You are on page 1of 8

SULIT 2 3766/2

BAHAGIAN A
[50 markah]
Jawab 5 soalan sahaja.

1 (a) Mengapakah peniaga mementingkan keuntungan dalam perniagaan? [4 markah]

(b) Gambar 1 menunjukkan dua jenis milikan perniagaan.

Gambar 1

Bandingkan milikan perniagaan berdasarkan gambar tersebut. [6 markah]

2 (a) Berikut merupakan maklumat situasi pertumbuhan ekonomi sebuah negara.

 Kuasa beli penduduk menurun


 Penurunan harga barang berterusan

(i) Apakah situasi tersebut? [1 markah]

(ii) Bagaimanakah pihak kerajaan mengatasi situasi tersebut? [3 markah]

(b) Gaya pengurusan yang positif boleh membawa perubahan yang menguntungkan
kepada persekitaran sesebuah perniagaan.

Terangkan tiga gaya pengurusan yang dimaksudkan. [6 markah]

3766/2 © 2018 Hak Cipta MPSM Negeri Sembilan SULIT


SULIT 3 3766/2

3 Gambar 2 menunjukkan logo bagi dua jenis organisasi.

Organisasi A Organisasi B

Gambar 2

(a) Nyatakan perbezaaan pembentukan misi, visi dan objektif bagi organisasi tersebut?
[4 markah]

(b) Maklumat berikut adalah berkaitan dengan pernyataan objektif Creative Furniture
Sdn. Bhd.

CREATIVE FURNITURE SDN. BHD.


“Kepuasan Anda Keutamaan Kami”

Objektif:
 Menghasilkan perabot berkualiti tinggi dengan reka bentuk terkini.
 Menjual 150 unit set bilik tidur dan 200 set ruang tamu dalam sebulan
bagi pasaran tempatan meningkat sebanyak 5% sebulan dan dijangka
meningkat 20% menjelang musim perayaan.

Jelaskan ciri-ciri objektif perniagaan Creative Furniture Sdn. Bhd.? [6 markah]

4 Syarikat Hot Crispy Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat industri kecil dan sederhana
yang mengeluarkan pelbagai jenis kerepek untuk pasaran tempatan. Syarikat tersebut telah
memilih untuk menggunakan saluran agihan berikut.

Pengeluar Pemborong Peruncit Pengguna

(a) Terangkan sebab Syarikat Hot Crispy Sdn. Bhd. memilih jenis saluran agihan
tersebut?
[6 markah]

3766/2 © 2018 Hak Cipta MPSM Negeri Sembilan SULIT


SULIT 4 3766/2

(b) Adakah anda bersetuju jika syarikat tersebut ingin menjual kerepeknya terus kepada
pengguna akhir? Beri alasan anda. [4 markah]

5 (a) Terangkan dua jenis kemahiran kebolehkerjaan yang perlu dimiliki oleh pekerja.
[4 markah]

(b) Senaraikan tiga faktor penentu sistem penggajian dalam organisasi . [3 markah]

(c) Pernyataan berikut berkaitan aspek pengelolaan sumber manusia dalam


pembangunan perniagaan.

Encik Ahmad telah menerima RM5 000 sebagai hadiah daripada pembekal atas
kelulusan projek yang telah diberikan olehnya. Beliau juga telah membawa ahli
keluarga bercuti ke Sepanyol dengan menggunakan wang syarikat tanpa
pengetahuan majikannya.

Nyatakan jenis kesalahan yang dilakukan oleh Encik Ahmad. [3 markah]

6 (a) Maklumat berikut berkaitan ciri-ciri keperibadian seorang usahawan.

Puan Sazila merupakan seorang usahawan dalam bidang pemprosesan makanan


berasaskan rumpai laut. Pada peringkat awal perniagaan, produknya kurang
mendapat sambutan. Bagi mengatasi masalah tersebut, beliau telah
mempelbagaikan hasil keluarannya serta menjalankan kaedah promosi secara
atas talian agar dapat menembusi pasaran yang lebih luas. Kini beliau bercadang
membuka cawangan kedainya di Kelantan bagi pasaran sekitar Pantai Timur.

(i) Apakah ciri usahawan yang dimiliki oleh Puan Sazila? [3 markah]

(ii) Senaraikan ciri-ciri lokasi yang sesuai untuk Puan Sazila mengembangkan
perniagaannya. [3 markah]

(b) Nyatakan perbezaan antara stok bergerak pantas dan stok bergerak perlahan.
[4 markah]

3766/2 © 2018 Hak Cipta MPSM Negeri Sembilan SULIT


SULIT 5 3766/2

BAHAGIAN B
[30 markah]
Jawab 2 soalan soalan sahaja.

7 (a) Terangkan dua jenis pelepasan cukai yang terlibat dalam bidang perniagaan.
[4 markah]

(b) Gambar 3 menunjukkan penggunaan teknologi maklumat dalam perniagaan.

Gambar 3

Bagaimanakah kemudahan teknologi tersebut membantu organisasi perniagaan?


[5 markah]

(c) Pernyataan berikut merujuk kepada jenis-jenis pengangguran.

Puan Jamilah seorang pegusaha IKS Kuih Bahulu Warisan. Beliau


mempunyai 30 orang pekerja tetap. Semasa musim perayaan, beliau akan
menambah pekerja sehingga 20 orang secara kontrak selama 2 bulan untuk
memenuhi tempahan pelanggannya. Bagi meningkatkan pengeluaran kuih
bahulunya beliau telah mengambil tindakan dengan mengurangkan seramai
15 orang pekerja dan menggunakan mesin dalam proses pembuatan,
pembakaran dan pembungkusan bagi menggantikan kaedah tradisional
sebelum ini.

(i) Nyatakan jenis pengangguran yang wujud? [2 markah]

(ii) Bagaimanakah cara mengatasi pengangguran di 7(c)(i). [4 markah]

3766/2 © 2018 Hak Cipta MPSM Negeri Sembilan SULIT


SULIT 6 3766/2

8 (a) Syarikat Qu Harum merancang untuk mengeluarkan minyak wangi secara besar-
besaran. Puan Habibah, pengurus pemasaran telah diarahkan untuk merancang
campuran pemasaran.

Terangkan campuran pemasaran bagi produk tersebut. [8 markah]

(b) Apakah yang dimaksudkan dengan rancangan perniagaan? [1 markah]

(c) Jelaskan elemen-elemen berikut yang terdapat dalam satu rancangan perniagaan.

(i) Objektif projek [3 markah]

(ii) Rancangan pentadbiran [3 markah]

9 (a) Perniagaan Darshan dan Perniagaan Mei Hwa merupakan dua perniagaan yang
menjual alatan memancing. Berikut ialah maklumat kewangan perniagaan pada
31 Julai 2018.
Perniagaan Darshan
RM
Modal pada 1 Ogos 2017 55 000
Stok pada 1 Ogos 2017 2 800
Stok pada 31 Julai 2018 4 000
Akaun belum bayar 3 790
Akaun belum terima 4 500
Jualan 19 100
Kos jualan 12 600
Belanja 2 740
Untung kasar 6 500

Perniagaan Mei Hwa


RM
Peratusan margin untung bersih 16 %
Pusing ganti stok 5 kali
Nisbah semasa 2.5 : 1

Berdasarkan maklumat kewangan,

(i) Hitung peratusan margin untung bersih dan pusing ganti stok Perniagaan
Darshan. [5 markah]

(ii) Perniagaan yang manakah lebih cekap menguruskan stok? Berikan alasan
anda. [2 markah]

3766/2 © 2018 Hak Cipta MPSM Negeri Sembilan SULIT


SULIT 7 3766/2

(b) Berdasarkan urus niaga yang berikut, nyatakan dokumen perniagaan yang terlibat.

(i) Encik Fendi membeli barang niaga secara kredit sebanyak RM8 750.

(ii) Puan Emma mengeluarkan wang tunai perniagaannya sebanyak RM250 untuk
kegunaan peribadi.

(iii) Encik Julius menjelaskan hutangnya bernilai RM7 450 kepada pembekal.

(iv) Puan Chin membayar sewa premis sebanyak RM450.


[4 markah]

(c) Terangkan dua pihak berkepentingan kepada penyata kewangan. [4 markah]

3766/2 © 2018 Hak Cipta MPSM Negeri Sembilan SULIT


SULIT 8 3766/2

Bahagian C
[20 markah]
Soalan ini wajib dijawab

10 Syarikat Sun Berhad merupakan pengeluar produk kesihatan yang berasaskan


herba tradisional yang telah beroperasi sejak tahun 2010 di Klang, Selangor. Pengeluaran
produk kesihatan yang berkualiti dengan menggunakan bahan semulajadi menyebabkan
produknya laris dan memperoleh hasil jualan yang tinggi berbanding pesaing yang lain.
Keadaan ini disokong dengan adanya bantuan dana daripada agensi kerajaan yang
membantu bahagian penyelidikan dan pembangunan (R&D) syarikat bagi tujuan inovasi
pengeluaran secara berterusan.

Pada tahun 2012, pasaran dunia perniagaan merudum menyebabkan jualan Syarikat
Sun Berhad juga turut terjejas. Oleh itu, untuk menguasai pasaran produk kesihatan
dalam keadaan pasaran yang tidak menentu dan persaingan yang sengit maka Syarikat
Sun Berhad perlu menjamin keluaran yang berterusan dengan memastikan stok bekalan
bahan mentah sentiasa mencukupi dan berkualiti.

Pada awal 2014, Syarikat Sun Berhad telah dihubungi oleh Syarikat Elit Healty
Berhad dari Thailand yang mampu membekalkan bahan mentah yang diperlukan secara
konsisten. Dengan itu, bagi melancarkan urusan perniagaan kedua-dua syarikat telah
bersetuju menubuhkan sebuah syarikat yang baharu iaitu Syarikat Bio Care Sendirian
Berhad di Shah Alam, Selangor bagi tujuan mempelbagaikan hasil keluaran untuk
pasaran tempatan dan antarabangsa. Tapak kilang baharu, pekerja dan operasi diuruskan
oleh Syarikat Sun Berhad sementara Syarikat Elit Healty Berhad membekalkan bahan
mentah dan sumber teknologi. Nisbah kongsi untung rugi 60:40 antara Syarikat Sun
Berhad dan Syarikat Elit Healty Berhad.

Sehingga Disember 2017, Syarikat Bio Care Sendirian Berhad telah mempunyai
seramai 228 orang pekerja dan mampu mencapai sasaran jualan tahunan sebanyak
RM95 juta melalui jualan set kesihatan berharga RM120 seunit. Dengan kos pengeluaran
bulanan RM980 000 dan kos berubah RM80 seunit syarikat telah menetapkan sasaran
minimum pengeluaran bulanan bagi mengelakkan kerugian tenaga dan jualan.

3766/2 © 2018 Hak Cipta MPSM Negeri Sembilan SULIT


SULIT 9 3766/2

Berdasarkan kes, jawab soalan-soalan berikut:

(a) Terangkan agensi kerajaan yang memberi sumber pembiayaan kepada Syarikat Sun
Berhad [2 markah]

(b) Terangkan satu faktor luaran perniagaan yang memberi kesan kepada jualan pada
tahun 2012. [2 markah]

(c) Jelaskan bentuk perniagaan yang dijalankan antara Syarikat Sun Berhad dan
Syarikat Elit Healty Berhad? [4 markah]

(d) Jelaskan saiz perniagaan Syarikat Bio Care Sendirian Berhad. [3 markah]

(e) Berdasarkan maklumat pengeluaran yang diberi,

(i) Hitung titik pulang modal dan hasil jualan bulanan. [4 markah]

(ii) Lukis graf titik pulang modal dengan lengkap. [5 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

3766/2 © 2018 Hak Cipta MPSM Negeri Sembilan SULIT

You might also like