You are on page 1of 3

REVISION SHEET

PENDIDIKAN MORAL TAHUN 4

KEPENTINGAN (SAMA UNTUK SEMUA UNIT)


 Hubungan dengan jiran bertambah erat
 Kawasan kejiranan menjadi selamat
 Kawasan kejiranan menjadi aman dan harmoni
 Tidak ada pergaduhan dan persengketaan
 Disukai dan dihormati jiran

PERASAAN (SAMA UNTUK SEMUA UNIT)


 Gembira
 Bangga
 Puas hati
 Terharu

CONTOH CARA-CARA MENGAMALKAN NILAI


1. UNIT 1: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
 Menghormati amalan agama jiran
 Bersabar dengan amalan agama jiran
 Tidak memperlekehkan amalan agama jiran
* Tambahan: Sila ingat beberapa amalan agama, tempat bersembahyang dan juga
perayaan agama Islam, Kristian, Hindu, Buddha dan Sikh

2. UNIT 2: BAIK HATI


 Membantu jiran mendapatkan rawatan di hospital
 Membantu jiran memindahkan barang
 Memberi derma atau sumbangan makanan, pakaian, wang kepada jiran yang
memerlukan
 Membantu jiran menyiram bunga
 Bergotong royong membaiki rumah jiran
 Membantu jiran membawa bakul dan barang-barang

3. UNIT 3: BERTANGGUNGJAWAB
 Menyertai aktiviti anjuran kawasan kejiranan
 Menyertai gotong-royong bersama jiran
 Menyiram pokok bunga jiran ketika jiran balik ke kampung
 Menegur perbuatan anak jiran yang membuang sampah merata-rata
 Melaporkan perbuatan jenayah di kawasan kejiranan
 Menyampaikan maklumat penting kepada semua jiran

4. UNIT 4: BERTERIMA KASIH


 Menziarahi jiran yang sakit
 Mendoakan kesejahteraan jiran
 Memberi buah tangan kepada jiran
 Mengucapkan terima kasih
 Memberikan hadiah
 Mengambil berat tentang kebajikan jiran
 Berkongsi makanan dengan jiran
 Memberikan kad ucapan kepada jiran

5. UNIT 5: HEMAH TINGGI


 Mengucapkan ucapak terima kasih, minta maaf, selamat pagi dan sebagainya
 Bertanyakan khabar kepada jiran
 Menggunakan bahasa yang sopan ketika bercakap dengan jiran
 Menggunakan panggilan yang sesuai dan sopan kepada jiran
 Mengetuk pintu sebelum masuk ke rumah jiran
 Tidak sombong

6. UNIT 6: HORMAT
 Bertegur sapa dengan jiran
 Menerima pelawaan jiran
 Menunjukkan tingkah laku yang baik dan bersopan
 Memberi kerjasama dalam aktiviti kejiranan
 Menziarahi jiran jika berkelapangan
 Mendahulukan orang tua, ibu mengandung dan orang kurang upaya dalam apa
jua situasi
 Menerima teguran dan nasihat jiran

7. UNIT 7: KASIH SAYANG


 Memberikan kata-kata semangat kepada jiran yang sakit
 Mengucapkan tahniah kepada jiran
 Berkongsi makanan dengan jiran
 Berkawan dengan jiran yang berkelainan upaya
 Memungut derma untuk jiran yang memerlukan
 Bertanya khabar dengan jiran
 Membantu jiran ketika jiran dalam kesusahan

8. UNIT 8: KEADILAN
 Tidak berat sebelah dalam tindakan atau keputusan
 Adil dalam mengagihkan tugas
 Memberi teguran dan nasihat secara adil
 Memberi buah tangan kepada semua jiran sama rata
 Memberi layanan sama rata kepada semua jiran
 Berkawan dengan semua jiran tanpa mengira agama atau bangsa
 Bersikap adil jika dipilih menjadi pengadil dalam aktiviti kejiranan
 Menyampaikan maklumat penting kepada semua jiran

9. UNIT 9: KEBERANIAN
 Menegur dan menasihati anak jiran yang melakukan vandalisme
 Melaporkan perbuatan jenayah dalam kawasan kejiranan
 Menolak ajakan negatif jiran
 Menegur jiran yang terlalu bising hingga mengganggu jiran lain
10. UNIT 10: KEJUJURAN
 Bercakap benar dan tidak menipu
 Ikhlas ketika membantu jiran
 Menjalankan tugas dengan amanah dan jujur
 Menjaga rahsia jiran dengan baik
 Memberi maklumat yang betul dan tepat kepada jiran
 Menunaikan janji
 Mengakui kesalahan dan kesilapan diri
 Tidak mencuri

11. UNIT 11: KERAJINAN


 Menyiapkan kerja sekolah bersama-sama anak jiran
 Menyusun buku di balai bacaan kawasan kejiranan
 Membantu jiran menyusun kerusi dan meja
 Bergotong-royong dengan jiran
 Bertanya khabar dengan jiran
 Membantu jiran yang memerlukan
 Rajin berlatih piano bersama jiran supaya menang dalam pertandingan
 Memungut sampah di kawasan kejiranan

12. UNIT 12: KERJASAMA


 Kerjasama membantu jiran yang dalam kesusahan
 Kerjasama membanteras jenayah
 Bersama-sama menjaga kebersihan dan keceriaan kejiranan
 Kerjasama dalam menjayakan aktiviti kejiranan

13. UNIT 13: KESEDERHANAAN


 Tidak melampaui batas dalam pergaulan dengan jiran
 Tidak mengambil kesempatan atas kebaikan jiran
 Menggunakan bahasa yang sopan dalam perbualan
 Berpada-pada ketika mengambil makanan dalam jamuan kejiranan
 Mengembalikan barang yang dipinjam dalam keadaan baik
 Tidak membincangkan isu sensitif sesama jiran
 Meletakkan had (limit) terhadap apa jua bantuan yang diberikan
 Tidak tamak dan berkongsi rezeki dengan jiran yang lain
 Tidak mementingkan diri dalam apa jua keadaan

14. UNIT 14: TOLERANSI


 Sentiasa bersikap sabar
 Berbincang secara baik sekiranya ada masalah dalam kejiranan
 Berfikiran terbuka dan menerima pendapat orang lain
 Mengawal diri dalam apa jua situasi kejiranan
 Memahami perasaan dan keperluan jiran

You might also like