You are on page 1of 5

APA ITU UKKM?

Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) bagi kemasukan MRSM Tingkatan 1


dan Tingkatan 4. Untuk pengambilan pelajar MRSM tahun 2022, pelajar Tahun Enam
dan pelajar Tingkatan 3 yang berminat untuk memohon kemasukan ke Maktab
Rendah Sains MARA (MRSM) diwajibkan menduduki ujian ini.
 
KTITERIA KEMASUKAN PELAJAR MRSM
Kriteria utama bagi penilaian dan pemilihan pelajar MRSM bagi sesi 2021 adalah
wajib lulus Ujian dan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah berdasarkan
Sistem Pengiraan Status Sosio Ekonomi (SES).
MARA masih mengekalkan dasar sedia ada iaitu sekurang-kurangnya 60 peratus
daripada jumlah pengambilan dalam kalangan golongan B40.
 
SEMAKAN PELAJAR UNTUK MENDUDUKI UKKM
Berikut adalah merupakan pautan bagi semakan status tawaran menduduki ujian
UKKM:

 Tingkatan 1 : https://mrsm.mara.gov.my/semakanukkmf1
 Tingkatan 4 : https://mrsm.mara.gov.my/semakanukkmf4

 
SENARAI UJIAN UKKM
Terdapat empat subjek atau ujian yang perlu diambil oleh pemohon serta mendapat
keputusan sekurang-kurangnya lulus setiap satu ujian yang diduduki iaitu:

1. Ujian Ukkm Ulul Albab


 Bagi pemohon yang memohon Ulul Albab, anda dikehendaki
menduduki ujian hafazan sebagai syarat tambahan.Untuk makluman
keutamaan akan diberi kepada pelajar yang berasal daripada keluarga
yang berpendapatan rendah.
2. Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM(UKKM)
 Kepada pelajar yang layak menduduki ujian UKKM,berikut adalah
maklumat yang berkaitan dengan ujian UKKM:
3. Ujian Kecenderungan KEMASUKAN MRSM(UKKM) Tingkatan 1
 Bagi calon Tingkatan 1, Soalan merangkumi subjek Matematik, Sains
dan Bahasa Inggeris Tahap II sekolah rendah.
4. Ujian Kecenderungan KEMASUKAN MRSM(UKKM) Tingkatan 4
 Bagi calon Tingkatan 4, Soalan merangkumi subjek Matematik, Sains
dan Bahasa Inggeris peringkat menengah rendah.

 
FORMAT SOALAN UKKM MRSM
Berikut merupakan perincian format mengikut subjek yang dikongsikan oleh MARA
bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4:

1. Soalan UKKM Matematik


 Masa diperuntukan adalah 30 minit
 Jumlah soalan Matematik adalah 20 soalan yang berbentuk objektif
2. Soalan UKKM Bahasa Inggeris
 Masa yang disediakan adalah selama 30 minit
 15 soalan objektif
3. Soalan UKKM Sains
 30 minit diperuntukkan untuk menjawab
 30 soalan berbentuk objektif
4. Soalan UKKM Ujian Keperibadian
 100 soalan objektif yang perlu dijawab
 Masa 30 minit
5. Ujian UKKM Khas Ulul Albab Tingkatan 1
 35 minit
 Khusus untuk calon yang memohon program Ulul Albab, anda
diwajibkan untuk menduduki ujian hafazan dan tulisan jawi.
 Berikut adalah contoh ujian hafazan :
 Menghafaz ayat-ayat hafazan dalam masa 25 minit
 Kelancaran, tajwid dan hafazan.
 Contoh Hafazan wajib pada tahun sebelum ini adalah Ayat 1 hingga 12
Surah Al Mulk.

 
CONTOH SOALAN UKKM MRSM
Berdasarkan carian kami, sukar untuk mendapatkan contoh soalan UKKM MRSM
disebabkan soalan adalah sulit dan tidak didedahkan kepada umum. Tetapi berikut
adalah merupakan contoh soalan :

1. Contoh Soalan Matematik UKKM


 Seorang petani mempunyai 100 ekor lembu dan ayam. Jumlah
kesemua kaki binatang ialah 250. Berapa ekor ayam yang ada?
2. Contoh Soalan Sains UKKM
 Ia lebih kepada Pengetahuan Am. Sekiranya pelajar memang suka
membaca dan menonton dokumentari, memang mudah untuk
menjawab soalan ini.
 Soalan Sains tidaklah melibatkan fakta atau terlalu direct. Ia lebih
bertanya ke arah:
 Apa yang akan terjadi?
 Apa yang kita perlu buat?
3.  Contoh Soalan Ujian Keperibadian UKKM
 Ujian Keperibadian adalah lebih kepada personaliti diri.
 Pelajar perlu menjawab soalan yang lebih terarah kepada ciri-ciri
pelajar yang memang MRSM mahukan.
 Contohnya pelajar yang ke arah sains, teknologi dan mempunyai sifat
kepimpinan.
4. Contoh Soalan Ulul Albab UKKM
 Pelajar akan diberikan ayat-ayat untuk dihafal
 Masa yang diberikan adalah 25 minit sahaja
 Contoh ayat hafazan yang diberikan pada tahun-tahun sebelum ini
ialah Surah Al-Mulk ayat 1 hingga 12
 Penilaian akan dibuat berdasarkan kelancaran membaca Al-Quran,
tajwid dan juga hafazan itu sendiri
 Ujian Khas Ulul Alab untuk setiap pelajar ialah selama 35 minit sahaja
dan perlu mengikut giliran

 
TARIKH PELAKSANAAN UKKM
Ujian ini akan dilaksanakan secara berperingkat bermula pada September 2022
sehingga Disember 2022 bagi Tingkatan 1 dan 4 di pusat-pusat ujian terpilih.
Jemputan untuk menduduki Ujian ini dilaksanakan secara berperingkat dan calon
akan dimaklumkan melalui SMS dan emel
 
PERINGATAN KEPADA CALON UKKM
 Tempoh ujian adalah selama 2 jam merangkumi 4 subjek
 Ujian akan dijalankan pada hujung minggu di pusat ujian yang dinyatakan
dalam sistem permohonan
 Ujian akan diadakan di antara bulan September hingga Disember 2022
 Pilihan tempat melalui sistem permohonan MyMRSM
 Sila bawa bersama salinan kad pengenalan dan salinan sijil kelahiran
pemohon, borang pengesahan pendapatan (jika perlu), borang pengesahan
FELDA (jika perlu) dan slip menduduki ujian
 Pemohon akan dimaklumkan berkaitan Ujian melalui SMS/ e-mel dan
pemohon diminta untuk menyemak maklumat tersebut melalui sistem
semakan.

 
SEMAKAN TARIKH, MASA & TEMPAT UJIAN UKKM MRSM 2022

 Semakan tarikh, masa dan tempat ujian boleh disemak secara dalam talian
bermula jam 10.00 pagi, 29 November 2021.
 Semakan bolej dibuat melalui Portal Rasmi Mara serta akan menerima
notifikasi menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) atau emel yang didaftarkan
semasa permohonan.

 
CARA SEMAKAN UKKM MRSM 2022
Berikut adalah merupakan cara untuk membuat semakan
Cara Buat Semakan UKKM Bagi Tingkatan 1

 Layari laman web rasmi UKKM MRSM


di http://mrsm.mara.gov.my/SemakanUKKMF1/ (laman web akan dibuka
pada tarikh yang ditetapkan)
 Isikan nombor kad pengenalan dan log masuk
 Status pendaftaran, butiran mengenai ujian dan permohonan akan dipaparkan

Cara Buat Semakan UKKM Bagi Tingkatan 4

 Layari laman web rasmi MRSM di


sini: https://mrsm.mara.gov.my/SemakanUKKMF4/ (laman web akan dibuka
pada tarikh yang ditetapkan)
 Isikan nombor kad pengenalan dan log masuk
 Status pendaftaran, butiran mengenai ujian dan permohonan akan dipaparkan

 
PERTUKARAN TARIKH, MASA & TEMPAT UJIAN UKKM MRSM
Kepada calon adalah tidak dibenarkan untuk membuat sebarang pertukaran tarikh,
masa dan tempat ujian yang telah ditetapkan itu nanti.
 
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Sebarang pertanyaan atau maklumbalas boleh emel
kepada pengambilanmrsm@mara.gov.my. Jika anda menghadapi sebarang masalah
atau pertanyaan lanjut, sila rujuk

 Layari Portal Rasmi MARA


 Hubungi :03-2613 2000
 Emel:informasi@mara.gov.my

You might also like