You are on page 1of 4

Soalan Target Sejarah SPM 2019

Set 1 (Kertas 2)

Bahagian A

1. Peningkatan pendidikan di Yunani berlaku dalam kalangan penduduk Athens dan


Sparta. (SBP, 2015)

(a) Jelaskan tujuan pendidikan di Yunani

(b) Nyatakan dua aspek yang dititiberatkan untuk menjadi manusia cemerlang di Athens.

(c) Bagaimanakah sistem pendidikan dijalankan di Sparta.

(d) Apakah Kesan sekiranya rakyat dalam sesebuah negara tidak mendapat pendidikan
yang sempurna.

2. (SBP, 2015)

(a) Apakah yang anda faham tentang piagam tersebut.

(b) Nyatakan dua kandungan Piagam Madinah

(c) Piagam Madinah penting kepada masyarakat Islam and bukan Islam di Madinah.
Beri komen anda terhadap pernyataan tersebut.

(d) Konsep satu ummah sesuai untuk rakyat Malaysia ? Buktikan.

3. (Kelantan, 2015)
Gerakan nasionalisme di Thailand berbeza dengan negara-negara lain di Asia
Tenggara.
(a) Nyatakan sebab berlakunya gerekan nasionalisme di tahap pertama.
(b) Jelaskan dua tindakan Phibul Songram dalam gerakan nasionalisme pada tahap
kedua.
(c) Berdasarkan pengkajian anda, mengapakah Thailand berjaya mengekalkan
kemerdekaan negaranya.

1|Page
(d) Sekiranya anda seorang pemimpin, apakah langkah yang perlu dilakukan untuk
mengekalkan kedaulatan negara kita.

4. (Perlis, 2015)
Gambar di bawah menunjukkan jata negara Malaysia yang menjadi lambang
kemegahan penduduk di negara ini.

(a) Nyatakan nama dua buah negeri yang dikaitkan dengan lima bilah keris pada jata
negara.
(b) Jelaskan maksud berikut sebagaimana yang terdapat pada jata negara
(i) Bintang berpecah empat belas
(ii) Bulat sabit berwarna kuning
(c) Menagapakah jata negara penting kepada rakyat dan negara Malaysia.
(d) Bagaimanakah anda dapat mengaplikasikan cogan kata” Bersekutu Bertambah
Mutu” untuk memajukan negara?

2|Page
Bahagian B

5. (Negeri Sembilan, 2015)

Kerajaan yang muncul dalam tamadun awal Asia Tenggara boleh dibahagikan kepada
dua iaitu kerajaan agraria dan kerajaan maritim. Pembahagian ini adalah berasaskan
aspek kedudukan geografi dan sosioekonomi.

(a) Jelaskan ciri-ciri kerajaan agraria.

(b) Kerajaan Angkor merupakan kerajaan yang kuat.


Buktikan kebenaran pernyataan tersebut.

(c)(i) Apakah cabaran yang dihadapi dalam usaha memodenkan sektor pertanian di
Malaysia?

(ii) Huraikan langkah-langkah yang dilaksanakan untuk memajukan sektor


pertanian di negara kita.

6. (Johor, 2015)
Jadual berikut berkaitan dengan perkembangan politik di negara kita sebelum
merdeka.

Tamadun Aspek Ciri Peningkatan Tamadun

India Pendidikan Pelaksanaan pendidikan awam

a) Jelaskan sebab-sebab pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948?

b) Nyatakan ciri-ciri utama Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.

c) Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah menjadi asas kukuh kepada
sistem pentadbiran Malaysia pada hari ini. Buktikan.

3|Page
d) Kemerdekaan negara telah didokong oleh pemimpin-pemimpin yang berwibawa
tinggi. Pada penilaian anda, apakah ciri-ciri utama pemimpin negara yang
berwibawa.

7. (Melaka 2015)
Pakatan murni merupakan usaha semua pihak di Tanah Melayu untuk mewujudkan perpaduan
kaum. Usaha yang dilakukan sebelum Tanah Melayu merdeka ini dijalankan melalui
rundingan dan tolak ansur politik.

(a) Terangkan usaha-usaha yang dilakukan oleh penduduk Tanah Melayu untuk mengadakan
pakatan murni
(b) Jelaskan kejayaan yang dicapai melalui pakatan murni.
(c) (i) Sebagai sebuah negara yang mempunyai penduduk pelbagai kaum, pepatah “Bulat air
kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat” dan “Di mana bumi dipijak, di situ langit
dijunjung” amat penting diamalkan di negara kita.
Beri ulasan anda terhadap pernyataan tersebut.
(ii) Terdapat segelintir rakyat Malaysia, yang suka membangkitkan isu-isu sensitif yang boleh
menjejaskan perpaduan kaum.
Pada pendapat anda, mengapakah keadaan tersebut berlaku?
Berikan cadangan anda untuk mengatasi masalah tersebut.

4|Page

You might also like