Professional Documents
Culture Documents
Buku Aktiviti Murid (Bam) PKJR Ting 1
Buku Aktiviti Murid (Bam) PKJR Ting 1
MALAYSIA
PENGHARGAAN
Cetakan Pertama (Edisi Rintis 2018) Penghasilan buku aktiviti ini melibatkan usaha
©Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia sama antara Kementerian Pengangkutan
Malaysia dengan Kementerian Pendidikan
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan Malaysia. Jabatan Keselamatan Jalan Raya
mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, Malaysia selaku pemilik Projek Semakan dan
ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa- Pembangunan Semula Modul Pendidikan
apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara jua, Keselamatan Jalan Raya (PKJR) mengucapkan
sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, setinggi-tinggi penghargaan kepada semua
rakaman, atau cara lain sebelum mendapat pihak yang telah berusaha dan bekerjasama
izin bertulis daripada Ketua Pengarah Jabatan untuk menyempurnakan penghasilan buku ini.
Keselamatan Jalan Raya Malaysia. Sekalung penghargaan dan ucapan terima
kasih ditujukan kepada semua yang berikut:
Penerbit:
Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia, Kementerian Pengangkutan Malaysia
(i)
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke
arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan
untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
(ii)
PETUNJUK KEMAHIRAN BAHASA
UTUR
BERT
DAN LIS
E N G A R MENU
MEND
BACA
MEM
RAKAN PKJR
JA R JI T A DA M JUTIM
RANI A LI YA
G
M EI LIN
2 Tangani Risiko 3
KANDUNGAN
4 Leka Sedetik 6
6 Topi Keledar 10
12 Utamakan Keselamatan 22
13 Pemandu Berhemah 24
14 Usah Terburu-buru 26
Glosari 31
(iv)
Aktiviti 1
Baca petikan tersebut dengan teliti dan bincangkan tiga faktor utama nahas jalan
A raya berdasarkan petikan. Kemudian lengkapkan jadual di bawah.
Statistik kemalangan jalan raya menunjukkan bahawa kadar kemalangan jalan di negara
kita semakin meningkat. Pada tahun 2014, sejumlah 19704 kemalangan dicatatkan untuk
sepanjang tahun tersebut. Terdapat sebanyak 8598 kemalangan melibatkan kecederaan ringan,
4432 kemalangan melibatkan kecederaan yang parah dan 6674 kemalangan lagi melibatkan
kemalangan maut. Namun begitu, pada tahun 2015 statistik menunjukkan jumlah kemalangan
menurun kepada 18258 kes kemalangan. Jumlah kemalangan yang menyebabkan kematian ialah
sebanyak 6706 kes manakala bagi kecederaan parah dan ringan pula masing-masing mencatatkan
sebanyak 4120 kes dan 7432 kes kemalangan. Penurunan angka kemalangan ini menunjukkan
bahawa masyarakat telah mula sedar akan kepentingan pemanduan secara berhemah. Walau
bagaimanapun, terdapat peningkatan jumlah kemalangan yang telah dicatatkan pada tahun 2016
iaitu sebanyak 19073 kes kemalangan. Sebanyak 7152 kes melibatkan kemalangan maut, 4506
kes cedera parah manakala 7415 kes lagi melibatkan kecederaan ringan.
Antara faktor kemalangan termasuklah penggunaan telefon bimbit ketika memandu dan
memandu melebihi had laju. Selain itu, kecuaian pemandu itu sendiri ketika menggunakan jalan
raya turut menjadi faktor. Ada segelintir pemandu pula yang memandu bawah pengaruh alkohol
atau dadah, mementingkan diri sendiri, tidak sabar dan melanggar peraturan jalan raya.
Walaupun begitu, keadaan persekitaran jalan raya turut menjadi faktor berlakunya
kemalangan. Sebagai contoh, keadaan jalan raya yang basah dan tidak rata menyebabkan tayar
kereta tidak dapat mencengkam permukaan jalan raya. Keadaan akan menjadi lebih berbahaya
apabila lampu isyarat rosak. Ranting pokok yang berjuntai di tepi jalan turut menjejaskan
penglihatan pemandu sehingga berlakunya kemalangan.
Selain itu, faktor kenderaan seperti brek yang tidak berfungsi dan keadaan bunga tayar
kereta yang haus akibat tidak diselenggarakan secara berkala turut menyebabkan nahas berlaku.
Sesungguhnya, keselamatan jalan raya merupakan tanggungjawab semua pihak. Tegasnya,
amalan hidup bagai aur dengan tebing adalah penting bagi memastikan kadar kemalangan jalan
raya dapat dikurangkan.
JUMLAH 19,704
Sumber: PDRM
HP
1.1.1
PKJR 1
B Lengkapkan peta pokok di bawah dengan menyenaraikan faktor berdasarkan
maklumat dalam petikan di atas.
C Bina tiga ayat yang gramatis tentang akibat nahas jalan raya.
i.
ii.
iii.
HP
2 1.1.1 PKJR
Aktiviti 2
A
Tangani Risiko
POSTER
A Berpandukan poster, bincangkan tingkah laku pengguna jalan raya dan catatkan
pada papan tulis.
Nyatakan tiga cara menangani risiko berkaitan dengan tingkah laku pengguna
B jalan raya.
TIP
Memerhati keadaan jalan raya, di
hadapan dan di sekeliling anda.
Bertimbang rasa.
HP
PKJR 1.2.1 Sumber: PDRM
3
Aktiviti 3
A
Laju Membawa Padah
VIDEO
Tonton video yang ditayangkan dengan teliti. Kemudian bincang secara berpasangan
A
tentang akibat memandu melebihi had laju.
HP
4 2.1.1 PKJR
B Lengkapkan peta bulatan akibat kemalangan jalan raya disebabkan memandu
melebihi had laju.
Akibat
kemalangan jalan
raya disebabkan
memandu
melebihi had laju
INFO PKJR
Semakin laju pemanduan anda semakin tinggi risiko
kecederaan dan kematian.
20% kematian pada kelajuan 50km/j
60% risiko kematian pada kelajuan 80km/j
Pada kelajuan 50km/j jarak berhenti ialah 27 meter. Jika tidak
kenderaan tidak akan sempat berhenti.
HP
PKJR 2.1.1 5
Aktiviti 4
A
Leka Sedetik
VIDEO
1 2 3
4 5 6
7 8
HP
6 2.4.1 PKJR
Senaraikan tiga contoh dan kesan hilang tumpuan berkaitan penglihatan dan
B
pendengaran berdasarkan klip video animasi yang ditonton.
Jangan menggunakan
Menggunakan Kemalangan telefon bimbit semasa
telefon bimbit
memandu
INFO PKJR
A Tonton klip video pemakaian tali pinggang keledar dengan teliti. Sumbang saran
maklumat yang diperolehi daripada video yang ditonton.
Kelihatan sekumpulan anak muda Sebelum memulakan perjalanan, Penumpang di hadapan mengikut
sedang berjalan menuju ke kereta pemandu menasihati rakan-rakannya nasihat pemandu tersebut dan
mereka. untuk memakai tali pinggang keledar. memakai tali pinggang keledar.
Penumpang di belakang turut Mereka memulakan perjalanan ke Kelihatan sebuah motosikal yang
mengikut nasihat pemandu dan destinasi yang hendak dituju. ditunggang laju keluar dari simpang
memakai tali pinggang keledar. tanpa berhenti.
Kereta tersebut hampir bertembung Pemandu dan penumpang kereta Mereka mengakui memakai tali
dengan motosikal yang keluar secara nyaris terhentak pada stereng, papan pinggang keledar menyelamatkan
melulu dari simpang. pemuka dan tercampak keluar dari nyawa mereka.
kenderaan akibat berhenti secara
mengejut.
HP
3.1.1
8 PKJR
B Jawab soalan berdasarkan tayangan video secara lisan dalam kumpulan.
i. Apakah fungsi tali pinggang keledar jika berlakunya nahas jalan raya?
SENTIASA JANGAN
Memeriksa tali pinggang keledar
untuk memastikan ia berfungsi
dengan baik.
Abaikan pemakaian tali pinggang
keledar untuk setiap perjalanan
meskipun untuk jarak yang dekat.
HP
3.1.1
PKJR 9
Aktiviti 6
Topi Keledar
BERHENTI
HP
10 3.2.2 PKJR
B Kenal pasti empat ciri topi keledar yang selamat dan catatkan pada rajah di bawah.
INFO PKJR
Ciri-ciri
Topi 1. Disahkan
selamat oleh
keledar piawaian Standard
yang Malaysia (MS SIRIM).
selamat 2. Berwarna cerah/putih.
Sumber: JKJR
i. .
ii.
iii.
iv.
HP
PKJR 3.2.2 11
Aktiviti
A 7
Berhati-hati Melintas Jalan Raya
VIDEO
Situasi 1
1 2 3
Situasi 2
1 2 3
Situasi 3
1 2 3
Dua orang remaja yang berpakaian Dua orang remaja yang berpakaian
gelap sedang melintas jalan ketika cerah melihat ke kanan dan ke kiri Remaja tersebut melintas dengan
waktu malam. sebelum melintas. berhati-hati.
INFO PKJR
Sumber: PDRM
HP
12 4.1.1 PKJR
B Berdasarkan klip video, tandakan ( ) pada perlakuan yang positif dan tandakan (X)
pada perlakuan yang negatif.
Tandakan
Bil. Perlakuan Pejalan Kaki ( ) atau ( X )
Secara berkumpulan, bina satu perenggan karangan berkaitan satu perlakuan positif
C
yang dipilih.
HP
PKJR 4.1.1 13
Aktiviti 8
Tingkah
BERHENTI Laku Cermat Jiwa
Selamat
A Baca petikan berita di bawah. Kemudian garisi maklumat yang anda peroleh
daripada petikan tersebut dalam kumpulan.
KUALA LUMPUR, 16 Mac – Seorang lelaki warga asing maut dalam kemalangan jalan
raya di Jalan Pudu awal pagi tadi kerana mengalami kecederaan parah di kepala setelah
dilanggar oleh sebuah kereta ketika melintas jalan. Menurut pegawai trafik bertugas,
mangsa tidak menggunakan kemudahan pejalan kaki walaupun di tempat tersebut
terdapat jejantas.
Seorang pegawai Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) ketika dihubungi menjelaskan
bahawa kemalangan biasanya berlaku disebabkan sikap pejalan kaki itu sendiri. Mereka
tidak mematuhi peraturan ketika melintas jalan dan tidak menggunakan kemudahan
pejalan kaki yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Menurut beliau lagi,
kebanyakan kes kemalangan yang berlaku melibatkan warga asing yang tidak memahami
peraturan jalan raya di negara ini.
Selain jejantas dan lintasan pejalan kaki berisyarat, kemudahan lain yang disediakan ialah
lintasan kanak-kanak yang dikawal oleh peronda lintasan sekolah, laluan pejalan kaki
bawah tanah, lintasan pejalan kaki dan laluan pejalan kaki. Kemudahan-kemudahan ini
disediakan untuk memastikan keselamatan pejalan kaki semasa melintas, mengelakkan
konflik antara pejalan kaki dengan trafik dan memastikan kemalangan tidak berlaku.
Kesimpulannya, pejalan kaki diingatkan agar mematuhi peraturan lalu lintas kerana
kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan mereka disaman di bawah Akta
Pengangkutan Jalan 1987, iaitu boleh dikenakan kompaun.
HP
14 4.1.2 PKJR
Berdasarkan petikan, pindahkan maklumat yang diperoleh ke dalam peta minda
B yang sesuai dan bentangkan secara berkumpulan.
Kepentingan
menggunakan
kemudahan
pejalan kaki
info pkjr :
Kenali Tanda
da Lamp
Lampu Isyarat
Lampu Merah L
Lampu Orang Merah
BERHENTI Berterusan
B
Kenderaan mesti berhenti JJangan Melintas
Lampu Kuning
2
4
5
6
HP
16 5.1.1 PKJR
B Huraikan kepentingan menggunakan alat-alat perlindungan menunggang basikal di
bawah.
HP
PKJR 5.1.1 17
Aktiviti 10
A
Rancang Laluan Selamat
VIDEO
A Berdasarkan klip video laluan selamat penunggang basikal, berikan pendapat anda.
1 2 3
Rani memakai topi keledar dengan Rani memerhatikan kenderaan yang Rani berbasikal di bahagian paling
kemas dan betul. lalu lalang. kiri jalan.
4 5 6
Rani berbasikal di lorong basikal. Rani memilih untuk melalui lorong Rani meneruskan perjalanan setelah
basikal kerana lebih selamat. lampu bertukar hijau.
7 8
01 02 03 04 05
BAHAYA
SELAMAT
Sumber: JKJR
HP
5.1.2
18 PKJR
Lakarkan peta laluan selamat anda dari sekolah ke rumah di dalam ruangan yang
B disediakan.
HP
5.1.2
PKJR 19
Aktiviti 11
A
Malang Tidak Berbau
POSTER
HP
20 5.2.1 PKJR
Huraikan kepentingan menggunakan pakaian dan peralatan keselamatan ketika
C menunggang motosikal.
TOPI KELEDAR
BREK
TAYAR
KASUT
INFO PKJR
APABILA BERLAKU KEMALANGAN MOTOSIKAL
TAHUKAH ANDA?
Memakai topi keledar 48x lebih tinggi risiko
keselamatan dengan betul kematian & kecederaan serius
boleh menyebabkan : berbanding penumpang bas
Pengurangan risiko bagi jarak yang sama.
KEMATIAN : sebanyak 40% 6.2x lebih tinggi risiko
Pengurangan risiko kematian & kecederaan serius
KECEDERAAN KEPALA : berbanding menaiki kereta
bagi jarak yang
sebanyak 70%
HP
PKJR 5.2.1 21
Sumber: JKJR
Aktiviti 12
Utamakan Keselamatan
BERHENTI
A Baca petikan di bawah, kemudian garisi frasa berkaitan dengan laluan selamat.
Berdasarkan statistik kemalangan jalan raya yang dilaporkan oleh Jabatan Keselamatan
Jalan Raya (JKJR) pada tahun 2016 didapati penunggang motosikal mencatatkan jumlah
kematian yang paling tinggi, iaitu sebanyak 63%. Antara faktor yang menyebabkan
penunggang motosikal berisiko paling tinggi terlibat dalam kemalangan ialah sikap
penunggang motosikal, persekitaran jalan raya, dan keadaan motosikal. Oleh yang
demikian, penunggang motosikal mestilah bijak memilih laluan yang selamat.
Antara langkah yang boleh diambil bagi memastikan keselamatan penunggang motosikal
di jalan raya adalah dengan menggunakan laluan motosikal yang telah disediakan.
Sesetengah jalan persekutuan tidak dilengkapi laluan motosikal tetapi dipisahkan
daripada lorong utama oleh garis putih di tepi jalan. Penunggang motosikal digalakkan
berada di sebelah kiri jalan.
Selain itu, mereka juga hendaklah mematuhi tanda isyarat lalu lintas di jalan raya untuk
memastikan pergerakan lalu lintas lebih lancar. Tanda isyarat lalu lintas ini juga dapat
memberikan peringatan dan memberitahu penunggang motosikal tentang bahaya atau
isyarat lalu lintas agar mereka dapat mengambil tindakan yang sewajarnya.
info pkjr :
JUMLAH KEMATIAN PENUNGGANG
DAN PEMBONCENG MOTOSIKAL
HP
22 5.2.2 PKJR
Berdasarkan peta laluan keselamatan berikut, bantu Jutim dan bapanya menunggang
B motosikal mengikut laluan yang selamat dari sekolah untuk sampai ke rumah. Tanda dengan
menggunakan simbol anak panah ( ). Jelaskan sebab laluan selamat tersebut dipilih
semasa pembentangan.
BALAI POLIS
SEKOLAH DAHLIA
STADIUM DAHLIA
PASAR RAYA
TAMAN PERMAINAN
KANAK-KANAK
Petunjuk
A Berdasarkan klip video animasi sikap pemandu yang tidak berhemah, berikan
pendapat anda.
1 2 3 4
5 6
7 8
B Bandingkan sikap pemandu berhemah dengan pemandu yang tidak berhemah.
HP
6.1.1
24 PKJR
Lengkapkan karangan di bawah tentang ciri-ciri pemandu berhemah berdasarkan
C
pilihan jawapan yang diberikan.
memberi isyarat yang
memberi laluan dengan
sewajarnya pada masa
memperlahankan kenderaan
yang sesuai
Kita sering berdepan dengan pemandu yang tidak sopan di jalan raya. Sikap
sedemikian bukan sahaja membahayakan diri sendiri tetapi juga pengguna jalan raya
yang lain. Memandangkan tabiat tersebut tidak menguntungkan sesiapa, maka usaha
kerajaan untuk melahirkan pemandu yang berhemah tidak harus dipandang ringan.
Sehubungan dengan itu, kita perlu mengenal pasti ciri-ciri pemandu yang berhemah.
Antara ciri pemandu berhemah adalah dengan (i)
. Tindakan tersebut akan membolehkan pemandu
lain memahami isyarat yang diberikan dan bersedia untuk bertindak pada masa yang
betul. Selain itu, pemandu (ii) yang
tersembunyi kerana kebolehlihatan kenderaan dari arah bertentangan sangat terhad.
Pemandu yang berhemah sepatutnya (iii)
supaya dapat mengawal kenderaan dengan baik. Seterusnya, pemandu
juga perlu (iv) supaya tidak
terpercik kepada pengguna jalan raya yang lain. Dari aspek yang lain pula, pemandu
perlu (v) supaya pemandu lain
dapat memotong dengan selamat.
Kesimpulannya, kita percaya bahawa pemandu yang mempunyai pengetahuan
tentang peraturan lalu lintas, kemahiran yang tinggi dalam pemanduan dan sikap
yang betul ketika memandu dapat melahirkan pemandu berhemah. Langkah ini dapat
mencerminkan budaya masyarakat Malaysia di jalan raya.
JAGA JARAK
di hadapan (dikenali sebagai tailgating)
YANG SELAMAT
memberhentikan kenderaan dengan selamat.
HP Sumber: JKJR
6.1.1
PKJR 25
Aktiviti 14
BERHENTI
Usah Terburu-Buru
A Secara lisan nyatakan situasi berbahaya yang pernah anda alami ketika memotong
kenderaan lain.
Tindakan
berbahaya
ketika
memotong
kenderaan lain
info pkjr :
BERI ISYARAT
SEMASA MEMANDU
Elakkan kemalangan dengan memberitahu niat
anda kepada pengguna jalan raya lain.
26 6.1.2 HP
PKJR
Aktiviti 15
30
Anda Mampu Mengubahnya
110
km/j km/j
A Baca petikan cerpen di bawah. Kemudian kenal pasti dan senaraikan tingkah laku
penumpang yang mengganggu pemandu secara fizikal.
Hujan turun dengan lebatnya. Sesekali terdengar dentuman guruh dan kilat sabung-
menyabung, diikuti angin yang kencang. Aku meneruskan pemanduanku agar cepat sampai ke
rumah.
Seperti biasa aku menjalankan rutin harianku menghantar dan mengambil anak-anak
di sekolah dan di tadika. Keadaan anak-anak di dalam kereta semakin riuh dan tidak terkawal.
Lia, Ari dan Emy mula bergaduh kerana berebut air kotak sehingga air itu terpercik ke mukaku.
Aku meraba-raba mencari kotak tisu di tempat duduk hadapan untuk mengelap percikan air
di mukaku. Basir pula mula merengek dan meragam kerana kelaparan sambil menarik-narik
tudungku dari tempat duduk belakang.
Basir meronta-ronta sambil menjerit-jerit dalam dakapan Rin. Basir menolak botol susu
yang diberikan oleh Rin dan cuba melepaskan dirinya untuk duduk di atas ribaku. Aku berusaha
mengawal kereta dalam keadaan Basir yang masih meronta-ronta mahukan perhatianku. Entah
bagaimana, secara tiba-tiba Basir mencapai stereng menyebabkan kereta yang aku pandu tidak
terkawal. Aku cuba menekan brek tetapi usahaku sia-sia kerana keadaan jalan yang licin. Aku
tidak mampu untuk berbuat apa-apa lagi. Dalam fikiranku cuma terbayangkan keselamatan
anak-anakku.
Sayup-sayup kedengaran namaku dipanggil berkali-kali oleh suara yang amat aku kenali.
Dengan perlahan-lahan aku membuka mata dan mendapati suami tercinta berada di sebelahku.
Spontan aku teringatkan nasib anak-anakku.
“Bang, mana anak-anak kita? Mana Rin? Mana Basir? Mana Lia? Mana Ari? Mana Emy?”,
bertalu-talu pertanyaanku.
Fairol hanya mampu terdiam. “Banyakkan bersabar Encik Fairol,” kata Doktor
Akhirruddeen sambil mengusap lembut bahu Fairol. Pertanyaanku tidak dijawab. Hanya
pandangan kosong dan dalam yang diberikan. Suamiku hanya menggenggam erat tanganku
sambil meminta maaf. Pandanganku kelam.
HP
6.2.1
PKJR 27
Senaraikan tingkah laku penumpang yang mengganggu pemandu secara fizikal
B
berdasarkan petikan.
Kemahiran Berfikir
73
6-10 191
417
11-15 923
MATI PARAH
Sumber: PDRM
HP
28 6.2.1 PKJR
Aktiviti 16
Asyraf, Vincent dan Prakash sedang dalam perjalanan menuju ke Pantai Morib. Sepanjang
perjalanan mereka begitu gembira berbual-bual dengan suara yang kuat sambil menikmati
pemandangan.
Vincent : Asyraf, pandang sini (sambil menghalakan lensa kamera telefon bimbitnya)
Asyraf : Aku tengah memandu ni, kejap lagilah. (menunjukkan reaksi berminat untuk
turut serta).
(Asyraf pun terus memandang ke arah lensa kamera yang dihalakan ke arahnya sambil
tangannya masih mengawal stereng).
Prakash : Asyraf! Asyraf! Perlahanlah sikit, cantiknya pemandangan sebelah kiri tu.
Cuba tengok.
(Spontan, Asyraf terus memandang ke arah yang dimaksudkan oleh Prakash tanpa menyedari
kereta mereka telah tersasar ke lorong bertentangan. Pada masa yang sama, sebuah lori
datang dari arah bertentangan).
Pinnn... Kreeek... Bommm... Tiba-tiba kedengaran satu dentuman yang sangat kuat akibat
pertembungan dua buah kenderaan itu.
HP
6.2.2
PKJR 29
B Senaraikan tingkah laku penumpang yang mengganggu tumpuan pemandu.
Tingkah laku
penumpang yang
mengganggu
tumpuan pemandu
2
1
INFO TEKNIK
TEATER PEMBACA :
a) Melib
atk
membac an beberapa o
a skrip s ra
esebuah ng murid
cerita.
b) Lebih
mementi
penggu ngkan a
naa sp
dan mim n suara, sebuta ek
ik muka n, inton
. asi
HP
30 6.2.2 PKJR
Glosari
ISTILAH MAKSUD
Advokasi Saranan atau cadangan kepada pengguna jalan raya untuk mematuhi
peraturan.
Alat pemantul cahaya Alat keselamatan yang memantulkan cahaya. Contoh: jaket pemantul cahaya,
pelekat pemantul cahaya.
Alat perlindungan Pakaian atau peralatan yang boleh melindungi pemandu atau penumpang
daripada impak stering atau panel kenderaan. Contoh: beg udara dan topi
keledar.
.
lintas )
Bahaya Sesuatu yang dapat mendatangkan bencana, kecelakaan, nahas, dan lain-
lain.
Bahu jalan Bahagian tepi atau sisi jalan yang hanya digunakan untuk kenderaan yang
rosak.
Beg udara Sejenis beg daripada fabrik nilon yang nipis dan terlipat di dalam stering
atau papan pemuka.Beg udara juga terdapat pada pintu atau tempat duduk
penumpang sebagai tambahan kepada ciri keselamatan jika dilanggar dari
arah sisi. Jika berlaku kemalangan, beg udara akan menggelembung dan
mengempis dalam masa kurang daripada sesaat (sekitar 0.05 saat). Proses
ini memperlahankan pergerakan ke hadapan pemandu dan penumpang serta
mengurangkan kecederaan serius.
31
31
ISTILAH MAKSUD
Brek tidak berfungsi Alat untuk mengurangkan atau menghentikan kenderaan tidak dapat
digunakan dengan baik.
Bunga tayar haus Keadaan bunga tayar kenderaan yang botak dan tidak dapat mencengkam
jalan dengan baik.
Gangguan secara Tingkah laku penumpang yang menyebabkan pemandu tidak dapat
memberikan tumpuan pada pemanduan.
Gelang pemantul Alat berbentuk gelang atau sebagainya yang dapat memantulkan cahaya bagi
cahaya memudahkan orang lain mudah melihat.
Had laju Kadar kelajuan yang ditetapkan untuk dipatuhi oleh pemandu kenderaan.
Hendal Tempat pegang pada basikal dan lain-lain bagi mengawal arah atau hala tuju.
Isyarat tangan Tanda insyarat yang ditunjukkan oleh pemandu bagi memberitahu pemandu
lain tentang tindakan yang akan dilakukan.
32
32
ISTILAH MAKSUD
Jejantas Jambatan yang dibina merentangi jalan raya untuk memisahkan pejalan kaki
daripada kenderaan bagi membolehkan mereka melintas dengan selamat
tanpa berhadapan dengan kenderaan dan lalu lintas.
Kebolehlihatan Keadaan dapat melihat pada waktu malam atau waktu kurang pencahayaan
akibat faktor masa atau cahaya.
Laluan motosikal Laluan yang disediakan khusus untuk kegunaan penunggang motosikal.
Laluan pejalan kaki Laluan yang digunakan khusus untuk pejalan kaki.
Laluan pejalan kaki Laluan yang disediakan untuk kegunaan untuk pejalan kaki di bawah tanah.
bawah tanah
Laluan selamat Lorong yang tidak berbahaya kepada pengguna jalan raya.
Lampu hadapan dan Lampu utama yang terdapat pada hadapan kenderaan untuk memudahkan
belakang pemandu melihat dengan jelas pada waktu malam; atau lampu utama di
belakang kenderaan bagi membolehkan pemandu lain melihat kenderaan di
jalan raya.
33
33
ISTILAH MAKSUD
Kad atau dokumen yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang membolehkan
seseorang belajar memandu (latihan praktikal) sebelum dibenarkan menjalani
Lesen Belajar ujian praktikal bagi tempoh tiga atau enam bulan (Lesen L). Pelanjutan tidak
Memandu (LDL) boleh melebihi agregat dua tahun mulai tarikh mula lesen belajar memandu
dikeluarkan. Dalam tempoh dua tahun seseorang itu perlu lulus semua ujian
kekompetenan dan mendapat kelas lesen memandu yang dipohon.
Kad atau dokumen yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa setelah seseorang
Lesen Memandu itu lulus semua ujian memandu kompetenan bagi kelas lesen memandu yang
Percubaan (PDL) dipohon untuk membolehkan pemandu baharu memandu kenderaan. Tempoh
percubaan selama dua tahun dan dikira dari tarikh lesen memandu percubaan
dikeluarkan (Lesen P).
Kawasan khas yang dicat dengan jalur belang putih atau kuning secara
Lintasan pejalan kaki melintang di atas jalan raya untuk membantu pejalan kaki melintas dengan
selamat.
Lintasan pejalan kaki yang mempunyai set lampu isyarat dan lazimnya
Lintasan pejalan kaki terdapat butang serta dua lampu berimej orang berwarna merah dan hijau.
berisyarat Lintasan pejalan kaki berisyarat dikawal dengan menekan butang yang
terdapat pada tiang lampu pejalan kaki berisyarat.
Lorong kecemasan Laluan yang disediakan khas untuk kenderaan seperti jentera bomba atau
ambulan.
34
34
ISTILAH MAKSUD
Pelekat pemantul Alat yang digunakan sebagai pelekat yang dapat memantulkan cahaya.
cahaya
Pembahagi jalan
jalan raya atau lebuh raya. Pembahagi jalan boleh jadi tembok konkrit, rel
pengawal ataupun ruang tanah kosong yang lapang.
Penunggang Orang yang menunggang kenderaan beroda dua atau tiga seperti motosikal
dan basikal.
Peralatan keselamatan Alat-alat yang dapat melindungi pengguna jalan raya daripada mengalami
kecederaan. Contoh: topi keledar bercap SIRIM, baju pantulan cahaya.
Peraturan lalu lintas Amalan keselamatan yang boleh meningkatkan kesedaran pengguna jalan
raya semasa menggunakan ataupun berada di jalan raya.
Perlanggaran Rempuhan antara dua kenderaan atau lebih sama ada secara berhadapan
atau sebagainya.
Peronda lintasan Individu yang bertugas meronda di kawasan lintasan sekolah dengan
sekolah memakai suatu pakaian seragam yang diluluskan oleh ketua pegawai polis
dan diberi kuasa untuk menahan atau memberhentikan kenderaan bagi
membolehkan murid-murid sekolah melintas.
Plat Alat daripada kepingan logam atau plastik yang berbentuk empat segi untuk
dimasukkan ke dalam pengancing.
35
35
ISTILAH MAKSUD
Ritma sirkardian Perubahan fungsi dalaman diri manusia (biologi) yang berulang dalam tempoh
(circadian rhythm) 24 jam.
Simulasi Latihan yang menggunakan sesuatu yang direka atau dibuat-buat supaya
mirip kepada yang sebenarnya.
Situasi berbahaya Keadaan yang dapat memberi kemalangan kepada pengguna jalan raya.
Tali pinggang keledar Alat penahan yang dipakai oleh pemandu dan penumpang kenderaan
untuk mengelakkan pergerakan yang berbahaya akibat perlanggaran atau
pemberhentian mengejut.
Tanda isyarat lalu lintas Simbol-simbol yang terdapat di jalan raya sebagai peringatan kepada
pemandu atau pengguna jalan raya bagi memastikan keselaman mereka.
Terowong pejalan kaki Gua yang dibina menembusi tanah atau bukit untuk dijadikan laluan pejalan
kaki.
Tingkah laku Tindakan penumpang kenderaan yang tidak menyebabkan situasi pemandu
penumpang yang hilang tumpuan.
selamat
Topi keledar Topi keselamatan yang dipakai oleh penunggang dan pembonceng
keselamatan motosikal motosikal.
Ujian nafas Ujian yang dilakukan bagi menentukan kandungan alkohol dalam darah.
36
36