You are on page 1of 5

Pengenalan

Falsafah pendidikan islam di malaysia diungkapkan dalam bentuk pernyataan


sebagai “ suatu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan
penghayatan islam berdasarkan alquran dan sunnah bagi membentuk sikap,
kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang
mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar
dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan di akhirat”
(Shamsina Shamsuddin & Akhiar Pardi, 2015).

Untuk mencapai matlamat yang besar seperti di atas, setiap umat islam perlu
bermula daripada asas dalam agama iaitu alquran. Hal ini kerana di dalam alquran
Allah telah menceritakan segalanya merangkumi semua aspek kehidupan untuk kita
jadikan sebagai panduan hidup. Oleh itu, mempelajarinya merupakan satu
kewajipan bagi kita.

Pendidikan alquran ini perlu dititikberatkan sejak kecil lagi, oleh itu ibu bapa
dan guru-guru memainkan peranan penting untuk mendidik anak-anak ini. Bagi
guru-guru, kita seharusnya menyediakan proses Pengajaran dan Pembelajaran
yang berkesan supaya murid-murid mendapat input yang baik. PdP yang baik
bermula dengan perancangan yang baik. Oleh itu, penyediaan rancangan
pengajaran harian guru amatlah penting untuk memastikan PdP yang dijalankan
berkesan.
Huraian Rancangan Pengajaran Harian

Tajuk yang dipilih untuk Rancangan Pengajaran Harian bagi matapelajaran


pendidikan islam ini ialah asuhan tilawah al quran iaitu tentang bacaan dan tajwid.
Surahnya ialah surah attin dan tajwidnya adlah izhar halqi. Rph ini adalah untuk
murid tahun 6 yang seramai 23 orang dan berdurasi selama 60 minit.

Objektif pembelajaran ialah, pada akhir pembelajaran murid dapat membaca


surah attin dalam masa yang diperuntukkan dan murid dapat membaca surah attin
dengan betul dan bertajwid dalam masa yang telah diperuntukkan

Set induksi

Setelah selesai pelajar membaca doa, set induksi bagi pengajaran ini
dimulakan dengan guru menayangkan video mengenai khasiat buah tin. Kemudian
guru akan bertanya beberapa soalan kepada murid supaya mereka mendapat
gambaran apa yang akan mereka belajar.

Setelah itu, guru akan mengaitkan video dengan tajuk yang akan dipelajari.
Penggunaan video di awal pembelajaran adalah sangat efektif kerana ia mampu
menarik minat pelajar.

Langkah 1

Langkah 1 ialah guru akan menayangkan power point yang mengandungi


carta ayat surah attin. Kemudian guru akan membaca potongan ayat itu terlebih
dahulu dan murid mendengar bacaan itu dengan teliti. Setelah itu murid akan
membaca surah attin mengikut bacaan guru berdasarkan carta ayat.

Langkah 2

Langkah 2 pula ialah sesi latih tubi di mana murid akan membaca potongan
ayat pada carta ayat tanpa bantuan guru. Murid membaca potongan ayat tersebut
secara bergilir-gilir dalam satu kelas tersebut dan guru akan membetulkan
kesalahan bacaan murid secara langsung.
Langkah 3

Langkah 3 ialah di mana guru memberi pendedahan tentang tajwid untuk


mengukuhkan lagi bacaan murid. Tajwid yang akan di ajar dalam PdP ini ialah izhar
halqi. Mula-mula guru akan menerangkan secara jelas mengenai hukum tajwid
tersebut kepada murid. Kemudian murid akan ditanyakan soalan mengenai hukum
tajwid tersebut melalui aktiviti pen beracun.

Aktiviti ini sama dengan kotak beracun tetapi dengan menggunakan sebatang
pen. Caranya ialah Guru akan memainkan lagu dan murid akan menghulurkan pen
tersebut kepada rakan sebelah sehingga lagu berhenti dan orang terakhir
memegang pen ketika lagu berhenti akan dipanggil ke hadapan untuk menjawab
soalan.

Penutup

Di akhir PdP guru akan bersoal jawab dengan murid berkaitan seluruh isi
pelajaran pada hari tersebut sebagai penilaian kepada kefahaman murid. Sebelum
guru keluar kelas, guru akan menasihati pelajar supaya sentiasa membaiki bacaan
mereka.

Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik.

Strategi yang digunakan di dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran ini


adalah strategi berpusatkan guru iaitu pembelajaran secara langsung. Berdasarkan
strategi ini, guru memainkan peranan aktif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran manakala murid pula berperanan untuk menerima pengajaran secara
pasif (Shamsina Shamsuddin & Akhiar Pardi, 2015).

Untuk melaksanakan strategi ini, murid terlebih dahulu akan diajarkan


perkara-perkara asas sebelum diajar konsep yang baru. Sebagai contoh, dalam
proses pengajaran dan pembelajaran ini, guru akan ajar untuk membaca surah attin
dengan mengikut bacaan guru dahulu kemudian barulah diajarkan tentang hukum-
hukum yang terdapat di dalam surah tersebut.
Pendekatan yang digunakan pula ialah pendekatan deduktif. Pendekatan ini
berbentuk pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru di mana murid akan
diberikan penerangan tentang isi pelajaran. Pendekatan deduktif juga merupakan
penalaran dari hal yang umum kepada khusus atau penerapan generalisasi pada
peristiwa yang khusus (Anton, M.Moeliono, 1997) Contoh yang terdapat dalam rph
ini ialah ketika guru menerangkan kepada pelajar tentang hukum izhar halqi. Antara
kelebihan pendekatan ini ialah ianya menyediakan kaedah pengajaran yang
berstruktur dengan jelas, membahagikan langkah-langkah pelajaran kepada kuliah
berstruktur dan sebagainya. Guru pula akan dapat merancang pengajaran secara
sistematik untuk murid.

Kaedah yang digunakan ialah talaqqi musyafahah. Kaedah ini telah


digunakan oleh malaikat jibril a.s ketika mula-mula menyampaikan wahyu kepada
baginda nabi muhammad s.a.w. Ia merupakan kaedah berdepan antara guru
dengan murid. Di dalam kelas, guru akan membaca ayat yang tertera pada carta
ayat dengan jelas supaya semua pelajar kemudian pelajar akan mengikut bacaan
guru tadi termasuklah dari segi makhraj dan tajwidnya.

Teknik untuk melakukan talaqqi musyafahah ini adalah guru akan mula
membaca ayat al quran pilihan dengan agak kuat supaya dapat didengari dengan
jelas sebutan huruf dan tajwid yang betul oleh murid. Bacaan yang berlagu akan
membantu murid untuk membina kelancaran dalam bacaan. Guru juga mestilah
membaca dengan mengikut kadar pernafasan murid.

Bacaan guru mestilah mengikut lagu atau irama yang mudah pada peringkat
awal supaya murid mudah menerimanya. Setelah guru membaca, murid akan
mengulangi bacaan tersebut secarai beramai-ramai. Guru perlu mengulangi bacaan
tersebut beberapa kali sebelum murid membacanya secara individu. Guru juga perlu
memastikan murid membaca dengan jelas dan kuat.

Rumusan

Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian bukanlah satu perkara yang


boleh diambil ringan kerana ianya akan menentukan perjalanan proses pengajaran
dan pembelajaran. Seandainya seseorang guru itu memasuki kelas tanpa
persediaan yang rapi maka proses pembelajaran yang berlaku tidak begitu
berkesan.

Dalam konteks pendidikan islam, guru seharusnya sentiasa membuat


persediaan rapi termasuklah rancangan pengajaran harian kerana ilmu yang ingin
disampaikan di dalam pendidikan islam ini bukanlah ilmu biasa. Ianya ilmu yang
akan membawa kejayaan di dunia dan akhirat. Oleh itu, penyediaan yang harus
dititikberatkan untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan.

You might also like