You are on page 1of 7

AH20103

KOMUNIKASI KEORGANISASIAN
SEMESTER 3 SESI 2021/2022

Penilaian 3(Tugasan individu)


Disediakan untuk:
Sir Mohd Khairul Nabil bin Azan

1.0 pengenalan

Pendekatan komunikasi keorganisasian yang relevan digunakan oleh pihak pengurusan


khususnya pada masa pandemik covid-19 ini ialah pendekatan klasikal. Pendekatan ini telah
diwujudkan oleh Henry Fayol. Henri Fayol (1841-1925)  telah diberi gelaran "Bapa Pemikiran
Pengurusan".Pertama, Fayol telah membezakan antara kemahiran teknikal dengan kemahiran
pengurusan. Keduanya, beliau telah mengenal pasti fungsi-fungsi pengurusan yang khusus dan
ketiganya, beliau telah mencadangkan empat belas prinsip pengurusan. Antara fungsi-fungsi
pengurusan yang telah dinyatakan oleh Henry Fayol yang mengandungi perancangan,
penyusunan,pengarahan,penyelarasan dan pengawalan.Bagi perancangan ia adalah aktiviti-
aktiviti yang berhubung dengan ramalan tindakan yang akan diambil pada masa depan dan
penentuan arah haluan organisasi agar ia dapat berkembang dan mencapai matlamat-
matlamatnya. Manakala penyusunan pula Fungsi ini berhubung dengan pembentukan struktur
autoriti, tanggung-jawab dan tugas-tugas(Siti Aminah,2007). Seterusnya fungsi pengarahan
Aktiviti ini berkaitan dengan pengarahan kakitangan bawahan, aspek-aspek komunikasi,
perlakuan pengurusan, pemberian ganjaran dan penghukuman. Bagi penyelearasan pula fungsi
penyelarasan berkaitan dengan aktiviti mengabungkan bahagian-bahagian untuk mewujudkan
kerjasama bagi mencapai matlamat organisasi. Seterusnya pengawalan, Pengawalan ke atas
perjalanan aktiviti organisasi itu penting agar ia tidak terpesong atau lari daripada dasar dan
perancangan organisasi. Fungsi pengawalan ini juga meliputi penilaian pencapaian bahagian-
bahagian dan organisasi keseluruhannya.Henry Fayol telah mencadangkan empat belas prinsip
pengurusan yang dapat memberikan panduan kepada pengurus-pengurus tentang pengurusan
sesebuah organisasi, tidak kira sama ada organisasi perindustrian, sosial, keagamaan,
pertahanan atau kerajaan.

Antara prinsip pengurusan tersebut ialah:-

1. Pembahagian kerja :
Pembahagian kerja dapat meningkatkan produktiviti kerana pekerja menjalankan tugas yang
khusus dan dengan demikian mengurangkan beban dan tanggungjawab pekerja.

2. Autoriti :
Fayol mentafsirkan autoriti sebagai hak untuk memberi arahan dan sebagai kuasa untuk
menarik seseorang supaya menurut arahan itu.

3. Disiplin :
Asas disiplin ialah menurut arahan dan prosedur serta menghormati per-setujuan yang telah
dibuat di antara organisasi dan kakitangannya.

4. Satu perintah :
Fayol percaya bahawa seseorang pekerja mesti menerima arahan-arahan daripada seorang
ketua sahaja. Ini dapat mengelakkan daripada berlakunya kekeliruan dan konflik di dalam
penerimaan dan pemberian arahan.
5. Satu arahan :
Aktiviti yang mempunyai objektif yang sama hendaklah disatukan di dalam satu rancangan dan
diurus oleh seorang ketua sahaja.

6. Mengutamakan kepentingan organisasi :


Kepentingan organisasi hendaklah diutamakan daripada kepentingan peribadi atau individu.
Objektif .objektif organisasi adalah paling penting daripada objektif individu.

7. Pembayaran upah :
Pekerja mestilah dibayar dengan bayaran yang sewajarnya. Kerja-sama, sokongan dan ketaatan
dapat diperolehi daripada pekerja yang diberi bayaran sewajar dengan perkhidmatan mereka.

8. Pemusatan :
Walaupun pengurus bertanggungjawab sepenuhnya ke atas organisasi, kakitangan bawahan
hendaklah juga diberi kuasa yang cukup untuk menjalankan tugas dengan efektif.

9. Rantai pemerintahan :
Rantai pemerintahan ini menunjukkan hierarki autoriti bermula dari peringkat atasan hingga
ke peringkat bawahan di dalam struktur organisasi. Rantai autoriti ini juga menunjukkan arah
aliran komunikasi formal di dalam organisasi.

10. Susunan :
Fayol menggunakan prinsip susunan material dan sumber manusia yang mana material dan
manusia itu hendaklah ditempatkan di tempat yang betul mengikut masa yang tepat.

11. Keseimbangan :
Pekerja hendaklah diberi layanan dan keadilan yang seimbang untuk melahirkan ketaatan
mereka kepada organisasi.

12. Kestabilan personel :
Firma yang berjaya mempunyai kumpulan pengurus yang stabil. Pihak pengurusan atasan
hendaklah mengimplementasikan amalan yang menggalakkan penglibatan kakitangan kepada
organisasi.

13. Inisiatif :
Kakitangan hendaklah diberi kebebasan untuk memajukan dan mengimplementasikan
rancangan.

14. Kekitaan :
 Keharmonian di kalangan kakitangan mewujudkan perpaduan dan keteguhan organisasi.

2.0 Pendekatan klasikal

Pendekatan klasikal amat relevan untuk digunakan pada masa kini kerana terdapatnya
teori bahawa produktiviti pekerja dapat ditingkatkan melalui amalan pengurusan secara
saintifik. Memperkenalkan pengkhususan kerja,penyediaan latihan,memberi kadar upah
berdasarkan output yang dihasilkan. Peendekatan ini dapat memberi motivasi kepada pekerja
motivasi sebagai sesuatu yang kompleks di mana tingkah laku luaran yang diperlihat oleh
manusia. Beliau juga menganggap individu akan terus bermotivasi oleh kerana sesuatu
matlamat. Matlamat ini dianggap sebagai satu keperluan yang perlu dipenuhi oleh semua
manusia tanpa mengambil kira budaya, persekitaran dan perbezaan generasi.

Antara teori yang terdapat dalam pendekatan klasikal ini ialah teori hierarki pendekatan
Maslow yang dicipta oleh Abraham Maslow. Abraham Maslow melihat manusia dengan
pandangan optimistik. Kajian Maslow adalah terhadap kesihatan psaikologi berbanding
penyakit, tentang perkembangan manusia berbanding kejumudan, tentang potensi dan
kebaikan manusia berbanding kelemahan manusia. Menurut L. Stum (2001) pula menerusi
kajiannya terhadap keperluan asas pekerja dalam organisasi, menunjukkan keperluan asas
bermula dengan keperluan terhadap jaminan dan keselamatan, diikuti dengan imbuhan,
perhubungan, peningkatan dalam kerjaya dan yang terakhir keharmonian dalam hidup. Setiap
individu memiliki kebebasan dan dengan kebebasan yang dimiliki akan menentukan individu
untuk mencapai kesempurnaan serta dapat mencapai makna kehidupan yang sebenar.
Kebebasan adalah tanda manusia sempurna, manusia boleh memilih yang mana baik dan mana
yang buruk bagi memenuhi keperluan serta memperkembangkan potensinya. Keperluan adalah
diwarisi tetapi tingkah laku untuk mencapainya adalah dipelajari. Personaliti adalah ditentukan
melalui faktor interaksi antara alam dan kehidupan serta asuhan sejak kecil, warisan dan
persekitaran, faktor personal dan persekitarannya. Personaliti manusia adalah unik dan Maslow
berpendapat sungguhpun motivasi dan keperluan itu adalah berbeza di antara satu sama lain
kerana tingkah laku dipelajari. Keadaan ini menyebabkan tingkah laku manusia tidak sama.
Zaman di awal kanak-kanak adalah penting dalam membentuk perkembangan personaliti
seseorang tetapi beliau percaya manusia mempunyai potensi untuk menguruskan
kehidupannya. Manusia akan lebih produktif dan lebih gembira jika dia dapat mempelajari dan
menggunakan segala potensi ini. Beliau tidak menafikan akan kewujudan kejahatan walaupun
pada dasarnya warisan manusia adalah baik. Maslow berpendapat kejahatan bukanlah
sebahagian dari kehidupan tetapi disebabkan oleh persekitaran yang tidak sempurna.
Berdasarkan teori Abraham Maslow ini manusia itu sesungguhnya bersifat baik dan
berpandangan positif, jika wujud sifat negatif seperti agresif atau egoistik itu menunjukkan
tanda-tanda penyakit yang berpunca daripada rasa kecewa. Dalam had-had tertentu manusia
juga bersifat bebas membuat keputusan dan memilih aktiviti yang sesuai. Jadi untuk
mwujudkan suasana pekerjaan yang kondusif walaupun diwaktu pandemic ini pendekatatan
klasikal hareus diaplikasikan oleh pihak pengurusan.

3.0 Perbandingan

Dua pendekatan yang akan dibandingkan dengan pendekatan klasikal bagi


membuktikan pendekatan klasikal yang amat relevan digunakan pada masa kini ialah
pendekatan kemanusiaan dan pendekatan kontemporari.

3.1 Pendekatan kemanusiaan

Pergerakan hubungan kemanusiaan ialah Kajian dikenali sebagai Kajian Howtthorne dan
dilaksanakan oleh Elton Mayo. Pendekatan ini Menekankan aspek sosial dan pengiktirafan
kumpulan.Semangat kerja secara berpasukan dan hubungan baik antara rakan kerja dapat
meningkatkan produktiviti.Oleh itu pengurusan perlu menekankan kewujudan hubungan baik
dalam organisasi. Berbeza dengan pendekatan klasikal yang Menentukan Mementingkan tenaga
pakar di setiap bahagian dan ia membolehkan pekerja menjadi lebih mahir. Perancangan dan
penjadualan yang rapi. Ia memastikan sumber manusia dan bahan berada tepat pada
tempatnya. Intensif buruh berdasarkan tugas yang dilaksanakan. Pendekatan klasikal ini lebih
relevan untuk digunakan dalam organisasi masa kini berbanding pendekatan kemanusian
kerana ia mementingkan hak-hak pekerja berdasarkan teori-teori yang telah dinyatakan.

3.2 Pendekatan kontemporari

Terdapat duan teori yang dikemukakan dalam pendekatan ini iaitu teori sistem dan teori
kontinjensi. Teori sistem berpendapat setiap bahagian dalam organisasi mempunyai hubungkait
antara satu sama lain dan tindakan 1 jabatan akan mempengaruhi keseluruhan organisasi.
Manakala bagi teori Kontinjensi, dikenali sebagai teori situasi.Teori ini mengatakan Tiada teknik
kaedah yang khusus bagi sesuatu keadaan atau masalah dan faktor dalaman dan luaran
organisasi perlu diambil kira sebelum keputusan diambil. Berbeza dengan pendekatan klasik
yang mengemukakan pelbagai teori yang membantu meningkatkan produktiviti kerja dan
meningkatkan motivasi pekerja. Pendekatan klasikal inii lebih relevan digunakan pada masa kini
berbanding teori kontemporari.

4.0 Kesimpulan
Konklusinya bersesuaian dengan pandemik covid-19 pada masa kini, Pendekatan klasikal
amat relevan digunakan oleh pihak pengurusan untuk mewujudkan suasana kerja yang
kondusif dan teratur. Berdasarkan teori-teori yang dikemukakan dalam pendekatan ini pihak
pengurusan akan lebih mudah untuk mengendalikan sesebuah organisasi bagi memastikan
kestabilan sosial organisasi sentiasa terjaga.

Rujukan

L.Stum, David. 2001. Maslow revisited: building the employee commitment pyramid. Strategy

& Leadership 29(4): 4-9.

Siti Aminah(2007) Pengurusan awam dipetik daripada

https://www.academia.edu/27882723

/pengurusan _awam pada 20 Januari 2022

You might also like