You are on page 1of 3

Baca bab berkenaan dan jawab .selamat mencuba.

13: Penduduk dan sumber Alam .

1.  Apakah yang dimaksudkan dengan sumber alam?      [5)

2. Apakah yang dimaksudkan dengan Daya Tampung Sumber Alam ? (5)

3.   Dengan merujuk kepada negara Malaysia, pilih satu jenis sumber alam dan bincangkan faktor2 yang mempengaruhi
penerokaan dan kesan penerokaan sumber tersebut terhadap alam sekitar.  [13 ]

Jwp:

Soalan 1
Sumber alam merupakan sumber asli yang terdapat di dalam alam sekitar fizikal yang dihargai dan
bermanfaat bagi manusia.Manusia memerlukan sumber alam untuk kehidupan seperti air, udara,
makanan, pakaian, perkakas dan tempat kediaman.Sumber alam terbahagi kepada dua iaitu sumber alam
boleh
dibaharui dan sumber alam yang tidak boleh dibaharui.Sumber alam yang tidak boleh dibaharui akan
pupus apabila digunakan dan tidak boleh diganti semula.Contohnya petroleum, gas asli dan arang batu.
Sumber alam yang boleh dibaharui terbahagi kepada dua iaitu sumber alam yang berterusan dan tidak
akan pupus seperti udara, air, angim, ombak dan solar.Sumber alam yang boleh diganti setelah digunakan
seperti hutan, padang rumput, tanah pertanian, sumber perikanan dan sumber biomas.

Soalan 2
Daya tamping sumber alam bermaksud keupayaan sumber alam menampung dan memenuhi keperluan
penduduk pada tempoh masa tertentu.Daya tamping sumber alam bergantung kepada kuantiti dan kualiti
sumber alam,peningkatan teknologi untuk membangunkan sumber,tahap pengurusan yang cekap dan
sistematik dan kawalan terhadap pertumbuhan penduduk.

Soalan 3
Sumber yang tidak boleh diperbaharui.

Faktor-faktor yang mempengaruhi penerokaan ialah nilai ekonomi yang dimiliki oleh sumber alam · Harganya
yang mahal, boleh dan menguntungkan apabila dieksport bagi menghasilkan pendapatan Negara.

Faktor seterusnya yang mempengaruhi penerokaan ialah faktor pasaran· Adanya permintaan yang tinggi
terhadap sumber alam sama ada dari dalam atau luar Negara. Sumber berkenaan boleh memenuhi keperluan
pengguna iaitu penduduk, sektor industry, sektor perkhidmatan dan lain-lain.

Faktor yang ketiga ialah sifat yang dimiliki oleh sumber alam · Sumber tersebut banyak ,berterusan dan
berkualiti, mudah diperoleh, kosnya murah, bersih.Sumber alam yang sentiasa tidak habis membolehkan sector
lain dapat beroperasi secara berterusan tanpa bimbang kehabisan sumber,

Faktor yang keempat ialah faktor modal · Adanya keupayaan modal untuk meneroka dan megeksploitasi
sumber alam khususnya bagi sumber yang memerlukan modal yang besar..

Faktor yang kelima ialah faktor teknologi. Adanya keupayaan teknologi untuk meneroka dan mengambil
sumber alam khususnya bagi sumber yang memerlukan teknologi tinggi dan kepakaran tenaga mahir.

Faktor yang keenam ialah keupayaan sumber untuk memenuhi keperluan tenaga kerja dalam negara
Malaysia.Sumber alam yang banyak dan berterusan mampu membuka peluang pekerjaan yang banyak kepada
penduduk Malaysia.Keadaan ini akan menjadi pemangkin kepada kerajaan untuk meneroka sumber alam
tersebut.

Faktor yang ketujuh ialah keupayaan sumber tersebut untuk membekalkan tenaga atau sumber kuasa kepada
pembangunan kegiatan ekonomi primer,sekunder,dan tertier seperti petroleum, gas asli,tenaga solar dan
sebagainya.Ini akan menggalakkan lagi penerokaan sumber alam tersebut kerana kepentingnya untuk
menggerakkan dan membangunan ekonomi Malaysia.

Faktor yang kelapan ialah ketersampaian sumber alam.Adanya system jaringan pengangkutan yang cekap
membolehkan daya ketersampaian untuk meneroka dan memproses sumber alam dapat dijalankan dengan
lebih cepat dan mengikut masa yang ditetapkan.Sumber alam dapat dihantar ke pasaran tempatan dan luar
negara dengan mudah dengan adanya system jarangan pengangkutan yang cekap seperti jalan raya dan jalan
laut.

Kesan penerokaan tersebut terhadap alam sekitar yang pertama ialah perubahan pandang darat . Landskap
baru ini terdapat di sekitar Lembah Klang dan Kuala Langat di Selangor serta Lembah Kinta di Perak
.Penerokaan petroleum di luar pantai pekan Kerteh telah mengubah petempatan nelayan ini menjadi
sebuah bandar .Pembinaan empangan menyebabkan kawasan hutan yang luas ditenggelami air .

Kesan yang kedua ialah kemusnahan hutan .Hutan ditebang untuk tujuan pembalakan, pertanian,
pembukaan petempatan serta bandar baru dan perindustrian .Penebangan hutan yg berlebihan & tidak
terkawal menyebabkan kemusnahan ekosistem , pokok-pokok hutan yang berharga diancam kepupusan
seperti cengal, resak, berlian, dan damar camar, pelbagai orkid hutan & periuk kera .kehidupan liar
menghadapi ancaman kepupusan spt seladang, rusa & kijang.

Kesan yang ketiga ialah peningkatan suhu .Penebangan hutan secara besar-besaran & tanpa kawalan
meningkatkan suhu udara. .Suhu di kawasan tersebut akan meningkat krn tidak ada liputan tumbuh-
tumbuhan. Permukaan bumi akan dipanaskan dan suhu akan meningkat dan mengurangkan kelembapan
udara kawasan tersebut .Kurang tumbuh-tumbuhan hijau menjalankan proses transpirasi akan
menyebabkan udara persekitaran menjadi kering .Contonya, penebangan hutan di Tanah Tinggi Cameron
menyebabkan suhu sekitarnya meningkat sebanya 1.5 darjah Celcius .

Kesan yang keempat ialah kesan hakisan .Kawasan bercerun khususnya akan terdedah kpd proses hakisan
.Apabila hutan ditebang, pemukaan bumi menjadi gondol krn tidak diliputi tumbuhan. Tidak terdapat akar
pokok untuk mencengkam tanih & menyebabkan tanih menjadi longgar .Apabila hujan lebat, air larian
permukaan akan menghakis permukaan bumi yg longgar khususnya di cerun bukit. Air larian dgn arus yg
kuat akan menurun cerun tanpa halangan dan menyebabkan kemusnahan kawasan persekitarannya.

Kesan yang kelima ialah banjir .Pembalakan yg tidak terkawal menyebabkan bumi menjadi gondol.
Titisan air hujan akan menghentam dan memecahkan lapisan atas tanih tanpa halangan. Hakisan tanih
akan berlaku & bahan terhakis ini akan diangkut oleh air larian permukaan ke sungai yg berhampiran.
Pemendapan bahan terhakis akan mencetekkan air sungai. Sekiranya sungai tidak dpt menampung air yg
byk semasa hujan lebat, air akan melimpahi tebing dan menyebabkan banjir di kawasan rendah.
Contohnya di Sg Pahang & Sg Kelantan .Kejadian banjir dpt menyebabkan kehilangan harta benda &
nyawa.
Kesan yang keenam ialah pencemaran .Hujan lebat menghakis tanah yang terdedah selepas penebangan
hutan .Tanih yg terhakis menyebabkan pencemaran sungai & air sungai menjadi kotor, berkeladak, dan
keruh. Menyebabkan air sungai kurang sesuai utk kegunaan harian spt minuman & membasuh .Kegiatan
perlombonhan bijih timah, emas, & bauksit menggunakan bnyk air .Air buangan dr lombong yg
mengandungi sisa lombong dialirkan ke sungai & mencemarkan sungai .Pencemaran udara juga berlaku
akibat perlombongan kuprum di Mamut, Sabah .Pembakaran sisa gas di loji pemprosesan juga
menyebabkan pencemaran udara. Pencemaran air berlaku akibat perlombongan petroleum dan gas asli di
luar pantai negara kita. Kejadian tumpahan minyak dr kapal tangki juga mencemarkan air laut .Kejadian
ini mengancam dan memusnahkan ekosistem laut. 

You might also like