You are on page 1of 18

KANDUNGAN

FASAL MUKASURAT
1. Nama 2
2. Sifat Pertubuhan 2
3. Tafsiran 2
4. Pertubuhan 2
5. Tujuan 2
6. Keanggotaan 3
7. Hak-Hak Keanggotaan 4
8. Pentadbiran 4
9. Pengganti Wakil 7
10. Pemberitahuan Mesyuarat dan Agenda 7
11. Koram 7
12. Kekerapan Mesyuarat 7
13. Keputusan 8
14. Penangguhan Keputusan 8
15. Tatatertib 8
16. Lambang dan Bendera 8
17. Kewangan 11
18. Pindaan Perlembagaan 12
19. Ibu Pejabat 12
20. Pentafsiran Undang-Undang 12
21. Badan Perhubungan Negeri 12
22. Jawatankuasa Penyelaras Parlimen 14
23. Yuran 16
24. Konvensyen 17
25. Pembubaran 17

2
FASAL 1 NAMA

Pertubuhan ini hendaklah dipanggil PARTI PERIKATAN NASIONAL (yang selepas


ini dirujuk sebagai “Perikatan Nasional”).

FASAL 2 SIFAT PERTUBUHAN

Pertubuhan ini adalah bersifat persatuan parti-parti politik yang mendokong tujuan-
tujuan Parti Perikatan Nasional.

FASAL 3 TAFSIRAN

Sebagaimana yang terpakai dalam Perlembagaan ini –

3.1 “Parti Perikatan Nasional” ertinya Parti Perikatan Nasional (Perikatan


Nasional)
3.2 “Anggota” ertinya wakil yang tertentu bagi sebuah Parti Anggota
3.3 “Parti Anggota” ertinya sebarang parti seperti yang dinyatakan dalam Fasal
6
3.4 “Majlis Tertinggi” (Supreme Council) ertinya Majlis Tertinggi Parti Perikatan
Nasional
3.5 “Badan Perhubungan Negeri” (State Liason Council) ertinya Jawatankuasa
Parti Perikatan Nasional pada peringkat Negeri
3.6 “Jawatankuasa Penyelaras Parlimen” (Parliament Coordination
Committee) ertinya Jawatankuasa Parti Perikatan Nasional pada peringkat
kawasan Parlimen
3.7 “Ahli Bergabung” ertinya mana-mana pertubuhan, pertubuhan politik,
pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kelab atau persatuan, seperti yang
dinyatakan dalam Fasal 6
3.8 “Ahli Bersekutu” ertinya mana-mana individu seperti yang dinyatakan dalam
Fasal 6

FASAL 4 PERTUBUHAN

Parti Perikatan Nasional hendaklah ditadbirkan -

4.1 Pada peringkat kebangsaan oleh Majlis Tertinggi


4.2 Pada peringkat negeri oleh Badan Perhubungan Negeri
4.3 Pada peringkat kawasan Parlimen oleh Jawatankuasa Penyelaras Parlimen

FASAL 5 TUJUAN

Tujuan-tujuan Parti Perikatan Nasional adalah seperti berikut -

3
5.1 Memelihara dan mengekalkan Negara Malaysia yang berdaulat, bersatupadu,
makmur dan sejahtera.
5.2 Mempertahankan ciri-ciri Malaysia sebagai sebuah Negara majmuk yang
berbilang kaum, agama, adat resam dan budaya.
5.3 Memaju dan membangunkan Negara demi kebajikan rakyat tanpa mengira
kaum, agama, kelas sosial dan wilayah.
5.4 Memelihara keamanan Negara dan melindungi keselamatan rakyat dari
segala bentuk ancaman.
5.5 Mempertahankan keluhuran Perlembagaan Persekutuan termasuk Islam
sebagai agama Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan
aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan selaras dengan
peruntukan Fasal 3 Perlembagaan Persekutuan, Bahasa Melayu sebagai
Bahasa Kebangsaan dan hak untuk menggunakan selain bagi tujuan rasmi,
mengajar atau belajar apa-apa Bahasa lain selaras dengan Fasal 152
Perlembagaan Persekutuan, melindungi kedudukan istimewa orang Melayu
dan Bumiputra Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah kaum-kaum lain
selaras dengan peruntukan Fasal 153 Perlembagaan Persekutuan,
menjunjung kedudukan Raja Berpelembagaan selaras dengan peruntukan
Fasal 38 Perlembagaan Persekutuan, melindungi hak kebebasan asasi di
bawah Bahagian II Perlembagaan Persekutuan dan mempertahankan hak
kewarganegaraan di bawah Bahagian III Perlembagaan Persekutuan.
5.6 Memperkukuhkan amalan prinsip-prinsip Rukunegara sebagai nilai teras
masyarakat Malaysia yang berbilang kaum ke arah perpaduan dan integrasi
nasional yang padu.
5.7 Memperkasa institusi-institusi penting Negara ke arah membina Negara yang
berdaya maju dan berintegriti.
5.8 Mendokong prinsip tadbir urus yang baik (good governance), ketelusan dan
memerangi rasuah.
5.9 Melibatkan diri dalam proses demokrasi berperlembagaan dan pilihanraya.

FASAL 6 KEANGGOTAAN

6.1 Ahli-ahli Parti Perikatan Nasional terdiri daripada tiga (3) jenis –

(I) Parti Anggota


(II) Ahli Bergabung
(III) Ahli Bersekutu

6.2 Parti Anggota terdiri daripada –


(I) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)
(II) Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
(III) Parti Solidariti Tanah Airku (STARSABAH)
(IV) Parti Maju Sabah (SAPP)

4
(V) Lain-lain parti politik yang dipersetujui secara majoriti oleh ahli-ahli Majlis
Tertinggi supaya diterima menjadi anggota Parti Perikatan Nasional.

6.3 Ahli Bergabung adalah mana-mana pertubuhan, pertubuhan politik,


pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kelab atau persatuan dan telah
dipersetujui oleh Majlis Tertinggi supaya diterima menjadi ahli Parti
Perikatan Nasional.

6.4 Ahli Bersekutu ialah warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun keatas,
bukan ahli berdaftar kepada mana-mana parti politik dan telah diterima
pendaftaran keahliannya oleh ibu pejabat Parti Perikatan Nasional.

6.5 Permohonan untuk menjadi Parti Anggota, Ahli Bergabung atau Ahli
Bersekutu hendaklah dibuat secara bertulis kepada Setiausaha Agung dan
permohonan tersebut hendaklah diluluskan oleh Majlis Tertinggi.

FASAL 7 HAK-HAK KEANGGOTAAN

7.1 Setiap Parti Anggota mempunyai hak sepenuhnya untuk menghadiri, memberi
pendapat dan mengundi di dalam mesyuarat Majlis Tertinggi, Badan
Perhubungan Negeri dan Jawatankuasa Penyelaras Parlimen masing-
masing.
7.2 Tertakluk kepada kelulusan Majlis Tertinggi, setiap Ahli Bergabung dan
Ahli Bersekutu boleh menghadiri dan mengambil bahagian dalam mana-mana
aktiviti Parti Perikatan Nasional.

FASAL 8 PENTADBIRAN

8.1 Majlis Tertinggi

Segala urusan Parti Perikatan Nasional hendaklah ditadbirkan oleh Majlis


Tertinggi yang berfungsi sebagai badan tertinggi Parti Perikatan Nasional.
Majlis Tertinggi hendaklah mengandungi –

(I) Pengerusi
(II) Timbalan-Timbalan Pengerusi
(III) Setiausaha Agung
(IV) Ketua Penerangan
(V) Bendahari Agung
(VI) Satu (1) orang wakil dari setiap Parti Anggota
(VII) Satu (1) orang wakil Wanita dari mana-mana Parti Anggota yang
dilantik dan diputuskan oleh Jawatankuasa Wanita Parti Perikatan
Nasional

5
(VIII) Satu (1) orang wakil Pemuda dari mana-mana Parti Anggota yang
dilantik dan diputuskan oleh Jawatankuasa Pemuda Parti Perikatan
Nasional

8.2 Pegawai-Pegawai Parti Perikatan Nasional

Pegawai-pegawai Parti Perikatan Nasional hendaklah terdiri daripada –

(I) Pengerusi
(II) Timbalan-Timbalan Pengerusi
(III) Setiausaha Agung
(IV) Ketua Penerangan
(V) Bendahari Agung
(VI) Pegawai Awam

8.3 Tugas dan Pemilihan Pegawai-Pegawai Parti Perikatan Nasional

(I) Pengerusi

(a) Pengerusi Parti Perikatan Nasional akan menjadi Pengerusi Majlis


Tertinggi dan hendaklah dipilih oleh ahli-ahli Majlis Tertinggi dan
hendaklah memegang jawatannya selagi dikehendaki oleh Majlis
Tertinggi.
(b) Sekiranya Pengerusi meletakkan jawatannya, peletakan jawatan itu
hendaklah berkuat kuasa selepas mendapat kelulusan Majlis Tertinggi
yang akan memilih dengan secepat mungkin seorang Pengerusi
baharu.
(c) Pengerusi mempunyai kuasa memanggil dan mempengerusikan
mesyuarat Majlis Tertinggi dan mana-mana Badan Perhubungan
Negeri dan Jawatankuasa Penyelaras Parlimen.
(d) Pengerusi hendaklah bertanggungjawab untuk menyelia dan
melaksanakan halatuju dan dasar yang telah dipersetujui oleh Majlis
Tertinggi.

(II) Timbalan Pengerusi

(a) Setiap Parti Anggota mestilah melantik Ketua Parti untuk menjadi
Timbalan Pengerusi Majlis Tertinggi, kecuali dalam keadaan Ketua
Parti tersebut dipilih sebagai Pengerusi Parti Perikatan Nasional, maka
boleh diganti dengan Timbalan Ketua Parti Anggota tersebut.
(b) Semasa ketiadaan Pengerusi, seorang pemangku pengerusi
hendaklah dipilih dari kalangan Timbalan-Timbalan Pengerusi dengan
persetujuan Majlis Tertinggi untuk menjalankan tugas-tugas
Pengerusi.

6
(c) Tugas Timbalan Pengerusi pada umumnya adalah untuk
membantu Pengerusi dalam menyempurnakan tugas-tugasnya di
samping mengetuai wakil-wakil Parti Anggota masing-masing serta
untuk memelihara kepentingan Parti Anggota yang mereka wakili dan
untuk menentukan bahawa parti yang mereka wakili itu tidak akan
melakukan apa-apa yang bertentangan dengan Perlembagaan Parti
Perikatan Nasional atau dasar-dasar yang ditetapkan oleh Majlis
Tertinggi.

(III) Setiausaha Agung

Setiausaha Agung hendaklah dilantik oleh Pengerusi untuk memegang


jawatan tersebut selama yang dikehendaki oleh Pengerusi dan beliau
bertanggungjawab ke atas hal-ehwal pentadbiran Parti Perikatan
Nasional.

(IV) Ketua Penerangan

Ketua Penerangan hendaklah dilantik oleh Pengerusi untuk memegang


jawatan tersebut selama yang dikehendaki oleh Pengerusi dan beliau
bertanggungjawab ke atas hal-ehwal penerangan Parti Perikatan
Nasional.

(V) Bendahari Agung

Bendahari Agung hendaklah dilantik oleh Pengerusi untuk memegang


jawatan tersebut selama yang dikehendaki oleh Pengerusi dan beliau
bertanggungjawab ke atas hal-ehwal kewangan Parti Perikatan
Nasional.

(VI) Pegawai Awam

Pegawai Awam hendaklah dilantik oleh Pengerusi untuk memegang


jawatan tersebut selama yang dikehendaki oleh Pengerusi dan beliau
adalah seorang pegawai yang akan mendakwa atau didakwa atas
nama Parti Perikatan Nasional. Pegawai tersebut tidaklah semestinya
terdiri dari seorang ahli Majlis Tertinggi.

8.4 Tugas, kuasa dan tanggungjawab Majlis Tertinggi

Tugas, kuasa dan tanggungjawab Majlis Tertinggi adalah seperti berikut -

(I) Menetapkan halatuju dan dasar Parti Perikatan Nasional.


(II) Menyelaraskan perkara-perkara berhubung dengan pilihanraya.

7
(III) Memutuskan langkah-langkah tatatertib terhadap mana-mana Parti
Anggota, Anggota atau Ahli.
(IV) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan yang terkandung di dalam
Perlembagaan ini, menggubal peraturan-peratuan dan perintah-
perintah tetap yang dianggap mustahak untuk menyempurnakan
segala urusan Parti Perikatan Nasional.
(V) Menurunkan kuasa-kuasa kepada mana-mana jua Jawatankuasa yang
mungkin ditubuhnya.
(VI) Mewujudkan sebuah Jawatankuasa Tatatertib yang bertanggungjawab
ke atas hal-ehwal displin Parti Anggota, Anggota dan Ahli.
(VII) Meluluskan penubuhan dan menentukan keanggotaan Badan
Perhubungan Negeri dan Jawatankuasa Penyelaras Parlimen.
(VIII) Meluluskan penubuhan Jawatankuasa Wanita Parti Perikatan Nasional
dan Jawatankuasa Pemuda Parti Perikatan Nasional.

FASAL 9 PENGGANTI WAKIL

9.1 Parti-parti Anggota berhak mengalih-gantikan wakil atau wakil-wakil mereka


dalam Majlis Tertinggi atau Anggota dalam mana-mana jua jawatankuasa-
jawatankuasa dengan cara bersurat kepada Setiausaha Agung dan
penggantian itu berkuatkuasa mulai dari tarikh surat itu disampaikan.
9.2 Timbalan Pengerusi dan Wakil – wakil parti menurut Fasal 8.1 (VI) boleh
melantik satu (1) orang nama gantian untuk menjadi wakil semasa
ketiadaanya untuk menghadiri mesyuarat. Pemakluman perlu dilakukan
secara bertulis kepada Setiausaha Agung.
9.3 Pelantikan Majlis Tertinggi adalah berstatus tetap dan tidak boleh diganti
kecuali dengan persetujuan Anggota Majlis Tertinggi Perikatan Nasional.

FASAL 10 PEMBERITAHUAN MESYUARAT DAN AGENDA

Pemberitahuan mesyuarat Majlis Tertinggi dan agenda-agendanya hendaklah dibuat


sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum mesyuarat itu diadakan, melainkan
mesyuarat-mesyuarat tergempar yang boleh diadakan dalam tempoh yang lebih
singkat sebagaimana yang diarahkan oleh Pengerusi.

FASAL 11 KORAM

Koram mesyuarat Majlis Tertinggi hendaklah dengan kehadiran majoriti ahli-ahli


Majlis Tertinggi.

FASAL 12 KEKERAPAN MESYUARAT

12.1 Mesyuarat Majlis Tertinggi hendaklah diadakan sekurang-kurangnya empat


(4) kali setahun atas arahan Pengerusi atau pemangku pengerusi. Salah satu

8
(1) dari mesyuarat tersebut bolehlah dianggap sebagai Mesyuarat Agung
Tahunan Majlis Tertinggi.
12.2 Mesyuarat Luar Biasa Majlis Tertinggi boleh diadakan atas permintaan
bertulis kepada Setiausaha Agung dari sekurang-kurangnya separuh dari
jumlah Parti-parti Anggota. Setiausaha Agung kemudiannya hendaklah
memanggil mesyuarat itu dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh
penerimaan permintaan itu.

FASAL 13 KEPUTUSAN

Keputusan Mesyuarat Majlis Tertinggi hendaklah dibuat secara majoriti oleh ahli-ahli
Majlis Tertinggi di mana setiap ahli Majlis Tertinggi masing-masing mempunyai satu
(1) undi di mana Pengerusi tidak dikendaki untuk mengundi. Namun, jika sekiranya
keputusan yang dibuat didapati seri, maka Pengerusi mempunyai satu (1) undi
pemutus.

FASAL 14 PENANGGUHAN KEPUTUSAN

14.1 Mana-mana Parti Anggota, oleh sebab-sebab yang munasabah, tidak dapat
hadir dalam mana-mana Mesyuarat Majlis Tertinggi, berhak memohon
penangguhan terhadap pelaksanaan keputusan yang telah diputuskan dalam
mesyuarat itu, dan dalam hal yang demikian, Majlis Tertinggi hendaklah
mengadakan satu lagi mesyuarat secepat mungkin untuk membincangkan
semula perkara yang sama.

14.2 Dalam mesyuarat yang kedua tersebut, ketidakhadiran Parti Anggota tersebut
tidak boleh menghalang perlaksanaan keputusan yang telah diputuskan.

FASAL 15 TATATERTIB

Majlis Tertinggi mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap


mana-mana Parti Anggota, Anggota, Ahli Bergabung dan Ahli Bersekutu dengan
memberi amaran, menggantung atau memecat mana-mana Parti Anggota, Anggota,
Ahli Bergabung dan Ahli Bersekutu yang melakukan sesuatu yang bertentangan
dengan kepentingan Parti Perikatan Nasional.

FASAL 16 LAMBANG DAN BENDERA

16.1 Lambang dan bendera rasmi Parti Perikatan Nasional adalah berasaskan
perkataan “PERIKATAN NASIONAL”. Font yang digunakan adalah Gotham-
Ultra.
16.2 Perkataan “PERIKATAN NASIONAL” melambangkan permuafakatan dan
kesepakatan masyarakat Malaysia yang majmuk dalam semangat keluhuran
Perlembagaan Persekutuan ke arah perpaduan nasional.

9
16.3 Warna prussian blue menzahirkan perpaduan dan keharmonian rakyat,
kemakmuran dan keamanan Negara serta komitmen dan kewibawaan Parti
Perikatan Nasional.

16.4 Warna pantone white menzahirkan keikhlasan niat, kemurnian matlamat dan
integriti perjuangan.

Walaubagaimanapun, Parti Anggota bolehlah menggunakan lambang, lencana dan


bendera masing-masing jika difikirkan perlu.

10
11
FASAL 17 KEWANGAN

17.1 Punca Pendapatan


Punca pendapatan Parti Perikatan Nasional adalah dari sumbangan Parti-
parti Anggota dan juga sumbangan lain yang sah di sisi undang-undang.
17.2 Kuasa membelanjakan wang
Kuasa membelanjakan wang Parti Perikatan Nasional adalah terletak pada
Pengerusi dan Bendahari Agung.
17.2.1 Bendahari Agung hanya dibenarkan menyimpan wang tunai runcit
tidak melebihi Ringgit Malaysia Lima Puluh Ribu (RM 50,000.00)
pada satu – satu masa. Wang sedemikian mestilah disimpan di
tempat yang selamat di dalam Pejabat Berdaftar untuk kegunaan
perbelanjaan runcit parti.
17.2.2 Perbelanjaan yang melebihi Ringgit Malaysia Lima Ratus Ribu (RM
500,000.00) pada satu – satu masa tidak boleh dilakukan tanpa
kebenaran diperoleh terlebih dahulu daripada Majlis Tertinggi.
17.3 Kira-kira
Bendahari Agung akan menyimpan buku kira-kira pendapatan dan
perbelanjaan dan menyediakan Penyata Kira-Kira berakhir pada 31hb
12
Disember setiap tahun, yang mana setelah diaudit hendaklah dikemukakan
kepada Majlis Tertinggi di dalam Mesyuarat Agung Tahunannya untuk
disahkan.
17.4 Pemeriksa Kira-kira
Majlis Tertinggi hendaklah melantik pemeriksa kira-kira untuk mengaudit buku
kira-kira Parti Perikatan Nasional.

FASAL 18 PINDAAN PERLEMBAGAAN

Pindaan atau tambahan kepada Perlembagaan hanya boleh dibuat di dalam


mesyuarat Majlis Tertinggi, Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Tertinggi atau
Mesyuarat Luar Biasa Majlis Tertinggi di mana pindaan atau tambahan kepada
Perlembagaan mestilah mendapat persetujuan tidak kurang daripada dua pertiga
(2/3) ahli-ahli Majlis Tertinggi dan pindaan atau tambahan itu akan berkuat kuasa
setelah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.

FASAL 19 IBU PEJABAT

Ibu Pejabat Parti Perikatan Nasional terletak di B-4-3-1, Solaris Dutamas, No.1,
Jalan Dutamas 1, 50480 Kuala Lumpur atau di mana-mana jua yang ditetapkan oleh
Majlis Tertinggi dan diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan. Ibu Pejabat tersebut
hendaklah dinamakan “Ibu Pejabat Parti Perikatan Nasional”.

FASAL 20 PENTAFSIRAN UNDANG-UNDANG

Jika timbul sebarang kekeliruan tentang pentafsiran, susunan dan pengertian


mengenai mana-mana peruntukan di dalam fasal Perlembagaan ini atau mana-
mana peraturan dan perintah tetapnya, maka tafsiran, susunan dan pengertian
mengenai fasal itu yang dibuat dengan suara majoriti ahli-ahli Majlis Tertinggi adalah
terpakai dan muktamad.

FASAL 21 BADAN PERHUBUNGAN NEGERI

21.1 Badan Perhubungan Negeri hendaklah terdiri dari seorang Pengerusi,


Setiausaha, Ketua Penerangan dan Bendahari dan tiga (3) orang wakil dari
tiap-tiap Parti Anggota termasuk Naib Pengerusi, satu (1) orang wakil Wanita
bagi mewakili kesemua Jawatankuasa Wanita dari setiap Parti Anggota yang
dilantik oleh Jawatankuasa Wanita Parti Perikatan Nasional peringkat Negeri
dan satu (1) orang wakil Pemuda bagi mewakili kesemua Jawatankuasa
Pemuda dari setiap Parti Anggota yang dilantik oleh Jawatankuasa Pemuda
Parti Perikatan Nasional peringkat Negeri.
21.2 Tugas dan pelantikan pegawai-pegawai dalam Badan Perhubungan Negeri
adalah seperti berikut –

13
(I) Pengerusi

Pengerusi Parti Badan Perhubungan Negeri hendaklah dilantik oleh


Pengerusi Parti Perikatan Nasional dan hendaklah memegang
jawatannya selagi dikehendaki oleh Pengerusi Parti Perikatan Nasional
dan dia hendaklah memanggil dan mempengerusikan semua
mesyuarat Badan Perhubungan Negeri.

(II) Naib-Naib Pengerusi

Setiap Parti Anggota hendaklah melantik salah seorang dari tiga (3)
orang wakilnya itu sebagai Naib Pengerusi dalam Badan Perhubungan
Negeri dan mereka hendaklah memegang jawatan selagi dikehendaki
oleh parti yang mereka wakili. Semasa ketiadaan Pengerusi Badan
Perhubungan Negeri, seorang pemangku pengerusi hendaklah dipilih
dari kalangan Naib-Naib Pengerusi. Naib-Naib Pengerusi hendaklah
membantu Pengerusi Badan Perhubungan Negeri dalam menjalankan
tugas-tugasnya.

(III) Setiausaha

Setiausaha hendaklah dilantik oleh Pengerusi Badan Perhubungan


Negeri untuk memegang jawatan tersebut selama yang dikehendaki
oleh Pengerusi Badan Perhubungan Negeri dan beliau
bertanggungjawab ke atas hal-ehwal pentadbiran Badan Perhubungan
Negeri.

(IV) Ketua Penerangan

Ketua Penerangan hendaklah dilantik oleh Pengerusi Badan


Perhubungan Negeri untuk memegang jawatan tersebut selama yang
dikehendaki oleh Pengerusi Badan Perhubungan Negeri dan beliau
bertanggungjawab ke atas hal-ehwal penerangan Badan Perhubungan
Negeri.

(V) Bendahari

Bendahari hendaklah dilantik oleh Pengerusi Badan Perhubungan


Negeri untuk memegang jawatan tersebut selama yang dikehendaki
oleh Pengerusi Badan Perhubungan Negeri dan beliau
bertanggungjawab ke atas hal-ehwal kewangan Badan Perhubungan
Negeri.

14
21.3 Tugas, kuasa dan tanggungjawab Badan Perhubungan Negeri adalah seperti
berikut –

(I) Menyelaras aktiviti Parti Perikatan Nasional di peringkat Negeri.


(II) Bertindak sebagai badan perhubungan di antara Majlis Tertinggi
dengan Jawatankuasa-jawatankuasa Penyelaras Parlimen di dalam
negeri itu berhubung dengan semua perkara yang akan ditetapkan
oleh Majlis Tertinggi.
(III) Melaksanakan apa-apa jua arahan yang dikeluarkan oleh Majlis
Tertinggi, termasuk menubuhkan Jawatankuasa Wanita dan Pemuda
Parti Perikatan Nasional di peringkat Negeri.

21.4 Koram mesyuarat Badan Perhubungan Negeri hendaklah dengan kehadiran


majoriti ahli-ahli Badan Perhubungan Negeri.
21.5 Mesyuarat Badan Perhubungan Negeri hendaklah diadakan sekurang-
kurangnya empat (4) kali setahun atas arahan Pengerusi atau pemangku
pengerusi.

21.6 Kuasa membelanjakan wang Badan Perhubungan Negeri


21.6.1 Bendahari Badan Perhubungan Negeri hanya dibenarkan
menyimpan wang tunai runcit tidak melebihi Ringgit Malaysia Tiga
Puluh Ribu (RM 30,000.00) pada satu – satu masa. Wang
sedemikian mestilah disimpan di tempat yang selamat di dalam
Pejabat Berdaftar untuk kegunaan perbelanjaan runcit parti.
21.6.2 Perbelanjaan yang melebihi Ringgit Malaysia Tiga Ratus Ribu (RM
300,000.00) pada satu – satu masa tidak boleh dilakukan tanpa
kebenaran diperoleh terlebih dahulu daripada Badan Perhubungan
Negeri.

FASAL 22 JAWATANKUASA PENYELARAS PARLIMEN

22.1 Jawatankuasa Penyelaras Parlimen hendaklah mengandungi tiga (3) orang


wakil dari tiap-tiap Parti Anggota, satu (1) orang wakil Wanita bagi mewakili
kesemua Jawatankuasa Wanita dari setiap Parti Anggota yang dilantik oleh
Jawatankuasa Wanita Parti Perikatan Nasional peringkat Parlimen dan satu
(1) orang wakil Pemuda bagi mewakili kesemua Jawatankuasa Pemuda dari
setiap Parti Anggota yang dilantik oleh Jawatankuasa Pemuda Parti Perikatan
Nasional peringkat Parlimen, Ahli Parlimen dan Ahli-Ahli Dewan Undangan
Negeri dari Parti Perikatan Nasional jika ada, dan pegawai-pegawai yang
berikut hendaklah dilantik dari kalangan wakil-wakil Parti Anggota sahaja -

(I) Pengerusi
(II) Setiausaha
(III) Ketua Penerangan

15
(IV) Bendahari

22.2 Tugas dan perlantikan pegawai-pegawai dalam Jawatankuasa Penyelaras


Parlimen adalah seperti berikut –

(I) Pengerusi

Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Parlimen hendaklah dilantik oleh


Pengerusi Parti Perikatan Nasional dan hendaklah memegang
jawatannya selagi dikehendaki oleh Pengerusi Parti Perikatan Nasional
dan dia hendaklah memanggil dan mempengerusikan semua
mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras Parlimen tersebut.

(II) Setiausaha

Setiausaha hendaklah dilantik oleh Pengerusi Jawatankuasa


Penyelaras Parlimen dari salah seorang Jawatankuasa Penyelaras
Parlimen itu dan hendaklah memegang jawatannya selagi dikehendaki
oleh Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Parlimen dan beliau
bertanggungjawab ke atas hal-ehwal pentadbiran Parti Perikatan
Nasional di peringkat kawasan Parlimen tersebut.

(III) Ketua Penerangan

Ketua Penerangan hendaklah dilantik oleh Pengerusi Jawatankuasa


Penyelaras Parlimen dari salah seorang Jawatankuasa Penyelaras
Parlimen itu dan hendaklah memegang jawatannya selagi dikehendaki
oleh Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Parlimen dan beliau
bertanggungjawab ke atas hal-ehwal penerangan Parti Perikatan
Nasional di peringkat kawasan Parlimen tersebut.

(IV) Bendahari

Bendahari hendaklah dilantik oleh Pengerusi Jawatankuasa


Penyelaras Parlimen dari salah seorang Jawatankuasa Penyelaras
Parlimen itu dan hendaklah memegang jawatannya selagi dikehendaki
oleh Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Parlimen dan beliau
bertanggungjawab ke atas hal-ehwal kewangan Parti Perikatan
Nasional di peringkat kawasan Parlimen tersebut.

22.3 Ahli Parlimen dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dari Parti Perikatan
Nasional dalam Parlimen tersebut jika ada, dan tidak memegang mana-mana
jawatan pegawai Jawatankuasa Penyelaras Parlimen, hendaklah menjadi ex-

16
officio Jawatankuasa Penyelaras Parlimen selagi mereka menjadi Ahli
Parlimen atau Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri.
22.4 Tugas, tanggungjawab dan kuasa Jawatankuasa Penyelaras Parlimen adalah
seperti berikut –

(I) Memupuk persefahaman dan kerjasama di kalangan Parti-parti


Anggota dalam kawasan Parlimen itu berhubung dengan perkara-
perkara kepentingan bersama.
(II) Membantu dalam menyedia dan melaksanakan rancangan-rancangan
untuk orang ramai dalam kawasan Parlimen itu.
(III) Membantu untuk menerangkan dasar-dasar Parti Perikatan Nasional
kepada orang ramai dalam kawasan Parlimen itu.
(IV) Bertindak sebagai badan penyelaras untuk aktiviti-aktiviti Parti
Perikatan Nasional dalam kawasan Parlimen itu.

22.5 Koram mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras Parlimen hendaklah dengan


kehadiran majoriti ahli-ahli Jawatankuasa Penyelaras Parlimen.
22.6 Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras Parlimen hendaklah diadakan
sekurang-kurangnya tiga (3) setahun atas arahan Pengerusi atau pemangku
pengerusi.

22.7 Kuasa membelanjakan wang Jawatankuasa Penyelaras Parlimen


22.7.1 Bendahari Penyelaras Perlimen hanya dibenarkan menyimpan wang
tunai runcit tidak melebihi Ringgit Malaysia Dua Puluh Ribu (RM
20,000.00) pada satu – satu masa. Wang sedemikian mestilah
disimpan di tempat yang selamat di dalam Pejabat Berdaftar untuk
kegunaan perbelanjaan runcit parti.
22.7.2 Perbelanjaan yang melebihi Ringgit Malaysia Dua Ratus Ribu (RM
200,000.00) pada satu – satu masa tidak boleh dilakukan tanpa
kebenaran diperoleh terlebih dahulu daripada Jawatankuasa
Parlimen.

FASAL 23 YURAN

23.1 Tiap-tiap Parti Anggota hendaklah membayar yuran kemasukkan sebanyak


Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu (RM10,000.00) sahaja untuk mendaftar
sebagai Parti Anggota.

23.2 Tiap-tiap Ahli Bergabung hendaklah membayar yuran kemasukkan sebanyak


Ringgit Malaysia Satu Ribu (RM1,000.00) sahaja untuk mendaftar sebagai
Ahli Bergabung.

17
23.3 Tiap-tiap Ahli Bersekutu hendaklah membayar yuran kemasukkan sebanyak
Ringgit Malaysia Satu Ratus (RM100.00) untuk mendaftar sebagai Ahli
Bersekutu.

FASAL 24 KONVENSYEN

24.1 Konvensyen di peringkat kebangsaan dan di peringkat negeri boleh diadakan,


jika perlu.
24.2 Agenda, jumlah perwakilan daripada Parti-parti Anggota, tempat dan masa
diadakan konvensyen seperti Fasal 24.1 di atas akan ditentukan oleh Majlis
Tertinggi.

FASAL 25 PEMBUBARAN

Pertubuhan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan sekurang-


kurangnya tiga perempat (3/4) daripada jumlah ahli yang layak hadir dalam
Mesyuarat Majlis Tertinggi atau Mesyuarat Luar Biasa Majlis Tertinggi. Sekiranya
pertubuhan ini hendak dibubarkan, maka segala hutang dan tanggungan yang sah
mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal
hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam mesyuarat yang
mana keputusan pembubaran dibuat.

****************************************************

KOSONG

****************************************************

18

You might also like