You are on page 1of 3

AGENDA PENERANGAN CATATAN

LAGU Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Bangsa Johor dan lagu Negaraku.
Hadirin diminta berdiri dan bersedia.

***lagu***

Hadirin dipersilakan duduk

UCAPAN Bismillahirrahmanirrahim...
ALUAN Assalamualaikum W.B.T dan selamat sejahtera.
PENGERUSI
Yang dihormati, ________________________________________________

Yang berusaha, Tn Hj Razali Bin Sudin, Pengetua SMK Tun Perak.

Yang dihormati En. Rafizan bin __________________ Pegawai Teknik


Skuash Daerah Muar

Yang dihormati, En Azmi Bin Diron, GPK Kokurikulum SMK Tun Perak

Barisan Guru pengurus pasukan, jurulatih-jurulatih, guru-guru pengiring,


guru-guru, dan atlet skuash sekalian.

UCAPAN
SELAMAT Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Yang Maha Pencipta, kerana
DATANG dengan ehsanNya jua, kita dapat berkumpul di Gelanggang Skuash Kolej
Matrikulasi, Ledang ini, bagi menjayakan Kejohanan Skuash Majlis Sukan
Sekolah Daerah Muar bagi tahun 2020.

Bersyukur juga kehadrat Ilahi kerana dengan izinNya juga, kita dapat
mengharungi dua hari kejohanan dengan lancar dan berjaya tanpa ada
sebarang masalah dan isu besar.

Suka, duka, menang kalah. Itulah resam pertandingan. Yang penting,


janganlah kita terpesong daripada objektif penganjurannya sendiri iaitu
untuk mengeratkan silaturahim di samping memupuk semangat kesukanan
dalam kalangan pelajar selain untuk mencari bakat yang boleh
diketengahkan diperingkat yang lebih tinggi.

BACAAN Hadirin yang dihormati,


DOA

Bagi memberkati majlis kita pada petang ini, dijemput saudara


________________________________________________________untuk
memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

*** bacaan doa***

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Saudara ____________


atas bacaan doa itu tadi.
UCAPAN Hadirin yang dikasihi,

Kita berikan ruang dalam majlis ini untuk sesi ucapan. Untuk itu, majlis
menjemput dan mempersilakan _____________________
_______________________untuk menyampaikan sepatah dua kata dan
seterusnya merasmikan majlis penutupan kejohanan Skuash MSSD Muar
bagi tahun 2020. Majlis mempersilakan.

***Ucapan dan perasmian***

Majlis merakam ribuan terima kasih kepada ______________________,


atas ucapan dan perasmian sebentar tadi.

Hadiah dan
cenderamata Hadirin yang dihormati,

Kini tibalah masa yang dinanti, iaitu penyampaian hadiah kepada para
pemenang. Bagi menyempurnakan majlis, dijemput dan dipersilakan
_______________________________________________________ untuk
menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Dipesilakan.

***baca senarai pemenang individu***

Majlis merakam jutaan terima kasih kepada ________________________


__________________________ atas kesudian menyampaikan hadiah
sebentar tadi.

Untuk meneruskan menyampaian hadiah, majlis seterusnya menjemput


dan mempersilakan ___________________________________________
Untuk menyampaikan hadiah. Dipersilakan.

***baca senarai pemenang kumpulan dan keseluruhan***

Sebagai tanda penghargaan, pihak majlis berbesar hati menjemput dan


mempersilakan ________________________________________ untuk
menerima cenderamata kenang-kenangan. Dipersilakan

***pemberian cenderamata***

Majlis merakam jutaan terima kasih kepada ________________________


__________________________ atas kesudian menyampaikan
cenderamata itu tadi.
Penutup Hadirin yang dikasihi,

Sebelum melabuhkan tirai, kami sebagai pihak penganjur ingin memohon


kemafaan kepada setiap pasukan andai ada terguris rasa dan kekurangan
sepanjang menganjurkan kejohanan ini. Sesungguhnya segala yang baik
datang dari Sang Pencipta dan segala yang kurang adalah kelemahan kami.
Saya tutup majlis pada hari ini dengan lafaz suci Wabillahitaufiq wal
hidayah. Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera.

You might also like