You are on page 1of 11

TUKUL,PAHAT DAN

PENGULIR SEKERU

3.0 TUKUL
Tukul merupakan satu alat tangan yang digunakan dalam bengkel kejuruteraan .
Pada amnya tukul boleh dibahagikan kepada dua jenis, tukul besi dan tukul
Lembut

3.1 TUKUL BESI


Tukul besi digunakan untuk kerja kerja menggegas dan menanda. Muka dan
bongkol kepala tukul di keraskan dan dibaja dengan baik supaya tidak mudah
sumbing dan mengembang apabila ditukul. Bahagian keliling lubang dan leher
dibiarkan lembut . Batang tukul diperbuat dari kayu hickory,ash atau spotted
gum. Berat tukul besi ialah antara .25 kg. hingga 1.5 kg. Untuk kerja-kerja am,
tukul seberat 0.5kg hingga 1 kg. digunakan. Tukul yang ringan d gunakan untuk
kerja-kerja menanda . Menukul boleh dilakukan dengaan kuasa jentera selain
dengan cara biasa, iaitu dengan tangan.

3.2 JENIS-JENIS TUKUL BESI


i. Tukul bongkol bulat
ii. Tukul bongkul lurus
iii.Tukul bongkol tirus

3.2.1 Tukul bongkol bulat


Bongkol kepala tukul ini berbentuk separuh bulat. Bahagian permukaan rata
digunakan untuk menatal dan membuat kerja am seperti untuk menukul kepala
pahat dan alat-alat menanda . Bongkol bulat pula digunakan untuk meribet.
3.2.2 Tukul bongkol lurus.
Kepala tukul ini searah dengan paksi hulunya. Tukul jenis ini digunakan untuk
menukul bahagian –bahagina yang tidak bolih dilakukan oleh tukul kepala bulat.

3.2.3 Tukul bongkol tirus.

33
Kepala tukul ini bersudut tepat dengan paksinya. Kegunaannya sama dengan
tukul bongkol lurus. Kecuali sudut penggunaan nya berbedza. Tukul ini
digunakan jika tukul kepala lurus tidak bolih digunakan.

3.3 TUKUL LEMBUT


Tukul lembut digunakan untuk menukul bendakerja yang telah siap supaya
permukaan bendakerja itu tidak rosak. Tukul lembut juga terbahagi kepada tiga
jenis. Iaitu:
i. Tukul bongkol kulit
ii. Tukul bongkol plastik
iii.Tukul bongkol gangsa

3.3.1 Tukul bongkol Kulit


Tukul ini digunakan keatas logam lembut saperti tembaga atau loyang. Ia tidak
akan meninggalkan kesan pada bendakerja. .
3.3.2 Tukul bongkol plastik pada logam yang biasa digunakan dalam bengkel.
Tetapi apabila ia digunakan pada logan yang lebih lembut, hendaklah lebih
berhati-hati, supaya tidak meninggalkan kesan.
3.3.3 Tukul bongkol gangsa
Apabila tukul ini di hentak , ia tidak akan melantun saperti kedua-dua jenis tukul
diatas. Hentakan yang kuat bolih dilakukan tetapi haruslah berhati-hati terhadap
logam yang dihentak adalah logam lembut. Ia digunakan semasa kerja kerja
pemasangan.
3.4 Langkah keselamatan semasa menggunakan tukul
i. Pastikan bahawa batang pemegang adalah ketat kepada kepala tukul.
ii. Jangan gunakan tukul jika tangan berminyak
iii. Kawasan kerja mestilah lapang , tidak ada apa-apa menghalang
kelancaran untuk menukul.
iv. Pastikan bahawa tidak ada sesiapa pun dibelakang semasa menukul.
v. Gunakan ketukan yang seimbang sekadar dengan keupayaan tenaga
sendiri.

34
3.5 PAHAT
Pahat ditempa mengikut saiz dan bentuk yang tertentu sebagaimana kikir pahat
juga merupakan alat tangan yang di perbuat dari keluli bermutu tinggi yang
dikeraskan dan di baja. Pahat adalah alat tangan yang digunakan untuk
memotong, menatal atau membuang logam. Pahat mestilah digunakan dengan
tukul biasa atau tukul peumatik.

3.5.1. Sudut mata pahat : Apabila hendak memahat sesuatu bahan bahan
sudut-sudut yang berikut perlu diberi perhatian supaya kerja tersebut dapaat
dilakukan dengan berkesan. Sudutpahat dipegang antara 35% hingga 40%.
Jika keluar daripada lingkungan tersebut pemotongan yang tidak sempurna.
Sudut pemotongan mata pahat bergantung kepada kekerasan bahan yang
hendak dipotong.

LOGAM SUDUT
Keluli 70%
Besi tuanganI 60%
Keluli serderhana 60%-70%
Loyang 45%-60%
Tembaga 45%
Aluminium 30%
3.4.1 Jadual sudut mata pahat

3.6. Bahagian-Bahagian Pahat.


Batang pahat
Mata pahat
Kepala pahat

Sudut mata pemotong


Rajah: 3.44 : Nama Bahagian Pahat.
3.7 Jenis-jenis pahat

35
Terdapat empat jenis pahat yang biasa digunakan didalam bengkel
kejuruteraan iaitu:
3.. Pahat mata rata
. ii. Pahat mata bulat
iii Pahat mata bentuk intan
. iv. Pahat mata lintang

3.7.1. Pahat mata rata


Pahat ini biasa nya digunakan untuk kerja-kerja am Saiz pahat yang sesuai
untuk kerja-kerja am iaitu 25mm lebar dan 200mm panjang sudut mata pahat ini
di canai mengikut kekerasan bahan yang hendak dipotong.

3.7.2. Pahat mata melintang


Pahat ini digunakan untuk memotong celah yang tidak dapat dipotong dengan
pahat rata, memotong alur-alur pada permukaan yang lebar, memotong alur
kunci pada shaft dan takal. Pahat ini berukuran lebih kurang 200mm panjang
dan 6-12mm lebar.

3.7.3. Pahat mata bulat


Pahat ini digunakan untuk memotong alur-alur minyak, membetulkan
penjuru bulat pada lubang yang dalam.

3.7.4. Pahat mata bentuk intan


Pahat ini digunakan untuk membetulkan lubang-lubang yang telah teranjak
pusatnya semasa hendak mengerudi, memotong penjuru yang tajam. Pahat
mata bentuk intan ini bolih digunakan untuk memotong kepingan logam.

3.7.5. Pahat berkepala cendawan


Kepala pahat akan menjadi bercendawan jika ia digunakan selalu. Ini amat
merbahaya kerana serpihan dari kepala bercendawan boleh terkena angota
badan kita. Oleh itu jika terdapat kepala pahat berbentuk cendawan ianya
hendaklah dicanai kebentuk asal.

36
Bahagian belakang pahat
yang telah berbentuk
seperti cendawan akibat
hentaman tukul besi.

Batang pahat

Raj.3.45 Pahat berkepala cendawan


3.8. Gaya memahat.
Gaya memahat amatlah penting . Pahat hendaklah dipegang dibahagian
kepala dan tukul pula hendaklah di pegang dihujung batangnya. Fokuskan
mata pada garisan pemotong supaya dapat memahat dengan tepat

3.9. Langkah keselamatan semasa memahat.


i. Jangan mengunakan pahat berkepala cendawan kerana serpihan nya
mungkin akan melayang dan mengenai mata
ii. Jangan memegang pahat dengan tangan yang berminyak. Bersihkan
tangan daripada minyak sebelum memegang pahat.
iii. Bendakerja yang hendak dipahat hendaklah dipegang dengan kuat
pada ragum.
iv. Jangan gunakan pahat yang telah rosak untuk kerja memahat.
v. Pegang pahat hampir dengan kepalanya dengan kuat apabila
mengetuk.
vi. Jangan berdiri dihadapan orang yang sedang menjalankan kerja
memahat.
vii. Semasa memahat lihat pada tempat yang hendak dipahat .

3.10. PENGULIR DALAM


Pengulir dalam diperbuat daripada keluli berkarbon tinggi atau keluli
tahan lasak yang dikeraskan dan dibajakan,dua atau empat lurah
37
dipotong secara memanjang untuk mengizinkan tatal keluar dan
lelehan pemotong masuk. Dihujung batang dibuat bersegi untuk
membolehkan perengkoh memusingkan pengulir semasa mengulir.
Pengulir dalam biasanya diperbuat dalam tiga jenis dalam satu set.
Untuk pemotongan sebarang saiz. Pengulir dalam disebut tirus,
sedang dan pepat atau tirus, kedua dan palam.

i. Tirus: mempunyai tirus dari 8 hingga 10 ulir skru dan


digunakan pada permulaan mengulir. Pengulir memasuki
lubang dan memotong sepenohnya.
ii. Sedang: mempunyai 2 atau 3 ulir skru yang ditiruskan dan
digunakan selepas mengunakkan pengulir tirus. Sekiranya
lubang tembus pengulir ini tidak perlu digunakan kerana
mengunakan pengulir tirus sahaja sudah memadai
iii. Pepat: mempunyai ulir hingga kehujung dan pengulir ini
hendaklah digunakan sebagai pengulir terakhir apabila ulir
skru penoh hendak dipotong hingga kedasar .

3.11. PENGULIR LUAR


Pengulir luar ialah alat yang digunakan untuk memotong ulir skru luar,
disatu permukaan pengulir ditandakan saiz jenis ulir skru dan jarak ulir
skrunya. Di permukaan ini juga ulir skru ditiruskan sedikit untuk
membolehkan pemotongan ulir skru bermula dengan mudah. Adalah sangat
musahak pengulir dipasangkan ditempat yang betul didalam tonggak agar
permukaan yang tirus dapat memulakan proses mengulir.

3.11. JENIS-JENIS PENGULIR LUAR


i. Pengulir luar padu : Digunakan untuk memotong semula atau
membetulkan benang yang rosak. Saiznya tetap dan tidak boleh
dilaraskan. Spana yang sesuai boleh digunakanuntuk memusingkan
pengulir .

ii. Pengulir luar bulat berbelah boleh laras: mempunya tiga skru pelaras
yang membolehkan pelarasan dalam benang yang lebih atau kurang
38
daripada dalam benang piawai. Tonggak pengulir di guanakan untuk
memusingkan pengulir itu. Biasa nya digunakan benang saiz kurang
daripada 12mm.

iii. Pengulir luar bulat berbelah boleh laras: mempunyai dua 39amper39
pengulir untuk tiap-tiap saiz dinomborkan 1 dan 2. Berbagai-bagai
pelarasan untuk saiz boleh dibuat . Digunakan untuk memotong ulir
skru berdiameter besar.

3.13. LANGKAH-LAGKAH MENGULIR .


i. Pilih pengulir dalam dan perengkohnya yang betul untuk kerja
yang dibuat. Gunakan pengulir dalam tirus untuk permulaan
mengulir.
ii. Masukan pengulir kedalam lubang setegak yang mungkin, tekan
perengkuh kebawah dengan daya tekanan sama pada kedua
pemegangnya, dan pusingkan mengikut arah pusing jam(untuk
ulir skru kanan) lebih kurang dua kali.
iii. Tanggalkan perengkoh dan periksa kepersegian pengulir (90%
dengan bahan kerja) pada dua tempat.
iv. Sekiranya tidak tegak tanggalkan perengkoh dan laraskan kembali
pengulir itu.
v. Apabila pengulir dalam telah mula memotong dan kepersegiannya
telah diperiksa, pusingkan pengulir itu lebih kurang setengah
pusingan dan pusingkan balik kebelakang untuk mematahkan
tatal.
vi. Teruskan mengulir sehingga siap, gunakan pengulir kedua jika
perlu, gunakan lelehan pemotong yang sesuai semasa mengulir
iaitu:

Bahan Jenis leleahan


Keluli, kupram,gangsa Minyak, minyak berlarut
Aluminium Paraffin, minyak berlarut
39
Loyang, Besi tuangan Kering (tidak perlu lelehan)

i. Apabila memotong ulir skru dilubang sekat(buntu),


gunakan ketiga-tiga pengulir mengikut turutan, tirus,
sedang, dan akhir sekali gunakan pengulir pepat Sebelum
menggunakan pengulir pepat, keluarkan semua tatal dari
lubang dan berhati-hati apabila pengulir telah menyentuh
dasar lubang, jangan di pusingkan lagi.
ii. Berikan perhatian yang lebih apabila mengunakan
pengulir yang kecil kerana ia mudah patah.

3.14. SEBAB-SEBAB PENGULIR DALAM PATAH


i. Tidak mengikut aturan mengunakan pengulir, mestilah
menggunakan pengulir tirus terlebih dahulu.
ii. Memaksa pengulir itu masuk dengan memusingkannya
secara berterusan, sepatutnya mestilah dipusingkan balik
supaya tatal dapat di patahkah.
iii. Menggunakan daya tekanan yang kuat semasa
memusingkan pengulir.
iv. Tidak mengunakan lelehan pemotong.
v. Tidak mengeluarkan tatal didalam lubang semasa
mengulir lubang sekat.

3.15. SAIZ GERUDI PENGULIR DALAM


i. Saiz gerudi pengulir dalam ialah saiz gerudi yang
digunakan untuk membolehkan sebahagian daripada
bahan didalam lubang tinggal agar dapat di potong oleh
pengulir. Saiz gerudi tersebut mestilah lebih kurang sama
dengan garispusat kecil

ii. benang . Garispusat kecil boleh didapati dengan


menolakan 2 kali dalam benang dari garispusat besar
benang contoh 1.

40
Saiz gerudi (SG) untuk benang M 20 x 2.5mm
SG = 20-2(0.5413 x 2.5)
= 20-2.71
= 17.29 mm.

Oleh itu , saiz mata gerudi yang dipilih mestilah yang


paling 41amper besar dengan 17.29mm. Dari segi teori
nya, saiz gerudi mestilah sama dengan saiz garispusat
kecil benang tersebut tetapi dari segi pratikal nya, pengulir
di samping memotong ia juga mengesel puncak benang .
Sekira nya saiz lubang gerudi tidak dibesarkan sedikit,
maka ini boleh menyebabkan pengulir itu tersepit atau
patah. Oleh yang demikian rumusan untuk saiz gerudi
pengulir dalam yang mudah di ingati dan yang akan
memberikan 92% saiz benang penuh ialah:
SG = Garispusat besar –jarak benang.
Maka itu, saiz gerudi untuk benang M20 x 2.5
SG = 20 – 2.5
= 17.5 mm.

3.16. TERMINOLOGI ULIR SKRU

3.16.1. Garispusat besar: ialah garispusat yang paling besar bagi


skru atau nat.Garispusat ini juga di kenali sebagai garispusat luar
atau namaan.

3.16.2. Garispusat kecil : ialah garispusat yang paling kecil pada ulir
luar atau dalam.

3.16.3. Garis pusat Pic Ulir : ialah garispusat selinder


bayangan(tidak dapat dilihat) yang melalui benang pada satu titik
dimana lebar benang adalah sama.

41
3.16.4. Jarak ulir : ialah jarak dari satu titik pada ulir kesatu titik yang
sama diulir yang berikutnya, diukur selari dengan paksi.

3.16.5. Maju ulir : jarak benang sekeru itu maju kehadapan pada
paksinya dalam satu pusingan. Pada benang satu punca majunya
adalah sama dengan jaraknya benang. Pada benang dua punca
majunya adalah dua kali jarak benang. Pada benang tiga punca,
majunya adalah tiga kali jarak benang.

Maju Ulir
3.16.6. Dasar ulir : ialah permukaan bawah hasil sambungan dua
sisi benang bersebelahan

Puncak ulir

Dasar ulir
3.16.7. Puncak ulir : ialah permukaan atas hasil sambungan dua sisi
benang bersebelahan.

3.16.8. Rusuk ialah permukaan benang tempat sambungan puncak.

Rusuk

42
3.16.9. Sudut benang: ialah sudut yang terkandung diantara rusuk
benang diukur pada paksinya

Sudut benang

3.16.10. Dalam benang : ialah jarak antara puncak dan dasar diukur
seranjang dengan paksi

3.16.11. Sudut heliks : ialah sudut yang diterbitkan oleh benang dengan satu satah
yang bersudut tegak dengan paksi benang

Sudut heliks

43

You might also like