You are on page 1of 10

Tajuk: Hubungan Tekanan kerja dan motivasi kerja semasa pengajaran dan pembelajaran

atas talian dalam kalangan guru senior Sekolah Rendah Daerah Kulai

1.1 Pengenalan

Kajian ini akan mengkaji dua pembolehubah bersandar iaitu tekanan kerja dan
motivasi kerja serta satu pembolehubah tidak bersandar iaitu tahap pengajaran dan
pembelajaran atas talian. Merujuk pada tekanan kerja yang merupakan salah satu
perkara yang sering diperkatakan dalam kalangan guru dan juga masyarakat dimana
tekanan kerja yang dihadapi guru melalui pelbagai taha yang tertentu dan berasaskan
pelbagai faktor dalaman dan luaran. Seterusnya, motivasi kerja yang mana ianya
merujuk pada pelbagai situasi yang dihadapi oleh guru untuk sentiasa bersedia
menjalankan amanah dan tugas mereka dengan cemerlang. Ianya juga penting untuk
mengekalkan motivasi kerja kerana seorang guru bertugas di sekolah pada satu
tempoh tahun yang lama. Akhir sekali, merujuk pada pengajaran dan pembelajaran
atas talian yang menjadi asas ketika ini iaitu sewaktu pandemik COVID 19. Pengajran
dan pembelajaran atas talian telah digunakan secara kerap dan pelbagai aplikasi serta
web sudah ditubuhkan bagi membantu guru dalam proses ini.

1.1.1 Tekanan kerja

Secara umumnya, tekanan kerja merupakan situasi yang dihadapi oleh guru apabila
terpaksa menghadapi pelbagai tugas pada waktu yang sama atau terpaksa melalukan
sesuatu tugas baru yang kurang diberikan pendedahan. Menurut (Noor Hamdan &
Othman, 2011) guru menghadapi tekanan kerja kerana terpaksa berdepan dengan
begitu banyak tuntutan yang berbeza, sama ada dari pihak pengurusan sekolah atau
dari ibu bapa dan masyarakat. Pada masa yang sama, guru diminta untuk
mempertingkatkan diri dari segi kreativiti, inovasi dan pemikiran kritis untuk
mengadaptasikan diri dengan kemajuan sains dan teknologi.Guru akan dikritik
sekiranya mereka gagal memberikan pengetahuan dan perkhidmatan kepada
masyarakat. Masalah tingkah laku yang semakin meningkat seperti buli,
gangsterisme, vandalisme, dan rasa tidak puas hati di kalangan pelajar juga telah
menjadikan tugas mengajar menjadi lebih sukar. Guru harus mempunyai kemampuan
untuk mengawal taha tekanan kerja kerana ianya penting bagi membolehkan mereka
melakukan tugas mereka dengan baik. Secara kesimpulan, guru yang dapat mengawal
taha tekanan kerja dapat menunjukkan prestasi kerja yang baik serta juga dapat
menjaga kesihatan diri mereka (Ismail, 2015).

1.1.2 Motivasi kerja

Secara amnya, motivasi kerja dilihat sebagai satu perlakuan, tingkah laku, arah tuju,
matlamat dan prestasi serta sikap kerja yang ditunjukkan oleh guru (Evonne &
Gregory, 2017). Motivasi guru sangat penting kerana guru merupakan pelaksana dan
merupakan tunjang dalam membina modal insan negara. Selain itu, motivasi guru ini
boleh memberikan kesan yang mendalam keada sesebuah sekolah dalam
meningkatkan prestasi serta secara langsung kepada bilik darjah yang mempengaruhi
individu. Motivasi guru merupakan dorongan dalam diri guru dalam melaksanakan
tugas yang diberikan kepadanya (Antin, 2018). Motivasi guru dibahagikan kepada dua
iaitu motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik.

1.1.3 Pengajaran Dan Pembelajaran Atas Talian

Pengajaran dan pembelajaran atas talian merupakan satu perkara yang sudah menjadi
buah mulut setiap orang di Malaysia kerana ianya telah dijadikan kelaziman semenjak
musim Pandemik COVID 19. Menurut, (Yengin et al., 2010) peranan guru dalam
persekitaran pembelajaran mula menjadi lebih penting sejak kepentingan
pembelajaran atas talian dijadikan wajib. Selain itu, pembelajaran atas talian
merupakan situasi dimana pelbagai bahan media elektronik serta keupayaan
mempunyai faedah seperti aksis kepada bahan-bahan pendidikan secara meluas dan
mengalakkan murid turut serta secara maya ( Sun & Huat, 2016). Pembelajaran atas
talian semakin penting kerana ilmu pendidikan sangat penting kepada anak murid dan
ianya terpaksa dijalankan atas talian disebabkan oleh situasi semasa dan guru-guru
bertungkus-lumus menambah ilmu mereka untuk berdaya saing dan melakukan yang
terbaik.
1.2 Latar Belakang Kajian

Sejak bermulanya pandemic COVID 19 sejak Januari 2020 semuanya telah berubah
dalam sistem pendidikan dengan pengenalan secara drastic pembelajaran atas talian.
Situasi ini secara langsung memerlukan perana guru yang sangat komited, seperti
yang dinyatakan oleh (Yengin et al., 2010) bahawa peranan guru dalam persekitaran
e-pembelajaran dapat disarankan bahawa kepentinga guru semakin bertambah. Selain
itu, (Kulal & Nayak, 2020) dalam kajian mereka berpendapat bahawa E-pembelajaran
terutama disebut sebagai penggunaan teknologi dan komunikasi rangkaian untuk
pengajaran dan pembelajaran. Ia juga disebut sebagai pemindahan kemahiran yang
memungkinkan teknologi dan pengetahuan kepada sebilangan besar penerima.
Tekanan kerja guru merujuk kepada pengalaman yang kurang disenangi oleh
seseorang guru dari segi emosi seperti tension, tertekan, kebimbangan, kemarahan dan
segala yang berkaitan dengan aspek pekerjaan sebagai seorang guru (Hong & Ismail,
2015). Perkara ini lebih serius disebabkan oleh situasi baru yang memerlukan guru
merancang E-pembelajaran mengunakan pelbagai pendekatan ICT yang baru. Selain
itu, motivasi merupakan faktor penting yang mempengaruhi pencapaian individu
kerana motivasi dapat melahirkan individu yang mempunyai sikap yang baik, dapat
melaksanakan tugasan yang sukar dan kurang menimbulkan masalah (Antin &
Dzulkifli, 2018). Motivasi juga dibahagikan kepada dua iaitu motivasi Instrinsik dan
Ekstrinsik.

1.3 Pernyataan Masalah

Secara umunya, pelbagai kajian telah dilakukan berdasarkan tekanan kerja dan
motivasi kerja dalam kalangan guru. Namun yang demikian kebanyakan kajian
dilakukan sebelum pandemic COVID 19 dimana pembelajaran lebih menfokuskan
pada pembelajaran bersemuka manakala kajian ini akan dijalankan pada situasi
semasa iaitu pasca pandemic COVID 19. Dapatan kajian (Ismail, 2015; Antin &
Dzulkifli, 2018) telah menyatakan bahawa tekanan kerja guru berada pada tahap
sederhana tinggi. Selain itu, kebanyakan kajian juga menfokuskan guru-guru secara
umum iaitu seperti kajian (Dankade et al., 2016; Kotherja, 2013; Uk Raai a/p Chen et
al., 2014) serta guru-guru sekolah rendah, menengah kerajaan dan swasta. Kajian ini
akan memberikan fokus kepada sekumpulan guru sekolah rendah iaitu guru-guru
senior iaitu yang berumur antara 45 – 60 tahun. Ianya adalah kerana secara lisan
terdapat banyak rintihan dan keluhan daripada guru-guru senior berkenaan situasi
pembelajaran atas talian namun tiada kajian dan dapatan yang berwasit.

1.4 Objektif Kajian

Secara keseluruhan terdapat empat objektif kajian yang telah disenaraikan dalam
kajian seperti dibawah

1.4.1 Mengenalpasti tahap tekanan kerja dalam kalangan guru senior Sekolah Rendah
Daerah Kulai

1.4.2 Mengenalpasti tahap motivasi kerja dalam kalangan guru senior Sekolah Rendah
Daerah Kulai

1.4.3 Mengenalpasti tahap pembelajaran dan pengajaran atas talian dalam kalangan guru
senior Sekolah Rendah Daerah Kulai

1.4.4 Melihat Hubungan antara Tekanan kerja dan motivasi kerja semasa pengajaran dan
pembelajaran atas talian dalam kalangan guru senior Sekolah Rendah Daerah Kulai

1.5 Persoalan Kajian

Merujuk pada objektif kajian yang telah disenaraikan,maka terdaat empat persoalan
kajian yang dikemukan

1.5.1 Apakah tahap tekanan kerja dalam kalangan guru senior Sekolah Rendah Daerah
Kulai?

1.5.2 Apakah tahap motivasi kerja dalam kalangan guru senior Sekolah Rendah Daerah
Kulai?

1.5.3 Apakah tahap pembelajaran dan pengajaran atas talian dalam kalangan guru senior
Sekolah Rendah Daerah Kulai?

1.5.4 Adakah terdapat Hubungan antara Tekanan kerja dan motivasi kerja semasa
pengajaran dan pembelajaran atas talian dalam kalangan guru senior Sekolah Rendah
Daerah Kulai
1.6 Hipotesis Kajian

1.6.1 H0 Tidak terdapat Hubungan antara Tekanan kerja dan motivasi kerja semasa
pengajaran dan pembelajaran atas talian dalam kalangan guru senior Sekolah Rendah
Daerah Kulai

1.7 Kerangka Toeoritikal

Satu kerangka Teoritikal telah dibina bagi membantu pengkaji membuat penyelidikan
dengan tersusun dan tanpa kesilapan. Kerangka teoritikal bagi kajian ini menjelaskan
aspek domain yang hendak dikaji berdasarkan model yang tepilih bagi kajian ini.
Teori yang akan digunakan dalam kajian ini adalah Teori Kesejahteraan Psikologi
(Ryff, 1989), Teori Transaktional Tekanan (Folkman, 1984) dan Teori Motivasi
Pencapaian (Mcclelland, 1961). Selain itu, satu model yang digunakan dalam kajian
ini adalah Model Penerimaan Teknologi (TAM), (Davis, 1989).

Teori Kesejahteraan
Psikologi (Ryff, 1989)
Teori Transaksional Model Penerimaan Teknologi
Tekanan (Folkman, (TAM) (Davis, 1989)
1984)
Teori Motivasi
Pencapaian (McClelland,
1961).

Rajah 1.1 : Kerangka Teoritikal

1.8 Kerangka Konseptual

Di dalam kajian ini, pengkaji juga membentuk kerangka konsep kajian yang dijadikan
sebagai rujukan yang diadaptasi daripada konsep Hubungan antara Tekanan kerja dan
motivasi kerja semasa pengajaran dan pembelajaran atas talian dalam kalangan guru
senior Sekolah Rendah Daerah Kulai. Rajah 1.2 menunjukkan komponen yang telah
dikaji oleh pengkaji. Menurut (Lim 2007), kerangka kajian atau kerangka konsep
merupakan satu koleksi konsep, konstruk atau pembolehubah utama yang difikirkan
mempunyai hubungan antara satu sama lain yang telah diselidik oleh pengkaji.
Manakala pada pandangan pengkaji kerangka kajian merupakan rangka asas yang
terpenting bagi sesuatu kajian, tanpa rangka asas tiada makna untuk mengkaji atau
tiada arah tuju meliputi semua perkara dan faktor yang terlibat dalam kajian.
Pembinaan kerangka kajian ini adalah dengan mengambil kira pembolehubah utama
dan proses yang terlibat dengan kajian.

Pembolehubah Tidak Pembolehubah Bersandar –


Bersandar – Pengajaran dan Pembelajaran
Tekanan Kerja atas talian

Motivasi Kerja

Rajah 1.2 : Kerangka Konsep

1.9 Kepentingan Kajian

Kajian ini telah dipilih dan dijalankan dengan harapan ianya dapat memberikan satu

gambaran yang jelas mengenai tahap sebenar tekanan kerja dan motivasi kerja dalam

kalangan guru senior serta hubungannya dengan pengajaran dan pembelajaran atas talian.

Kajian ini dapat dijadikan sebagai panduan oleh pihak pengurusan sekolah terutamanya

sekolah yang terlibat dan sekolah-sekolah di negeri Johor untuk melihat tahap sebenar

tekanan dan motivasi guru senior terutamanya dalam menjalankan pengajaran dan

pembelajaran atas talian sewaktu pandemik COVID 19. Pihak pengurusan sekolah juga boleh

mengunakan dapatan kajian sebagai satu aras pengukuran untuk dibandingkan dengan tahap

pencapaian akademik dan ko-akademik sekolah. Selain daripada itu, pihak PPD dan Jabatan

juga boleh mengunakan dapatan kajian untuk menilai dan merancang program tertentu bagi

memberikan bantuan kepada guru-guru senior terhadap tiga pembolehubah kajian.


1.10 Skop Kajian

Skop kajian ini merangkumi kepada tiga pembolehubah kajian iaitu tekanan kerja,
motivasi kerja dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran atas talian.
Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap tekanan kerja dan motivasi
kerja dalam kalangan guru senior serta hubungannya dengan pengajaran dan
pembelajaran atas talian. Secara umumnya, kajian ini difokuskan kepada satu
kelompok guru yang khusus iaitu guru senior dimana kajian lepas mengutamakan
semua guru secara am. Data kajian ini akan dikumpulkan mengunakan satu set soal
selidik yang akan diuruskan melalui pautan (Google link) dan secara atas talian
melalui aplikasi WhatsApp atau Telegram. Pemilihan sampel juga merujuk kepada
semua guru sekolah rendah di daerah Kulai dan akses bagi meminta guru tertentu
sahaja menjawab dipermudahkan dengan bantuan daripada pihak Pejabat Pendidikan
Daerah Kulai. Sesungguhnya, ketepuan data adalah kunci utama dalam menentukan
kesesuaian penyelidikan ini. Melalui kajian ini, luahan guru senior dapat dilihat dan di
kaji secara khusus. Perbincangan lebih lanjut mengenai cadangan penyelidikan masa
depan digariskan menjelang akhir disertasi ini

1.11 Limitasi Kajian

Kajian ini dijalankan secara kuantitatif dan Sampel kajian terhad kepada guru – guru

senior sekolah rendah di Daerah Kulai, Johor. Segala analisis data yang dibuat adalah

berdasarkan jawapan yang diterima dari responden – resoponden kajian sahaja dimana

soalan yang diberikan hanya soalan tertutup yang tidak memberikan ruang kepada

sampel memberikan pandangan tambahan. Selain itu, ada keraguan pada kejujuran

guru dalam menjawab soal selidik atas talian kerana soal selidik akan diberikan

melalui atas talian dan jika guru senior mempunyai sikap dan pendapat negative

terhadap proses atas talian maka jawapan mereka kemungkinan kurang menyakinkan

atau kurang jujur.


1.12 Definisi Operational Kajian

Maklumat yang akan dibincangkan dalam bahagian ini adalah berkaitan dengan
maksud perkataan utama yang akan digunakan dalam kajian ini iaitu tekanan kerja,
motivasi kerja dan juga pengajaran dan pembelajaran atas talian.

1.12.1 Tekanan Kerja

Tekanan kerja merupakan suatu keadaan dimanan seseorang mengalami ketegangan


kerana adanya pelbagai kondisi yang mempengaruhi diri mereka (Ganing et al.,
2020). Selain itu, dalam kamus psikologi (chaplin, 2011) tekanan kerja adalah satu
keadaan yang tertekan baik secara fizikal atau secara psikologikal. Ianya boleh wujud
akibat daripada faktor dalam dan faktor luaran.

1.12.2 Motivasi Kerja

Motivasi merupakan satu daya pengerak dari dalam diri seseorang untuk melakaukan
kegiatan tertentu untuk mencapai sesuatu tujuan (Sardiman, 2006). Selain itu,
menurut (Mulyasa, 2003) motivasi adalah tenaga pendorong atau penarik yang boleh
menyebabkan adanya tingkah laku kearah sesuatu tujuan. Motivasi dibahagikan
kepada dua jenis iaitu motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik (Tawan et al., 2020).

1.12.3 Pengajaran dan Pembelajaran atas Talian

Sistem pengajaran dan pembelajaran atas talian merupakan satu kaedah baaru dalam
dunia pendidikan dimana guru mengajar murid secara maya dan tidak secara
bersemuka (Sun & Huat, 2016). Kaedah pengajaran dan pembelajaran atas talian
boleh mengunakan pelbagai peranti seperti komputer, komuter riba dan juga telefon
pintar yang dilengkapi dengan capaian internet serta dengan pengunaan pelbagai
aplikasi tertentu seperti DELIMA, Google Meet, WhatsApp, Telegram serta
sebagainya (Kulal & Nayak, 2020)

1.13 Kesimpulan

Kajian ini dijalankan untuk mengetahui hubungan antara tekanan kerja dan motivasi
kerja semasa pengajaran dan pembelajaran atas talian dalam kalangan guru senior
Sekolah Rendah Daerah Kulai. Selain itu, kajian ini memberikan fokus yang unik
dimana guru-guru senior telah dijadikan sebagai sampel kajian. Secara
kesimpulannya, dapat dinyatakan bahawa tahap tekanan kerja dan motivasi
mengalami pelbagai perubahan dari segi dapatan dan ditambah dengan kaedah
pengajaran norma baharu bakal memberikan impak yang lebih drastic. Bab seterusnya
akan membincangkan mengenai teori serta kajian literature.

Rujukan

Ajilin Tawan Mohamad Nizam Nazarudin Zakiah Noordin Mohd Malik Norlijah Watinin.
(2020). Hubungan Motivasi , Kecerdasan Emosi Dan Efikasi Dengan Kepuasan Kerja
Guru Di Sekolah Rendah. International Journal of Education and Sciences (IRJES),
4(1).

Dankade, U., Bello, H., & Deba, A. (2016). Analysis of job stress affecting the performance
of secondary schools’ vocational technical teachers in north east, Nigeria. Journal of
Technical Education and Training, 8(1), 43–51.

Evonne, L. E., & Gregory, C. (2017). Hubungan Kepimpinan Pengetua Dengan Motivasi
Guru. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 2(5), 145–159.
http://www.ijepc.com/PDF/IJEPC-2017-05-09-11.pdf

Ganing, C. F., Hassan, M. M., & Wan Hamzah, W. N. N. (2020). Faktor-faktor yang
Mempengaruhi Tekanan Kerja di kalangan Kakitangan Hospital Kerajaan. Malaysian
Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(10), 151–177.
https://doi.org/10.47405/mjssh.v5i10.522

Ismail, O. C. H. A. (2015). Sokongan Pihak Pengurusan Sekolah Terhadap Tekanan Kerja


Guru Di Sekolah Kebangsaan Dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina |. Jurnal Kepimpinan
Pendidikan, April, 42–57.

Kiflee@Dzulkifli, A. B. A. & D. N. B. A. (2018). file:///C:/Users/USER/Desktop/jurnal dr


azali/Faktor_raja_maria_1 ...pdf. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities
(MJ - SSH), 3(2), 77–84.

Kotherja, O. (2013). Teachers’ motivation importance and Burnout effect in the educational
development. Albania International Conference on Education., July, 358–365.

Kulal, A., & Nayak, A. (2020). A study on perception of teachers and students toward online
classes in Dakshina Kannada and Udupi District. Asian Association of Open Universities
Journal, 15(3), 285–296. https://doi.org/10.1108/aaouj-07-2020-0047
Low Kee Sun & Teh Ah Huat. (2016). Sistem Pembelajaran Atas Talian Untuk Pelajar
Dalam Perkhidmatan. Jurnal Penyelidikan Kent BIL. 1/2016, 1, 51–59.

Noor Hamdan, A. F., & Othman, S. Z. (2011). Job Stress Among Secondary School Teacher:
A Study in District of Perak Tengah, Perak Darul Ridzuan. College of Business, Master
of. http://etd.uum.edu.my/2795/2/1.Anwar_Faiz_Noor_Hamdan.pdf

Uk Raai a/p Chen, Alias bin Masek, & Mohd Hasril bin Amiruddin. (2014). Prosiding
Persidangan Pendidikan (Penyelidikan dan Inovasi) dalam Pendidikan dan Latihan
Teknikal dan Vokasional (CiE-TVET) Kali Ke-4 yang berlangsung pada 25-26 Ogos
2014 di Mersing, Johor. CiE-TVET, 008(2009), 1829.

Yengin, I., Karahoca, D., Karahoca, A., & Yücel, A. (2010). Roles of teachers in e-learning:
How to engage students & how to get free e-learning and the future. Procedia - Social
and Behavioral Sciences, 2(2), 5775–5787. https://doi.org/10.1016/j.sbspro.2010.03.942

You might also like