You are on page 1of 7

Pengenalan

Ramai graduan yang bercita-cita menjawat jawatan dalam kerajaan.


Namun ramai juga yang kecewa kerana hingga kini tiada sebarang
panggilan untuk ke temuduga. Ada juga yang telah diterima ke
peperiksaan atau temuduga tetapi masih tidak berjaya walaupun
telah berkali-kali hadir.

Ini berita baik! Masih ada jalan lain untuk anda yang ingin memohon
kerja dengan kerajaan iaitu melalui badan berkanun, agensi-agensi
kerajaan. Ini peluang terbaik untuk anda terus berusaha mencuba.

Perbezaan badan berkanun, badan bukan berkanun dan


perbadanan awam negeri

• Badan Berkanun
Badan-badan berkanun merupakan agensi-agensi kerajaan yang
ditubuhkan oleh kerajaan mengikut akta-akta tertentu seperti Akta
Parlimen atau Enakmen Negeri bagi tujuan melaksanakan tugas-
tugas khusus sejajar dengan objektif dan matlamat negara.

• Badan Bukan Berkanun


Badan-badan bukan berkanun adalah badan-badan yang
ditubuhkan di bawah Akta Syarikat. Badan-badan bukan berkanun
mempunyai kebebasan yang lebih luas sebab badan ini tidak
tertakluk kepada langkah-langkah pengawalan kerajaan seperti
yang dikenakan ke atas badan-badan berkanun. Tambahan lagi
badan-badan bukan berkanun bebas mengadakan skim
perjawatan masing-masing. Walau bagaimanapun, suatu aktiviti
perbadanan hendaklah selaras dengan peruntukan undang-
undang atau akta-akta penubuhannya.

• Perbadanan Awam Negeri


Perbadanan Awam Negeri Kerajaan-kerajaan negeri mempunyai
perbadanan-perbadanan awam yang merangkumi badan-badan
berkanun dan badan tidak berkanun yang merupakan syarikat
kepunyaan kerajaan negeri. Perhubungan badan-badan ini
dengan kerajaan negeri dan agensi-agensi utama negeri adalah
lebih kurang sama dengan perhubungan di antara perbadanan-
perbadanan awam persekutuan dengan kerajaan persekutuan
dan agensi-agensi pusat. Perbadanan-perbadanan awam yang
lain yang terdapat di peringkat negeri merupakan cawangan-
cawangan perbadanan awam persekutuan. Sama seperti
cawangan jabatan persekutuan, perbadanan ini
bertanggungjawab kepada kerajaan persekutuan tetapi tertakluk
kepada usaha penyelarasan pentadbiran negeri.

• Suruhanjaya Negeri
Sama seperti kerajaan persekutuan, kerajaan negeri juga boleh
menubuhkan suruhanjaya-suruhanjaya yang berbentuk tetap atau
khas. Pelantikan ahli-ahli suruhanjaya dilakukan oleh Raja atau
Yang Di-Pertua Negeri atas nasihat Menteri Besar atau Ketua
Menteri. Semua negeri kecuali Negeri Sembilan, Perlis, Melaka dan
Pulau Pinang mempunyai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri
yang bertanggungjawab tentang pelantikan jawatan-jawatan
dalam Perkhidmatan Awam Negeri. Bagi negeri-negeri yang tidak
mempunyai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, pelantikan ke
jawatan-jawatan negeri dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan
Awam Persekutuan.

• Perkhidmatan Awam Negeri


Setiap negeri mempunyai perkhidmatan awamnya sendiri. Bagi
negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu, perkhidmatan
awam negeri meliputi semua jawatan. Bagi negeri-negeri selainnya,
jawatan-jawatan tadbir diisi oleh Pegawai Tadbir dan Diplomatik
(PTD) atau Perkhidmatan Tadbir Am (PTA). Pegawai-pegawai ini
dipinjamkan oleh kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri.

• Makna Agensi Atau Agensi Awam


Agensi atau agensi awam bermaksud kementerian (Persekutuan
dan Negeri), jabatan (Persekutuan dan Negeri), Pihak Berkuasa
Berkanun (Persekutuan dan Negeri) dan Pihak Berkuasa Tempatan,
sama ada keseluruhan organisasi agensi berkenaan ataupun
sebahagian daripadanya.
Action Plan – 7 Langkah Strategik

Berikut adalah cadangan untuk anda lakukan persediaan dengan


lebih rapi. Setiap matlamat perlukan perancangan yang strategik
supaya setiap tindakan anda lebih tersusun dan mengena target
anda.

STEP 1: Cari Peluang Kerja Kosong

• Daripada direktori yang ada bersama anda, explore laman web


dan cari ruangan/iklan kerja kosong.
o Alternatif 1: Hubungi menggunakan nombor telefon yang
tertera
o Alternatif 2: Terjah mengikut alamat pejabat untuk
bertanya tawaran kerja

# Nota: Nombor telefon dan alamat ada dalam direktori yang


diberikan

STEP 2: Siapkan Resume yang spesifik untuk jawatan yang anda pohon

Sediakan resume anda mengikut butiran berikut :

• Matlamat kerjaya yang spesifik


• Kekuatan anda untuk jawatan itu
• Apa sumbangan yang anda boleh berikan jika dilantik
o Ia lebih menjurus kepada anda melihat sesuatu yang
boleh diperbaiki mengikut jawatan yang anda ingin
mohon, seolah-olah anda sebagai konsultan yang
menasihatkan kepada badan-badan berkanun atau
agensi-agensi ini.
o Contoh : Anda memohon jawatan pereka design. Anda
lihat kepada website mereka atau design-design yang
ada dan anda hasilkan design cadangan untuk
kegunaan agensi tersebut. Ini meningkatkan nilai diri anda
dan buatkan diri anda dianggap penting oleh mereka.
STEP 3: Hantar resume. Jangan cuma ‘DROP’ resume dikaunter

• Hantar resume anda terus ke bahagian HR atau kepada


pegawai yang tepat.
• Ambil nombor telefon pegawai tersebut
• Dapatkan maklumat bila ianya akan diproses

STEP 4: Buat follow-up secara berkala

Step ini penting untuk anda lakukan. Follow-up merupakan satu cara
anda mengingatkan pihak yang telah anda hantarkan resume anda.
Berbaik-baik juga dengan pembantu mereka atau kerani di tempat
kerja supaya mudah untuk anda mendapatkan maklumat tentang
sebarang update.

• Follow up juga penting untuk tonjolkan minat anda


• Ia menggambarkan anda 'desperate' dan SERIUS.
• Memberikan persepsi anda bukan sekadar 'menjala' jawatan
tetapi amat mahukan jawatan. Berapa ramai yang hanya 'drop'
resume kemudian tunggu. Anda sedikit sebanyak dah tonjolkan
anda dalam persaingan.

STEP 5: Buat persediaan temuduga

• Luangkan masa mencari maklumat berkaitan agensi tersebut


• Luangkan masa untuk anda faham dan tahu inisiatif yang
dilakukan oleh agensi tersebut
• Cari di mana kelemahan kempen agensi tersebut dan
cadangan penambahbaikan
• Persediaan temuduga yang lazim (dicadangkan rujukan
bijaktemuduga.com)
STEP 6: Hadir temuduga berstrategi

Hadir temuduga juga memerlukan strategi.

• Siap sediakan resume dan kertas cadangan anda kepada


mereka.
• Jika memerlukan anda menunjukkan portfolio atau hasil kerja
anda secara online, bawa i-pad atau tablet anda bersama
untuk tunjukkan hasil pengubahsuaian anda.
• Anda dipanggil temuduga, sudah pastinya resume anda
berjaya menambat perhatian mereka atau cadangan yang
anda lakukan pada resume membuka mata mereka.
• Oleh itu, temuduga ini lebih kepada berkenalan dengan anda
dan mereka ingin mengetahui lebih lanjut perancangan anda
menambahbaik apa yang anda boleh lakukan.
• Anda boleh rujuk www.bijaktemuduga.com

STEP 7: Follow-up selepas temuduga

• PENTING untuk menunjukkan anda serius


• Jangan follow-up kerani agensi, tetapi pegawai HR yang anda
dapatkan maklumat di STEP 3
• Doa, tawakal, minta restu ibu ayah
Penutup

Risalah ini adalah ringkas tetapi data yang anda baca ini adalah
‘ninja’ yang bakal menjadikan anda terkehadapan berbanding calon
yang lain

Orang lain menghantar resume yang biasa, tetapi anda menghantar


resume yang luar biasa. Pada penilaian biasa dan luar biasa, anda
pilih yang mana?

Strategi yang kami kongsikan ini bakal menjadikan anda dilihat


sebagai seorang yang;

v Serius
v Profesional
v Proaktif
v Produktif
v Kritis
v Kreatif
v Inovatif

Sebelum memulakan tugas lagi, anda sudah memberikan ‘sesuatu’


kepada agensi yang anda pilih. Berikan nilai tambah untuk mereka.
STEP 2 adalah kunci rahsia kejayaan anda

Bacaan tambahan untuk anda. Lihat ciri-ciri graduan yang


dikehendaki dalam perkhidmatan awam seperti yang dikongsikan
oleh Pengerusi SPA;

[+]http://rujukankerjaya.com/2014/100000-jawatan-kosong-spa-tahun-2014

Luangkan sedikit masa, optimasikan resume anda. Salam sukses untuk


anda daripada kami di Tim Infokerjaya

You might also like