You are on page 1of 2

Behavioris

Berdasarkan masalah yang dikaji dalam kes kajian iaitu seoarang budak sekolah
rendah yang bernama Emyr sukar melelap mata iaitu masih trauma dengan kejadian
gempa bumi di Sabah. Jadi, teori kaunseling yang amat sesuai yang perlu digunakan
untuk menyelesaikan masalah klien ialah Teori Behavioris. Teori Behavioris ini
dipelopor oleh Ivan Pavlov pada tahun-tahun enam puluhan dan tujuh puluhan. Teori ini
menekankan pentingnya kepada faktor-faktor alam sekeliling dalam mengubahsuai,
membentuk dan mempengaruhi tingkah laku manusia.

Selain itu, walaupun beberapa pakar psikologi kongnitif yang mencadangkan


bahawa manusia boleh memilih keadaan yang membolehkan mereka memberi gerak
balas tertentu, Ivan Pavlov tidak menerima usul-usul ini. Malah, beliau menegaskan
bahawa tingkah laku manusia boleh ditentukan oleh pengalaman lampau serta keadaan
di sekeliling mereka. Dalam teori ini Watson juga berpendapat bahawa keadaan jiwa
atau alam dalaman manusia langsung tidak wujud dan tingkah laku manusia boleh
diubahsuai serta dipengaruhi hanya dengan menukar serta memanipulasikan keaddan
alam sekitar manusia.

Lantaran itu, matlamat sesebuah teori adalah amat penting. Teori behavioris juga
mempunyai beberapa matlamat yang rasional. Salah satu matlamat teori ini ialah
membantu menghapuskan tingkah laku yang kurang sesuai dengan menyediakan
keadaan-keadaan dan persekitaran yang sesuai. Klien juga dibantu oleh kaunselor
untuk menguasai tingkah laku yang baru dan yang lebih sesuai bagi menggantikan
tingkah laku yang kurang sesuai itu.

Selain itu, matlamat teori behavioris yang seterusnya ialah menekankan kepada
kejayaan khusus yang boleh dilihat, dinilai dan diukur. Matlamat ini dinyatakan secara
tingkah laku dan realistik. Sebagai contohnya, klien yang menghadapi masalah trauma
diukur kejayaannya dengan berdasarkan klien tersebut masih dalam keadaan trauma
atau tidak selepas menjalani sesi kaunseling yang menggunakan teori behavioris ini.
Berdasarkan masalah yang dikaji dalam kes kajian iaitu seoarang budak sekolah
rendah yang bernama Emyr sukar melelap mata iaitu masih trauma dengan kejadian
gempa bumi di Sabah. Jadi, teori kaunseling yang amat sesuai yang perlu digunakan
untuk menyelesaikan masalah klien ialah Teori Rasional Emotif Tingkah Laku (REBT).
Teori ini REBT ini dipelopor oleh Albert Ellis pada tahun 1950 an. Teori ini menekankan
pentingnya peranan pemikiran kepada tingkah laku. Teori ini juga menerangkan
bahawa tingkah laku yang bermasalah adalah disebabkan oleh pemikiran yang tidak
rasional. Teori ini juga memberi penekanan kepada tiga aspek penting yang terdapat
dalam diri seseorang individu iaitu aspek kognitif, emosi dan tingkah laku.

Selain itu, Ellis menyatakan bahawa pemikiran menjadi punca kepada gangguan
atau masalah yang dihadapi seseorang individu. Dalam keadaan ini, sesuatu peristiwa
atau kejadian yang berlaku dalam hidup individu bukanlah penyebab kepada gangguan
atau masalah yang dihadapinya. Namun kepercayaan yang dipegang seseorang itulah
penyebab kepada rasa murung, marah, sedih, takut, kecewa yang menganggu
hidupnya.

You might also like