Professional Documents
Culture Documents
KERTAS KERJA:
PROGRAM PENYAMPAIAN
“PEK KEMBALI KE SEKOLAH”
SUMBANGAN McDONALD’S MALAYSIA
(TARIKH, MASA & TEMPAT DI ATAS ADALAH CADANGAN PIHAK SKPB. SEGALA
PERUBAHAN BERGANTUNG KEPADA PERSETUJUAN YANG AKAN DITENTUKAN
OLEH PIHAK HQ McDONALD’S)
“AKADEMIK PERTAMA, DISIPLIN UTAMA, KOKURIKULUM
TERNAMA”
KERTAS KERJA
PROGRAM PENYAMPAIAN PEK ”KEMBALI KE SEKOLAH”
SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA PASIR BESAR
73420 GEMAS, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
1.0 PENDAHULUAN
Kertas kerja ini adalah bertujuan untuk memohon bantuan persekolahan kepada murid-
murid SKPB yang tidak berkemampuan. Sumbangan ini sebagai persediaan kepada mereka untuk
memulakan sesi persekolahan pada tahun 2022.
2.0 RASIONAL
Untuk memastikan murid-murid yang tidak berkemampuan dapat membuat persediaan untuk
memulakan sesi persekolahan tahun 2022. Selain itu, dengan adanya bantuan daripada agensi
luar dapat menarik minat murid untuk hadir ke sekolah dengan rasa seronok dan gembira seperti
rakan-rakan yang lain. Warga SKPB mengharapkan sumbangan daripada agensi luar dapat
menarik minat murid agar lebih berminat untuk menuntut ilmu di sekolah bagi meningkatkan taraf
kehidupan mereka pada masa akan datang.
SK Felda Pasir Besar (SKPB) ialah sebuah sekolah rendah di Rancangan Felda Pasir
Besar yang terletak di tepi jalan raya dari Bahau menghala ke Gemas. Duduknya di mukim Gemas
dalam daerah Tampin, Negeri Sembilan. Jauhnya dari Pekan Tampin ialah 106 km dan ke
Seremban 117 km. Pekan-pekan kecil yang berhampiran ialah Pekan Rompin 13 km dalam
Daerah Jempol dan Pekan Gemas sejauh 29 km.
SK Felda Pasir Besar (SKPB) mula dibuka pada 9 Januari 1966 oleh Guru Besar pertama
iaitu En. Zainal Abidin bin Hj Ambia. Pada ketika itu, hanya sebuah bangunan separuh kekal dibina
yang mengandungi 6 bilik darjah, pejabat dan bilik guru besar yang dibina pada tahun 1965.
Kemudian pada tahun 1970, 3 bilik darjah separuh kekal telah didirikan diikuti oleh sebuah
bangunan kekal pada 1972 yang mempunyai 8 bilik darjah dan 3 buah stor.
Pada tahun 2017, SKPB telah menerima 2 blok bangunan baru setingkat yang mempunyai
6 bilik darjah dan bangunan tandas serta telah dirasmikan pada bulan Disember 2017. Pada tahun
2021 pula, SKPB mempunyai 17 kelas dengan murid seramai 412 orang, guru seramai 32 orang
dan AKP seramai 6 orang yang diketuai oleh Guru Besar En. Mohamad Zain bin Md Sevan.
4.0 OBJEKTIF
2.1 Memberi peluang kepada murid-murid yang tidak berkemampuan membuat persediaan
memulakan sesi persekolahan 2022.
2.2 Murid-murid lebih berminat untuk hadir ke sekolah.
2.3 Memupuk hubungan yang baik antara agensi-agensi luar dengan pihak sekolah.
2.4 Melahirkan warga SKPB yang ceria, mesra dan mengamalkan nilai-nilai murni.
2.5 Membimbing murid meningkatkan sahsiah dan jati diri serta sikap sayangkan sekolah.
2.6 Meningkatkan pengetahuan warga SKPB tentang pentingnya kolaborasi bersama agensi
luar apabila mengadakan program.
2.7 Memotivasikan diri murid supaya belajar dengan lebih bersungguh-sungguh dengan
kerjasama agensi luar
5.0 ANJURAN
2 Disember 2021
7.0 TEMPAT
8.0 SASARAN
RM 1530.00
JUMLAH RM 6650.00
MASA PERKARA
Sesi bergambar
10.45 pagi: Jamuan
11.30 pagi:
13.0 PENUTUP
Besarlah harapan kami agar sumbangan bantuan persekolahan ini beroleh sokongan daripada
semua pihak agar matlamat untuk melihat anak-anak murid dan warga SKPB ceria dan
bersemangat apabila hadir ke sekolah 2022.
Disediakan oleh :
_________________________
( NORHAIDA BINTI IBRAHIM )
Guru Bimbingan & Kaunseling
SK Felda Pasir Besar
73420 Gemas, Negeri Sembilan.
Disemak oleh :
_____________________
( ZARINA BINTI ZAINAL )
Guru Penolong Kanan Kurikulum
SK Felda Pasir Besar
73420 Gemas, Negeri Sembilan.
Disahkan oleh :
______________________________
( MOHAMAD ZAIN BIN MD SEVAN )
Guru Besar
SK Felda Pasir Besar
73420 Gemas, Negeri Sembilan.