You are on page 1of 5

UNIVERSITI TENAGA NASIONAL

COLLEGE OF ENGINEERING
DEPARTMENT OF MECHANICAL ENGINEERING

MPU 3323 – Moral & Civil Society I


Semester 2 2021/2022

Individual Assingment:
Perbezaan Asas Nilai Dalam Moral

Lecturer: Mohd Anuar Awang Idris, Encik


No. Name Student ID
1. Dinesh S/O Ravichandran ME0105429
KONSEP ASAS MORAL
1.0 Definisi Konsep
Dalam memperkatakan konsep asas moral, kita patut meneliti konsep-konsep berikut: moral,
etika dan akhlak. Tidak dapat dinafikan adalah penting kita memahami konsep-konsep ini yang
saling berkaitan untuk mencari pengertian terhadap aspek moral dalam kehidupan sesebuah
masyarakat.

1.1 Konsep Moral


Perkataan ‘moral’ berasal daripada perkataan ‘mores’ - bahasa Yunani yang membawa erti:
tingkah laku yang sejajar dengan tatasusila dan peraturan masyarakat. Oleh itu, moral
merupakan nilai-nilai murni seperti baik hati, merendah diri, belas kasihan dan berkait dengan
beberapa peraturan seperti tatahukum, tatasusila, tatatertib, nilai tradisi, kepercayaan, undang-
undang, norma dan adat dalam mana-mana masyarakat yang dimaksudkan.
Secara etimologi istilah moral berasaldaripada bahasa Latin mos, moris
(adat,istiadat,kebiasaan,cara,tingkahlaku,kelakuan) mores (adat
istiadat,kelakuan,tabiat,watak,akhlak).Banyak ahli menyumbangkan pemikirannya untuk
mendefinisikan kata moral secara terminologi.

Dagobert D. Runes
Moral adalahhal yang mendorong manusia untuk melakukan tindakan-tindakan yang baik
sebagai “kewajiban” atau “norma”

Helden (1977) dan Richards (1971)


Moral adalah suatu kepekaan dalam fikiran, perasaan, dan tindakan dibandingkan dengan
tindakantindakan lain yang tidak hanya berupa kepekaan terhadap prinsip-prinsip dan aturan-
aturan.

Atkinson (1969)
Moral merupakan pandangan tentang baik dan buruk, benar dan salah, apa yang dapat dan tidak
dapat dilakukan.
Contohnya Siva menjumpa isebuah beg yang mengandungi sebuah komputer riba di atas bangku
stesyen bas. Sebagai seorang pelaja rkolej sudah pasti Siva memerlukan sebuah komputer riba,
untuk memudahkannya membuat kerja-kerja kolej. Tetapi sebagai seorang yang bermoral Siva
telah membawa komputer riba itu ke balai polis untuk diambil tindakan yang selanjutnya.
Rumusannya ‘moral’ ada isi atau kandungannya. Moral terdiri daripada peraturan komuniti dan
sifat peribadi mulia. Peraturan komuniti penting diikuti demi kesejahteraan masyarakat
sekeliling. Sifat peribadi mulia pula amat menguntungkan pemiliknya dan memberikan faedah
positif kepada orang yang dia berinteraksi dan sekali gus individu yang berperibadi mulia itu
mudah mengamalkan peraturan masyarakat yang baik. Oleh itu insan moral ialah insan yang
seimbang dari segi keperibadian mulia, mematuhi peraturan moral kerana tanpa prinsip moral,
individu itu mungkin akan menghadapi ketidaktentuan dalam menghadapi dilema moral.
Konsep Asas Nilai / Ciri Nilai

Moral ialah suatu nilai tetapi adakah semua nilai itu moral? Untuk menjawab soalan ini, kita
perlu memahami apakah yang dimaksudkan dengan 'nilai'. Terdapat beberapa ciri nilai iaitu nilai
yang ditonjolkan secara lisan atau menerusi perlakuan individu atau kumpulan. Contohnya,
seseorang yang menghayati nilai tanggungjawab akan menunjukkan nilai tersebut dalam
pertuturan dan perlakuannya. Dia juga akan mempertahan nilai tanggungjawab pada dirinya
serta mengkritik orang lain yang bersikap tidak bertanggunjawab.
Nilai juga merupakan satu kepercayaan yang preskriptif sama ada diharapkan atau tidak
diharapkan. Contohnya, nilai rajin ialah sesuatu yang diharapkan dan positif berbanding dengan
nilai malas yang tidak diharapkan serta negatif. Ada kemungkinan seseorang itu lebih
mengutamakan sesuatu berbanding dengan nilai lain. Nilainya itu pula mungkin berlainan
daripada nilai orang lain.

Fungsi Nilai

Nilai bertindak sebagai ukuran yang membantu individu mengenal pasti kedudukannya dalam
sesuatu isu sosial atau moral. Nilai bukan sahaja memberi suatu tunjuk arah kepada seseorang
tentang bagaimana dia patut berkelakuan terhadap orang lain, malah bagaimana untuk menilai
tingkah laku sendiri serta orang lain.

Nilai juga berfungsi sebagai satu panduan untuk menyelesaikan konflik serta membuat
keputusan. Walaupun dalam situasi beberapa nilai mungkin berkonflik, keutamaan nilai
seseorang itu akan membantunya menyelesaikan konflik yang dihadapi. Selain itu, nilai bukan
hanya merangsang malah mengehadkan perlakuan seseorang.

Nilai moral mempunyai ciri (5) dan fungsi (6)

Apakah yang membeza nilai moral berbanding nilai bukan moral?

Nilai moral – merujuk nilai yang dianggap oleh individu atau kumpulan masyarakt sebagai
sesuatu nilai yang baik dan patut dari segi moral.
Nilai bukan moral dalam domain politik, ekonomi atau estatika, walaupun baik, ia tiada kaitan
dengan apa yang dianggap baik dan patut dari segi moral. Walaupun, terdapat sesetengah nilai
moral ada yang berpunca daripada agama, tetapi nilai moral tidak meliputi semua nilai agama.
Nilai moral sama dengan nilai sosial daripada beberapa aspek. Oleh itu, persamaan dan
perbezaan antara nilai moral dan nilai bukan moral tertakluk kepada bagaimana sesuatu nilai itu
digunakan oleh individu.
6 Nilai Etika (Perbezaan Asas Nilai Etika)

Nilai dapat digunakan untuk menunjukan hubungan antara nilai.


Nilai instrumental/ekstrinsik – bergantung kepada nilai lain untuk mencapai sesuatu matlamat.
Nilai intrinsik – nilai yang tidak bergantung kepada nilai lain untuk mencapai matlamat.
Cth: kasih sayang terhadap ibu bapa merupakan suatu kewajipan anak (intrinsik) dan bukan
kerana ingin mewarisi harta mereka (instrument)
Nilai juga dapat digunakan untuk menunjukkan pandangan kita terhadap nilai.
Nilai subjektif : sesuatu nilai diterima atau ditolak oleh seseorang mengikut pandangan peribadi
dan nilai objektif: nilai yang bebas daripada peribadi (sejagat) tetapi berdasarkan satu set kriteria
yang telah diterima oleh orang lain, diterima atau ditolak. Cth: AIDS
Nilai digunakan untuk menunjukan ‘apa yang dinilai’.

Nilai relatif (tidak menentu): nilai yang diterima atau ditolak oleh peraturan sesebuah
masyarakat untuk mencapai matlamat masyarakat; dan nilai mutlak/absolute (bersifat kekal):
nilai yang dihargai dan tidak terikat kepada sesuatu kebiasaan bagi sesebuah masyarakat. Cth:
membunuh orang lain – hukuman bunuh.

You might also like