You are on page 1of 2
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH KOMPLEKS PENDIDIKAN, JALAN STADIUM 05604 ALOR SETAR KEDAH DARUL AMAN len: cera Laman Wed nips:lpnkeaan moe gouny Rujukan : JPNK400-3/2/1 JLD.3 (Fy) Tarikh : 25. Februari 2022 Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim Pengarah Kolej Vokasional Sungai Petani 2 Semua Pegawai Pendidikan Daerah Negeri Kedah Guru Besar Sekolah Terlibat Tuan, KEBENARAN MENGGUNAKAN PERUNTUKAN BANTUAN PERSEKOLAHAN PRASEKOLAH UNTUK AKTIVITI DAN PROGRAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH PERINGKAT NEGERI DAN PERINGKAT DAERAH BAGI TAHUN 2022 Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas. 2. _Seperti mana yang sedia maklum, setiap tahun terdapat peruntukan kewangan iaitu Bantuan Persekolahan Prasekolah yang diturunkan ke sekolah-sekolah seperti berikut: 2.1 Bantuan Geran Per Kapita (PCG) 2.2 Bantuan Makanan Prasekolah (BMP) 2.3 Bantuan Kokurikulum Prasekolah (BKKP) 3. Sehubungan itu, kebenaran adalah diberi kepada semua sekolah untuk menggunakan ketiga-tiga jenis bantuan di atas untuk sebarang aktiviti atau program yang melibatkan murid prasekolah sama ada di peringkat negeri, di peringkat daerah atau di peringkat Zov/PKG. Walau bagaimana pun, semua kulipan perlulah diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Program atau Mesyuarat Pengurusan Prasekolah di peringkat negeri atau di peringkat daerah dengan amaun yang bersesuaian dan munasabah. 4. Semua penerimaan dan_bayaran yang dilakukan perlulah mengikut Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 1 Tahun 2021: Pengurusan Kewangan Bagi Peruntukan Bantuan Persekolahan Umum Kementerian Pendidikan Malaysia yang sedang berkuatkuasa sekarang dan boleh diaudit pada bila-bila masa, JPNK.400-3/2/1 JLD.3 YW Tarikh : 2. Februari 2022 5. __ Kebenaran ini hanya sah untuk aktiviti atau program tahun 2022 sahaja. Sebarang pertanyaan bolehiah menghubungi Encik Shaari bin Ismail, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Prasekolah Dan Rendah, Jabatan Pendidikan Kedah di talian 04 7404283 / 019 4775670. Kerjasama tuan amat dihargai dan diucapkan terima kasih. Sekian. “WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” “PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG” Saya yang menjalankan amanah, Foeecess (HAJI ROZAINI BIN AHMAD, AMK., BCK.) Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

You might also like