You are on page 1of 2

Latihan Bab 1

(Bahagian A)
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Seorang rahib Buddha yang bernama ___________ telah mencatatkan asal usul
Bahasa Melayu dalam buku catatannya.

2. Menurut catatan Cina, sebuah kerajaan yang bernama ________________


dikatakan berpusat di daerah Jambi, Sumatera.

3. Dalam bahasa Jawa kuno, perkataan ‘Mlayu’ bermaksud ___________________.

4. Senaraikan empat buah batu bersurat yang dijumpai sebagai bukti menunjukkan
bahawa bahasa Melayu sudah lama bertapak di Kepulauan Melayu.

a) ________________________________, 686 Masihi

b) ________________________________, 686 Masihi

c) ________________________________, 684 Masihi

d) ________________________________, 683 Masihi

5. Menurut teori tertentu, penutur-penutur bahasa Melayu berasal daripada golongan


Austronesia yang datang dari daerah ________________ di negara China.

6. Golongan pertama yang berpindah dari China ke Asia Tenggara dinamakan


_________________.

7. Dalam perlembagaan Malaysia, Melayu ditakrifkan sebagai :

a)_________________

b)_________________

c)_________________

8. Di bawah keluarga Austronesia, terdapat 4 sub-keluarga bahasa iaitu keluarga


Nusantara, keluarga _______________, keluarga __________________ dan
keluarga Mikronesia.
9. Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi bagi lima buah negara iaitu Malaysia,
Singapura, Indonesia, Brunei dan _______________________.

10. Bahasa Melayu dikatakan mempunyai sifat ________________ iaitu bermaksud


makna perkataan boleh berubah apabila menerima imbuhan tertentu.

11. Bahasa Melayu _____________ dianggap sebagai bahasa Melayu standard kerana
ia sebagai tempat sebenar kelahiran bahasa Melayu.

12. Bahasa Melayu yang dituturkan oleh keturunan baba dan nyonya di Malaysia
ialah campuran antara bahasa Melayu dengan dialek ________________.

13. Perkembangan bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada tiga tahap iaitu bahasa
Melayu kuno, bahasa Melayu klasik dan bahasa Melayu _________________.

14. Bahasa Melayu kuno banyak dipengaruhi oleh bahasa ________________.

15. Dalam Perkara ______________ Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa


bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan & bahasa ______________.

16. Bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa kebangsaan sebab ia telah dipertuturkan
oleh semua penduduk sebagai _________________________.

17. Bahasa kebangsaan biasanya ______________, tetapi bahasa rasmi boleh


berjumlah lebih daripada satu.

18. Negara Singapura mempunyai empat buah bahasa rasmi iaitu bahasa-bahasa
___________, _________________, ______________ dan _____________.

19. Di __________________ dan _______________________, bahasa Melayu


digunakan sebagai bahasa urusan pentadbiran kerajaan dan bahasa perbahasan.
20. _________________ (1956) dan ______________ (1960) telah menyatakan
bahawa bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem
pendidikan negara.

You might also like