You are on page 1of 10

Soalan Lazim

PENATARAN FORMAT
BAHARU SPM KSSM

MULAI 2021
SOALAN LAZIM K1

Adakah format baru kertas 1 menyebabkan peluang murid lulus lebih tinggi?
Ya.

Hal ini kerana nisbah kesukaran soalan masih dikekalkan.


Masa menjawab soalan masih sama, maka calon mempunyai masa yang lebih lama
1. untuk menjawab soalan.

Format baru SPM: 1 soalan = 1.875 minit.


Format lama SPM: 1 soalan = 1.5 minit
SOALAN LAZIM K2
Adakah masa untuk menjawab kertas 2 mencukupi? Ini disebabkan soalan struktur bahagian A
ditambah daripada 6 kepada 8 untuk mp kimia, 5 kepada 8 untuk mp biologi manakala tiada
perubahan pada mp fizik.
1.
Ya. Masa mencukupi.
Dapatan ujian rintis menunjukkan tempoh masa menjawab kertas 2 mencukupi.

Adakah soalan wajib Kertas 2 bahagian C akan menyebabkan calon kehilangan markah yang
banyak jika soalan tersebut tidak dapat dijawab dengan baik?
2. Tidak.
Pecahan soalan adalah mengikut aras kesukaran iaitu dari rendah ke tinggi berserta stimulus
yang dapat membantu calon.

Mengapakan soalan bahagian C diwajibkan?


3. Untuk membezakan calon cemerlang dengan calon-calon lain.
SOALAN LAZIM K3
Bilakah tarikh peperiksaan ujian amali sains akan dijalankan untuk SPM?
1. Tarikh peperiksaan amali adalah tertakluk kepada Jadual Peperiksaan yang dikeluarkan
oleh Lembaga Peperiksaan
Bagaimanakah ujian amali akan dilaksanakan jika prasarana untuk ujian amali tidak
mencukupi atau mempunyai masalah di makmal?
2. i- Sekolah perlu mengusahakan dan menyediakan kemudahan asas.
ii- Bagi kemudahan yang sukar dibaiki atau disediakan, sekolah perlu merujuk JPN

Bagaimanakah ujian amali akan dilaksanakan bagi sekolah swasta yang tiada kemudahan
makmal?
i- Boleh menggunakan bilik-bilik khas yang ditukar kepada makmal sementara untuk tahun
3. pertama sahaja. (Perlu mendapat kebenaran daripada pengarah LP)
ii- Boleh memohon untuk menumpang di sekolah lain.
iii- Sekolah perlu mengusahakan kemudahan makmal untuk menawarkan sains tulen pada
tahun berikutnya.

Bagaimanakah ujian amali akan dilaksanakan bagi calon mengulang?


4. Rujuk Lembaga Peperiksaan Malaysia
SOALAN LAZIM K3
Bagaimanakah ujian amali akan dilaksanakan bagi calon menumpang dan calon
persendirian?
5. Mereka perlu merujuk kepada SPP JPN tempat mendaftar dan kebenaran menjalankan
amali tertakluk kepada adanya bekalan kertas peperiksaan, radas dan bahan di pusat
peperiksaan tersebut.

Adakah peruntukan Bantuan Geran Perkapita (PCG) seorang murid akan dinaikkan jika
ujian amali dilaksanakan?
6.
Permohonan telah dibuat oleh KPM.
Adakah bahan untuk ujian amali akan dibekalkan oleh LP?
7. Tidak.
Berapakah jumlah calon bagi setiap sidang untuk ujian amali?
8. Bergantung kepada saiz dan bilangan makmal peperiksaan serta kesediaan radas.

Adakah tempoh masa menjawab ujian amali mencukupi?


9. Dapatan ujian rintis yang telah dilaksanakan menunjukkan tempoh ujian amali mencukupi
SOALAN LAZIM K3
Bolehkah calon tidak menduduki ujian amali?
10. Tidak boleh. Calon yang mendaftar mana-mana mata pelajaran yang mempunyai komponen
amali wajib mengambil ujian amali mata pelajaran berkenaan.

Bagaimanakah ujian amali akan dijalankan kepada Calon Berkeperluan Khas (CBK)?
11. Rujuk buku panduan pengendalian amali sains dalam peperiksaan SPM mulai tahun 2021.

Bagaimanakah ujian amali akan dijalankan kepada calon hospital?


12. Bagi calon hospital, mereka tidak dibenarkan untuk menduduki kertas tersebut kerana
peperiksaan amali hanya dijalankan di bilik peperiksaan amali sahaja.

Bagaimanakah ujian amali akan dijalankan kepada calon yang mengalami penyakit
berjangkit? (campak, cacar air, beguk, sakit mata dan lain-lain)
13. Calon perlu mengemukakan surat pengesahan kesihatan daripada pegawai kesihatan untuk
memastikan penyakitnya tidak membahayakan orang lain.
Calon ditempatkan di makmal peperiksaan berasingan.
SOALAN LAZIM K3
Bagaimanakah ujian amali akan dijalankan kepada calon yang mengalami kecederaan?
14. Calon boleh diberi masa tambahan tertakluk kepada jadual waktu peperiksaan.

Bagaimanakah pengawasan ujian amali SPM akan dikendalikan?


15. Pengawasan ujian amali dikendalikan oleh petugas peperiksaaan yang dilantik oleh
Pengarah Pendidikan Negeri.
Siapakah yang terlibat dalam pengoperasian ujian amali sebelum, semasa dan selepas ujian
seperti kuarantin, pergerakan calon, dan lain-lain?
16. Pengawasan ujian amali dikendalikan oleh petugas peperiksaaan yang dilantik oleh
Pengarah Pendidikan Negeri.
Adakah soalan ujian amali merangkumi semua eksperimen dalam DSKP?
17. Ya.
Apakah status PKS dan PEKA selepas penataran ini?
PKS: Rujuk surat KPM 600-12/1/1 Jilid 7 (4) – tamat sehingga Oktober 2020
18. Peka: SPI KPM Bil.2 Taun 2020 bertarikh 20 November 2020 para ke6 menyatakan Peka
tidak perlu dijalankan untuk Fizik, Kimia, Biologi dan Sains Tambahan tetapi Sains Teras
perlu diteruskan
SOALAN LAZIM K3
Siapakah yang akan bertanggungjawab menanda kertas 3 ujian amali?
19. Pemeriksa yang dilantik oleh LP.

Adakah penyelia mata pelajaran perlu menjalankan eksperimen pada masa yang sama semasa ujian
amali berlangsung bagi setiap sidang?
20. Ya. Ini perlu untuk mendapat ketekalan data atau pemerhatian mengikut kualiti bahan
semasa.

Adakah kualiti dan spesifikasi bahan yang dibekalkan untuk ujian amali diselaraskan
seluruh Malaysia?
21. Bahan tidak dibekalkan oleh Lembaga Peperiksaan tetapi kualiti dan spesifikasi bahan akan
dinyatakan dalam Senarai Akhir dan Arahan Persediaan.

Adakah tempoh persediaan selama 5 minit bagi setiap soalan yang diperuntukkan kepada
calon mencukupi?
22. Dapatan ujian rintis menunjukkan tempoh yang diberi mencukupi.
SOALAN LAZIM K3
Bolehkah calon mengulangi eksperimen dalam ujian amali jika calon salah menggunakan
bahan dalam eksperimen yang dijalankan?
23. Boleh dengan kebenaran petugas peperiksaan.

Bolehkah calon meminta penggantian bahan/radas jika bahan tertumpah atau radas rosak?
24. Boleh dengan kebenaran petugas peperiksaan.

Dimanakah amali kawalan dijalankan?


25. Amali kawalan dijalankan di bilik berasingan selain daripada makmal peperiksaan, bilik
lapor diri dan bilik kuarantin.

Adakah kertas 3 ujian amali perlu dilaksanakan dalam semua peperiksaan di peringkat
sekolah dan peperiksaan percubaan SPM?
26. Tidak perlu.
SOALAN LAZIM K3
Sekiranya calon hadir selepas tamat tempoh melapor diri bagi sidang itu, adakah
calon tersebut dibenarkan untuk menduduki peperiksaan amali?
27.
Calon tidak boleh menduduki peperiksaan untuk sidang berkenaan.

Bolehkan calon menukar sidang peperiksaan?


28. Tidak dibenarkan tanpa alasan yang munasabah.

You might also like