You are on page 1of 6

TAHUN 5 INOVATIF (M-43)

LATIH TUBI SOALAN KEFAHAMAN

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

55, Jalan Ali 2/8,


Taman Dahlia,
83200 Kota Tinggi,
Johor.

18 Ogos 2006.

Menemui sahabatku, Hilmi. Semoga saudara berada dalam keadaan sihat walafiat.

Saudara,

Terima kasih kerana menceritakan pengalaman saudara tentang majlis perkahwinan


abang saudara yang diadakan di Resort Ayer Keroh baru-baru ini. Saya turut berasa bangga
kerana Perbadanan Pelancongan Negeri Melaka memilih abang saudara dan pasangannya
sebagai model adat istiadat perkahwinan Melayu. Tentu ramai pelancong asing hadir untuk
menyaksikan majlis yang penuh tradisi itu.

Saya juga ingin menceritakan pengalaman menarik saya. Seminggu yang lalu saya
dan keluarga telah melawat rumah panjang suku kaum Iban di Sarawak. Mereka tinggal di
rumah panjang sejak beratus-ratus tahun dahulu. Penghuni rumah panjang terdiri daripada
beberapa keluarga dan diketuai oleh Tuai Rumah.

Rumah panjang terbahagi kepada beberapa petak. Satu petak untuk sebuah
keluarga. Di dalam petak pula terdapat beberapa buah bilik, dapur, ruai dan tanju. Tanju
digunakan untuk menjemur hasil tanaman seperti padi, lada hitam dan hasil hutan lain. Ruai
pula ialah tempat berlangsungnya upacara perkahwinan, kematian dan acara rasmi lain.

Pengalaman melawat rumah panjang tidak mungkin saya lupakan sepanjang hidup
saya. Itu sajalah yang dapat saya coretkan buat kali ini. Semoga berjumpa di lembaran lain.

Sekian wassalam.

Sahabatmu,
Mira

1. Di manakah Hilmi tinggal?

__________________________________________________________________________.
TAHUN 5 INOVATIF (M-43)

2. Pada pendapat kamu, mengapakah Resort Ayer Keroh dipilih untuk mengadakan majlis
perkahwinan itu?

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

3. Apakah kegunaan ruang petak ‘tanju’ dan ‘ruai’ ?

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

4. Berdasarkan teks di atas, apakah pekerjaan utama suku kaum Iban?

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

5. Pada pendapat anda, adakah mengenali budaya lain mendatangkan kebaikan? Nyatakan
sebab.

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________
TAHUN 5 INOVATIF (M-43)

Baca petikan di bawah kemudian lengkapkan peta grafik yang diberikan.

KENALI BUDAYA MALAYSIA

Masyarakat di Negara kita terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.Setiapa kaum
di Malaysia mempunyai budaya yang unik dan warisan budaya tersendiri.Contohnya
terdapat perbezaan antara tarian,muzik,bahasa dan dialek yang digunakan oleh pelbagai
kaum.Seni tari merupakan sebahagian daripada budaya kita.

Dalam masyarakat tradisional,tarian dipersembahkan semasa majlis


keramaian.Budaya ini wujud sehingga ke hari ini.Walaubagaimanapun,terdapat tarian
tradisional yang diubah suai mengikut perkembangan semasa.Tarian biasanya diiringi
dengan muzik.Alat-alat muzik terdapat dalam pelbagai jenis dan berbeza mengikut kaum.

Keunikan budaya Malaysia juga dapat diketahui melalui pelbagai bahasa dan
dialek.Bahasa merupakan satu cara berkomunikasi.Terdapat pelbagai bahasa di Negara kita
seperti Bahasa Melayu,Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.Dialek pula wujud apabila sekelompok
manusia mengubah suai bahasa mengikut budaya tempatan.Misalnya terdapat pelbagai
dialek dalam Bahasa Melayu seperti dialek Kelantan,Kedah dan dialek Negeri Sembilan.

Dialek yang ada dalam masyarakt Cina seperti Kantonis,Hokkien,Hakka,Teochew dan


Foochow.Kaum India menggunakan bahasa Tamil,Malayalam dan Telegu.Walaupun budaya
masyarakat kita berbeza,namun kita masih boleh hidup dalam keadaan harmoni.Negara kita
menjadi teladan kepada Negara lain yang mempunyai masyarakat majmuk.
TAHUN 5 INOVATIF (M-43)

ULASAN
Bina pendahuluan bagi ulasan untuk soalan yang diberikan.
Format penulisan pendahuluan bagi ulasan.

______________ menunjukkan tentang _________(Tajuk soalan) ___________. Terdapat banyak


_______________(Tajuk soalan)_______________.

Contoh :

Soalan : Gambar di atas menunjukkan tentang cara-cara penjagaan kesihatan. Tuliskan


sebuah ulasan lengkap tentang cara-cara penjagaan kesihatan.

Jawapan : Gambar menunjukkan tentang cara-cara penjagaan kesihatan. Terdapat banyak


cara-cara menjaga kesihatan.

Latihan

1. Keratan berita di atas menceritakan tentang cara-cara mengelakkan berlakunya kemalangan.


Tuliskan ulasan tentang cara-cara mengelakkan berlakunya kemalangan.

Jawapan : _____________________________________________________________________

______________________________________________________________________________.

2. Poster di atas menunjukkan tentang pemberian bantuan kepada mangsa banjir. Tuliskan
ulasan tentang bantuan yang diberikan.

Jawapan : _____________________________________________________________________

______________________________________________________________________________.

3. Gambar di bawah menunjukkan tentang amalan baik dalam kejiranan. Tuliskan ulasan
tentang amalan baik dalam kejiranan yang boleh dilakukan.

Jawapan : _____________________________________________________________________

______________________________________________________________________________.
TAHUN 5 INOVATIF (M-43)

4. Peta minda di atas menunjukkan tentang aktiviti sewaktu cuti sekolah. Tuliskan ulasan
tentang aktiviti berfaedah semasa cuti sekolah.

Jawapan : _____________________________________________________________________

______________________________________________________________________________.

5. Poster di atas menunjukkan tentang kelebihan buah-buahan tempatan. Tuliskan ulasan


tentang kelebihan buah-buahan tempatan.

Jawapan : _____________________________________________________________________

______________________________________________________________________________.

6. Gambar di atas menunjukkan tentang pokok kelapa. Tulis ulasan tentang keistimewaan pokok
kelapa.

Jawapan : _____________________________________________________________________

______________________________________________________________________________.

7. Poster di atas menunjukkan tentang sambutan Bulan Kemerdekaan. Tuliskan ulasan tentang
sambutan Bulan kemerdekaan.

Jawapan : _____________________________________________________________________

______________________________________________________________________________.

8. Graf di bawah menunjukkan peratus kehadiran murid-murid 5 Melawati ke sekolah. Tulis


ulasan tentang peratus kehadiran murid-murid tersebut.

Jawapan : _____________________________________________________________________

______________________________________________________________________________.

9. Peta buih di bawah menunjukkan ciri-ciri murid cemerlang. Tulis ulasan tentang ciri-ciri untuk
menjadi seorang murid cemerlang.

Jawapan : _____________________________________________________________________

______________________________________________________________________________.

10. Jadual di bawah menunjukkan punca kehadiran murid 6 Murni merosot. Tulis ulasan tentang
punca mereka tidak hadir ke sekolah.

Jawapan : _____________________________________________________________________

______________________________________________________________________________.
TAHUN 5 INOVATIF (M-43)

You might also like