You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN ST.

JOHN (1)
JALAN BUKIT NANAS
50250 WP KUALA LUMPUR

K E R TA S K E R J A

PROGRAM ZIARAH CAKNA


2020

Tempat
SEKOLAH KEBANGSAAN ST. JOHN 1

ISNIN

Anjuran
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
&
UNIT DISIPLIN
SEKOLAH KEBANGSAAN ST. JOHN 1
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEKOLAH KEBANGSAAN ST. JOHN (1)
KUALA LUMPUR

1.0 Nama Program


PROGRAM ZIARAH CAKNA 2020

2.0 Pengenalan

Kementerian Pendidikan mengadakan Program Ziarah Cakna di seluruh negara


bermula Januari 2020 ini bagi memperluas konsep sekolah penyayang dan
memperkukuh hubungan antara sekolah dengan ibu bapa, penjaga dan pelajar. Selain
pada itu, program ini akan membuka ruang bagi guru untuk lebih mendalami tingkah
laku, merasai denyut kehidupan pelajar di rumah dan lain-lain keperluan atau bantuan
kepada mereka.

3.0 Rasional

Program yang dianjurkan ini adalah merupakan aktiviti tahunan yang sewajarnya
diadakan pada setiap tahun. Selain daripada seruan daripada Kementerian
Pendidikan, program ini bertujuan merapatkan hubungan silaturahim di antara guru
dan juga ibu bapa. Secara tidak lansung, pihak sekolah dapat memberikan cadangan
dan berkongsi pendapat tentang masalah disiplin murid dan mencari jalan
penyelesaian agar masalah tidak terus berulang. Bagi murid yang mempunyai masalah
lainnya seperti memerlukan bantuan makanan, sumbangan akan di buat sekiranya
perlu.

4.0 Matlamat

Memperkukuhkan nilai murni di sekolah melalui pembudayaan amalan penyayang,


hormat menghormati dan manusiawi sekaligus mewujudkan “Revolusi Sifar Cicir”
melalui Program Ziarah Cakna.

5.0 Objektif
5.1 Melahirkan murid-murid yang mempunyai perkembangan mental dan rohani
yang seimbang.

5.2 Mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan guru.

5.3 Berterima kasih kepada penjaga di atas pencapaian yang cemerlang daripada
aspek akademik, kokurikulum dan sahsiah.

5.4 Memperluaskan konsep sekolah penyayang dan memperkukuh hubungan antara


sekolah dengan ibu bapa/penjaga melalui amalan ziarah guru ke rumah murid.

6.0 Kumpulan Sasaran

Murid-murid yang berpotensi mempunyai masalah tingkah laku.

7.0 Butiran Pelaksanaan

Perasmian Program: 3 Februari 2020 (1.05 PM – 2.30 PM)

Pelaksanaan Program: Februari – November 2020 (Mengikut Kesesuaian)

8.0 Pengisian dan Kaedah Pelaksanaan

Menziarahi rumah murid yang berpotensi mempunyai masalah tingkah laku dan
peratus kehadiran yang kurang memuaskan.
Rujuk Lampiran 1

9.0 Jawatankuasa Induk

Pengerusi : EN. MUNIANDY A/L SUPPIAH


(Guru Besar SK St. John 1)
Naib Pengerusi : EN. HAMDAN B. SHAMSUDIN
(Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

: EN. MOHD AMIRUDDIN B. AZIZHAN


(Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum)

EN. SYAIFUL AMRI B. ABDULLAH


(Guru Penolong Kanan Kokurikulum)
Penyelaras : EN. KUMARESSAN SARGUNAN

Setiausaha : PN. SYARIZAT ZAIHANI BT. JAMALUDIN

10.0 Jawatankuasa Pelaksana

Pengerusi : EN. MUNIANDY A/L SUPPIAH


(Guru Besar SK St. John 1)
Naib Pengerusi : EN. MOHD AMIRUDDIN B. AZIZHAN
(Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

Penyelaras Program : EN. KUMARESSAN SARGUNAN

Setiausaha : PN. SYARIZAT ZAIHANI BT. JAMALUDIN

Ahli Jawatankuasa : Guru Disiplin & Guru Kelas yang terlibat.

11.0 Anjuran & Kelolaan

Unit Bimbingan dan Kaunseling & Unit Disiplin,


Sekolah Kebangsaan St. John 1.

12.0 Penutup

Kerjasama dan komitmen semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung amat diharapkan supaya program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Semoga dengan wujudnya program Ziarah Cakna ini dapat merapatkan lagi hubungan ibu
bapa dan guru dan membantu murid untuk bertingkahlaku lebih positif dan rasional.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(KUMARESSAN SARGUNAN) (HAMDAN B. SHAMSUDIN)


Penyelaras Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Program Ziarah Cakna 2020

ULASAN PENGERUSI

Disahkan oleh,

(MUNIANDY A/L SUPPIAH)


Guru Besar
Sekolah Kebangsaan St.John 1
Kuala Lumpur

Lampiran 1

PERASMIAN PROGRAM ZIARAH CAKNA (03.02.2020)


WAKTU AKTIVITI

12.30 PM Menyambut Murid

1.05 PM Ketibaan Tetamu

Ucapan Alu-aluan

Nyanyian Lagu Negaraku

Nyanyian Lagu wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


1.15 PM
Bacaan Doa

Ucapan Guru Besar

Ucapan Perasmian YDP PIBG

2.30 PM Ziarah Cakna Bersama Perasmi

You might also like