You are on page 1of 4

MAJLIS SANJUNGAN BUDI LAMBAIAN KASIH

Majlis Persaraan Penolong Kanan Pentadbiran, Ustaz Hasbullah Bin Paujan


1 Julai 2021
9.00 Pagi
Hari yang indah penuh ceria
Hari yang Bahagia penuh bermakna

Bismillahirahmanirrahim, Assalamulaikum wbt dan salam sejahtera

Bersiaran langsung secara langsung secara atas talian sempena dengan


majlis persaraan Tn Haji Hasbullah Bin Paujan, Penolong Kanan Pentadbiran
Sekolah Agama Menengah Unwanus Saadah.

Majlis mengalu alukan kehadiran

Yang diraikan , Tn Haji Hasbulah Bin Paujan, Penolong Kanan Pentadbiran


Sekolah Agama Menengah Unwanus Saadah.

Yang Berusaha Pn Hajah Norlina Binti Shaharuddin, Pengetua Sam Unwanus


Saadah.

Yang Berusaha Pn Raja Fatimah Binti Raja Abd Rahman, Penolong Kanan
Hem, Sekolah Agama Menengah Unwanus Saadah.

Yang Berusaha Pn Rapimah Binti Hussin, Penolong Kanan KOKO, Sekolah


Agama Menengah Unwanus Saadah.

Seterusnya barisan Guru kanan matapelajaran ,AJK PIBG barisan guru,


murid – murid yang dirahmati Allah sekelian.

Sirih berlipat sirih pinang


Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara

Sarung ketupat berisi inti


Dibawa budak sambil belari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga majlis bertambah seri

Selamat datang ke Majlis Pesaraan Yang diraikan Tn Haji Hasbullah Bin


Paujan, Penolong Kanan Pentadbiran Sam Unwanus Saadah.

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdullilah kerana


dengan limpah dan kurniaNya maka kita dapat bersama sama berhimpun
pada pagi ini bagi meraikan Tn Haji Hasbullah bin Pujan bagi majlis
persaraan ini.
Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangat mu di julang
Kepimpinanmu gemilang

Bacaan Doa Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon rahmat
Moga majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini,
marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang
akan dibacakan oleh ustaz Mohd Rafi Bin Kaseh.

Amin-amin Ya rabbal’ Alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Al-


Fadil Ustaz Mohd Rafi Bin Kaseh. Atas bacaan doa itu td.

Ucapan wakil Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian


murid
Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika tidak ada yang berbicara

Hadirin dan hadirat yang di Rahmati Allah sekalian.

Majlis menjemput saudara Roh Nazwan b Rohaily. Ketua umum Pelajar SAM
Unwanus Saadah. Bagi mewakili murid-murid untuk menyampaikan ucapan
dipersilakan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Saudara Roh Nazwan b


Rohaily. Semoga semangat sebagai pelajar contoh dapat dipamirkan
sebagai teladan kepada rakan pelajar di Sam Unwanus Saadah.

Ucapan Pengetua Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan yang berusaha Pn Hajah
Norlina Binti Shaharuddin, Pengetua Sam Unwanus Saadah untuk
menyampaikan ucapan, Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Pn Hajah Norlina Binti


Shaharuddin Pengetua Sam Unwanus Saadah.

Ucapan Yang Seterusnya tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada
Diraikan Yang diraikan Tn Haji Hasbullah Bin Paujan

Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada


yang diraikan Tn Haji Hasbulah Bin Paujan atas ucapan itu td.

Sudah teradat si anak lelaki


Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepangjang hayat.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian


Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitula rentetan perjalanan

Walau sukar untuk ditelan


Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan.

Persembahan Bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta, tidak lengkap majlis tanpa
Multimedia tanyangan video. Dibawah seliaan dan penyediaaan oleh Pn Nooriza Binti
Haidzir, Cik Dalila Atiqah dan Pn Ummu Aiman kami mempersembahkan
kepada anda tayangan multimedia memori perjalanan insan yang sedang
kita raikan ini. Marilah bersama-sama kita menghayati persembahan
tersebut.

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada dihujung acara

Kuning emas masaknya padi


Penuh kepuk hasil tampian
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Tuai padi antara masak


Esok jangan layu layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu rinduan

Dengan itu, berakhirlah sudah majlis kita pada hari ini

Majlis mengucapkam ribuan terima kasih kepada yang diraikan Tn Haji


Habullah Bin Paujan kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh
bermakna ini dan kami semua mendoakan agar yang diraikan Tn Haji
Hasbullah Bin Paujan bertambah ceria dan Bahagia di dalam kehidupan
seharian.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan
hadirin yang sudi meluangkan masa bersama sama memeriahkan Majlis
Pesaraan ini

Dikesempatan ini juga, Kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada
salah dan silap sepanjang saya mengacarakan majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa bali
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua Kembali.

Sekian sahaja , salam hormat, Wa BIl lahit Taufiq Wal hidayah wassalamu
alaikum wa rahmatullahi wabarakatuh.

You might also like