You are on page 1of 1

Tutorial M3 (Sila Jawab)

Nama: Carol Lee Siew Yi

Kelas: SEJ SJKC 2

Tajuk: Dengan menggunakan beberapa contoh sumber pengajaran dan pembelajaran


pedagofi relevan budaya, bincangkan bagaimana anda dapat menerapkan konsep
pembinaan bangsa negara di dalam bilik darjah.

Jawapan:

Guru boleh menerapkan konsep pembinaan bangsa negara di dalam bilik darjah dengan
menggunakan foto Jalur Gemilang, gambar yang mengenai kemerdekaan Malaysia. Melalui
gambar yang ditunjukkan kepada murid, guru boleh menerangkan cerita kemerdekaan
Malaysia supaya murid memahami semangat perpaduan antara kaum amat penting dalam
kalangan rakyat Malaysia. Guru juga boleh membimbing murid untuk menerangkan
kepentingan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Selain itu, guru juga boleh menceritakan perjalanan Malaysia merdeka supaya murid
memahami bahawa Malaysia adalah semua rakyat Malaysia punya bukan hak untuk
sesuatu kaum, bangsa atau etnik punya. Kemerdekaan Malaysia adalah usaha pelbagai
kaum. Jadi, kita hendaklah menghargai dan mengamalkan semangat perpaduan.

Seterusnya, guru juga boleh mengajar murid untuk menyanyi lagu Negaraku supaya
menunjukkan semangat cinta akan negara dalam kalangan murid. Guru juga perlu mengajar
murid bahawa semasa menyanyi lagu Negaraku, kita hendaklah berdiri tegak untuk
menunjukkan kehormatan kita terhadap negara kita.

You might also like