You are on page 1of 2

fizik

(Inersia)
@icebearrawrr

• Inersia ialah kecenderungan satu objek untuk mengekalkan keadaan


pegun atau pergerakan seragam dalam satu garis lurus
• Hukum Gerakan Newton Pertama (Hukum Inersia) menyatakan bahawa
sesuatu jasad akan terus berada dalam keadaan pegun, atau dalam
keadaan bergerak dengan halaju malar dalam satu garis lurus jika tiada
daya luar bertindak keatasnya
• Daya luar ialah daya paduan bukan sifar yang bertindak pada objek itu
untuk menyebabkan satu perubahan kepada keadaan asal objek itu
• Dalam erti kata lain, inersia menyebabkan objek itu menentang usaha
atau tindakan yang cuba mengubah keadaan objek itu
• Daya diperlukan untuk mengubah halaju objek itu, iaitu :-
- Untuk memulakan gerakan objek
- Untuk menyebabkan objek bergerak dengan lebih laju, lebih perlahan
atau mengubah arah gerakan

CONTOH INERSIA GERAKAN

CONTOH INERSIA PEGUN


HUBUNGAN ANTARA JISIM DAN INERSIA

• Kedua-dua baldi ini dihayun dan


dilepaskan pada ketinggian yang
sama
• Baldi berisi pasir dengan jisim lebih
besar mempunyai inersia lebih besar
yang memberikan tentangan lebih
besar terhadap usaha untuk
mengubah keadaan asalnya, iaitu
dari pegun ke gerakan atau
sebaliknya
• Inersia bukan satu kuantiti fizik
tetapi satu sifat jisim yang kita
boleh gunakan untuk mengukur jisim

CARA MENGURANGKAN KESAN INERSIA

Tali Pinggang keledar mengikat


pemandu dan penumpang pada
kerusi dan mengelakkan mereka
daripada terhumban ke hadapan
apabila kereta berhenti secara
tiba-tiba

Beg udara yang terpasang pada


bahagian hadapan pemandu
mengembang secara automatik
apabila pelanggaran berlaku. Hal ini
dapat mencegah pemandu daripada
terhantuk ke bahagian hadapan
kereta

@icebearrawrr

You might also like