You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN PRASEKOLAH SKMB II

BIL. 2 TAHUN 2020

TARIKH : 22 Oktober 2020

HARI : Khamis

MASA : 12.30 pm

TEMPAT : Kelas Pra Mawar

KEHADIRAN :

1. En.Mohamad Zubir b. Mohamad Madian


2. Pn Izyan Hazwani bt Azmi
3. Pn Farizam bt Mohd Noor
4. Pn.Siti Hanum bt. Che Ya
5. Pn.Yusnita bt.Yusof
6. Pn.Norhana bt Abd Hamid

1.0 UCAPAN PENGERUSI

1.1 En.Mohamad Zubir b. Mohamad Madian mengucapkan terima kasih kepada


semua guru dan pembantu pengurusan murid prasekolah kerana sudi hadir pada
mesyuarat pengurusan Prasekolah SKMB II kali ke-2 bagi tahun 2020.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Pn Izyan Hazwani bt Azmi mencadangkan agar minit mesyuarat yang lalu
disahkan dan disokong oleh Pn.Siti Hanum Bt.Che Ya.

3.0 PERKARA BERBANGKIT

3.1 Tiada perkara berbangkit.


4.0 AGENDA MESYUARAT

4.1 PENGURUSAN PRASEKOLAH

4.1.1 Fail Pengurusan Prasekolah


- Tuan pengerusi memaklumkan bahawa fail pengurusan prasekolah
telah dikurangkan bilangan daripada 15 kepada 9 unit fail.
- Guru dan pembantu pengurusan murid perlulah merujuk kepada
buku panduan pengurusan prasekolah yang telah diedarkan oleh
pihak Pejabat Pendidikan Daerah.
- Guru dan pembantu pengurusan murid dibenarkan untuk membuat
muka hadapan dan tetulang mengikut kreativiti sendiri.
- Merujuk kepada pertanyaan oleh Pn Norhana, tuan pengerusi
menjelaskan bahawa visi dan misi prasekolah boleh dirujuk dalam
laman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
- Bagi maklumat berkaitan Pekeliling, guru dan pembantu pengurusan
murid boleh mendapatkannya dalam laman rasmi KPM dan
pekeliling yang dimaksudkan adalah pekeliling berkaitan
prasekolah.

4.1.2 Perancangan Tahunan


- Tuan penyelaras memaklumkan perancagan tahunan yang telah
dirancang untuk 3 tahun tidak dapat dijalan seperti yang dirancang.
Hal ini kerana SOP yang digariskan oleh pihak KPM dimana
program yang dijalankan adalah tidak boleh melibatkan pihak luar.

4.1.3 Nota Minta


- Tuan Penyelaras memaklumkan nota minta perlulah disiapkan
secepat yang mungkin dan guru perlua menyemak nota minta
tersebut sebelum dihantar kepada kerani.

4.2 HAL EHWAL MURID.

4.2.1 Jumlah Murid Terkini


- Tuan penyelaras memaklumkan bilangan murid terkini bagi tahun
2020 adalah seramai 72 orang iaitu 30 orang murid 5 tahun dan 42
orang murid 6 tahun.
4.2.2 Permohonan Prasekolah 2021
- Tuan penyelaras memaklumkan pemohanan prasekolah bagi tahun
2021 adalah seramai 64 orang.
- Tuan penyelaras juga memohon guru atau pembantu pengurusan
murid yang menerima borang permohanan prasekolah untuk
menyemak borang dengan teliti.
- Pastikan dokumen yang disertakan adalah seperti yang
disenaraikan.

4.3 KURIKULUM
4.3.1 Program Peningkatan Akademik
- Tuan penyelaras memaklumkan program peningkatan akademik
bolh di laksankan tetapi memandangkan keadaan sekarang masih
belum terkawal, jadi bilangan murid yang hadir adalah pada tahap
sederhana.

4.3.2 Hari Anugerah Akademik


- Tuan penyelaras memaklumkan hari akademik akan dilangsungkan
bergabung dengan sekolah kebangsaan.
- Hadiah akan menggunakan peruntukan kokurikulum jadi kertas
kerja perlu dihasilkan bagi menggunakan peruntukan kokurikulum.

4.3.3 Pengisian Data IPPK


- Tuan penyelaras memohon guru jujur dalam pengisian data IPPK.
- Pastikan tiada amalan ‘copy & paste’ ketika pengisian data IPPK.
- Tarikh perlaksanaan penilaian adalah bermula 1 Julai 2020 hingga
20 November 2020.
- Penilaian yang terlibat adalah melibatkan penilaian fasa kedua
sahaja.
- Pembantu Pengurusan Murid boleh membantu guru membuat
penilaian terhadap murid sama ada melalui pemerhatian mahupun
ketika proses menyiapkan tugasan yang berikan.
- Sekiranya terdapat persoalan berkaitan IPPK, guru dan pembantu
pengurusan murid boleh merujuk En.Mohamad Zubir b. Mohamad
Madian
4.4 HAL-HAL LAIN
4.4.1 Tuan pengerusi memaklumkan bahawa kerja-kerja penyelenggaraan dan
baik pulih prasekolah sedang dijalankan dan dijangka mengambil masa
selama 6 minggu untuk menyiapkannya.
4.4.2 Sebarang kerja penyelenggaraan perlulah mengikut spesifikasi dalam
VQ.
4.4.3 Tuan penyelaras memaklumkan pihak prasekolah telah menerima kerusi
dan meja baharu. Kerusi dan meja tersebut akan diedarkan mengikut
bilangan yang telah dimohon mengikut kelas masing-masing.
4.4.4 Beliau juga memaklumkan sebarang aduan yang diterima oleh waris
akan terus dilaporkan kepada pentadbir dan bukannya melalui
penyelaras.
4.4.5 Dimohon pembantu pengurusan murid mematuhi waktu rehat yang telah
ditetapkan iaitu pukul 1 hingga pukul 2 bagi hari Isnin hingga Khamis
manakala pada hari Jumaat adalah pad pukul 12.15 hingga pukul 2.45.
4.4.6 Tuan penyelaras juga menegaskan bahawa orang luar tidak dibenarkan
masuk dan berlegar-legar di kawasan prasekolah bagi mengelakkan
perkara yang tidak diingini. Sebarang aktiviti keluar masuk orang luar
haruslah mendapat kebenaran daripada pihak pentadbir.
4.4.7 Pn Farizam bertanya tentang pembahagian murid tahun 2021. Tuan
pengerusi memaklumkan pembahagian murid belum dilakukan kerana
masih terdapat waris yang belum menjawab sama ada menerima
ataupun menolak pemohonan prasekolah.

5.0 PENUTUP
5.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan memohon guru dan pembantu
pengurusan murid memberikan kerjasama bagi aktiviti yang dirancang pada
tahun 2020.
5.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.15 pm

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

…………………………… ………………………………

(Pn Izyan Hazwani bt Azmi) (Pn.Faridah bt Temyazi)


Guru Prasekolah SKMB II Guru Besar SKMB II

You might also like