You are on page 1of 4

Tutorial (Jawab Soalan Berikut)

Nama: Carol Lee Siew Yi

Kelas: SEJ SJKC 2

Tajuk: Nyatakan apakah yang anda faham tentang Pengurusan Bilik Darjah Mesra Budaya.

Jawapan:

1.0 Pengurusan bilik darjah yang mesra budaya

Pengurusan bilik darjah yang mesra budaya amat penting supaya murid mempunyai satu
suasana pembelajaran yang kondusif.

1.1 Pengurusan Persekitaran Fizikal

- Pengurusan fizikal bilik darjah merupakan usaha murid, guru dan pihak sekolah
untuk membantu murid menjadi modal insan yang menjurus kepada pembinaan
JERIS.
- Perkara yang perlu diambil kira dalam pengurusan persekitaran fizikal:
o Peralatan asas seperti papan hitam, kerusi, meja dan sebagainya.
o Aspek keselamatan
o Persediaan guru untuk menjalankan proses PdP
o Peraturan kelas
o Ruang dan pergerakan perlu fleksibaliti
o Aspek kebersihan dan keindahan bilik darjah
o Aspek percahayaan dan pengudaraan
o Kedudukan murid

1.2 Pengurusan Persekitaran Sosio-emosi

- Pengurusan sosio-emosi sebagai perangsang yang membangkitkan dan


mengekalkan minat seseorang murid untuk mencapai matlamat pembelajaran.
- Sosio-emosi termasuk minat, sikap, dan tingkah laku
- Cara pengurusan sosio-emosi murid:
o Guru memberikan pujian dan galakan kepada murid
o Guru mengurus emosi murid
o Guru mengambil berat keperluan fisiologi dan akademik murid
o Guru boleh mengetahui keadaan murid melalui rakan sebaya mereka.
o Guru mestilah mengamalkan kepimpinan demokrasi dengan tidak terlalu
mengongkong murid.
o Guru boleh menggunakan bahan permainan untuk mengurus emosi murid.

1.3 Perhubungan Antara Kelompok Etnik

- Murid diharapkan untuk:


o Menambah pengetahuan mereka mengenai agama atau adat etnik lain.
o Mewujudkan hubungan etnik yang harmoni
o Berfikir secara terfokus megenai hubungan etnik di Malaysia dari segi
sejarah, latar belakang ekonomi dan politik serta aspek penting lain.
o Memperoleh lima perkara utama (kesedaran, kefahaman, akomodasi, saling
menghormati dan perpaduan) yang boleh membantu bertindak ke arah
memperbaiki dan memupuk hubungan etnik dari perspektif dan kemampuan
masing-masing.
- Contoh cara guru yang boleh dilakukan untuk mengeratkan hubungan antara etnik:
o Guru boleh memilih topik yang berkaitan dengan perayaan di Malaysia.
Setiap murid di dalam kelas yang terdiri daripada pelbagai etnik perlu diberi
peluang untuk berinteraksi dan berbincang tentang perayaan tersebut. Dalam
masa yang sama penerapan budaya dan nilai-nilai murni dari etnik yang
berlainan dapat diserapkan dalam objektif pembelajaran. Guru perlu adil,
tidak bersikap pilih kasih, berat sebelah dan sentiasa peka terhadap budaya
murid tanpa mengira latar belakang mereka. Guru juga tidak boleh
memburuk-buruk dan merendah-rendahkan murid yang pelbagai etnik.
- Setiap aktiviti dan program yang dirancang tidak boleh menyentuk isu sensitif .

1.4 Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran

- Guru berperanan sebagai:


o Pendidik
o Pemudahcara
o Pemimpin
o Pembimbing
o Penilai
o Perancang
o Perunding
o Pendorong
- Guru perlu menjadi seorang pengurus bilik darjah yang berkesan untuk mencapai
objektif pelajaran
- Guru perlu merancang kurikulum, sukatan, huraian sukatan, buku teks, bahan
rujukan tambahan atau maklumat tambahan daripada pelbagai sumber.
- Guru perlu menggunakan pelbagai kaedah, model, teknik dengan menggunakan
kemahiran berkomunikasi, interpersonal, bimbingan dan kaunseling dalam proses
PdP.
- Guru berperanan sebagai penggerak kepada pembelajaran berpusatkan murid
- Guru perlu menjadikan pembelajaran semakin aktid, interaktif dan konstruktif
- Guru boleh memberikan murid ruang untuk merehatkan minda untuk mengelakkan
murid berasa bosan

1.5 Pedagogi Relevan Budaya dan Kepelbagaian Kelompok

- Pendekatan kolaboratif
- Pendekatan koperatif
- Kajian masa depan
- Konteks luar
- Metakognitif
- Kontekstual
- Generatif
- Mediatif
- Direktif

1.6 Pedadogi Kelas Bercantum

- Kelas bercantum diwujudkan apabila bilangan murid di dalam satu tahun


persekolahan adalah kurang daripada 15 orang
- Guru menjalankan PdP secara berkumpulan
- Guru juga menggunakan kaedah perbincangan untuk mengajar
- Guru perlu bijak menggunakan pengajaran kerana terdapat aras perbezaan yang
agak ketara dalam diri murid.

1.7 Sosiolinguistik

- Sosiolonguistik adalah ilmu inter-disiplin yang membincangkan dan menyusun


teori-teori tentang perhubungan masyarakat dan bahasa yang dituturkan dalam
komunikasi seharian.
- Guru boleh mempamerkan info mengenai budaya dalam kelas dengan
menggunakan pelbagai laras bahasa supaya semua info tersebut dapat diterima
dan difahami oleh murid.
- Guru boleh menerapkan nilai kerjasama antara budaya
- Guru menggunakan pelbagai bahasa semasa berinteraksi di dalam kelas.

You might also like