You are on page 1of 4

LAPORAN LAWATAN PENILAIAN AKREDITASI PENUH

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN


SEJARAH PENDIDIKAN SEJARAH DAN PENIDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
AMBILAN JUN 2014
OLEH
AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA (MQA)

TARIKH : 28-29 Jun 2018 (Khamis-Jumaat)

MOD PENILAIAN : Mengikut keperluan COPPA MQA

SKOP PENILAIAN : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian

Sejarah Pendidikan Rendah (MQA/FA 8274) dan Penididikan Awal Kanak-Kanak

(MQA/FA 8275)

AHLI PANEL PENILAI : Prof. .Dr. Abdull Sukor Bin Shaari (Ketua)

: Prof. Madya Dr. Ainuddin Lee Bin Abdullah

: Prof. Dr. Rio Sumani Binti Shariffudin

: Prof. Dr. Nordin Bin Mamat

PEGAWAI MQA : Pn. Kamala A/P Kandasamy

: Pn. Noor Aini Binti Zulkefli

ENTRY MEETING

1. Ucapan Pengarah IPGK PM

Pn. Siti Norkiah binti Idris, Pengarah IPGK PM merangkap pengerusi Majlis Mesyuarat
Pembukaan Panel Penilaian Akreditasi Penuh MQA Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(PISMP) Pendidikan Awal Kanak-kanak (PAKK) dan Sejarah Pendidikan Rendah (Sejarah)
Ambilan Jun 2014.
Pengerusi mengalu-alukan kehadiran pasukan panel MQA dan wakil IPGM dan menjelaskan
tentang IPGK PM khususnya PISMP menerusi persembahan slaid seperti berikut:
a. Sejarah IPGK PM secara ringkas
IPGK PM yang dikenali sebagai Maktab Perguruan Perempuan Melayu atau Malay Women
Training telah dinaik taraf sebagai IPG pada 13 Julai 2005 dan melayakkannya menawarkan
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan mulai ambilan Jan 2007. Sebagai salah satu daripada
27 kampus Institut Pendidikan Guru (IPG) Kementerian Pendidikan Malaysia ia berfungsi
sebagai pusat latihan perguruan pra perkhidmatan untuk program-program perguruan
khususnya PISMP.
b. Visi dan Misi IPGK PM
Visi - Institut Pendidikan Guru Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru
Misi - Institut Pendidikan Guru melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik melalui
program pembangunan guru yang dinamik ke arah pendidikan sekolah bertaraf dunia

c. Carta Organisasi IPGK PM


IPGK PM mempunyai 12 Jabatan Akademik, satu Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan enam Unit
Pengurusan Profesional.

d. Program Yang Ditawarkan Jan dan Jun 2018


Terdapat dua program yang ditawarkan iaitu Kursus Pra Perkhidmatan Sepenuh Masa Januari
2018 yang melibatkan PISMP, PPISMP dan PDPM yang berjumlah seramai 286 pelajar.
Sementara Kursus Pra Perkhidmatan Kursus Dalam Cuti yang melibatkan PDPLI yang
berjumlah seramai 56 pelajar.

e. Maklumat staf
Jumlah staf akademik dan pentadbiran IPGK PM ialah 266 orang iaitu 160 orang staf akademik
dan staf ialah 106 orang satf pentadbiran. Staf akademik yang berkelulusan Ph.D adalah
seramai 21 orang, Sarjana 122 orang dan Sarjana Muda seramai 17 orang.

f. Kelayakan Staf Akademik PAKK dan Sejarah


Pensyarah Jabatan Pra Sekolah terdiri daripada 2 orang yang memiliki Ijazah Doktor Falsafah
da 4 orang lagi Ijazah Sarjana. Bagi Unit Sejarah, 2 orang pensyarah memiliki Phd. dan 6 orang
lagi Ijazah Sarjana.

g. Pengenalan PISMP
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) adalah satu program latihan perguruan
praperkhidmatan untuk melatih guru sekolah rendah yang berijazah di bawah sistem pendidikan
kebangsaan. Kurikulum PISMP bersifat holistik, mengintegrasikan ilmu pengetahuan,
kemahiran dan nilai bagi menyediakan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik.
h. Matlamat PISMP
Untuk melahirkan guru siswazah sekolah rendah yang terlatih, dinamik, berwibawa dan
kompeten dalam melaksanakan tugas-tugas mereka sebagai pendidik dan memenuhi hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru

i. Enrolmen PAAK dan Sejarah


Jumlah pelajar PAAK adalah 59 orang iaitu terdiri daripada 22 orang (Ambilan Jun 2014), 15
orang (Ambilan Jun 2016) dan 22 (Ambilan Jun 2018). Jumlah pelajar Sejarah adalah 48 orang
iaitu terdiri terdiri daripada 20 orang (Ambilan Jun 2014), 13 (Ambilan Jun 2015), 15 orang
(Ambilan Jun 2016) dan 20 (Ambilan Jun 2018).

j. Kursus Tambahan PAKK Ambilan Jun 2014


Terdapat 6 kursus tambahan ditawarkan kepada pelajar PAKK Ambilan Jun 2014. Pada Sem I
Tahun 4, kursus Pengurusan Kecemasan dalam PAKK, Bimbingan dan Asuhan Dalam PAKK
dan Sains Awal dalam PAKK telah ditawarkan. Setiap kursus membawa 3 kredit masing-
masing. Pada Semester 2 Tahun 4, kursus Matematik Awal Dalam PAKK, Pengajian Sosial dan
Keselamatan, Kesihatan dan Pemakanan Dalam PAKK telah ditawarkan. Hanya kursus
Matematik Awal Dalam PAKK membawa 2 kredit dan dua lagi kursus membawa 3 kredit
masing-masing.

k. Kemudahan Infrastruktur
Prasarana yang ada di IPGK PM merangkumi Anjung Ehsan, Anjung Hikmah (blok
pengurusan), Anjung Cendekia, Blok Akademik di Anjung Budiman, Anjung Jauhari dan Anjung
Makmur, Dewan Serbaguna (Seri Kandi), Dewan Kuliah (Tun Fatimah), Pusat Islam, Muzium,
Bilik-bilik kuliah / tutorial dan bilik-bilik khas.

l. Aktiviti akademik dan kokurikulum (termasuk Beyond Proforma) pelajar PAKK dan
Sejarah
Selain aktiviti akademik, terdapat juga aktiviti kokurikulum, lawatan penanda aras, BIG, Khidmat
Masyarakat, Simulasi, lawatan sambil belajar, perkhemahan dan kesukarelawanan. Kesimpulan
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PAKK dan Sejarah) adalah untuk melahirkan guru
yang berkualiti dari segi penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, dan keterampilan
profesionalisme keguruan. IPGK PM khususnya Jabatan Prasekolah dan Jabatan Sains Sosial
telah berusaha melaksanakan dan menyediakan segala prasarana serta kemudahan bagi
mencapai matlamat melahirkan guru PAKK dan guru Sejarah yang unggul.
Kesimpulan
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PAKK dan Sejarah) adalah untuk melahirkan guru
yang berkualiti dari segi penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, dan keterampilan
profesionalisme keguruan. IPGK PM khususnya Jabatan Prasekolah dan Jabatan Sains Sosial
telah berusaha melaksanakan dan menyediakan segala prasarana serta kemudahan bagi
mencapai matlamat melahirkan guru PAKK dan guru Sejarah yang unggul.

You might also like