You are on page 1of 3

1.

Tujuan program

Webinar bertajuk peranan Jabatan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (JKKP) dalam
Menagani isu keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat kerja diadakan bertujuan untuk
memperkenalkan kepada orang ramai apa itu JKKP dan juga memberi pendedahan kepada orang ramai
berkaitan tugas-tugas yang dilaksanakan oleh pihak jkkp dalam memastikan kesihatan dan keselamatan
pekerja terpelihara sepanjang masa terutama sekali apabila berada di tempat kerja. Jabatan ini
merupakan sebuah jabatan di bawah Kementerian Sumber Manusia. Jabatan ini bertanggungjawab
untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang sedang bekerja dan
melindungi orang-orang lain daripada bahaya-bahaya keselamatan dan kesihatan yang berpunca
daripada aktiviti pekerjaan pelbagai sektor iaitu Pengilangan, Perlombongan dan
pengkuarian ,Pembinaan ,Hotel dan restoran ,Pertanian, perhutanan dan perikanan, Pengangkutan ,
penyimpanan dan komunikasi ,Perkhidmatan awam dan pihak berkuasa berkanun, Kemudahan gas,
elektrik, air dan perkhidmatan kebersihan, Kewangan, insuran, hartanah dan perkhidmatan perniagaan.
Selain itu webinar ini juga dijalankan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai terutama
sekali yang bergelar pekerja bahawa pentingnya mematuhi aspek-aspek keselamatan di tempat kerja.
Bagi menjamin kualiti kerja seseorang individu penjagaan keselamatan dan kesihatan yang teliti dapat
memberi keyakinan kepada pekerja untuk melaksanakan tugas-tugas tertentu dengan baik tanpa ada
sebarang kerisauan. Dalam hal-hal pekerjaan mesti terdapat banyak isu keselamatan dan kesihatan yang
wujud. Oleh itu, pihak JKKP merupakan badan yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan isu
tersebut agar keselamatan dan kesihatan pekerja semakin terjamin. Banyak usaha yang telah dilakukan
oleh pihak jkkp dalam menangani hal-hal yang boleh memudaratkan pekerja dan mencari inisiatif bagi
menyelesaikan setiap masalah yang berlaku. Adalah menjadi dasar Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan
Pekerjaan untuk menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan sihat untuk semua pekerjanya dan
orang-orang lain yang mungkin terjejas oleh aktiviti-aktivitinya. Pihak pengurusan dan pekerja akan
sama-sama berusaha untuk mencapai matlamat dan objektif-objektif melalui rundingan dan kerjasama.
Antara dasar Jabatan ini ialah untuk menyedia dan menyenggarakan suatu tempat dan sistem kerja yang
selamat dan sihat, Untuk memastikan bahawa semua kakitangan diberi maklumat, arahan, latihan dan
penyeliaan berkenaan cara untuk menjalankan tugas dengan selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan
dan Untuk menyiasat semua kemalangan, penyakit, keracunan dan kejadian berbahaya dan mengambil
langkah-langkah untuk memastikan kejadian-kejadian tersebut tidak berulang lagi. Jabatan Keselamatan
Dan Kesihatan Pekerjaan yakin bahawa keselamatan dan kesihatan mestilah diintegrasikan ke dalam
aktiviti-aktiviti harian kita, dan penggunaan cara kerja selamat dan sihat adalah faktor utama ke arah
memastikan kejayaan misi . Keselamatan dan kesihatan pekerjaan bertujuan untuk melindungi
keselamatan dan kesihatan pekerja. Keselamatan di tempat kerja merupakan satu aspek penting di
dalam sesebuah organisasi syarikat. Keselamatan di tempat kerja penting dalam menjamin
kesejahteraan pekerja. Kerajaan Malaysia telah mengambil langkah-langkah yang perlu dengan
memperkenalkan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 pada 25 Februari 1994.
Tanggungjawab dalam penguatkuasaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini telah diberikan
kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) yang berada di bawah naungan
Kementerian Sumber Manusia (Helmi Haron,2008).

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994 (Akta 514) menyediakan perundangan untuk
memupuk, meransang, dan mengalakkan kualiti keselamatan dan kesihatan di kalangan pekerja di
tempat kerja. Peruntukan-peruntukan yang terdapat dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
yang menekankan kecemerlangan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Perkara-perkara yang
disentuh adalah meliputi peranan utama dan kewajipan majikan dalam menjamin keselamatan,
kesihatan, dan kebajikan pekerja. Selain daripada itu kewajipan pengilang, pekerja,orang yang bekerja
sendiri, pereka bentuk, pengimport dan pembekal juga akan diberi perhatian. Banyak tanggungjawab
Majlis Negara dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Jawatankuasa Keselamatan dan
pegawai keselamatan dan kesihatan untuk memastikan keselamatan, kesihatan, dan kebajikan pekerja-
pekerja di tempat kerja(Mumtaj Hassan,2001). Akta-akta berkaitan keselamatan yang telah diwujudkan
sedikit sebanyak telah membantu pekerja-pekerja di luar sana untuk menjamin hak mereka sebagai
pekerja. Namun demikian JKKP merupakan badan yang ditubuhkan untuk membantu objektif akta-akta
tersebut tercapai dengan jayanya. JKKP memainkan setiap peranan dengan penuh teliti agar kesihatan
dan keselamatan pekerja dapat dipelihara dengan baik dan tiada berlakunya kejadian-kejadian yang
tidak diingini. Perundangan baru Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan diperbuat pada tahun 1994. Akta
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) telah mendapat kelulusan Parlimen pada 1993
dan telah diwartakan pada Februari 1994. Perundangan ini diperbuat kerana memandangkan Akta
Kilang dan Jentera 1967 hanya meliputi keselamatan dan kesihatan pekerjaan di sektor perkilangan,
perlombongan; dan pengkuarian dan pembinaan, yang mana keselamatan dan kesihatan pekerja di
sektor industri-industri lain tidak diliputi. Pekerja-pekerja yang terlibat di bawah Akta Kilang dan Jentera
1967 hanyalah 24% daripada jumlah tenaga kerja, manakala Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
1994 merangkumi sejumlah 90% daripada tenaga kerja danakta ini hanya mengecualikan pekerjaan atas
kapal dan angkatan tentera.
Rujukan

Helmi Haron(2008), Perlaksanna akta keselamatan dan kesihatan pekerjaan 1994 di Institut Latihan
Awam dipetik daripada https://scholar.google.com.my/scholar?q=jabatan+keselamatan+
dan+kesihatan+pekerja&hl=en&as_sdt=0&as_vis=1&oi=scholart#d=gs_qabs&u=%23p%3DtPgjc1hg5UJ
pada 8 Februari 2022.

Mumtaj Hassan(2001), Akta 514 Ke arah kecemerlangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di
Malaysia dipetik daripada https://repo.uum.edu.my/id/eprint/10811/ pada 8 Februari 2022

You might also like