You are on page 1of 5

KERTAS KERJA

SAMBUTAN HARI JADI


PRASEKOLAH SK PERPADUAN
FASA 2, 2020

27 NOVEMBER 2020( JUMAAT)

ANJURAN:
Prasekolah SK Perpaduan

Disediakan Oleh:

Encik Muhammad Khusairi Bin Mohd Yusof


1.0 PENGENALAN

Sambutan hari lahir merupakan satu aktiviti yang amat disukai oleh kanak-kanak.
Kanak-kanak dapat mengingati tarikh penting dalam hidup mereka iaitu tarikh lahir
mereka. Sambutan yang dijalankan dapat menarik minat murid untuk datang ke
sekolah. Selain itu, murid dapat merasakan bahawa mereka dihargai oleh guru dan
rakan-rakan apabila dapat menyambut hari lahir mereka bersama-sama. Sambutan
ini juga merupakan salah satu program yang terkandung dalam amalan guru
penyayang. Program ini diadakan dua kali setahun semasa waktu persekolahan.
Sambutan hari lahir ini melibatkan semua murid prasekolah.
2.0 Tajuk
Sambutan hari lahir prasekolah fasa 2

3.0 Matlamat

Sambutan hari lahir bermatlamat memupuk hubungan yang erat di antara murid dan
guru serta ppm prasekolah.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Murid berasa seronok datang ke sekolah.


4.2 Murid yang menyambut hari lahir akan berasa dihargai oleh guru, warga sekolah
dan rakan-rakan.
4.3 Memenuhi agenda Program Guru Penyayang.
4.4 Supaya Murid merasakan diri lebih dihargai.
4.5 Agar murid merasakan mereka sebahagian dariapda aset sekolah sekali gus
mereka lebih menyanyangi sekolah.

5.0 RASIONAL

Perasaan disayangi dan dihargai akan membina satu situasi yang kondusif bagi
kanak-kanak membesar. Kestabilan emosi akan membolehkan kanak-kanak
membesar dengan ceria dan menjadi individu yang bersyukur dan hidup berkasih
sayang.
6.0 SASARAN

Aktiviti yang dirancang ini adalah melibatkan 50 orang murid Prasekolah SK


Perpaduan

7.0 TARIKH
Program Sambutan Hari Lahir Perdana ini diadakan pada hari Jumaat ,
27 November 2020 pada pukul 10.00 pagi hingga 12.00 Tengah hari.

8.0 Sumber Kewangan.


- Peruntukan makanan prasekolah.
- Sumbangan Cikgu Muhammad Khusairi dan Cikgu Maryati
- Sumbangan PPM Prasekolah Puan Junaidah dan Puan Norsahidayani
- Peruntukan Kokurikulum Prasekolah

9.0 Anggaran perbelanjaan

9.1 Anggaran Perbelanjaan penyediaan makanan ( peruntukan makanan


RM100.00

9.2 Anggaran lain-lain perbelanjaan

Bil Makanan / Barang Sumber / Jumlah


1. Makanan dan minuman di sediakan oleh oleh ibu bapa - Ibu bapa
murid prasekolah
2. Kek Hari Jadi Murid Prasekolah - Kek Hari Jadi – 2 biji
kek
- Sumbangan Cikgu
Maryati – RM30.00
- Sumbangan Cikgu
Muhammad Khusairi–
RM30.00
- Sumbangan PPM
Pn.Junaidah dan
Pn.Siti Munirah- RM
60.00
- Jumlah Keseluruhan
untuk pembelian Kek
ialah RM120.00
3. Belon, Tisu, Pinggan Polistrin, cawan Polistrin, sudu - Peruntukkan
plastik, Kokurikulum
Prasekolah

10.0 HARAPAN DAN PENUTUP

Melalui aktiviti yang dijalankan, pihak sekolah khususnya Prasekolah SK Perpaduan,


berharap murid-murid akan berasa gembira dan bersyukur dengan penghargaan
yang diberikan kepada mereka. Semoga suatu hari nanti, mereka akan menjadi
insan yang tahu menghargai dan mensyukuri nikmat yang diberikan kepada mereka
serta tahu berterima kasih kepada orang lain.

Disediakan oleh :

( MUHAMMAD KHUSAIRI BIN MOHD YUSOF)


Guru Prasekolah.
SK Perpaduan

Disokong oleh :

(PN.HJH.ROGAYAH BT PILUS)
Guru Besar
SK Perpaduan

You might also like