You are on page 1of 13

CABARAN SIBER

KADET PERTAHANAN AWAM


2021

(PROGRAM SECARA DALAM TALIAN)

ANJURAN BERSAMA:

ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

PENGELOLA:
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH

TARIKH
2 - 27 SEPTEMBER 2021

1
CABARAN SIBER KADET PERTAHANAN AWAM 2021

1.0 Pendahuluan:

Kegiatan kokurikulum bermaksud apa-apa kegiatan yang dirancang


daripada proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah yang
memberikan murid peluang untuk mengukuh dan menambah serta
mengamalkan kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.
Gerak kerja kokurikulum ini hendaklah dilaksanakan secara terancang di
pelbagai peringkat sama ada peringkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan
dan antarabangsa.

Cabaran Siber Kadet Pertahanan Awam 2021 merupakan inisiatif


penting yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dengan sokongan Jabatan
Pendidikan Negeri (JPN) dan Angkatan Pertahanan Awam Negeri untuk ahli-
ahli Kadet Sekolah Pertahanan Awam Malaysia (KASPA) dan Pasukan
Institusi Pertahanan Awam Malaysia (PISPA) semasa dunia menghadapi
pandemik Coronavirus (COVID-19) untuk memberi peluang kepada murid
mempamerkan kemahiran teknologi maklumat di samping membuat
perkongsian kemahiran dan pengalaman yang ada pada murid. Pelaksanaan
program ini diharap dapat memberi ruang kepada murid untuk berkongsi
kemahiran ilmu pasukan badan beruniform walaupun pelaksanaan aktiviti
secara berpusat seperti perkhemahan, kursus, dan sebagainya tidak
dilaksanakan.

2
2.0 Objektif aktiviti

2.1 Memupuk disiplin, sahsiah, jati diri, kepimpinan serta penerapan


nilai-nilai murni dalam kalangan ahli KASPA dan PISPA;

2.2 Berkongsi kemahiran ilmu pasukan badan beruniform yang


dipelajari daripada jurulatih dan guru;

2.3 Melahirkan murid yang kreatif dan inovatif serta mempraktikkan


kemahiran pembelajaran teknologi maklumat; dan

2.4 Mengaplikasikan kaedah pembelajaran abad ke-21 dalam aktiviti


pasukan badan beruniform.

3.0 Pelaksanaan aktiviti


3.1 Cabaran Siber Kadet Pertahanan Awam 2021 dijalankan di
Peringkat Negeri dan seterusnya akan memilih wakil Negeri Kedah
ke Peringkat Kebangsaan. Pelaksanaan di peringkat negeri akan
diuruskan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (JPN) dan
Angkatan Pertahanan Awam Negeri Kedah (APM) manakala acara
Peringkat Kebangsaan akan dikelolakan oleh Jabatan Pendidikan
Negeri Perlis dan Angkatan Pertahanan Awam Negeri Perlis.

3.2 Tarikh pertandingan ini dijalankan adalah seperti berikut:


a. Peringkat Negeri -01 hingga 27 September 2021
b. Peringkat Kebangsaan -12 hingga 16 Oktober 2021

3.3 Semua acara yang dipertandingkan dilaksanakan acara individu.


Pelaksanaan aktiviti secara berkumpulan (bersemuka) tidak
dibenarkan.

3
3.4 Pertandingan ini terbuka kepada kategori berikut:
a. Kadet Sekolah Pertahanan Awam Malaysia (KASPA) – lelaki
dan perempuan
b. Pasukan Institusi Pertahanan Awam Malaysia (PISPA) – lelaki
dan perempuan

3.5 Acara yang dipertandingkan dalam Cabaran Siber Kadet Pertahanan


Awam 2021 seperti di lampiran 1.

3.6 Peserta dibenarkan mengambil bahagian hanya satu (1) daripada


acara yang dipertandingkan.

3.7 Peserta pertandingan dikehendaki berpakaian lengkap atau separa


lengkap sepanjang persembahan.

3.8 Penghantaran bahan pertandingan.


a. Pertandingan Peringkat Negeri
Peserta dikehendaki memuat naik bahan penyertaan ke
Youtube dan menghantar pautan (link) ke aplikasi google form
yang disediakan oleh JPN Kedah sebelum atau pada 27
September 2021

Link acara KASPA : https://forms.gle/dN2ipq8hafKqhuHA6


Link acara PISPA : https://forms.gle/QdyYnXPTK1CVtNZeA

4
b. Pertandingan Peringkat Kebangsaan
Peserta yang terpilih di peringkat negeri layak untuk
dipertandingkan di peringkat kebangsaan. Peserta yang terpilih
tersebut akan menghantar pautan (link) Youtube berkenaan
melalui JPN masing-masing ke alamat yang disediakan oleh
JPN Perlis sebelum atau pada 16 Oktober 2021.

4.0 Aspek penilaian


4.1 Pertandingan Video Personel (KASPA)
Bil Item / Perkara Markah
a. Kandungan utama 60 markah
- Penglibatan dan pencapaian TUSPA (30 markah)
- Sejarah penubuhan TUSPA (20 markah)
- Aktiviti TUSPA (10 markah)
b. Audio visual 10 markah
c. Kreativiti 10 markah
d. Durasi (4 minit) 10 markah
e. Pakaian 10 markah
Jumlah 100 markah

4.2 Pertandingan Ikatan dan Simpulan (KASPA)


Bil Item / Perkara Markah
a. Kandungan utama 60 markah
- Jenis ikatan 1 dan penerangan (20 markah)
- Jenis ikatan 2 dan penerangan (20 markah)
- Jenis ikatan 3 dan penerangan (20 markah)
b. Kreativiti 10 markah
c. Audio visual. 10 markah
d. Durasi (4 minit) 10 markah
e. Pakaian 10 markah
Jumlah 100 markah

4.3 Rescue KASPA, Rescue PISPA

5
Bil Item / Perkara Markah
a. Kandungan 60 markah
b. Kreativiti 10 markah
c. Audio visual 10 markah
d. Durasi (4 minit) 10 markah
e. Pakaian 10 markah
Jumlah 100 markah

4.4 Cabaran Kawad Kaki (KASPA dan PISPA)


Bil Item / Perkara Markah
a. Persembahan Kawad Kaki 70 markah
b. Audio visual 10 markah
c. Durasi - 4 minit (KASPA), 5 minit (PISPA) 10 markah
d. Pakaian 10 markah
Jumlah 100 markah

4.5 Pengucapan Awam (KASPA)


Bil Item / Perkara Markah
a. Isi (perkara berkaitan tajuk) 60 markah
b. Kelancaran dan bahasa 10 markah
c. Audio visual 10 markah
d. Pakaian 10 markah
e. Durasi (4 minit) 10 markah
Video diedit atau disunting (tolak 20 markah)
Jumlah 100 markah

4.6 Montaj Keselamatan (PISPA)


Bil Item / Perkara Markah
a. Isi (berkaitan elemen menyelamat) 40 markah
b. Inovasi berkaitan elemen menyelamat 30 markah
d. Audio visual 10 markah
e. Durasi (4 minit) 10 markah
f. Pakaian 10 markah
Video diedit atau disunting (tolak 20 markah)
Jumlah 100 markah

5.0 Panel penilai.


6
Panel penilai akan dilantik oleh pihak JPN dan APM Negeri bagi pertandingan
peringkat negeri manakala panel penilai pertandingan peringkat kebangsaan
akan dilantik oleh pihak KPM dan Ibu Pejabat APM. Keputusan para juri bagi
semua acara dalam pertandingan ini adalah MUKTAMAD.

6.0 Pemenang.
Sijil Penyertaan dan Sijil Pencapaian (tempat pertama hingga kelima)
peringkat negeri akan disediakan oleh JPN Kedah. Sijil Penyertaan dan Sijil
Pencapaian (tempat pertama hingga kelima) Peringkat Kebangsaan akan
dikeluarkan oleh pihak KPM dan Ibu Pejabat APM.

7.0 Keterangan lanjut mengenai pertandingan ini, sila hubungi


Negeri :
a) En. Mohd Yusof bin Mahdzir
Pen.Pengarah Pembangunan Bakat Murid,
Sektor Pembangunan Murid JPN Kedah
No tel : 017-4564967
b) Latifah binti Ahmad
Pegawai Teknikal KASPA,
JPN, Kedah.
No tel : 0174676196

8.0 Penutup

7
Pelaksanaan program ini akan memberi ruang dan peluang kepada ahli
KASPA dan PISPA untuk terus mempamerkan kebolehan dan
kemahiran mereka dalam bentuk yang berbeza (paparan video) ekoran
pengawalan aktiviti sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang
dilaksanakan oleh pihak kerjaaan bagi menangani penularan Novel
Coronavirus (Covid-19). Penyertaan murid dalam pertandingan ini juga
akan menjinakkan mereka untuk mengeksplorasi ilmu dan kemahiran
tambahan iaitu kemahiran teknologi maklumat (IT) di samping berkongsi
kemahiran dan bakat yang ada pada mereka.

8
CABARAN SIBER KADET PERTAHANAN AWAM 2021

ACARA KASPA
BIL ACARA KASPA SYARAT DAN PERATURAN
1. ACARA KASPA 1 1. Peserta dikehendaki membuat rakaman video berserta gambar
berkaitan pasukan KASPA seperti sejarah penubuhan KASPA,
VIDEO PERSONEL KASPA contoh penglibatan peserta dalam aktiviti KASPA, pencapaian
yang dicapai oleh peserta sepanjang menjadi ahli KASPA dan
sebagainya.
2. Durasi masa keseluruhan persembahan tidak melebihi 4 minit.
3. Video merupakan karya asli dan tidak pernah dipertandingkan
di mana-mana pertandingan.
4. Peserta dikehendaki memakai uniform lengkap (penyertaan
kebangsaan)
5. Setiap negeri dikehendaki menghantar 10 orang peserta (5
lelaki dan 5 perempuan).
2. ACARA KASPA 2 1. Peserta dikehendaki menunjukcara, memberi penerangan secara lisan
dan menerangkan fungsi 3 jenis ikatan berikut:
a. Simpul Manok
IKATAN DAN SIMPULAN b. Ikatan Seraya
c. Ikatan Menyelamat (Tindih Kasih)
2. Paparan video boleh disunting KECUALI ketika sedang menunjukcara
sesuatu ikatan / simpulan.
3. Durasi masa keseluruhan persembahan tidak melebihi 4 minit.
4. Video merupakan karya asli dan tidak pernah dipertandingkan di mana-
mana pertandingan.
5. Peserta dikehendaki memakai uniform lengkap (penyertaan kebangsaan)
6. Setiap negeri dikehendaki menghantar 10 orang peserta (5 lelaki dan 5
perempuan).

9
3. ACARA KASPA 3 1. Ahli KASPA dikehendaki memberi penerangan dan
menunjukcara perawatan bantuan pernafasan kaedah
DRABC.
RESCUE KASPA
2. Ahli Kaspa boleh menggunakan patung atau ahli keluarga
sebagai mangsa.
3. Paparan video bagi elemen bantu mula boleh disunting
mengikut kesesuaian paparan.
4. Durasi masa keseluruhan persembahan tidak melebihi 4 minit.
5. Video merupakan karya asli dan tidak pernah dipertandingkan
di mana-mana pertandingan.
6. Peserta dikehendaki memakai uniform lengkap (penyertaan
kebangsaan)
7. Setiap negeri dikehendaki menghantar 10 orang peserta (5
lelaki dan 5 perempuan).
4. ACARA KASPA 4 1. Peserta dikehendaki merakam video pergerakan kawad berikut
mengikut urutan:
a. Rehatkan diri (permulaan)
CABARAN KAWAD KAKI
b. Senang diri
c. Sedia
d. Luruskan barisan
e. Bergerak ke kanan / kiri
a. Berjalan
b. Hormat ke hadapan
c. Hormat selaku terima sijil.
d. Berhenti.
e. Mengadap ke hadapan
f. Melapor keluar.
g. Keluar baris.

10
2. Peserta dikehendaki memberikan kata perintah dan
menunjukkan perbuatan kawad kaki tersebut dengan jelas.
3. Hukuman dan perbuatan kawad yang tidak mengikut urutan
yang ditetapkan, tiada pemarkahan bagi pergerakan tersebut.
4. Paparan video persembahan kawad kaki hendaklah secara
berterusan bermula dari pergerakan pertama hingga akhir.
(Video boleh disunting secara minima)
5. Durasi masa bagi keseluruhan persembahan kawad kaki tidak
melebihi 4 minit.
6. Video merupakan karya asli dan tidak pernah dipertandingkan
di mana-mana pertandingan.
7. Peserta dikehendaki memakai lengkap (penyertaan
kebangsaan)
8. Setiap negeri dikehendaki menghantar 10 orang peserta (5
lelaki dan 5 perempuan).
5. ACARA KASPA 5 1. Peserta dikehendaki memaparkan video syarahan bertemakan
“Peranan APM Menangani Pandemik COVID-19”.
PENGUCAPAN AWAM 2. Paparan video syarahan hendaklah secara berterusan dan
tidak boleh diedit atau disunting.
3. Durasi masa paparan persembahan tidak melebihi 3 minit.
4. Video merupakan karya asli dan tidak pernah dipertandingkan
di mana-mana pertandingan.
5. Peserta dikehendaki memakai uniform lengkap (penyertaan
kebangsaan)
6. Setiap negeri dikehendaki menghantar 10 orang peserta (5
lelaki dan 5 perempuan)

ACARA PISPA
11
BIL ACARA PISPA SYARAT DAN PERATURAN
1. ACARA PISPA 1 1. Peserta dikehendaki memberi penerangan berkaitan dengan
mekanisme pengurusan bencana di Malaysia seperti banjir,
tanah runtuh, ribut, tumpahan sisa toksik dan sebagainya.
RESCUE PISPA
2. Penerangan secara lengkap berkaitan salah satu bencana
(sebelum, semasa dan selepas).
3. Durasi masa paparan persembahan tidak melebihi 4 minit.
4. Video merupakan karya asli dan tidak pernah dipertandingkan
di mana-mana pertandingan.
5. Peserta dikehendaki memakai lengkap (penyertaan
kebangsaan)
6. Setiap negeri dikehendaki menghantar 10 orang peserta (5
lelaki dan 5 perempuan)
2. ACARA PISPA 2 1. Peserta dikehendaki memberikan kata perintah dan
menunjukkan perbuatan kawad kaki berikut:
a. Melapor
CABARAN KAWAD KAKI b. Rehatkan diri (permulaan)
c. Senang diri
d. Sedia
e. Luruskan barisan
f. Bergerak ke kanan / kiri
g. Berjalan
h. Hormat ke hadapan
i. Hormat selaku terima sijil.
j. Tukar langkah perlahan
k. Tukar langkah cepat jalan
l. Belakang pusing semasa cepat jalan
m. Berhenti
n. Mengadap ke hadapan
o. Melapor keluar.
p. Keluar baris.

12
2 Paparan video persembahan kawad kaki hendaklah secara
berterusan bermula dari pergerakan pertama hingga akhir
tanpa sebarang suntingan / editan.
3 Durasi masa bagi keseluruhan persembahan kawad kaki tidak
melebihi 5 minit.
4 Video merupakan karya asli dan tidak pernah dipertandingkan
di mana-mana pertandingan.
5 Peserta membuat merakam video pergerakan kawad tersebut
mengikut urutan. Hukuman dan perbuatan kawad yang tidak
mengikut urutan yang ditetapkan, tiada pemarkahan bagi
pergerakan tersebut.
6 Peserta dikehendaki memakai uniform lengkap (penyertaan
kebangsaan)
7 Setiap negeri dikehendaki menghantar 10 orang peserta (5
lelaki dan 5 perempuan).
3. ACARA PISPA 3 1. Peserta dikehendaki membuat pembentangan power point / video
berkaitan aspek menyelamat atau operasi khidmat kemanusiaan.
2. Peserta juga dikehendaki menghasilkan 1 inovasi berkaitan aspek
MONTAJ KESELAMATAN menyelamat / operasi khidmat kemanusiaan seperti ciptaan alat
berkaitan pemadam api / haiwan berbisa / menyelamat lemas tanpa
renangan dan lain-lain operasi APM.
3. Durasi masa paparan video tidak melebihi 5 minit.
4. Video merupakan karya asli dan tidak pernah dipertandingkan di mana-
mana pertandingan.
5. Peserta dikehendaki memakai uniform lengkap (penyertaan
kebangsaan)
6. Setiap negeri dikehendaki menghantar 10 orang peserta (5 lelaki dan 5
perempuan).

13

You might also like