You are on page 1of 2

Sajak Kucari Damai di Sini

Maksud
Rangkap 1
Penyajak menyatakan bahawa dia mencari kedamaian di negaranya
yang makmur dan merdeka. Kemerdekaan tersebut dianggap berada
antara kenyataan dan impian. Hal ini dikatakan demikian kerana
wujudnya perasaan ketidakpuasan hati antara rakyat. Namun demikian,
penyajak menyatakan bahawa perasaan negatif itu perlu diubati dengan
bersangka baik, iaitu dengan menjadikan sejarah persaudaraan untuk
membina rasa kemanusiaan.

Rangkap 2
Penyajak menyatakan bahawa kedamaian juga dicari dengan rasa kasih
sayang dan dengan keperibadian mulia rakyat Malaysia. Perasaan
kasih-mengasihi yang tulen perlu disemaikan dalam sanubari.

Rangkap 3
Penyajak menyatakan bahawa walaupun negara kita ada masalah,
tetapi kita masih boleh berdamai dan hidup dengan aman di negara ini.
Penyajak berharap agar kemerdekaan yang dicapai akan berkekalan.
Segala masalah perlulah diatasi dengan bijak supaya kejayaan yang
tercipta menjadi kebanggaan generasi akan datang.

Tema
Penghargaan terhadap kedamaian dan kesejahteraan negara.
.
Persoalan
(a) Kedamaian hendaklah diusahakan kerana kedamaian tidak akan
datang dengan sendirinya.
(b) Negara kita ialah negara yang aman dan makmur.
(c) Kemerdekaan hendaklah diperjuangkan agar beroleh kemajuan.
(d) Kedamaian akan wujud dengan adanya nilai kasih sayang.
(e) Harapan agar kemerdekaan negara kita akan menjadi kebanggaan
generasi akan datang.

Unsur Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi, Nada


(a) Paradoks. Contohnya, antara realiti dan mimpi.
(b) Hiperbola. Contohnya, membebat perasaan kehidupan.
(c) Metafora. Contohnya, laman sukma.
(d) Repetisi. Contohnya, (perulangan frasa Kucari damai di sini dalam
rangkap 1, baris 1 dan rangkap 2, baris 1).
(e) Asonansi. Contohnya, dengan sejarah persaudaraan (perulangan
vokal a).
(f) Aliterasi. Contohnya, Kucari damai di sini (perulangan konsonan d).
(g) Rima akhir bagi rangkap pertama ialah abaccc dan rima akhir bagi
rangkap kedua aabca, dan rima akhir bagi rangkap ketiga abbb.

Nada
Patriotik.

Bentuk dan Ciri-ciri Sajak


(a) Terdiri daripada tiga rangkap.
(b) Rangkap pertama mempunyai enam baris, rangkap kedua
mempunyai lima baris, dan rangkap ketiga mempunyai empat baris.
(c) Bilangan katanya tiga hingga lapan patah kata sebaris.
(d) Terdiri daripada enam hingga lapan belas suku kata sebaris.
(e) Bentuknya bebas.

Nilai
(a) Kesyukuran.
(b) Hormat-menghormati.
(c) Patriotisme.
(d) Keinsafan.
.
Pengajaran
(a) Kita mestilah berusaha mendapatkan dan mengekalkan
kedamaian.
(b) Kita hendaklah menghargai kemerdekaan negara.
(c) Kita hendaklah memastikan kedamaian negara terus berkekalan.
(d) Kita hendaklah menyelesaikan sebarang krisis dengan bijaksana.
(e) Kita perlulah menjaga negara kita dengan baik untuk diwariskan
kepada generasi akan datang.

You might also like