You are on page 1of 10

Center for Center Foundation and General Student

MPU 3113 HUBUNGAN ETNIK

KERTAS CADANGAN TUGASAN VIDEO:


KETIDAKFAHAMAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA
MENCETUSKAN PERISTIWA 13 MEI

Disediakan Oleh:
NAMA NO MATRIK

AINA FARIHAH BINTI AMRAN 4193000911

NUR HASLINDA BINTI ISHAK 4193004511

NURUL SYAFIQAH BINTI MOHD KHAIRI 4193002421

RATHIMALAR A/P RASARATENAM 4193003651

SHAMINE MAISARA BINTI SUHAIMI 4193000131

VINISHA A/P RAJASINGAM 4193003621

DEEVASHINI A/P MARIA SOOSAY 4192006351

MEENE LOSHINI A/P JAYARAMAN 4192009071

ADAM SYAQIR 4192002851

PENSYARAH : ENCIK SHAHRIZAT BIN SAID

KUMPULAN 1 (SATU)
1.0 PENGENALAN

Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum dan keunikannya terserlah dengan

kemampuan rakyat yang berbilang kaum hidup dalam suasana yang aman sentosa. Di Negara kita,

hubungan kaum dapat dilihat dari segi hubungan-hubungan yang berbentuk konflik, persaingan dan

kerjasama. Hubungan konflik antara kaum di Malaysia banyak digambarkan melalui peristiwa 13 Mei

1969. Merujuk kepada hubungan persaingan pula ia dapat digambarkan menerusi persaingan dari segi

pendidikan, peluang pekerjaan dan kebudayaan. Sementara itu, hubungan kerjasama biasanya

melibatkan kerjasama atau pakatan dalam bidang politik.

Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang banyak meninggalkan kesan

terhadap politik, ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia. Peristiwa 13 Mei sememangnya bukan suatu

peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba atau kerana sebab-sebab yang spontan tetapi ianya merupakan

suatu rentetan kepada sebab-sebab atau peristiwa yang telah berlaku sebelumnya. Kesan pendudukan

Jepun di Tanah Melayu merupakan salah satu faktor yang turut menyumbang kepada peristiwa 13 Mei

1969. Selain itu kesan peninggalan penjajah Inggeris juga boleh dilihat sebagai punca kepada peristiwa

tersebut. Amalan diskriminasi oleh Inggeris contohnya telah banyak merenggangkan lagi hubungan

antara kaum di Tanah Melayu. Oleh itu sebagai rakyat Malaysia, seharusnya kita mengetahui apa yang

tersurat dan tersirat di sebalik peristiwa 13 Mei 1969.

2.0 TEMA

Perlembagaan.

3.0 TAJUK

Ketidakfahaman perlembagaan Malaysia mencetuskan Peristiwa 13 Mei.

4.0 BENTUK VIDEO

Inforgrafik.
5.0 PERMASALAN KAJIAN

1) Imej negara tercemar - Peristiwa 13 Mei telah menjadi sejarah buat rakyat Malaysia di

mana berlakunya rusuhan antara kaum melayu dan cina. Ini telah menyebabkan imej negara

telah tercemar akibat dari rusuhan yang berlaku. Negara lain telah memandang serong

terhadap negara kita kerana pergelutan yang berlaku sehingga mengakibatkan perpecahan

kaum di Malaysia. Selain itu, Malaysia juga telah mengisytiharkan darurat pada ketika itu.

Ekonomi Malaysia juga telah jatuh akibat daripada peristiwa ini

2) Kawalan sistem keselamatan lemah - Kawalan keselamatan yang lemah telah

mangakibatkan berlakunya rusuhan ini secara lebih ganas. Banyak nyawa yang telah

terkorban akibat rusuhan yang berlaku. Pihak tentera gagal menerima maklumat mengenai

khabar angin yang mengatakan mengenai kekacauan yang akan berlaku menyebabkan

risikan tidak dapat dijalankan oleh mereka.

3) Isu perkauman - Isu perkauman adalah suatu isu yang sangat sensitif kepada negara yang

mempunyai pelbagai kaum. Hal ini berlaku, semasa perarakan yang berlaku dalam

pencapaian kegemilangan dalam pilihanraya pada 11 Mei 1969, terdapat segelintir

pengikut perarakan telah mengeluarkan slogan-slogan yang bersifat sensitif berkenaan isu

perkauman. Kaum cina tidak berpuas hati dan telah berarak di kawasan melayu dan telah

melontar penghinaan sehingga mendorong kepada kejadian tersebut berlaku. Sesetengah

penunjuk perasaan membawa penyapu di mana dikatakan simbol untuk menghalau orang

melayu keluar dari Kuala Lumpur. Mereka berselisih faham sehingga mengakibatkan

kejadian ini menjadi lebih teruk sehingga ada yang terkorban nyawa.

4) Taraf ekonomi yang berbeza - Layanan penjajah terhadap rakyat berbeza mengikut kaum

dapat dilihat dari segi ekonomi yang dijalankan pada masa itu. Hal ini dilakukan dengan

sengaja oleh penjajah supaya tiada kesepaduan antara kaum dan rancangan itu berjaya
kerana timbul rasa tidak puas hati antara kaum terhadap kaum yang lain yang menyebabkan

tercetusnya peristiwa 13 Mei.

5) Perbezaan pandangan, agama dan latar belakang - Perbezaan ini terjadi kerana

kurangnya perkongsian informasi terhadap budaya dan agama antara kaum. Hal ini terjadi

kerana sistem pendidikan yang berbeza seperti sekolah melayu, cina, india dan inggeris

yang mempunyai kurikulum tersendiri. Ini menambahkan lagi jurang antara kaum kerana

setiap setiap kaum tidak diajar tentang kaum lain yang menyebabkan tiada sikap toleransi

sesama sendiri.

6.0 OBJEKTIF

Untuk mencapai tujuan kajian ini, beberapa objektif dinyatakan sebagai garis panduan untuk kajian

ini. Antara objektif kajian adalah :

1) Menghuraikan tentang punca-punca tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969.

2) Menjelaskan kesan yang timbul daripada peristiwa 13 Mei 1969.

3) Mengetahui tentang langkah-langkah yang diambil bagi mengatasi masalah ini.

4) Mengetahui iktibar yang menjadi pengajaran kepada negara setelah tragedi 13 Mei 1969

7.0 SINOPSIS

Pada 13 Mei 1969, telah berlaku rusuhan antara kaum Melayu dan kaum Cina di Tanah Melayu.

Rusuhan tersebut telah meragut banyak nyawa yang tidak bersalah dan ia telah dikatakan berkait rapat

dengan masalah Pilihan Raya Umum 10 Mei 1969. Rusuhan tersebut telah memecah-belahkan

perpaduan di antara kaum Melayu dan kaum Cina. Pada kempen Pilihan Raya tersebut pihak

pembangkang telah membangkitkan isu berkaitan dengan bangsa Melayu. Diantara isu yang telah

dibangkitkan oleh pihak pembangkang ialah isu Bahasa Kebangsaan, kedudukan istimewa orang

Melayu sebagai bumiputera dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Parti perikatan yang dianggotai

oleh UMNO, MIC dan MCA telah memenangi pilihan raya tersebut dan telah mengadakan perarakan
yang berbaur perkauman yang diadakan disekitar Kuala Lumpur. Pergerakan tersebut telah dibalas oleh

masyarakat Cina. Pergerakan demi pergerakan telah menyebabkan berlakunya rusuhan yang

mengakibatkan kematian dari pelbagai kaum sehingga kerjaan terpaksa menyistiharkan darurat.

Kerajaan juga telah menangkap tokoh-tokoh mendokong rusuhan, perintah berkurung dilaksanakan,

pengawalan berita, radio dan televisyen, penapisan penerbitan akhbar dan pengharaman jurnal terbitan

parti-parti politik.

KETIDAKFAHAMAN
PERLEMBAGAAN

KEGAGALAN DASAR
SISTEM PERPECAHAN
KESELAMATAN PERPADUAN KAUM
PUNCA
BERLAKU
PERISTIWA 13
MEI

JURANG PERBEZAAN
PENDIDIKAN STATUS EKONOMI

Pada 16 Mei 1969, MAGERAN telah ditubuhkan atas titah DYMM Yang di-Pertuan Agong ketikak

itu, Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah untuk memulihkan keamanan negara selepas peritiwa 13

Mei. Antara tindakan dan langkah yang dibuat oleh MAGERAN dalam usaha ini adalah

memperkenalkan Rukun Negara yang digunapakai sehingga ke hari ini terutatama sekali oleh semua

sekolah di Malaysia bagi meningkatkan kefahaman semua rakyat pada perlembagaan negara dan

perpaduan tanpa mengira kaum, warna kulit, bangsa dan agama. Selain itu, Dasar Ekonomi Baru (DEB)

yang menghapuskan pengenalan kaum dengan satu aktiviti ekonomi untuk membasmi kemiskinan tegar

juga diperkenalkan. Di samping itu, dasar-dasar lain juga diperkenalkan bagi mengukuhkan perpaduan
antara rakyat seperti Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar

Pembangunan Nasional (DPN). Usaha berhasil kerana selepas peristiwa itu, kebanyakan parti politik

menyedari kepentingan bersatu dalam menggabungkan pelbagai kaum untuk memastikan keamanan

negara.

KANDUNGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN


(Terdiri daripada 15 Bahagian yang mengandungi 183 Perkara)
BAHAGIAN BUTIR-BUTIR PERKARA
1 Negeri-negeri, Agama dan Undang-undang Persekutuan Perkara 1-4
2 Kebebasan Asasi Perkara 5-13
3 Kewarganegaraan Perkara 14-31
4 Persekutuan Perkara 32-69
5 Negeri-negeri Perkara 70-72
6 Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri Perkara 73-95E
7 Peruntukan Kewangan Perkara 96-112D
8 Pilihan raya Perkara 113-120
9 Badan Kehakiman Perkara 121-131A
10 Perkhidmatan-perkhidmatan Awam Perkara 132-148
11 Kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif dan Kuasa-kuasa Perkara 149-151
Darurat
12 Am dan Pelbagai Perkara 152-160B
12A Perlindungan Tamabahan bagi negeri Sabah dan Sarawak Perkara 161-161H
13 Peruntukan Sementara dan Peralihan Perkara 162-180
14 Kecualian bagi kedaulatan, Raja-raja dan sebagainya Perkara 181
15 Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Perkara 182-183

Antara perkara-perkara yang boleh dikaitkan dengan isu ketika Peristiwa 13 Mei adalah :

1) BAHAGIAN 1

 Perkara 3 (1) : Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh

diamalkan dengan aman dan damai dimana-mana bahgian Persekutuan.

2) BAHAGIAN 2

 Perkara 10 : Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan

 Perkara 11 : Kebebasan beragama


 Perakara 12 (1) : Hak berkenaan dengan pendidikan – tidak boleh ada diskriminasi

terhadap mana-mana warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan atau

tempat lahir

3) BAHAGIAN 3

 Perkara 14 : Kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang

 Perkara 15-16A : Kewarganegaraan melalui pendaftaran

 Perkara 19 : Kewarganegaraan melalui penaturalisasian

 Perkara 22 : Kewarganegaraan melalui penggabungan wilayah

4) BAHAGIAN 4

 Perkara 32 (1) : Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, digelar Yang di-Pertuan Agong

5) BAHAGIAN 5

 Perkara 70 : Keutamaan Raja dan Yang-diPertua Negeri

6) BAHAGIAN 12

 Perkara 152 (1) : Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu

 Perkara 153 (1) : Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab untuk melindungi

kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah

dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain


8.0 PERANAN & BIDANG

TUGAS NAMA BIDANG TUGAS

Pengarah  Adam Syaqir  merancang dan memantau pasukan produksi di


dalam set, jadual dan penggambaran dan
memastikan waktu jadual ditepati
 melatih para pelakon dan mengarah mereka ke
arah persembahan lakonan yang terbaik.
 memelihara kualiti sinematografi dan aspek
teknikal.

Pembantu  Nur Haslinda binti Ishak  bergantung kepada Pengarah sesebuah


Pengarah program yang diterbitkan
 menentukan masa produksi
 menyediakan arahan berikutnya
 penyediaan awal shot-shot kamera

Penulis  Nurul Syafiqah binti  menghasilkan dan menulis sinopsis atau plot
Skrip Mohd Khairi penceritaan untuk video
 Aina Farihah binti  membahagikan dialog kepada pelakon
Amran

Pembantu  Shamine Maisara binti  membantu dalam penghasilan video dari segi
Suhaimi rakaman, skrip dan pemikiran jalan cerita
 Deevanishi a/p Maria
soosay
 Meene Loshini a/p
Jayaraman

Penyunting  Vinisha A/P Rajasingam  membuat penilaian, penyemakan dan


 Rathimalar a/p penambahbaikan pada video sebelum disunting
Rasaratenam  menyunting video
 menjadikan video lebih berinformasi dan
menarik
9.0 PROSES KERJA

MINGGU M1 M2 M3 M4 M5 M6
PERANCANGAN
AKTIVITI
Pemilihan ahli
kumpulan
Perbincangan
bersama ahli
kumpulan
Pembahagian tugas
dan perancangan

Struktur proposal

Rangka video

MINGGU M7 M8 M9 M10 M11 M12


PERANCANGAN
AKTIVITI
Persediaan
menghasilkan
video
“Shooting”

Penambahbaikan
video
Hasil akhir

Pembentangan
hasil kerja

10.0 RUMUSAN

Isu ini perlu dikaji supaya kita dapat mengetahui tentang sejarah peristiwa hitam yang berlaku di

Malaysia yang melibatkan isu perkauman. Kita dapat mengkaji tentang punca tercetusnya Peristiwa 13

Mei, kesan kepada rakyat, langkah yang diambil oleh kerajaan untuk membendung rusuhan dan

pengajaran yang boleh kita ambil untuk mengelakkan isu seperti ini berlaku kembali. Daripada kajian
ini, kita dapat belajar bahawa toleransi antara rakyat amat penting kepada sesebuah negara terutama

sekali negara yang mempunyai berbilang kaum. Perlembagaan Persekutuan juga memainkan peranan

yang penting untuk membentuk dan memupuk perpaduan. Rakyat seharusnya memberikan kerjasama

kepada kerajaan dengan memahami dan menghormati Perlembagaan supaya tiada salah faham atau

berlakunya agenda-agenda yang tidak baik dari pihak ketiga yang berusaha untuk memecahbelahkan

perpaduan antara rakyat Malaysia. Kajian ini akan membuka mata rakyat Malaysia bahawa kita harus

bersatu padu agar Malaysia sentiasa aman, damai dan bebas dari isu perkauman.

You might also like