikan kepadanya di Universiti kecuali bagi maksud mengikut kursus pengajiannya,
khususnya ia tidak boleh menyalin dengan apa-apa cara kesemua atau mana-mana bahagian atau pengedaran sama
ada untuk mendapat bayaran atau tidak.

(2) Tiada apa-apa jua pun dalam peraturan itu boleh disifatkan sebagai menyekat budi bicara Rektor untuk
membenarkan seorang pelajar, atau sesuatu pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, membuat salinan-salinan
teks sesuatu kuliah atau pengajaran di bawah kawalan dan arahan Rektor, atau Dekan, ketua Jabatan, atau ketua
Pusat, sebagaimana yang dibenarkan Rektor, dan pada memberi kebenaran itu Rektor boleh mengenakan apa-apa
had dan syarat yang difikirkan perlu atau sesuai.

Menganjurkan perhimpunan

8. (1) Tiada seorang pun pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar boleh, tanpa kebenaran terdahulu
oleh Rektor, mengadakan, menganjurkan, atau memanggil atau menyebabkan supaya diadakan, dianjurkan, atau
dipanggil atau dalam apa-apa cara, terlibat dalam mengadakan, menganjurkan atau memanggil, atau menyebabkan
supaya diadakan, dianjurkan, atau dipanggil, atau dengan apa-apa cara terlibat dalam melakukan apa-apa perbuatan
untuk mengadakan, menganjurkan atau memanggil, apa-apa perhimpunan yang lebih daripada lima orang dalam

10
mana-mana bahagian Kampus atau atas mana-mana tanah atau dalam mana-mana bangunan yang dipunyai oleh
atau di bawah milikan atau kawalan Universiti atau yang digunakan bagi maksud Universiti.

(2) Dalam memberi kebenaran yang disebut dalam subperaturan (1), Rektor boleh mengenakan apa-apa
sekatan, terma atau syarat sebagaimana yang difikirkannya perlu atau sesuai.

(3) Tiada seorang pun pelajar boleh menghadiri atau menyertai sesuatu perhimpunan yang diadakan yang
bercanggahan dengan subperaturan (1) atau (2).

Pembesar suara

9. (1) Tiada seorang pun pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar boleh memiliki, atau menggunakan,
atau mempunyai dalam milikan, jagaan atau kawalannya, bagi maksud ucapan awam, apa-apa pembesar suara,
pelaung suara, penguat suara atau alat seumpamanya yang lain tanpa kelulusan daripada Rektor terlebih dahulu.

(2) Dalam memberikan kelulusan dalam subperaturan (1), Rektor boleh mengenakan apa-apa sekatan, terma
atau syarat sebagaimana yang difikirkannya perlu atau sesuai.

Sepanduk

10. (1) Tiada seorang pun pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar boleh—

(a) membuat atau menyebabkan supaya dibuat atau melakukan apa-apa perbuatan untuk membuat
atau menyebabkan supaya dibuat; atau

(b) mengibar, mempamer, menunjukkan atau dengan apa-apa cara menggunakan atau menyebabkan
supaya dikibar, dipamer, ditunjukkan atau dengan apa-apa cara menggunakannya; atau

(c) memiliki atau mempunyai dalam milikan, jagaan atau kawalannya,

apa-apa bendera, sepanduk, plakad, poster, lambang atau alat lain yang menimbulkan keadaan tidak berdisiplin,
kekacauan, keingkaran atau pelanggaran Peraturan-Peraturan ini, tanpa kelulusan daripada Rektor terlebih dahulu.

(2) Dalam memberikan kelulusan dalam subperaturan (1), Rektor boleh mengenakan apa-apa sekatan, terma
atau syarat sebagaimana yang difikirkan perlu atau sesuai.

Bahan bercetak, elektronik dan multimedia

11. (1) Tiada seorang pun pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, tanpa kebenaran daripada Rektor
terlebih dahulu, boleh menerbitkan, membahagi-bahagikan, mengedarkan atau menyebarkan apa-apa dokumen
atau maklumat di dalam atau di luar Kampus.

(2) Dalam memberikan kebenaran di bawah subperaturan (1), Rektor boleh mengenakan apa-apa sekatan,
terma atau syarat sebagaimana yang difikirkan perlu atau sesuai.

(3) Kebenaran yang dikehendaki di bawah peraturan ini hendaklah sebagai tambahan bagi apa-apa lesen,
permit atau apa-apa bentuk lain pemberikuasaan yang dikehendaki di bawah mana-mana undang-undang bertulis
lain yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa.

11
Kegiatan pelajar di luar Kampus

12. (1) Tiada seorang pun pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, boleh menganjurkan, menjalankan
atau menyertai apa-apa kegiatan di luar yang mendatangkan kesan buruk secara langsung dan tidak langsung
kepada Universiti atau yang memudaratkan kepentingan Universiti.

(2) Rektor boleh mengeluarkan garis panduan berkenaan dengan kegiatan yang memudaratkan kepentingan
Universiti.

Pernyataan Awam

13. Tiada seorang pun pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar boleh, tanpa kelulusan Rektor terlebih
dahulu menggunapakai nama Universiti dalam membuat apa-apa pernyataan awam atau apa-apa perhubungan lain,
sama ada secara lisan atau bertulis atau dengan apa-apa cara lain, kepada mana-mana individu atau orang awam
dalam masa sesuatu pernyataan awam atau dalam masa sesuatu penyiaran dengan suara atau gambar berhubung
dengan sesuatu perkara berkaitan dengan Universiti atau dengan kakitangan atau pelajar-pelajarnya, atas sifat
mereka sebagai demikian atau berkaitan dengan dirinya atas sifatnya sebagai seorang pelajar, melainkan—

(a) Pernyataan mengenai sesuatu perkara akademik yang berhubung dengan perkara yang pelajar itu terlibat
dalam pengajian atau penyelidikannya; atau

(b) Pernyataan mengenai sesuatu perkara yang disebut di dalam perenggan (a) pada sesuatu seminar,
simposium atau majlis seumpamanya yang tidak dianjurkan atau ditaja oleh mana-mana parti politik,
sama ada di dalam atau di luar Malaysia, mana-mana pertubuhan, badan, badan atau kumpulan orang
yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, atau mana-mana pertubuhan,
badan atau kumpulan orang yang ditetapkan oleh Ketua Pendaftar sebagai tidak sesuai demi kepentingan
dan kesentosaan pelajar atau institusi pendidikan tinggi swasta.

Had Bantahan Pelajar

14. Tiada seorang pun pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, boleh membuat apa-apa bantahan, sama
ada secara lisan atau bertulis atau dalam apa-apa cara lain, terhadap kemasukan atau kehadiran mana-mana orang
ke dalam atau larangan, pemecatan mana-mana orang, badan atau kumpulan orang daripada Universiti.

Judi

15. (1) Tiada seorang pun pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar boleh menganjurkan, menguruskan,
menjalankan atau membantu dalam menganjurkan, menguruskan atau menjalankan, atau menyertai apa-apa
perjudian, pertaganan, loteri atau pertaruhan di dalam atau di luar Kampus.

(2) Mana-mana pelajar yang didapati berada di tempat perjudian atau yang melakukan perlakuan judi adalah
melakukan suatu kesalahan tatatertib.

Meminum minuman keras dan berkelakuan tidak senonoh

16. (1) Tiada seorang pun pelajar boleh, meminum atau mempunyai di dalam milikannya atau di bawah jagaan
atau kawalannya, apa-apa jua minuman keras di dalam atau di luar Kampus.

12
(2) Mana-mana pelajar yang didapati berada di tempat yang menyediakan minuman keras atau berada dalam
keadaan mabuk atau berkelakuan tidak senonoh di bawah pengaruh minuman keras adalah melakukan suatu
kesalahan tatatertib.

Bahan lucah

17. (1) Tiada seorang pun pelajar boleh mempunyai dalam milikannya atau di bawah jagaan atau kawalannya
apa-apa bahan bercetak, visual, bertulis, grafik, alatan dsb. yang bersifat lucah dan bertentangan dengan akhlak
Islam di dalam atau di luar Kampus.

(2) Tiada seorang pun pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar boleh membahagi-bahagikan,
mengedarkan atau mempamerkan, atau menyebabkan supaya dibahagi-bahagikan, diedarkan atau dipamerkan, atau
dalam apa-apa cara terlibat dalam membahagikan, mengedarkan atau mempamerkan apa-apa bahan bercetak,
visual, bertulis, grafik, alatan dsb. yang bersifat lucah dan bertentangan dengan akhlak Islam, di dalam atau di luar
Kampus.

(3) Seseorang pelajar hendaklah disifatkan membahagi-bahagikan, mengedarkan atau mempamerkan


sesuatu bahan lucah, tidak kira sama ada pembahagian, pengedaran atau pempameran itu adalah kepada satu orang
sahaja atau kepada lebih daripada satu orang dan tidak kira sama ada atau tidak pembahagian, pengedaran atau
pempameran itu, adalah bagi bayaran atau bagi apa-apa balasan lain.

(4) Tiada pelajar boleh dengan sukarela melihat atau mendengar apa-apa bahan lucah atau melayari laman
web yang mengandungi bahan lucah di dalam atau di luar Kampus.

Dadah, racun, rokok dsb.

18. (1) Tiada pelajar boleh ada dalam milikannya atau di bawah jagaannya atau kawalannya apa-apa dadah,
racun, rokok dsb di dalam atau di luar Kampus.

(2) Tiada seorang pun pelajar boleh memberikan, membekalkan, mengadakan atau menawarkan atau
bercadang untuk memberikan, membekalkan atau mengadakan atau menawarkan apa-apa dadah, racun, rokok dsb
kepada mana-mana orang, di dalam atau di luar Kampus.

(3) Tiada seorang pun pelajar boleh makan melalui mulut, atau, menghisap atau menyedut, atau
memasukkan ke dalam badannya dengan suntikan atau dengan apa-apa jua cara lain, apa-apa dadah, racun, rokok
dsb di dalam atau di luar Kampus.

(4) Tiada apa-apa jua dalam peraturan ini boleh disifatkan sebagai melarang seseorang pelajar daripada
menjalani apa-apa rawatan oleh atau di bawah preskripsi pengamal perubatan yang berdaftar di bawah Akta
Perubatan 1971 [Akta 50].

(5) Mana-mana pelajar yang didapati berada di bawah pengaruh mana-mana dadah atau racun adalah
melakukan suatu kesalahan tatatertib.

(6) Rektor boleh mengkehendaki seseorang pelajar yang disyaki menagih dadah supaya menjalani ujian air
kencing, dan jika pelajar enggan menyerah dirinya untuk menjalani ujian air kencing sebagaimana diarahkan oleh
Rektor, dia melakukan suatu kesalahan tatatertib.

13
(7) Tiada seorang pun pelajar boleh merokok atau seumpamanya di dalam kawasan Kampus dan di dalam
kenderaan Universiti. Tiada pelajar boleh menggunakan, mempunyai dalam milikannya/dibawah
jagaannya/kawalannya apa-apa bahan tembakau, shisha, vape dan sebagainya.

Tatu, mewarna rambut dan kuku

19. (1) Tiada pelajar boleh mencacah atau mempamerkan tatu atau mewarnakan rambut dan kuku dengan
perwarna selain daripada inai.

(2) Mana-mana pelajar yang didapati mempamerkan tatu sama ada yang kekal atau sementara, mewarnakan
rambut atau kuku dengan perwarna selain daripada inai adalah melakukan suatu kesalahan tatatertib.

Kebersihan di dalam Kampus

20. Tiada pelajar boleh melakukan apa-apa yang boleh menjejaskan kebersihan dan kekemasan tempat tinggal
seseorang pelajar di dalam Kampus, atau mana-mana Kolej Kediaman, dewan kuliah, jalan, kawasan atau mana-
mana bahagian lain Kampus, atau mana-mana bangunan atau binaan lain di dalam Kampus.

Membuat bising yang menggusarkan atau mengganggu

21. Tiada pelajar boleh membuat apa-apa bunyi atau bising, atau menyebabkan apa-apa bunyi atau bising
dikeluarkan, dengan apa-apa cara, jika bunyi atau bising itu menyebabkan atau mungkin menyebabkan kemarahan,
kegusaran atau gangguan kepada mana-mana orang di dalam Kampus.

Tempat tinggal atau tempat tidur di kampus

22. Tiada seorang pun pelajar boleh menggunakan atau menyebabkan diguna mana-mana bahagian Kampus atau
mana-mana bahagian daripada mana-mana bangunan di dalam Kampus sebagai tempat tinggal atau tempat tidur,
kecuali tempat yang disediakan baginya dalam Kolej Kediaman oleh Universiti.

Memasuki bahagian atau bangunan yang dilarang

23. Tiada pelajar boleh memasuki atau membawa masuk seseorang ke dalam mana-mana bahagian atau mana-
mana bahagian daripada mana-mana bangunan jika pelajar-pelajar amnya atau pelajar atau golongan pelajar yang
berkenaan adalah dilarang masuk ke dalamnya kecuali dengan kebenaran daripada Rektor atau orang yang diberi
kuasa.

Kesalahan jenayah syariah atau sivil

24. (1) Tiada pelajar boleh melanggar mana-mana peruntukan dalam Undang-undang Kesalahan Jenayah
Syariah atau Sivil sama ada kesalahan itu dilakukan di dalam atau di luar Kampus.

(2) Tiada apa-apa jua dalam subperaturan (1), boleh menggurangkan tanggungan mana-mana pelajar atau
orang lain di dalam Kampus kerana apa-apa kesalahan di bawah mana-mana peruntukan dalam Undang-undang
Kesalahan Jenayah Syariah atau Sivil sama ada kesalahan itu dilakukan di dalam atau di luar Kampus.

14
Sukan atau riadah atau aktiviti pelajar

25. (1) Tiada pelajar dibenarkan bersukan atau beriadah atau melakukan apa-apa aktiviti ko-kurikulum kecuali
dengan pakaian yang telah ditetapkan dalam Jadual C (Kod Etika Pakaian Mengikut Program/ Aktiviti) Garis
Panduan Tatacara Berpakaian dan Penampilan Pelajar seperti dalam Lampiran.

(2) Tiada pelajar lelaki atau kumpulan pelajar lelaki dibenarkan bercampur dengan seorang pelajar
perempuan atau kumpulan pelajar perempuan di dalam satu permainan atau sukan atau riadah atau persembahan
yang sama, sama ada dilakukan di dalam atau di luar Kampus.

Pelajar luar Kolej Kediaman

26. Semua pelajar yang tinggal di luar Kolej Kediaman dikehendaki mendaftar alamat kediaman pelajar semasa
belajar dengan Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti. Pelajar perlu mengemaskini alamat kediaman pelajar jika
berlaku perubahan. Pelajar yang tinggal di luar Kolej Kediaman tertakluk kepada peraturan berikut—

(a) pelajar mestilah mematuhi Peraturan-Peraturan ini;

(b) pelajar mestilah berkelakuan baik, berhemah tinggi dan sentiasa memelihara suasana harmoni di
kawasan sekeliling kediamannya;

(c) pelajar dilarang melakukan apa-apa aktiviti yang mengganggu ketenteraman awam;

(d) pelajar dikehendaki menjaga kebersihan dan keselamatan harta-benda di kediaman;

(e) pelajar lelaki dan pelajar perempuan tidak dibenarkan tinggal bersama mana-mana orang yang berlainan
jantina kecuali ada pertalian mahram atau suami isteri. Pelajar yang telah berkahwin & tinggal bersama
pasangannya dilarang tinggal bersama pasangan lain dalam sebuah rumah;

(f) pelajar lelaki dilarang memasuki kediaman pelajar perempuan atau mana-mana orang yang berlainan
jantina dan sebaliknya; dan

(g) pelajar tidak dibenarkan mempamerkan simbol atau bendera mana-mana parti politik/badan/pertubuhan
yang bertentangan dengan Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta 1996 [Akta 555], Perlembagaan
Universiti, Peraturan-Peraturan ini atau apa-apa yang dibuat di bawahnya di kawasan kediamannya.

Keingkaran

27. Jika seseorang pelajar tidak mematuhi atau melanggar apa-apa arahan atau kehendak yang sah yang diberikan
atau dibuat oleh mana-mana kakitangan Universiti yang diberi kuasa untuk memberikan atau membuat arahan atau
kehendak itu di dalam Kampus, maka pelajar itu adalah bersalah atas suatu kesalahan tatatertib.

Kuasa Lembaga Pengelola Universiti

28. Tertakluk kepada Bahagian ini, Lembaga Pengelola Universiti boleh membuat, meminda atau membatalkan
mana-mana Peraturan-Peraturan yang difikirkan perlu atau patut.

15
BAHAGIAN III
TATATERTIB KOLEJ KEDIAMAN

Memasuki atau berada di dalam bilik/tempat penghuni Kolej Kediaman

29. (1) Tiada seorang boleh memasuki atau berada di dalam bilik yang diduduki oleh seorang penghuni Kolej
Kediaman kecuali penghuni Kolej Kediaman itu sendiri.

(a) Dengan syarat bahawa perenggan ini tidaklah dipakai bagi seorang kakitangan, pekerja atau ejen
Universiti yang memasuki bilik itu bagi maksud menjalankan tugas, kewajipan atau
tanggungjawab, atau bagi seorang yang memasukinya atau berada di dalam mengikut satu
kebenaran yang diberi oleh atau bagi pihak Pengetua Kolej Kediaman.

(b) Dan selanjutnya dengan syarat bahawa perenggan ini tidak boleh disifatkan sebagai larangan
seorang pelajar daripada memasuki bilik seorang penghuni kolej kediaman dari jantina yang sama
untuk lawatan bagi maksud sosial yang biasa.

(2) Subperaturan (1) tidak terpakai:

(a) bagi seseorang yang diberi kuasa yang memasuki bilik itu bagi maksud menjalankan fungsi,
kewajipan atau tanggungjawabnya;

(b) bagi seseorang yang memasuki bilik itu mengikut apa-apa kebenaran yang diberikan oleh, atau
bagi pihak Pengetua; dan

(c) bagi seseorang penghuni kolej kediaman daripada jantina yang sama yang memasuki bilik itu
untuk melawat bagi maksud sosial biasa.

(3) Maka hendaklah menjadi tanggungjawab seseorang penghuni Kolej Kediaman untuk memastikan
bahawa sekatan dalam peraturan ini betul-betul dipatuhi.

Menghalang, dsb., orang yang diberi kuasa dsb., daripada masuk dan menjalankan tugas

30. Seseorang penghuni Kolej Kediaman tidak boleh melakukan sesuatu untuk menghalang, merintang atau
menahan seorang kakitangan, pekerja atau ejen Universiti daripada memasuki bilik penghuni Kolej Kediaman itu
dan menjalankan tugas-tugas,kewajipan-kewajipan atau tanggungjawab-tanggungjawabnya di dalam bilik itu.

Berada di luar Kolej Kediaman pada waktu malam

31. Seseorang pelajar menetap di Kolej Kediaman, tidak boleh berada di luar premis Kolej Kediaman selepas
tengah malam kecuali dengan kebenaran yang diberikan oleh atau bagi pihak Pengetua.

Berada di dalam premis Kolej Kediaman selepas tengah malam

32. Selepas tengah malam, kecuali bagi pelajar-pelajar menetap di Kolej Kediaman masing-masing, tiada pelajar
lain boleh berada di dalam premis Kolej Kediaman kecuali dengan kebenaran yang diberikan oleh atau bagi pihak
Pengetua.

Menggunakan premis Kolej Kediaman dengan cermat dan larangan kacau ganggu

33. (1) Seseorang pelajar hendaklah menggunakan premis Kolej Kediaman dengan cermat yang sewajarnya
dan tidak boleh melakukan apa-apa jua yang boleh mencacatkan, mengotorkan atau menyebabkan apa-apa

16
kerosakan lain kepada mana-mana bahagian kawasan atau bangunan atau kepada apa-apa benda atau lekapan di
dalamnya.

(2) Seseorang pelajar hendaklah, dalam menggunakan premis Kolej Kediaman dan kemudahan-kemudahan
di dalamnya, mengambil langkah berhati-hati dan berhemat cermat bagi memastikan bahawa dia tidak dengan
demikian itu menyebabkan apa-apa kesulitan, kesusahan, kegusaran, halangan atau kacau ganggu kepada mana-
mana orang lain.

Bertukar bilik tanpa kebenaran

34. Jika seorang pelajar diuntukkan sebuah bilik di Kolej Kediaman bagi tempat tinggalnya oleh Universiti, dia
tidak boleh bertukar ke mana-mana bilik lain tanpa mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahulu yang
diberikan oleh atau bagi pihak Pengetua.

Berpindah tempat tinggal

35. (1) Seseorang pelajar menetap tinggal di Kolej Kediaman mengikut budi bicara dan kehendak mutlak
Universiti.

(2) Universiti boleh menghendaki seseorang pelajar menetap di Kolej Kediaman mengosongkan biliknya di
Kolej Kediaman atau memindahkannya ke tempat tinggal lain yang disediakan oleh Universiti pada bila-bila masa
tanpa memberi apa-apa sebab.

(3) Jika seseorang pelajar menetap di Kolej Kediaman dikehendaki mengosongkan biliknya di Kolej
Kediaman atau ditukarkan ke tempat tinggal lain di bawah subperaturan (2), dia hendaklah berbuat demikian dalam
tempoh yang ditetapkan oleh Universiti dan hendaklah dalam tempoh itu mengeluarkan semua barang-barang
kepunyaannya daripada tempat tinggal yang ia dikehendaki mengosongkan atau dari mana ia dikehendaki
berpindah itu.

Kebenaran tidak menetap di Kolej Kediaman

36. Jika seseorang penghuni Kolej Kediaman ingin keluar daripada Kolej Kediaman (untuk menetap di rumah
sewa/waris) atau berhenti belajar, dikehendaki mengisi borang yang berkaitan di pejabat Kolej Kediaman
Universiti.

Peraturan Kolej Kediaman

37. Semua penghuni Kolej Kediaman tertakluk kepada Peraturan Kolej Kediaman Universiti.

Kuasa Pengetua untuk memberikan perintah, dsb. berkenaan dengan ketenteraman dan tatatertib

38. (1) Pengetua atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Rektor boleh, dari semasa ke semasa,
memberikan sama ada secara lisan atau bertulis, apa-apa perintah atau arahan sebagaimana yang difikirkannnya
perlu atau sesuai untuk memelihara ketenteraman dan tatatertib di Kolej Kediaman.

(2) Perintah atau arahan itu, hendaklah menjadi kewajipan tiap-tiap pelajar yang baginya perintah atau
arahan itu terpakai untuk mematuhi dan melaksanakan perintah atau arahan itu.

(3) Pihak Berkuasa Tatatertib boleh memberikan kuasa kepada Pengetua Kolej Kediaman mengenakan
hukuman tatatertib terus iaitu amaran dan/atau denda tidak lebih daripada RM50.00 sahaja, ke atas mana-mana
pelajar yang melakukan suatu kesalahan tatatertib di bawah Bahagian III (Tatacara Kolej Kediaman) atau di dalam
pengetahuan Pihak Berkuasa Tatatertib.

17
Dengan syarat bahawa sebelum hukuman itu dikenakan ke atas pelajar, Pihak Berkuasa Tatatertib hendaklah
memberitahunya tentang kesalahan tatatertib yang dilakukan olehnya dan memberinya suatu peluang untuk
membuat, dengan serta-merta, representasi lisan berkenaan dengan kesalahan itu.

(4) Setelah hukuman yang disebut dalam subperaturan (3) dikenakan, Pihak Berkuasa Tatatertib hendaklah
dengan serta-merta menyerahkan kepada pelajar itu suatu notis bertulis dalam apa-apa bentuk yang diarahkan oleh
Rektor tentang hukuman yang dikenakan itu dan jika hukuman yang dikenakan itu ialah suatu denda, peruntukkan
peraturan 69 dan 70 hendaklah terpakai.

Keingkaran

39. Jika seseorang pelajar tidak mematuhi atau melanggar sesuatu arahan atau kehendak yang sah yang diberi
atau dibuat oleh mana-mana kakitangan Universiti yang diberi kuasa untuk memberi atau membuatnya dalam
Bahagian ini, maka pelajar itu adalah bersalah atas suatu kesalahan tatatertib.

BAHAGIAN IV
TATATERTIB LALU LINTAS JALAN

Kebenaran bertulis menggunakan kenderaan di dalam Kampus

40. (1) Seseorang pelajar yang bercadang untuk menyimpan, memiliki atau mempunyai apa-apa kenderaan di
dalam Kampus hendaklah memohon kepada Rektor atau orang yang diberi kuasa dan mendapatkan daripadanya
suatu kebenaran bertulis berkenaan dengannya iaitu pelekat kenderaan serta permohonan dan kebenaran bertulis itu
hendaklah dalam borang sebagaimana yang ditetapkan oleh Rektor atau orang yang diberi kuasa, tertakluk kepada
subperaturan (2).

(2) Permohonan pelekat kenderaan itu hendaklah dibuat oleh pelajar secara bertulis menyatakan jenis
kenderaan itu dan hendaklah disertai dengan lesen kenderaan itu yang berkuat kuasa pada masa itu dan polisi
insurans pihak ketiga yang berkuat kuasa pada masa itu berkenaan dengan kenderaan itu dan satu lesen memandu
yang sah berkenaan dengan permohonan itu.

(3) Setiap pemilik kenderaan tersebut perlulah menampal pelekat kenderaan yang sah tempoh pada
bahagian hadapan kenderaan supaya mudah dilihat.

(4) Pelekat kenderaan itu hendaklah diperbaharui sebelum tamat tempoh sah pelekat dan peruntukan
subperaturan (1) dan (2) hendaklah dipakai mutatis mutandis bagi sesuatu permohonan untuk memperbaharui
kebenaran bertulis itu.

(5) Rektor atau orang yang diberi kuasa boleh enggan memberi kebenaran di bawah peraturan 41 atau
boleh membatal apa-apa kebenaran yang telah diberi di bawah peraturan ini jika dia berpuas hati bahawa adalah
berlawanan dengan kepentingan Universiti bagi pelajar itu memegang kebenaran itu.

Daftar kenderaan pelajar

41. Rektor atau orang yang diberi kuasa hendaklah menyebabkan supaya diselenggarakan suatu daftar bagi
semua kenderaan yang disimpan, dimiliki atau dipunyai oleh pelajar dalam Kampus mengikut bentuk yang
difikirkan patut oleh Rektor atau orang yang diberi kuasa.

18
Had laju

42. Tiada seorang pun pelajar boleh memandu sesebuah kenderaan motor di dalam Kampus melebihi had laju
yang ditunjukkan oleh isyarat lalu lintas.

Kenderaan hendaklah dipandu atas jalan/jalan raya

43. Tiada seorang pun pelajar boleh memandu sesebuah kenderaan di mana-mana tempat melainkan di bahagian
jalan yang digunakan sebagai jalan lalu bagi kenderaan khususnya. Tiada sesebuah kenderaan boleh dipandu oleh
seorang pelajar di atas siar kaki berturap, bahu jalan, tepi rumput, lorong kaki, atau lain-lain tempat sama ada di
sisi jalan lalu bagi kenderaan lalu atau selainnya yang biasanya tidak dimaksudkan atau tidak disediakan khas
untuk jalan lalu bagi kenderaan. Tiada pelajar boleh memandu kenderaan di atas koridor, beranda, kaki lima,
halaman berkepung atau mana-mana bahagian daripada mana-mana bangunan.

Meletak kenderaan secara menghalang

44. Tiada pelajar boleh meletak apa-apa kenderaan di mana-mana tempat dengan apa-apa cara yang
menyebabkan bahaya, halangan atau kesusahan kepada mana-mana orang atau kenderaan lain.

Menggunakan ruang letak kenderaan yang diuntukkan

45. Jika sesuatu ruang letak kenderaan diuntukkan bagi sesebuah kenderaan tertentu, tiada pelajar boleh meletak
sesebuah kenderaan yang lain dalam ruang letak kenderaan itu.

Membonceng dan menumpang kenderaan

46. (1) Seseorang pelajar yang menunggang motosikal tidak boleh membawa lebih daripada satu orang
pembonceng di atas motosikal itu.

(2) Tiada pelajar boleh membawa seseorang di atas motosikal beroda dua melainkan jika orang itu duduk
membonceng di belakang pemandu itu atas suatu tempat duduk yang direka bentuk dengan sempurna yang
dipasang kepada motosikal itu dengan kukuh.

(3) Seseorang pelajar tidak boleh membenarkan dirinya dibawa di atas motosikal beroda dua yang dipandu
oleh seseorang, sama ada seorang pelajar atau bukan, bersalahan dengan subperaturan (1) atau (2).

(4) Tiada pelajar boleh membonceng motosikal atau menumpang apa-apa kenderaan mana-mana orang
yang berlainan jantina kecuali ada pertalian mahram atau suami isteri atau dalam keadaan yang dibenarkan syarak.

Mematuhi arahan dan isyarat lalu lintas

47. Seseorang pelajar hendaklah mematuhi—

(a) semua arahan lalu lintas yang berupa apa-apa perintah, arahan atau petunjuk yang diberikan oleh orang
yang diberi kuasa kepada mana-mana orang yang menggunakan jalan atau kenderaan di dalam Kampus;
dan

(b) semua isyarat lalu lintas yang berupa isyarat, tiang isyarat amaran, tiang arah tanda isyarat, tanda atau
alat yang didirikan atau disediakan di atas atau berhampiran dengan jalan sebagai makluman, panduan
atau petunjuk bagi orang yang menggunakan jalan itu.

19
Mengemukakan lesen memandu dan kad pelajar

48. Mana-mana pelajar yang memandu atau yang bertanggungjawab ke atas atau mengawal sesebuah kenderaan
motor hendaklah membawa bersamanya suatu lesen memandu yang masih sah yang dikeluarkan kepadanya di
bawah Akta Jabatan Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333] atau yang diakui sah oleh pihak berkuasa negara pelajar
yang berkenaan dan juga kad pelajar dan hendaklah mengemukakan untuk diperiksa oleh seseorang yang berkuasa
apabila dikehendaki berbuat demikian.

Memandu kenderaan secara merbahaya

49. Tiada pelajar boleh memandu apa-apa kenderaan secara merbahaya ke atas dirinya atau orang lain.

Halangan kepada aliran lalu lintas

50. Seseorang pelajar tidak boleh berkelakuan dengan apa-apa cara, atau melakukan apa-apa perbuatan
menghalang atau mengganggu perjalanan lalu lintas yang lancar dan teratur di dalam Kampus.

Perbuatan di dalam Kampus yang merupakan kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta
333] sebagai kesalahan tatatertib.

51. (1) Seseorang pelajar adalah melakukan kesalahan tatatertib di bawah peraturan ini jika dia melakukan apa-
apa perbuatan di dalam Kampus yang merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta
333] atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta itu.

(2) Tiada apa-apa jua dalam subperaturan (1) boleh menggurangkan tanggungan mana-mana pelajar atau
orang lain di dalam kampus kerana apa-apa kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333].

Hukuman Tatatertib Terus

52. (1) Pihak Berkuasa Tatatertib atau orang yang diberi kuasa boleh, menurut budi bicaranya, sebagai ganti
mengambil tindakan tatatertib di bawah Bahagian V, mengenakan hukuman tatatertib terus, bagi kesalahan dalam
Jadual C hingga E Garis Panduan Tatacara Berpakaian dan Penampilan Universiti 2018, iaitu amaran atau denda
tidak lebih daripada RM50.00 ke atas mana-mana pelajar yang melakukan suatu kesalahan tatatertib di bawah
Bahagian ini di hadapan atau dalam penglihatan Pihak Berkuasa Tatatertib atau orang yang diberi kuasa itu
DENGAN SYARAT bahawa sebelum hukuman itu dikenakan ke atas pelajar itu, pihak berkuasa tatatertib atau
orang yang diberi kuasa itu hendaklah memberitahu kepadanya tentang kesalahan tatatertib yang telah dilakukan
olehnya dan memberi ia peluang untuk membuat rayuan lisan berkenaan dengannya di situ juga, kepada Pihak
Berkuasa Tatatertib dan orang yang diberi kuasa itu.

(2) Setelah mengenakan hukuman tersebut dengan subperaturan (2), Pihak Berkuasa Tatatertib atau orang
yang diberi kuasa hendaklah dengan serta-merta menyerahkan kepada pelajar itu suatu notis bertulis mengenai
hukuman yang dikenakan itu dalam sesuatu borang mengikut sebagaimana yang diarahkan oleh Rektor.

BAHAGIAN V
TATACARA TATATERTIB

Jawatankuasa Prosiding Tatatertib

53. (1) Ahli-ahli Jawatankuasa Prosiding Tatatertib terdiri daripada:

20
(i) Pengerusi : Rektor atau orang yang diberikuasa sebagai Pengerusi.
(ii) Ahli-ahli : Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar & Alumni Universiti;
Penasihat Undang-Undang Universiti;
Dekan atau wakil Kulliyyah yang berkenaan; dan
satu (1) orang ahli yang dilantik oleh Pengerusi.
(iii) Setiausaha : Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti
(iv) Urusetia : Pegawai Unit Disiplin atau mana-mana pegawai Bahagian Hal Ehwal
Pelajar Universiti

(2) Korum hendaklah 2/3 daripada Ahli Jawatankuasa Prosiding Tatatertib termasuk Pengerusi.

Hukuman Tatatertib

54. Seseorang pelajar yang melakukan sesuatu kesalahan tatatertib di bawah Peraturan-Peraturan ini dan didapati
bersalah atas kesalahan itu boleh dikenakan mana-mana satu atau mana-mana gabungan dua atau lebih hukuman
yang sesuai yang berikut, bergantung kepada keseriusan kesalahan itu, boleh dikenakan ke atas pelajar—

(a) amaran;

(b) melaksanakan khidmat kemasyarakatan;

(c) denda tidak melebihi RM1,000.00;

(d) ganti rugi yang bersesuaian;

(e) dilarang masuk mana-mana bahagian atau bahagian-bahagian tertentu Universiti atau menggunakan
mana-mana kemudahan bagi tempoh yang ditetapkan;

(f) digantung daripada menjadi seorang pelajar Universiti bagi tempoh yang ditetapkan;

(g) disingkir dari Universiti;

(h) apa-apa hukuman yang difikirkan bersesuaian oleh ahli-ahli Jawatankuasa Prosiding Tatatertib.

Kehadiran di hadapan Pihak Berkuasa Tatatertib

55. (1) Jika pada pendapat Pihak Berkuasa Tatatertib bahawa seseorang pelajar telah melakukan sesuatu
kesalahan tatatertib di bawah Peraturan-Peraturan ini, Pihak Berkuasa Tatatertib hendaklah memberitahu pelajar
tentang kesalahan tatatertib yang didakwa itu dan menghendaki pelajar itu hadir di hadapannya di suatu bilik
tatatertib pada tarikh dan masa yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib.

(2) Seseorang pelajar yang didakwa di bawah tatatertib ini dikehendaki hadir dan berhak untuk diwakili
oleh seseorang kakitangan atau pelajar lain Universiti ini dalam mana-mana prosiding tatatertib yang diambil
terhadapnya.

Akibat tidak hadir di hadapan Pihak Berkuasa Tatatertib

56. (1) Jika seseorang pelajar tidak hadir tanpa alasan yang munasabah di hadapan Pihak Berkuasa Tatatertib
mengikut peraturan 55, dia hendaklah dengan serta merta digantung daripada menjadi pelajar Universiti dan tidak
boleh selepas itu berada di dalam atau memasuki Kampus.

(2) Penggantungan seseorang pelajar di bawah subperaturan (1) hendaklah berterusan sehingga pelajar
menawarkan diri untuk hadir di hadapan Pihak Berkuasa Tatatertib dalam tempoh empat belas hari dari tarikh asal,

21
pada hakikatnya, hadir di hadapan Pihak Berkuasa Tatatertib pada tarikh dan pada masa yang ditetapkan oleh
Pihak Berkuasa Tatatertib selepas pelajar itu menawarkan diri untuk hadir di hadapan Pihak Berkuasa Tatatertib.

(3) Pelajar berhak membuat representasi bertulis atau lisan dalam mana-mana prosiding tatatertib yang
diambil terhadapnya.

Penjelasan fakta dan pengambilan pengakuan

57. Dalam prosiding tatatertib, Pihak Berkuasa Tatatertib hendaklah menjelaskan kepada pelajar tentang fakta
kesalahan tatatertib yang didakwa telah dilakukan oleh pelajar dan meminta pelajar membuat pengakuan samaada
bersalah atau tidak bersalah.

Pengakuan bersalah dan tatacara berikutnya

58. (1) Jika pelajar mengaku salah, Pihak Berkuasa Tatatertib hendaklah menerangkan kepadanya tentang fakta-
fakta kes itu kepadanya.

(2) Jika pelajar mengakui tentang fakta dan Pihak Berkuasa Tatatertib berpuas hati bahawa suatu kesalahan
telah dilakukan, Pihak Berkuasa Tatatertib hendaklah mensabitkan dia bersalah atas kesalahan tatatertib itu dan
memintanya untuk mengemukakan apa-apa rayuan untuk meringankan hukuman.

Tatacara apabila pelajar tidak mengaku salah

59. (1) Jika pelajar tidak mengaku bahawa dia bersalah atas kesalahan tatatertib atau gagal atau enggan
membuat pengakuan atau tidak mengaku akan fakta kes, Pihak Berkuasa Tatatertib hendaklah memeriksa mana-
mana saksi atau apa-apa dokumen atau artikel lain bagi menyokong kes terhadap pelajar.

(2) Pelajar itu hendaklah diminta menyoal mana-mana saksi dan memeriksa apa-apa dokumen atau artikel,
dan Pihak Berkuasa Tatatertib itu boleh memeriksa semula saksi itu.

(3) Bagi maksud subperaturan (1), saksi hendaklah dipanggil untuk memberikan keterangan dalam
perbicaraan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib.

Keterangan Pelajar

60. (1) Selepas keterangan yang tersebut dalam peraturan 59 diterima, dan Pihak Berkuasa Tatatertib
mendapati bahawa ada suatu kes untuk dijawab, pelajar itu hendaklah diminta memberikan keterangannya,
memanggil mana-mana saksi atau mengemukakan apa-apa dokumen atau apa-apa artikel lain bagi pembelaannya.

(2) Pihak Berkuasa Tatatertib boleh menyoal pelajar itu atau mana-mana daripada saksi pelajar dan
memeriksa apa-apa dokumen atau artikel, dan pelajar itu boleh memeriksa semula mana-mana saksinya itu.

Memanggil semula saksi

61. Pihak Berkuasa Tatatertib boleh menyoal atau memanggil semula mana-mana saksi pada bila-bila masa
sebelum Pihak Berkuasa Tatatertib mengumumkan keputusannya.

Pengumuman keputusan

62. (1) Selepas mendengar keterangan saksi dan memeriksa dokumen atau artikel lain yang dikemukakan di
hadapannya, Pihak Berkuasa Tatatertib hendaklah mengumumkan keputusannya dalam kes itu, dan jika Pihak
Berkuasa Tatatertib memutuskan bahawa pelajar adalah bersalah atas kesalahan tatatertib itu, Pihak Berkuasa
Tatatertib hendaklah meminta pelajar itu mengemukakan apa-apa rayuan untuk meringankan hukumannya.

22
(2) Pengerusi dalam mana-mana prosiding tatatertib yang diambil terhadap seseorang pelajar Universiti ini
hendaklah menyampaikan keputusan perbicaraan secara bertulis kepada pelajar itu dalam masa empat belas hari
dari tarikh keputusan itu dibuat.

(3) Pengerusi adalah Rektor atau orang yang dilantik oleh Rektor.

Pengenaan hukuman

63. Selepas pelajar mengemukakan rayuan bagi meringankan hukumannya, jika ada, di bawah peraturan 58 atau
62. Mengikut mana-mana yang berkenaan, Pihak Berkuasa Tatatertib hendaklah mengenakan ke atas pelajar itu
satu daripada hukuman yang dinyatakan dalam peraturan 54 atau mana-mana dua atau lebih gabungan hukuman
yang sesuai.

Jagaan dan pelupusan barang kes

64. (1) Pihak Berkuasa Tatatertib boleh memerintahkan apa-apa dokumen atau artikel lain yang dikemukakan
di hadapannya dalam penjalanan mana-mana prosiding tatatertib supaya disimpan dalam jagaannya atau dalam
jagaan orang sebagaimana yang dinyatakan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib sementara menanti tamatnya prosiding
tatatertib itu.

(2) Pihak Berkuasa Tatatertib hendaklah, apabila tamat prosiding tatatertib di hadapannya, membuat apa-
apa perintah sebagaimana yang difikirkannya patut untuk melupuskan apa-apa dokumen atau artikel lain yang
dikemukakan di hadapannya dalam penjalanan prosiding tatatertib, dan boleh mengarahkan supaya perintah itu
mula berkuat kuasa sama ada secara serta-merta atau pada satu masa yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa
Tatatertib.

(3) Kuasa Pihak Berkuasa Tatatertib di bawah subperaturan (2) hendaklah termasuk kuasa untuk
memerintahkan pemusnahan apa-apa dokumen atau artikel lain atau perlucuthakkan dokumen atau artikel itu.

Nota bertulis mengenai prosiding tatatertib

65. Pihak Berkuasa Tatatertib yang mengambil tindakan tatatertib terhadap seseorang pelajar di bawah peraturan
54 hingga 63, hendaklah membuat atau menyebabkan supaya dibuat nota bertulis mengenai semua prosiding
tatatertib dihadapannya tetapi nota itu tidak perlu dibuat kata demi kata.

Kerahsiaan Nota

66. Nota-nota mengenai prosiding tatatertib dalam peraturan 65 hendaklah disimpan dalam jagaan Rektor atau
orang yang diberi kuasa dan diklasifikasikan sebagai “Dokumen Sulit”.

Daftar prosiding tatatertib

67. Rektor atau orang yang diberi kuasa hendaklah menyelenggarakan suatu daftar bagi semua prosiding
tatatertib yang dijalankan di bawah Peraturan-Peraturan ini dan daftar itu hendaklah merekodkan nama pelajar,
butir-butir kesalahan tatatertib, kemajuan penjalanan prosiding, keputusan prosiding, dan apa-apa maklumat-
maklumat atau butir-butir lain sebagaimana yang diarahkan oleh Rektor.

Laporan Prosiding

68. (1) Jika seseorang pelajar telah didapati bersalah atas suatu kesalahan tatatertib, Rektor atau orang yang
diberi kuasa hendaklah menghantar suatu laporan berkenaan dengan prosiding tatatertib itu kepada orang yang
berikut:

23
(a) Pengerusi Lembaga Pengelola Universiti;
(b) ibu bapa atau penjaga atau waris pelajar;
(c) dalam hal pelajar pemegang biasiswa, kepada pihak berkuasa atau badan penaja biasiswa atau
pemberi biasiswa itu;
(d) dalam hal pelajar yang juga seorang pekerja, kepada Ketua Jabatan pelajar itu; dan
(e) dalam hal pelajar antarabangsa kepada Kementerian Dalam Negeri dan kedutaan berkaitan.

(2) Orang yang disebut dalam perenggan (1)(b) hingga (e) hendaklah atas permohonannya, diberikan
salinan nota prosiding tatatertib yang ditentusahkan setelah dibayar fi yang ditetapkan oleh Rektor atau orang yang
diberi kuasa, yang fi itu tidak boleh, dalam apa-apa hal, melebihi daripada RM50.00.

(3) Suatu salinan nota prosiding tatatertib yang ditentusahkan berkenaan dengan mana-mana kes tertentu
hendaklah diberi oleh Rektor atau orang yang diberi kuasa kepada Pengerusi Lembaga Pengelola Universiti jika
Pengerusi Lembaga Pengelola Universiti menghendaki nota prosiding itu.

Bayaran denda

69. (1) Jika Pihak Berkuasa Tatatertib mengenakan hukuman denda ke atas pelajar, Pihak Berkuasa Tatatertib
itu hendaklah menetapkan tempoh yang semasanya denda itu hendaklah dibayar dan pelajar hendaklah membayar
denda dalam tempoh itu kepada Bendahari.

(2) Tempoh yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah tidak kurang daripada empat belas (14) hari
dari tarikh keputusan Pihak Berkuasa Tatatertib.

Tidak membayar denda

70. Jika pelajar tidak membayar denda dalam tempoh yang ditetapkan di bawah peraturan 69(2), denda tersebut
akan dicaj terus ke dalam akaun kewangan pelajar.

Perintah pampasan

71. (1) Jika apa-apa hukuman tatatertib telah dikenakan ke atas seseorang pelajar di bawah peraturan 63, Pihak
Berkuasa Tatatertib boleh, sebagai tambahan, memerintahkan pelajar membayar apa-apa pampasan sebagaimana
yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib berkenaan dengan apa-apa kerosakan pada mana-mana harta atau
apa-apa kerugian atau kecederaan kepada mana-mana orang yang pelajar itu didapati bersalah atasnya oleh Pihak
Berkuasa Tatatertib.

(2) Seseorang pelajar boleh diperintahkan membayar pampasan di bawah peraturan ini tidak kira sama ada
harta yang rosak itu kepunyaan Universiti atau mana-mana orang lain.

(3) Amaun pampasan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib di bawah subperaturan (1) hendaklah
amaun yang adil dan munasabah dengan mengambil kira semua hal perkara kes dan orang yang terlibat dalam kes
itu.

(4) Pampasan yang ditentukan di bawah subperaturan (1) hendaklah dibayar oleh pelajar kepada Bendahari
dalam tempoh yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib.

(5) Peruntukan peraturan 70 hendaklah terpakai mutatis mutandis jika pelajar gagal membayar pampasan
yang ditentukan di bawah subperaturan (1) dalam tempoh yang ditetapkan di bawah subperaturan (4).

(6) Bendahari hendaklah membayar pampasan yang dibayar oleh pelajar di bawah subperaturan (4) kepada
orang yang ditentusahkan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib sebagai orang yang berhak menerima bayaran.

24
(7) Apa-apa pampasan yang kena dibayar atau dibayar di bawah Peraturan ini hendaklah tanpa menjejaskan
hak mana-mana orang untuk memulakan prosiding sivil dalam mahkamah undang-undang bagi kerosakan atau
pampasan berkenaan dengan kerosakan, kerugian atau kecederaan yang disebut dalam subperaturan (1), atau hak
mana-mana orang untuk menerima apa-apa bayaran atau pampasan di bawah mana-mana undang-undang bertulis
lain berkenaan dengan kerosakan, kerugian atau kecederaan itu.

Orang Yang Boleh Hadir Dalam Prosiding Tatatertib

72. Tiada seorang pun boleh hadir dalam sesuatu prosiding tatatertib kecuali—

(a) anggota Pihak Berkuasa Tatatertib;


(b) pelajar yang terhadapnya prosiding tatatertib diambil dan wakilnya (sekiranya pelajar melantik wakil);
(c) ibu bapa atau penjaga pelajar itu;
(d) saksi semasa dia memberi keterangan, atau apabila dikehendaki oleh Pihak Berkuasa Tatatertib; dan
(e) mana-mana orang lain sebagaimana yang dibenarkan hadir oleh Pihak Berkuasa Tatatertib atas apa-apa
sebab tertentu.

BAHAGIAN VI
RAYUAN
Tatacara rayuan

73. (1) Jika seseorang pelajar tidak berpuas hati dengan keputusan Pihak Berkuasa Tatatertib di bawah
peraturan 62, dia boleh, dalam masa empat belas hari dari tarikh penerimaan keputusan itu, mengemukakan rayuan
secara bertulis tentang niatnya untuk merayu terhadap keputusan itu kepada Rektor.

(2) Notis rayuan itu hendaklah menyatakan dengan jelas alasan rayuan tersebut dikemukakan.

(3) Rektor hendaklah, setelah menerima notis rayuan itu, mengemukakannya kepada Pengerusi Lembaga
Pengelola Universiti bersama dengan salinan nota-nota prosiding yang berkenaan dengannya notis rayuan itu
diberi.

(4) Pengerusi Lembaga Pengelola Universiti boleh, apabila menerima notis rayuan dan nota-nota prosiding
itu daripada Rektor, menerima apa-apa maklumat atau butir lanjut yang difikirkannya patut, berkaitan dengan
perbicaraan prosiding tatatertib itu.

(5) Jika Pengerusi Lembaga Pengelola Universiti menolak secara terus rayuan di bawah Pelembagaan
Universiti, keputusan Pengerusi Lembaga Pengelola Universiti itu hendaklah disampaikan kepada pelajar itu
melalui Rektor.

(6) Jika Pengerusi Lembaga Pengelola Universiti melantik suatu jawatankuasa di bawah Seksyen 38
Perlembagaan Universiti, keputusan Pengerusi Lembaga Pengelola Universiti itu hendaklah disampaikan kepada
pelajar melalui Rektor.

Rayuan tidak berkuat kuasa sebagai penggantungan pelaksanaan hukuman

74. Sesuatu rayuan oleh seseorang pelajar tidak berkuat kuasa sebagai menggantung pelaksanaan hukuman yang
dikenakan di bawah peraturan 62 atau sebagai menggantung pembayaran apa-apa pampasan yang diperintahkan
dibayar di bawah peraturan 69, melainkan jika Pengerusi Lembaga Pengelola Universiti atau Rektor mengarahkan
sebaliknya.

25
BAHAGIAN VII
AM

Tanggungan tatatertib pemegang jawatan, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar

75. (1) Jika sesuatu kesalahan tatatertib telah dilakukan di bawah Peraturan-Peraturan ini, samada seseorang
pelajar telah didapati bersalah berkenaan dengannya atau tidak, dan kesalahan tatatertib itu telah dilakukan atau
berupa sebagai telah dilakukan atas nama atau bagi pihak sesuatu pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar
Universiti, maka tiap-tiap pemegang jawatan pertubuhan, badan atau kumpulan itu pada masa kesalahan tatatertib
itu dilakukan hendaklah disifatkan sebagai bersalah atas kesalahan tatatertib itu, dan boleh dikenakan hukuman
kerananya, melainkan jika ia membuktikan dengan memuaskan hati pihak berkuasa tatatertib yang berkenaan
bahawa kesalahan tatatertib itu dilakukan tanpa pengetahuannya dan bahawa ia telah menjalankan segala usaha
yang sewajarnya untuk mencegah berlakunya kesalahan tatatertib itu.

(2) Tindakan boleh diambil di bawah peraturan ini terhadap mana-mana pemegang jawatan, atau seseorang
pelajar yang mengurus atau membantu pengurusan, mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan yang tersebut
dalam subperaturan (1) walaupun ia mungkin telah tidak mengambil bahagian dalam melakukan kesalahan
tatatertib.

(3) Dalam sesuatu perbicaraan tatatertib di bawah peraturan ini mengenai seseorang pemegang jawatan,
atau seseorang pelajar yang mengurus atau membantu dalam pengurusan mana-mana pertubuhan, badan atau
kumpulan yang tersebut dalam subperaturan (1), apa-apa dokumen yang dijumpai dalam milik pemegang jawatan,
atau seseorang pelajar yang mengurus atau membantu dalam pengurusan pertubuhan, badan atau kumpulan itu,
atau dalam milik seseorang ahli pertubuhan, badan atau kumpulan itu adalah keterangan prima facie mengenai
kandungan dokumen itu bagi maksud membuktikan bahawa sesuatu telah dilakukan atau berupa sebagai telah
dilakukan oleh atau bagi pihak pertubuhan, badan atau kumpulan itu.

Anggapan

76. (1) Dalam mana-mana perbicaraan tatatertib terhadap seseorang pelajar:

(a) adalah tidak perlu membuktikan bahawa sesuatu pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar
mempunyai sesuatu nama atau bahawa ia telah ditubuhkan atau ia adalah biasanya dikenali dengan
sesuatu nama yang tertentu.

(b) jika apa-apa buku, akaun, tulisan, senarai ahli-ahli, meteri, sepanduk atau insignia bagi, atau
berhubung dengan, sesuatu pertubuhan, badan atau kumpulan orang dijumpai dalam milik, jagaaan
atau kawalan seseorang pelajar, maka hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya,
sebagai telah sedia ada pada masa buku, akaun, tulisan, senarai ahli-ahli, meteri, sepanduk atau
insignia itu dijumpai demikian; dan

(c) jika apa-apa buku, akaun, tulisan, senarai ahli-ahli, meteri, sepanduk atau insignia bagi, atau
berhubung dengan sesuatu pertubuhan, badan atau kumpulan orang dijumpai dalam milik, jagaan
atau kawalan seseorang pelajar, maka hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya,
bahawa pelajar itu adalah membantu dalam pengurusan pertubuhan, badan atau kumpulan itu.

26
Peraturan-Peraturan ini tidak mengurangkan tanggungan jenayah

77. Tiada apa-apa jua dalam Peraturan-Peraturan ini boleh mengurangkan tanggungan mana-mana pelajar atau
orang lain bagi apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis.

Garis Panduan Tatacara Berpakaian dan Penampilan Pelajar

78. (1) Seseorang pelajar hendaklah sentiasa berpakaian sopan yang ditentukan oleh Universiti pada masa itu,
menurut Garis Panduan Tatacara Berpakaian dan Penampilan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul
Halim Mu’adzam Shah 2018 seperti di dalam Lampiran “A”, “B”, “C” dan “D”.

(2) Mana-mana pelajar yang tidak mematuhi mana-mana peruntukkan dalam Garis Panduan Tatacara
Berpakaian dan Penampilan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah 2018,
melakukan suatu kesalahan tatatertib.

BAHAGIAN VIII
PERUNTUKAN PERALIHAN

79. Apabila diwartakan Peraturan-Peraturan ini maka Tatatertib Pelajar 2010 (Pindaan 2012) dengan sendirinya
termansuh.

Dibuat pada: 01 November 2018/23 Safar 1440H

YAB Dato' Seri Hj. Mukhriz Bin Tun Mahathir


Pengerusi
Lembaga Pengelola
Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah

27
GARIS PANDUAN TATACARA BERPAKAIAN DAN PENAMPILAN PELAJAR
UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH 2018
(merujuk Peraturan 78 Peraturan-Peraturan Tatatertib Pelajar Universiti 2018)

FASAL I
PENGENALAN

1. Garis Panduan Tatacara Berpakaian dan Penampilan Pelajar ini dibuat dan dikeluarkan menurut kehendak
Peraturan 78 Peraturan-Peraturan Tatatertib Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim
Mu’adzam Shah 2018, selaras dengan kehendak Perlembagaan Universiti.

2. Garis Panduan Tatacara Berpakaian dan Penampilan Pelajar ini bertujuan untuk—

(a) memberi garis panduan berkaitan tatacara berpakaian dan penampilan yang sebenar dan sesuai
agar dipatuhi oleh para pelajar bagi membentuk imej dan personaliti unggul kalangan pelajar serta
memelihara nama baik Universiti;

(b) menghasilkan pelajar yang mempunyai sahsiah rupa diri dan personaliti yang mantap dan
menepati visi dan misi Universiti; dan

(c) mewujudkan suasana yang menjiwai dan menghayati nilai-nilai Islam selaras dengan kedudukan
Universiti sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi yang sentiasa dilihat oleh masyarakat sebagai
model dalam pembinaan insan yang berkualiti untuk menyumbang kepada pembangunan agama,
bangsa dan negara sejajar visi Universiti menjadi sebuah universiti yang sentiasa dilindungi Allah
S.W.T dalam usahanya memperkasakan kualiti pendidikan bertaraf antarabangsa.

3. Peraturan-peraturan am termasuklah dan tidak terhad seperti berikut—

(a) Setiap pelajar dikehendaki sentiasa mempamerkan kad pelajar pada pakaian mereka pada bahagian
yang mudah dilihat sepanjang berada di dalam Kampus KECUALI semasa menyertai aktiviti
sukan. Kad pelajar lelaki mestilah dipakai bersama lanyard rasmi universiti manakala kad pelajar
perempuan sama ada diklip pada tudung atau dipakai bersama lanyard supaya sentiasa dilihat
dengan jelas.

(b) Setiap pelajar dilarang memakai pakaian atau aksesori yang bertentangan dengan hukum Islam,
adab kesopanan orang Timur atau melambangkan sebarang pertubuhan atau kumpulan tertentu
yang boleh mengakibatkan nama dan ketenteraman Universiti terjejas serta menimbulkan
ketidakharmonian kalangan para pelajar di dalam Kampus kecuali atas sebab-sebab tertentu serta
telah mendapat kebenaran daripada Rektor.

(c) Setiap pelajar dilarang mempamerkan sebarang unsur yang bertentangan dengan nilai-nilai Islam,
moral atau mengandungi reka bentuk, gambar, perkataan atau frasa yang tidak diingini dari segi
nilai atau norma yang mulia.

(d) Setiap pelajar dilarang sama sekali mempamerkan tatu sama ada kekal atau sementara pada mana-
mana bahagian anggota tubuh badan.

(e) Setiap pelajar tertakluk kepada syarat-syarat pakaian yang ditetapkan di bawah peraturan makmal
atau mana-mana peraturan di tempat-tempat atau pusat-pusat di dalam Kampus yang mempunyai
peraturannya sendiri.
28
FASAL II
PENAFIAN PERKHIDMATAN DAN PENGUATKUASAAN

4. Penafian Perkhidmatan Dan Tempat Penguatkuasaan

Pihak Universiti akan memberikan layanan atau perkhidmatan yang terbaik kepada pelajar di semua
kaunter perkhidmatan, pejabat Kulliyyah, Pusat-Pusat, Jabatan- Jabatan, dewan utama, dewan kuliah, bilik
tutorial dan makmal sekiranya pelajar tersebut mematuhi etika penampilan. Pelajar tidak akan dilayan jika
tidak mematuhi etika penampilan pelajar.

5. Tempat Dikuatkuasakan

(a) Penguatkuasaan peraturan hendaklah berlaku di tempat-tempat seperti berikut—


i. Semua kawasan/bahagian Kampus:
ii. Di tempat peperiksaan/ujian dijalankan
iii. Di tempat aktiviti/program anjuran Universiti
iv. Di kediaman luar (Rumah Sewa/Kediaman swasta)

(b) Pelajar wajib berpakaian menurut ketetapan syariat Islam di luar tempat kuatkuasa.

6. Penguatkuasa

Kakitangan Universiti bertanggungjawab memberi kerjasama penuh bagi memastikan pematuhan dan
penguatkuasaan peraturan-peraturan Universiti terlaksana. Sebarang perlanggaran peraturan oleh pelajar
hendaklah ditangani secara bijaksana dan berhemah. Jika perlu, ianya hendaklah dilaporkan kepada
Pejabat Bahagian Hal-Ehwal Pelajar Universiti untuk direkod dan tindakan lanjut. Tanggungjawab
kakitangan penguatkuasaan Peraturan-Peraturan dan Garis Panduan Tatacara Berpakaian dan Penampilan
Pelajar Universiti 2018 ini adalah seperti berikut—

(a) Kakitangan Akademik


Diberi kuasa memberi amaran dan menghalang pelajar yang tidak mematuhi peraturan daripada
memasuki kuliah / makmal dan semasa aktiviti Kulliyyah.

(b) Kakitangan Pentadbiran


Diberi kuasa memberi amaran dan menghalang pelajar yang tidak mematuhi peraturan daripada
memasuki / berurusan atau menggunakan kemudahan-kemudahan Kampus.

(c) Kakitangan Keselamatan


Diberi kuasa menyoal siasat, memberi amaran, menghalang dan mendenda atau mengkompaun di
mana-mana tempat kuatkuasa atau menghalang pelajar yang tidak mematuhi peraturan daripada
memasuki atau meninggalkan Kampus.

(d) Pasukan Penguatkuasa


Diberi kuasa menyoal siasat, memberi amaran, menghalang dan mendenda atau mengkompaun di
mana-mana tempat kuatkuasa atau menghalang pelajar yang tidak mematuhi peraturan daripada
memasuki atau meninggalkan Kampus.

29
7. Kaedah Penguatkuasaan

(a) Bagi kesalahan pertama:


Denda atau kompaun dan rekod kesalahan.

(b) Bagi kesalahan berulang:


Boleh dihadapkan ke Pihak Berkuasa Tatatertib.

(c) Peraturan penguatkuasaan adalah tertakluk kepada Jadual I, Jadual II dan Jadual III.

FASAL III
HUKUMAN

8. Pelanggaran Garis Panduan Tatacara Berpakaian dan Penampilan Pelajar Universiti 2018 ini boleh
disabitkan dengan hukuman berdasarkan Peraturan-Peraturan Tatatertib Pelajar Universiti 2018.

9. Peraturan ini adalah tertakluk kepada pindaan oleh Universiti dari semasa ke semasa.

FASAL IV
LAMPIRAN

Kod etika penampilan pelajar Universiti Islam Antrabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah

1. Garis Panduan Tatacara Berpakaian Pelajar Lelaki (Lampiran “A”)


2. Garis Panduan Tatacara Berpakaian Pelajar Perempuan Islam (Lampiran “B”)
3. Garis Panduan Tatacara Berpakaian Pelajar Perempuan Bukan Islam (Lampiran “C”)
4. Kod etika pakaian mengikut aktiviti/program (Lampiran “D”)

Jadual

1. Kesalahan Dan Denda Am (Jadual I)


2. Kesalahan Dan Denda Di Kolej Kediaman (Jadual II)
3. Kesalahan Dan Denda Berkaitan Etika Berpakaian (Jadual III)

30
LAMPIRAN

LAMPIRAN “A”
GARIS PANDUAN TATACARA BERPAKAIAN DAN PENAMPILAN
PELAJAR LELAKI
(merujuk Peraturan 78 Peraturan-Peraturan Tatatertib Pelajar UniSHAMS 2018 dan
Fasal I Garis Panduan Tatacara Berpakaian dan Penampilan Pelajar UniSHAMS 2018)

ETIKA PENAMPILAN YANG TIDAK


ETIKA PENAMPILAN YANG DIBENARKAN
DIBENARKAN

Pakaian ke Kuliah / Urusan Rasmi / Peperiksaan / Pejabat / Perpustakaan

Pelajar lelaki diwajibkan memakai pakaian yang sesuai Pelajar lelaki tidak dibenarkan:
dan kemas: 1) Memakai baju-T, kain pelekat, seluar pelekat dan
1) Pakaian menutup aurat mengikut syariat Islam dan sebarang pakaian yang kasual dan tidak sopan.
tidak menyerupai perempuan. 2) Seluar jeans, jeans kodroi, jenis kasual dan ketat,
2) Baju kemeja tuck-in, bertali leher atau seluar slack yang menyerupai seluar jeans.
baju kemeja kolar cekak musang. 3) Topi dan seumpamanya.
3) Seluar slack yang longgar. 4) Sebarang penggunaan barangan perhiasan adalah
4) Songkok hitam amat digalakkan. Kopiah putih atau dilarang kecuali yang diharuskan oleh syarak.
hitam dibenarkan mengikut kepada kesesuaian 5) Tidak dibenarkan mempamerkan lukisan tatu di
majlis. anggota badan.
5) Memakai Kad Pelajar berserta lanyard rasmi
Universiti.
6) Pakaian tradisional tertakluk kepada kelulusan
Bahagian Hal-Ehwal Pelajar Universiti.
7) Baju-T Berkolar dibenarkan di Perpustakaan
selepas waktu bekerja.
Pakaian ke Majlis Rasmi Universiti

Pelajar lelaki disarankan berpakaian sopan atau pakaian


Semasa menghadiri majlis rasmi, pelajar lelaki tidak
uniform seperti, baju kebangsaan, baju batik atau baju
dibenarkan memakai pakaian selekeh atau tidak sopan
kemeja lengkap bertali leher bersesuaian dengan majlis
seperti keterangan di atas. Jika pelajar berpakaian
yang dihadiri dan memakai kad pelajar dan lanyard. sedemikian, pelajar dianggap tidak menghormati
majlis dan tidak akan dibenarkan menghadiri majlis
tersebut.
Pakaian Untuk Sukan / Rekreasi / Riadah / Gotong-Royong / Urusan Tidak Rasmi

1) Pelajar lelaki diwajibkan memakai baju-T berkolar, Pelajar lelaki tidak dibenarkan memakai pakaian
seluar sukan, kasut sukan dan lengkap bersarung selekeh atau tidak sopan seperti berseluar pendek tanpa
kaki. “leotard”, berbaju-T tanpa lengan, tidak berkasut
2) Seluar pendek yang dipakai bersama “leotard” sukan dan tidak memakai seluar sukan.
(pakaian atau seluar yang sendat dipakai oleh ahli
sukan) juga dibenarkan.
3) Baju yang dipakai hendaklah bersesuaian dan selesa
untuk aktiviti sukan.

31
Kasut

1) Memakai kasut yang bertutup penuh dan berstoking panjang melepasi buku lali semasa ke kuliah , urusan
rasmi dan majlis rasmi.

2) Pelajar lelaki tidak dibenarkan memakai selipar, kasut sukan semasa menghadiri kuliah, urusan rasmi dan
majlis rasmi.

3) Kasut hendaklah bersesuaian dengan aktiviti yang dijalankan seperti kuliah, makmal, sukan dan sebagainya.

Rambut

1) Gambar di atas adalah potongan rambut yang betul bagi pelajar lelaki. Potongan rambut bagi pelajar
lelaki hendaklah sentiasa pendek, kemas dan rapi dari sudut atas, kiri, kanan dan belakang seperti
gambar di atas.

2) Pelajar lelaki tidak dibenarkan menyimpan rambut panjang sehingga mencecah kolar baju, menutupi
telinga dan mencecah kening serta berekor.

3) Pelajar lelaki juga tidak dibenarkan mewarnakan rambut dan memotong rambut berfesyen yang tidak
sesuai untuk ke Kampus.

32
TATACARA PAKAIAN PELAJAR LELAKI

Pakaian ke Kuliah / Urusan Rasmi / Perpustakaan / Peperiksaan / Urusan Pejabat

Pakaian Urusan Tidak Rasmi / Sukan

33
LAMPIRAN “B”
GARIS PANDUAN TATACARA BERPAKAIAN DAN PENAMPILAN
PELAJAR PEREMPUAN (ISLAM)
(merujuk Peraturan 78 Peraturan-Peraturan Tatatertib Pelajar UniSHAMS 2018 dan
Fasal I Garis Panduan Tatacara Berpakaian dan Penampilan Pelajar UniSHAMS 2018)

ETIKA PENAMPILAN YANG TIDAK


ETIKA PENAMPILAN YANG DIBENARKAN
DIBENARKAN

Pakaian ke Kuliah / Urusan Rasmi / Perpustakaan / Peperiksaan / Pejabat

Pelajar perempuan diwajibkan memakai: Pelajar perempuan dilarang memakai:


1) Pakaian menutup aurat mengikut syariat Islam 1) Seluar kecuali dibenarkan.
iaitu tidak jarang, tidak ketat, tidak nipis, tidak 2) Memakai baju-T berlengan pendek dan singkat.
singkat dan tidak menyerupai lelaki. 3) Pakaian dan fesyen yang menyalahi Syariat Islam.
2) Pakaian seragam yang ditetapkan. 4) Perhiasan berlebih-lebihan (tabarruj). Tabarruj ialah
3) Memakai Kad Pelajar beserta lanyard rasmi semua hiasan yang boleh menimbulkan fitnah seperti:
universiti. celak yang tebal, gincu, maskara, pemerah pipi,
4) Pakaian tradisional tertakluk kepada kelulusan pembayang mata, pewarna kuku kecuali inai, minyak
Bahagian Hal-Ehwal Pelajar Universiti. wangi yang berlebihan, mencacah atau
mempamerkan lukisan seperti tatu, lukisan inai dan
seumpamanya di mana-mana bahagian anggota
badan.

Pakaian ke Majlis Rasmi Universiti

Pelajar perempuan boleh memakai baju kurung atau Larangan pemakaian pelajar perempuan ke majlis rasmi
jubah yang bersesuaian dengan majlis, bertudung adalah seperti larangan pemakaian ke kuliah (sila rujuk).
dan berkasut tutup lengkap berstoking. Kasut
bertumit tidak melebihi 1 inci. Memakai Kad
Pelajar.

Pakaian Untuk Sukan/Rekreasi/Riadah/Gotong-Royong/Urusan Tidak Rasmi

Pelajar perempuan hendaklah memakai baju-T Pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai pakaian
berlengan panjang, labuh baju sehingga paras lutut, yang tidak sesuai dengan aktiviti sukan.
memakai seluar sukan dan kasut sukan lengkap
berstoking.

Tudung Kepala

Tudung labuh melepasi paras dada, dari sudut depan


34
dan belakang, bahagian tepi yang melepasi paras 1) Tudung dari fabrik yang jarang, nipis, ketat
bahu serta kemas atau tudung yang dipakai bersama (menampakkan susuk leher, dada dan sanggul).
pakaian seragam. 2) Dilarang memakai fabrik menutupi sebahagian
muka seperti purdah, burqa’ dan seumpamanya
semasa Kuliah, Majlis Rasmi dan Urusan Rasmi
(Perpustakaan, Peperiksaan dan Pejabat).

Kasut

1) Memakai kasut yang bertutup dan bersarung kaki.


2) Pelajar perempuan juga tidak dibenarkan sama sekali memakai kasut bertumit melebihi 1 inci, selipar atau
sandal yang ringkas tanpa bersarung kaki semasa menghadiri kuliah, urusan rasmi dan majlis rasmi.
3) Kasut hendaklah bersesuaian dengan aktiviti yang dijalankan seperti sukan, makmal, kuliah dan sebagainya.
4) Sarung kaki mestilah panjang dan tidak jarang.

35
TATACARA PAKAIAN PELAJAR PEREMPUAN (ISLAM)

Pakaian ke Kuliah / Urusan Rasmi / Perpustakaan / Peperiksaan / Pejabat

Pakaian Urusan Tidak Rasmi / Sukan

36
LAMPIRAN “C”
GARIS PANDUAN TATACARA BERPAKAIAN DAN PENAMPILAN
PELAJAR PEREMPUAN (BUKAN ISLAM)
(merujuk Peraturan 78 Peraturan-Peraturan Tatatertib Pelajar UniSHAMS 2018 dan
Fasal I Garis Panduan Tatacara Berpakaian dan Penampilan Pelajar UniSHAMS 2018)

ETIKA PENAMPILAN YANG DIBENARKAN ETIKA PEMAKAIAN YANG TIDAK DIBENARKAN

Pakaian :
1) Baju kemeja atau blouse berlengan panjang dan 1) Memakai seluar pendek atau seluar kain
labuh menutupi punggung. pelekat/kain batik.
2) Kain atau skirt labuh paras buku lali. 2) Kemeja atau blouse berlengan pendek ketika
3) Baju t berlengan panjang dan seluar sukan menghadiri kuliah atau majlis rasmi dan baju t
untuk bersukan. lengan pendek ketika bersukan di dalam Kampus.
4) Pakaian seragam yang ditetapkan. 3) Pakaian yang jarang, ketat, nipis, atau yang
5) Memakai Kad Pelajar. menyerupai lelaki.
6) Pakaian tradisional tertakluk kepada kebenaran 4) Berhias (sila rujuk berhias berlebih-lebihan
HEP. dibahagian cara salah pemakaian pelajar perempuan
7) Seluar slack panjang dan longgar Islam).
5) Kain atau skirt di atas dari paras buku lali.

Kepala:
Rambut disikat kemas dan rapi. 1) Rambut dibiar mengerbang dan kusut.
2) Mewarna rambut.

Kasut:
Sila rujuk pemakaian kasut bagi pelajar perempuan. Sila rujuk pemakaian kasut bagi pelajar perempuan.

37
TATACARA PAKAIAN PELAJAR PEREMPUAN (BUKAN ISLAM)

Pakaian ke Kuliah / Urusan Rasmi / Perpustakaan / Peperiksaan / Pejabat

Pakaian Urusan Tidak Rasmi / Sukan

38
LAMPIRAN “D”
KOD ETIKA PAKAIAN MENGIKUT AKTIVITI / PROGRAM
(merujuk Peraturan 78 Peraturan-Peraturan Tatatertib Pelajar UniSHAMS 2018 dan
Fasal I Garis Panduan Tatacara Berpakaian dan Penampilan Pelajar UniSHAMS 2018)

KULIAH / URUSAN KERJA BENGKEL /


SUKAN / REKREASI /
RASMI MAKMAL MAJLIS RASMI MAJLIS TIDAK RASMI
AKTIVITI / RIADAH
(PEPERIKSAAN / AMALI / PRAKTIKAL / UNIVERSITI UNIVERSITI
PROGRAM GOTONG-ROYONG
PEJABAT) PERPUSTAKAAN
Kad Pelajar Kad Pelajar Baju T Kad Pelajar Kad Pelajar
Pelajar Baju Kemeja Baju Kemeja Baju Uniform Baju Kemeja Pakaian yang bersesuaian
Lelaki
Seluar Slack Panjang Baju T Berkolar Baju Sukan / Jersi Baju T Berkolar dengan majlis, menutup aurat
Pakaian Uniform Baju Uniform Topi / Bandana Pakaian Kebangsaan dan sopan.
Kasut Bertutup Penuh Seluar Slack Panjang Seluar Sukan Lounge Suit
& Stoking Kasut Bertutup Penuh & Seluar Uniform Seluar Slack Panjang
Stoking Kasut Sukan atau Kasut Bertutup Penuh
sandal & Stoking

Kad Pelajar Kad Pelajar Baju-T Labuh Kad Pelajar Kad Pelajar
Pelajar Baju Kurung Baju Kemeja Lengan Berlengan Panjang Baju Kurung Pakaian yang bersesuaian
Perempuan
Jubah Panjang Baju Uniform Jubah dengan majlis, menutup aurat
Pakaian Uniform Baju T Berkolar Lengan Baju Sukan/Jersi Labuh Tudung dan sopan.
Berlengan Panjang
Tudung Panjang Kasut atau sandal & Tudung
Kasut Bertutup Penuh Baju Uniform Tudung Stoking
& Stoking Tudung Seluar Sukan
Seluar Slack Panjang Seluar Uniform
Skirt Labuh Kasut Sukan atau
Kasut Bertutup Penuh & sandal & Stoking
Stoking

39
JADUAL

JADUAL I
KESALAHAN DAN DENDA AM
(merujuk Fasal II (7)(c) Garis Panduan Tatatcara Berpakaian dan Penampilan Pelajar Universiti 2018)

BIL KESALAHAN DENDA DIKENAKAN


a) Melakukan apa-apa jenis perbuatan yang boleh a) Denda RM 50.00 dan / atau
mengganggu ketenteraman dan keharmonian kampus. b) Dikeluarkan dari Kolej
1. b) Merosak / menyalahgunakan alat pemadam api/ alat Kediaman sepanjang pengajian
pencegahan kebakaran lain.
a) Meletakkan kenderaan di dalam bangunan atau ditempat
yang tidak dibenarkan atau menghalang tempat lalu lalang.
2.
b) Menggunakan kenderaan dengan tidak mengikuti Denda RM 50.00
peraturan Akta Kenderaan Jalan raya 1987.
Bermain judi/ permainan yang ada unsur pertaruhan. Dirujuk kepada Pihak Berkuasa
3.
Tatatertib
Pelajar tidak menetap menginap tanpa kebenaran (selepas Denda RM 50.00
4.
jam 12.00 malam).
Melakukan amalan pemujaan dan amalan ajaran sesat. Dirujuk kepada Pihak Berkuasa
5.
Tatatertib
Tidak hadir ke perbicaraan tatatertib. Denda RM 50.00 dan dirujuk ke
6.
Pihak Berkuasa Tatatertib
Membuli Dirujuk kepada Pihak Berkuasa
7.
Tatatertib
Memberi maklumat palsu tentang diri sendiri atau gagal Dirujuk kepada Pihak Berkuasa
8. memberi maklumat yang diminta oleh pihak berkuasa Tatatertib
Universiti.
Memiliki atau menerbitkan bahan-bahan bercetak yang Dirujuk kepada Pihak Berkuasa
9. tidak dibenarkan oleh undang-undang atau boleh Tatatertib
menimbulkan permusuhan kaum.
Mencuri atau melakukan peras ugut Dirujuk kepada Pihak Berkuasa
10.
Tatatertib
Bergaduh atau mencederakan orang lain Dirujuk kepada Pihak
11.
Berkuasa Tatatertib
Gagal atau enggan memberi maklumat berkenaan dengan Dirujuk kepada Pihak Berkuasa
12. sesuatu perbuatan jenayah atau terlibat di dalam sebarang Tatatertib
kegiatan jenayah.
Mengendap atau berkelakuan mencurigai di kawasan a) RM 50.00 dan/atau
13. jantina lain. b) Dikeluarkan dari Kolej
Kediaman sepanjang pengajian
Merokok atau/dan menyimpan atau/dan memiliki peralatan RM 50.00
14.
berkaitan rokok di kawasan kampus.
15. Pelajar berkelakuan tidak sopan di Universiti RM 50.00
40
16. Pelajar berpakaian tidak mengikut etika pakaian Universiti RM 50.00
Membonceng atau menumpang apa-apa kenderaan pelajar RM 50.00
17.
berlainan jantina (keadaan yang tidak menepati syarak).
18. Tidak memakai Kad Pelajar Di Kawasan Kampus RM 20.00
Melakukan vandalisme ke atas harta benda Universiti a) DendaRM50.00 dan
19.
b) Ganti rugi
Memindahkan harta benda / perabot dari tempat asal tanpa RM 50.00
20.
kebenaran kakitangan yang diberi kuasa oleh Rektor
Merosakkan / menyalahgunakan alat pemadam api / alat a) Denda RM 50.00 dan
21.
pencegah kebakaran yang lain b) Ganti rugi
22. Menggunakan Kad Pelajar kepunyaan pelajar lain RM 50.00
23. Memiliki Kad Pelajar lebih dari satu RM 50.00
Berpegangan tangan berlainan Jantina RM 50.00
24.
(yang tidak menepati syarak)
Pelajar luar kampus membenarkan pelajar atau orang lain Dihadapkan ke Pihak Berkuasa
25.
berlainan jantina (bukan mahram) ke dalam kediamannya Tatatertib
Berdua-duaan lelaki dan perempuan bukan mahram, Dihadapkan ke Pihak Berkuasa
meraba/bercumbu/bercium, homoseksual/lesbian, Tatatertib
26. bersekedudukan, mengandung luar nikah, gangguan
seksual, persetubuhan haram dan lain-lain perlakuan
sumbang
Tuduhan palsu/ fitnah Dihadapkan ke Pihak Berkuasa
27.
Tatatertib
Menampal poster/ banner/ iklan dan seumpamanya tanpa RM 50.00/ poster
28.
kebenaran Universiti
Tidak mempunyai pelekat kenderaan Universiti RM 20.00
29.

Mengadakan perkumpulan tanpa kebenaran dan RM 50.00


30.
menganggu ketenteraman
31. Minum, memiliki atau menyimpan minuman keras di dalam Dirujuk kepada Pihak Berkuasa
kampus. Tatatertib
Menyalahguna, memiliki atau mengedar dadah Dirujuk kepada Pihak Berkuasa
32.
Tatatertib
Memiliki atau menggunakan bahan-bahan kimia, racun atau Dirujuk kepada Pihak Berkuasa
33.
ubat- ubatan yang membahayakan Tatatertib
Memiliki gambar-gambar lucah, bacaan yang diharamkan Dirujuk kepada Pihak Berkuasa
34.
atau audio visual yang lucah atau diharamkan. Tatatertib
35. Buang sampah merata-rata RM 50.00
Tidak hadir ke kuliah tanpa kebenaran Dirujuk kepada Pihak Berkuasa
36.
Tatatertib
37. Tidak memakai topi keledar RM 50.00

* Nota: Tertakluk kepada sebarang pindaan dan penambahbaikan yang akan dilakukan oleh
pihak Universiti dari semasa ke semasa.
41
JADUAL II
KESALAHAN DAN DENDA DI KOLEJ KEDIAMAN
(merujuk Bahagian III Peraturan-Peraturan Tatatertib Pelajar UniSHAMS 2018 dan
Fasal II (7)(c) Garis Panduan Tatacara Berpakaian dan Penampilan Pelajar UniSHAMS 2018)

BIL KESALAHAN DENDA DIKENAKAN


Penghuni kolej kediaman yang membenarkan jantina lain Dirujuk kepada Pihak berkuasa
1.
memasuki atau berada di biliknya. tatatertib
Seseorang pelajar menghalang/menahan seseorang RM 50.00
2. kakitangan, pekerja atau ejen Universiti daripada
memasuki bilik pelajar kerana menjalankan tugas.
Melawan/ mengingkari arahan pegawai/ kakitangan/ Di keluarkan daripada Kolej
3. sesiapa yang diberikan kuasa oleh pihak berkuasa Kediaman
kediaman.
Membenarkan bukan penghuni asrama menginap di bilik RM 50.00
4.
penghuni.
Berada di luar kolej kediaman melebihi masa yang RM 50.00
dibenarkan tanpa kebenaran
5.
Lelaki : Sebelum 12.00 tengah malam
Perempuan : Sebelum 10.30 malam
6. Merosakkan harta benda kolej kediaman. Denda RM 50.00 dan gantirugi kos
Menukar tempat (katil/ bilik/ rumah) yang telah a) RM 50.00
7.
ditetapkan tanpa kebenaran. b)Berpindah semula ke tempat asal
Berada di kediaman ketika kuliah sedang berjalan tanpa RM 50.00
8.
izin pihak berkuasa kediaman/dekan Kulliyyah.
Lewat mendaftar keluar Kolej Kediaman setelah RM 10.00/hari
9.
dikeluarkan memo
a) Menyewakan bilik kepada orang lain RM 50.00
10. b) Pelajar yang menyewa bilik daripada penghuni
berdaftar.
Mengosong atau berpindah dari tempat tinggal yang RM 50.00
11. ditetapkan oleh universiti tanpa kebenaran daripada
Universiti.
Tidak mengambil semula barang-barang di bilik atau stor Barang dilupuskan tanpa notis.
12.
selepas tamat tempoh yang diberikan.
13. Memindahkan peralatan asrama tanpa kebenaran RM 50.00
14. Tidak mendaftarkan alatan elektrik yang dibenarkan Denda RM 10.00/ alat
15. Menggunakan alatan elektrik yang tidak dibenarkan Alat dirampas & Denda RM 50.00
Memelihara binatang di dalam kawasan kolej kediaman. a) RM 50.00 dan / atau
16. b) Dikeluarkan dari kolej sepanjang
pengajian (pihak berkuasa tatatertib)
Tidak memadamkan lampu/kipas angin/suis alatan RM 50.00
17.
elektrik semasa meninggalkan bilik.
18. Tidak menggunakan kain cadar/sarung bantal pada setiap RM 20.00
42
masa atau menggunakan kain cadar/sarung bantal yang
kotor.
Mengadakan apa-apa aktiviti di Kolej Kediaman tanpa RM 50.00
19.
kebenaran.
Membiarkan kasut-kasut/selipar bersepah diluar pintu / Dirampas kasut/selipar
20.
dalam rumah.
21. Tidak menghadiri aktiviti kolej yang diwajibkan. RM 50.00
22. Hilang kunci bilik RM 10.00
Tidak memulangkan kunci selepas proses penyerahan RM 30.00 atau
23. kunci. RM1.00/ hari atau mana-mana yang
lebih tinggi
Tidak mencuci bilik air / sinki / tandas sehingga RM 20.00/
24.
meninggalkan kesan kotor / lumut Bilik/ rumah
25. Pendawaian haram RM50.00
a) Memasak di dalam bilik a) RM 50.00; dan
b) Penggunaan nyalaan api (naked flame) di dalam b) Peralatan dirampas
bangunan
26.
c) Membuat ujian dengan menggunakan bahan kimia
mudah terbakar di dalam bilik
Memiliki kunci pendua atau memiliki kunci penghuni RM 50.00
27.
lain tanpa sebab yang munasabah
Tidak mengemas bilik atau tidak mencuci bilik atau tidak RM 50.00
28.
membuang sampah dari dalam bilik
29. Menyidai pakaian di tempat yang tidak dibenarkan RM 50.00
Memiliki atau bermain mercun/bunga api. Rampas & Denda
30.
RM50.00
31. Penyiaran haram (cetak/elektronik) RM50.00
32. Memiliki peralatan membahayakan/ senjata RM50.00
33. Tinggal di asrama tanpa mendaftar RM50.00
Dilarang memiliki dan menyimpan peralatan muzik yang RM50.00
shubhah seperti bertali, bertiup dan sebagainya. Contoh
34.
alat muzik yang dilarang adalah seperti Gitar, Biola,
Seruling, Terompet, Piano dan lain-lain.
a) Memainkan alat muzik atau membuat bising selepas RM50.00
jam 11.00 malam hingga jam 6.00 pagi dan menggangu
35. ketemteraman jiran.
b) Mengadakan aktiviti sosial di blok tanpa kebenaran
pihak kolej kediaman.

* Nota: Tertakluk kepada sebarang pindaan dan penambahbaikan yang akan dilakukan oleh
pihak Universiti dari semasa ke semasa.

43
JADUAL III
KESALAHAN DAN DENDA BERKAITAN ETIKA BERPAKAIAN
(merujuk Peraturan 78 Peraturan-Peraturan Tatatertib Pelajar UniSHAMS 2018, Fasal II (7)(c) dan
Fasal III Garis Panduan Tatatcara Berpakaian dan Penampilan Pelajar UniSHAMS 2018)

BIL KESALAHAN DENDA DIKENAKAN


Rambut Denda RM 50.00
 Mewarnakan rambut dengan pewarna selain warna
hitam;
 Rambut panjang melebihi kolar baju bagi pelajar
1.
lelaki;
 Rambut yang dibiarkan panjang tidak kemas
mengerbang dan kusut bagi pelajar perempuan;
 Fesyen rambut yang keterlaluan
Misai dan janggut Denda RM 50.00
2.  Misai dan janggut yang dibiarkan panjang atau
tidak kemas.
Kad pelajar Denda RM 20.00
3.  Tidak memakai kad pelajar bersama lanyard
Universiti.
Kasut dan stoking a) Denda RM 50.00; dan
 Tidak memakai kasut bertutup penuh dan stoking b) Tidak dibenarkan menghadiri
4.
panjang sewaktu menghadiri kuliah dan majlis kuliah atau majlis rasmi
rasmi.
Tudung Denda RM 50.00
 Pemakaian tudung dengan fesyen keterlaluan
 Tudung dari fabrik yang jarang, nipis dan ketat
sehingga menampakkan susuk leher, dada dan
5.
sanggul.
 Tudung singkat.
 Memakai purdah, burqah dan seumpamanya tanpa
kebenaran.
Pemakaian make-up tebal Denda RM 50.00
 Memakai makeup tebal seperti gincu, celak yang
6. tebal, maskara, pemerah pipi, pembayang mata,
minyak wangi secara berlebihan
 Perhiasan secara berlebihan (tabarruj)
Pemakaian perhiasan yang keterlaluan Denda RM 50.00
 Pemakaian alat perhiasan yang keterlaluan seperti
7.
subang, gelang, perhiasan rambut yang bergaya
dan berwarna- warni.

* Nota: Tertakluk kepada sebarang pindaan dan penambahbaikan yang akan dilakukan oleh
pihak Universiti dari semasa ke semasa.
44

You might also like