You are on page 1of 4

SPSK PK19-1

LAPORAN AKTIVITI ‘Kem KIP’

1.0 PENGENALAN/ PRAKATA

Mata pelajaran kimia merupakan salah satu subjek elektif yang diambil oleh pelajar-pelajar
aliran sains tulin tingkatan 4 dan 5. Ramai pelajar memahami konsep yang telah diajar dalam
kelas tetapi semasa ujian atau peperiksaan, mereka tidak mendapat keputusan yang sepatutnya.

Masalah timbul dikalangan pelajar-pelajar kerana kurang mengulangkaji topik-topik yang


sudah lepas, kesukaran mengingat fakta dan kelemahan dari segi teknik menjawab soalan.

Justeru itu, pendedahan teknik belajar topik-topik tertentu cara menjawab soalan mengikut
kehendak soalan diadakan bagi meningkatkan lagi prestasi pelajar-pelajar dalam matapelajaran
kimia telah dicadangkan dan dilaksanakan dua kali pada tahun 2015. Program ini dikenali
sebagai ‘Kem KIP’

2.0 LATAR BELAKANG

Program ini bertujuan meningkatkan peratusan gred A dan B serta peratusan lulus bagi
matapelajaran kimia SPM sepertimana yang telah dinyatakan dalam perancangan tahunan
panitia untuk tahun 2015. Selain untuk merealisasikan hasrat Kementerian Pelajaran di dalam
dasar pelan induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), iaitu melahirkan insan yang cemerlang,
gemilang dan terbilang dari segi akademik dan juga sahsiah.

Dengan ini diharap agar pelajar akan lebih yakin dalam subjek ini dan secara tidak langsung
meningkatkan semangat dan minat mereka supaya cemerlang dalam kimia.

2.1 TARIKH PERLAKSANAAN

SLOT 1

Tarikh: 27 April 2015


Masa : 2.00 – 4.30 petang
Tempat : Pusat sumber sekolah

SLOT 2

Tarikh: 29 April 2015


Masa : 8.00 – 9.30 pagi
Tempat : Makmal Kimia

TEMPOH PERLAKSANAAN : 2 hari

Hak Cipta Terpelihara © Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar & Pudu


| 2 Januari 2015 – Keluaran 01|Pindaan 00
SPSK PK19-1

2.2 JAWATANKUASA PELAKSANA


a) Pn Shanthy Panchalingam ( Penceramah slot 1)
b) Pn Haryati Mohd Noh ( Penceramah slot 2)

2.3 OBJEKTIF

a) Membimbing pelajar untuk menguasai topik-topik yang tertentu dalam Kimia.


b) Memberi pendedahan kepada pelajar teknik-teknik menjawab soalan Kimia Kertas 2
dan Kertas 3
c) Menanam ke dalam jiwa pelajar dengan semangat berkerjasama dan berusaha
untuk mencapai kejayaan cemerlang di dalam peperiksaan SPM 2015

2.4 KAEDAH PERLAKSANAAN

a) Penceramah memberi pendedahan kepada tajuk-tajuk yang tertentu dalam


matapelajaran Kimia SPM.
i) Kertas 2: - Periodic table of elements
- Chemical bonding
- Salts
- electrochemistry
ii) Kertas 3 – Rate of reaction

b) Penceramah juga memberikan beberapa teknik untuk membantu pelajar mengingat


fakta-fakta Tertentu
c) Pelajar diminta menjawab lembaran kerja Kimia kem KIP yang telah disediakan oleh
penceramah dalam kumpulan masing-masing
d) Guru-guru kimia membimbing pelajar jika ada masalah menjawab lembaran kerja
kimia.
e) Penceramah membincang jawapan lembaran kerja kimia dengan membimbing pelajar
menjawab mengikut teknik yang betul bagi Kertas 2 dan Kertas 3 sebagai persediaan
menghadapi SPM.

2.5 BAHAN-BAHAN PERALATAN YANG DIGUNAKAN

Jenis Peralatan Perbelanjaan

a) lembaran kerja slot 1 PCG


b) lembaran kerja slot 2 PCG

Hak Cipta Terpelihara © Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar & Pudu


| 2 Januari 2015 – Keluaran 01|Pindaan 00
SPSK PK19-1

3.0 HURAIAN PENILAIAN TUGAS/ AKTIVITI

Penyertaan pelajar dalam KEM KIP (seminar Kimia) adalah amat memuaskan. Para pelajar
yang menghadiri seminar ini menunjukkan minat dan memberikan tumpuan terhadap
penerangan yang diberikan oleh para penceramah. Hasil daripada dapatan soal selidik seminar
didapati pelajar amat berpuas hati dengan seminar yang dijalankan dan berharap ia akan
diadakan lagi pada masa-masa akan datang.

4.0 PENCAPAIAN AKTIVITI

Di harap aktiviti ini akan meningkatkan keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi
matapelajaran kimia.

5.0 KEMAJUAN / MASALAH

Aktiviti ini menarik minat ramai pelajar pada hari tersebut.


Disebabkan kekangan tempat, makmal kimia digunakan untuk slot 2. Makmal kimia untuk slot
kedua kurang selesa. Diharap dapat dibuat di tempat yang lebih selesa pada masa akan dating.

6.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Seminar seperti ini perlu diadakan dari semasa ke semasa untuk menambahkan input para
pelajar terutama sekali bagi pelajar dari kumpulan HALUS.

7.0 PENUTUP

Sambutan pelajar dalam aktiviti ini agak merangsangkan. Di harap aktiviti ini telah
meningkatkan prestasi pelajar kepada subjek ini.

Disediakan oleh, Tarikh: 17 Mei 2015

Shanthy Panchalingam

Disahkan oleh, Tarikh:

Hak Cipta Terpelihara © Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar & Pudu


| 2 Januari 2015 – Keluaran 01|Pindaan 00
SPSK PK19-1

SMK TAMAN TUN DR ISMAIL


JALAN LEONG YEW KOH
60000 KUALA LUMPUR

PRORAM

Kem Knowledge Is Power

ANJURAN BERSAMA
SEKOLAH & PANITIA KIMIA
2015

DISEDIAKAN OLEH;
PN SHANTHY PANCHALINGAM
KETUA PANITIA KIMIA

Hak Cipta Terpelihara © Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar & Pudu


| 2 Januari 2015 – Keluaran 01|Pindaan 00

You might also like